IN MY HEAD: ?

Wednesday, June 10, 2009

Cahaya Iman

Tuan Guru Dato' Dr. Harun Din




Niat

Khalifah Umar Bin Khatab melaporkan, katanya"saya pernah mendengar Nabi Muhammad berkata, ’Iman seseorang itu ditentukan oleh niatnya, oleh itu setiap orang mendapat apa yang diniatkan.Oleh sebab itu, orang yang berhijrah kerana ALLAH dan utusan-NYA,hijrahnya itu adalah kepada ALLAH dan rasul-NYA. Tetapi bagi sesiapa yang berhijrah dengan niat hendak mendapatkan keuntungan di dunia ataupun bagi mendapatkan isteri,beliau mendapat apa yang diniatkan semasa berhijrah.

Islam,Iman Dan Ihsan

Khalifah Umar Bin Khatab melaporkan,katanya, "Pada suatu hari,semasa kami sedang duduk dengan Nabi Muhammad s.a.w,tiba-tiba muncul seorang lekaki yang memakai pakaian sangat putih bersih dan rambutnya hitam berkilat. Tidak ada tanda-tanda beliau baru datang dari jauh. Tidak ada seorang pun antara kami yang mengenali siapa orang itu.

Lelaki itu datang lalu duduk betul-betul di depan Nabi Muhammad s.a.w,sehingga kedua-dua lutut lelaki iu bersentuhan dengan kedua-kedua lutut Nabi Muhammad s.a.w.Kemudian,lelaki itu meletakkan kedua-dua belah tapat tangannya diatas pahanya, lalu bertanya, ‘Wahai Muhammad! Terangkan kepada saya, apakah itu ISLAM?.Jawab Nabi Muhammad s.a.w, ‘Islam adalah saudara mengakui bahawa Tiada Tuhan melainkan ALLAH dan Muhammad itu adalah pesuruh ALLAH,saudara bersembahyang,saudara membayar zakat, saudara berpuasa sepanjang bulan Ramadhan dan saudara melakukan haji apabila mampu.’

‘Betul’ kata lelaki itu, kami semua berasa hairan. Bagaimana pula beliau yang bertanya kemudian beliau pula yang mengatakan jawapan itu betul.

Kemudian, lelaki itu bertanya lagi, ‘Terangkan kepada saya,apakah IMAN? Jawab Nabi Muhammad, ‘Saudara percaya pada ALLAH, percaya kepada MALAIKAT-MALAIKAT, percaya kepada KITAB-KITAB SUCI, percaya kepada PARA UTUSAN ALLAH,percaya kepada AKHIRAT dan saudara percaya KETENTUAN ALLAH,sama ada yang baik mahupun yang buruk.

‘Betul’, kata lelaki itu, kemudian beliau bertanya lagi,‘terangkan kepada saya, apakah itu IHSAN? Jawab Nabi Muhammad,‘Saudara beribadat kepada ALLAH seolah-olah saudara nampak DIA(Allah s.w.t) dan apabila saudara tidak nampak DIA(Allah s.w.t),saudara yakin Dia(Allah s.w.t) nampak saudara.’

Kemudian lelaki itu bertanya lagi, ‘Terangkan kepada saya, bilakah kiamat akan terjadi?, Nabi Muhammad s.a.w menjawab, ‘Yang ditanya dan yang bertanya sama-sama tidak tahu.’

Kemudian lelaki itu bertanya lagi, ‘Oleh itu, terangkan kepada saya berkenaan tanda-tanda akan berlaku kiamat.’ Jawab Nabi Muhammad, ‘Apabila hamba-hamba perempuan melahirkan majikan mereka sendiri.Apabila orang-orang yang tidak berkasut, orang-orang yang tidak berpakaian sempurna, orang-orang miskin dan para penternak kambing berlumba-lumba mendirikan bangunan yang tinggi.’

Selepas mendengar jawapan Nabi Muhammad s.a.w itu, lelaki itu pergi.Saya terdiam beberapa waktu sehingga Nabi Muhammad berkata, ‘Umar, tahukah saudara siapa lelaki itu tadi?’ Saya Menjawab, ‘ALLAH dan utusan-NYA lebih tahu.’ kata Nabi Muhammad, Lelaki itu tadi adalah malaikat JIBRIL. Beliau datang bagi menerangkan kepada saudara sekalian berkenaan agama saudara-saudara.”

Matan Al Arba’in

Technorati Tags: ,,

Salam.. Chat.


ShoutMix chat widget

Followers

As-Syahid Izzuddin Al-Qassam (1871 - 20 Nov 1935)

Nama sebenar beliau adalah Muhammad Izzuddin Abdul Qadir Mustafa Al-Qassam. Lahir di daerah Al-Ladziqiyyah, Syria Selatan. Masuk ke Al-Azhar sekitar tahun 1906 pada usia 14 tahun. Sempat berguru dengan Sheikh Muhammad Abduh dan berteman dengan Sheikh Rasyid Redho. Ketika penjajahan kuffar di Libya pada 1911, beliau turut memobilisasi senjata dan para mujahid untuk turun ke Libya. Setiap operasi jihad yang dipimpin oleh beliau di Palestin membuahkan kejayaan besar yang menakutkan Inggeris yang menjajah Palestin saat itu. Beliau syahid dalam satu pertempuran dahsyat di Kota Jenin, bersama 10 orang mujahid yang digempur dengan ratusan pasukan Inggeris yang menggunakan helikopter. Kini, nama beliau disematkan kepada sayap ketenteraan Hamas iaitu Brigade As-Syahid Izzuddin Al-Qassam yang sering dikenal dengan aksi-aksi pelancaran roket Al-Qassam dan operasi Amaliyyah Al-Istisyhadiyyah. 


My News

islamiconlineuniversity.com

Learn How to give Dawah

Alafasy Quran TV - Syeikh Misyari Rasyid Al-Afasy

Radio Rodja - Menebar Cahaya Sunnah - Kuliah Hadist

Iklan Nuff