IN MY HEAD: ?

Tuesday, March 10, 2009

Maulidur Rasulullah S.A.W.

Muhammad s.a.w. adalah putera tunggal dari Abdillah bin Abdilmutalib bin Hasyim bin Abdil Manaf bin Qushai bin Hakim bin Murrah bin Kaab bin Lu'ai bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Annadhar bin Kinnah bin Khuzaimah bin Mudrikh bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma'ad bin Adnan kuturunan nabi Ismail bin Ibrahim a.s.
Beliu dilahirkan dirumah Abi Thalib, bapa saudaranya pada hari Isnin 12 Rabiul Awwal bertepatan dengan tanggal 20 April Tahun 571 Masihi tahun yang dikenal dalam sejarah dengan Tahun Gajah. Ia ditinggalkan oleh ayahnya yang wafat sewaktu ia masih dalam kandungan dan oleh ibunya sewaktu ia berusia empat tahun.Kelahiran Muhammad S.A.W telah membawa rahmat kepada seluruh alam.

Tahun ini, Selasa 12 Rabiul Awwal 1430 Hijrah bersamaan dengan 9 Mac 2009 Masihi adalah ulang tahun kelahiran Rasulullah S.A.W. Sama-sama kita berselawat keatas Nabi Muhammad S.A.W sebanyak-banyaknya dan mengamalkan sunnahnya.

Technorati Tags:

Salam.. Chat.


ShoutMix chat widget

Followers

As-Syahid Izzuddin Al-Qassam (1871 - 20 Nov 1935)

Nama sebenar beliau adalah Muhammad Izzuddin Abdul Qadir Mustafa Al-Qassam. Lahir di daerah Al-Ladziqiyyah, Syria Selatan. Masuk ke Al-Azhar sekitar tahun 1906 pada usia 14 tahun. Sempat berguru dengan Sheikh Muhammad Abduh dan berteman dengan Sheikh Rasyid Redho. Ketika penjajahan kuffar di Libya pada 1911, beliau turut memobilisasi senjata dan para mujahid untuk turun ke Libya. Setiap operasi jihad yang dipimpin oleh beliau di Palestin membuahkan kejayaan besar yang menakutkan Inggeris yang menjajah Palestin saat itu. Beliau syahid dalam satu pertempuran dahsyat di Kota Jenin, bersama 10 orang mujahid yang digempur dengan ratusan pasukan Inggeris yang menggunakan helikopter. Kini, nama beliau disematkan kepada sayap ketenteraan Hamas iaitu Brigade As-Syahid Izzuddin Al-Qassam yang sering dikenal dengan aksi-aksi pelancaran roket Al-Qassam dan operasi Amaliyyah Al-Istisyhadiyyah. 


My News

islamiconlineuniversity.com

Learn How to give Dawah

Alafasy Quran TV - Syeikh Misyari Rasyid Al-Afasy

Radio Rodja - Menebar Cahaya Sunnah - Kuliah Hadist

Iklan Nuff