Saturday, April 24, 2010

Manfaat Sujud Bagi Pernafasan Manusia

gambar-sujud1

MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah S.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah S.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah S.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh :-

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan

Bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung

Ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatic memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan Kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan Migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna. ! Insya Allah …Daripada Galih Gumelar Center

Sabda Rasulullah s.a.w:-

 عَنْ رَبِيعَة بْن كَعْبٍ الْأَسْلَمِيُّ قَالَ كُنْتُ أَبِيتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَتَيْتُهُ بِوَضُوئِهِ وَحَاجَتِهِ فَقَالَ لِي سَلْ فَقُلْتُ أَسْأَلُكَ مُرَافَقَتَكَ فِي الْجَنَّةِ قَالَ أَوْ غَيْرَ ذَلِكَ قُلْتُ هُوَ ذَاكَ قَالَ فَأَعِنِّي عَلَى نَفْسِكَ بِكَثْرَةِ السُّجُودِ

Daripada Rabi’ah bin Ka’b al-Aslami katanya saya bersama Rasulullah s.a.w. pada suatu malam, dan saya membawa kepada baginda air untuk berwudu` dan qadha hajat. Rasulullah s.a.w. bersabda kepada saya: Mintalah (apa-apa dari saya). Saya menjawab: Saya minta untuk mendampingi tuan di syurga. Baginda bertanya: adakah itu sahaja. Saya menjawab: itulah (ini sahaja yang saya minta). Baginda bersabda: Kalau begitu bantulah saya untuk diri kamu dengan membanyakkan sujud. (Muslim)

Waallahualam.

Technorati Tags:

15 comments:

  1. salam ziarah dari.ABu Luqman..Orang kampung , Penang.

    ReplyDelete
  2. sujud memberi ketenangan bagi insan yang dalam kegelisahan
    kalau stress,mengadul ah kepada tuhanmu
    =]

    ReplyDelete
  3. nice info bro...

    baru aku tau

    ReplyDelete
  4. yaa,,sesungguhnya Allah itu sgtlah adil :)

    ReplyDelete
  5. @Abu Luqman,Wasalam.. ahlan wasahlan saudara Abu Luqman, ziarah lah selalu..
    Allah SWT. berfirman, ” Pasti akan mendapat cintaKu orang-orang yang cinta-mencintai karena Aku, saling kunjung-mengunjungi karena Aku dan saling memberi karena Aku.” (Hadits Qudsi)”.

    @syahira ariff, Allah sebenar2 tempat mengadu,Maksud firman Allah: Hai jiwa yang tenang (suci). Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas (karena amal-amalmu yang baik semasa hidup) lagi diredhainya (oleh Allah). Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hambaku (yang sholeh) dan masuklah ke dalam surgaKu. (QS 27-30, Al-Fajri).

    @meo188, sama-sama mencari redha.

    @ked, Maha Adil..

    ReplyDelete
  6. Bukan suka Allah suruh kita sujud kan?Memang byk manfaat!

    ReplyDelete
  7. @sophie, benar sophie, setiap suruhan itu ada kebaikan(manafaat) dan setiap larangan itu banyak keburukan(mudharat). Tak terjangkau akal manusia. Allah Maha Mengetahui dan Maha Pengampun.

    ReplyDelete
  8. allah bg sesuatu ada sbb nya dlm hidup

    ReplyDelete
  9. @kaseh cempakaz, Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

    ReplyDelete
  10. straight from the source great post to read Full Report read review see this site replica bags online

    ReplyDelete
  11. Extra resources q4a11k7l40 replica louis vuitton bag best replica bags online 2018 replica bags pakistan click to find out more d8y19l9o94 replica prada nylon bags replica bags sydney this website r2q26w5b99 replica bags manila

    ReplyDelete