Saturday, November 27, 2010

Seputar Expo Cheng Ho #1

Berakhir sudah expo cheng ho di Stadium Sultan Muhammad ke-4, Kota Bharu yang bermula 21 November 2010 hingga 26 November lepas dianggarkan 700,00orang pengunjung dari pelbagai bangsa dan pameran  muzium di Kelantan Trade Center berlangsung selama sebulan sehingga 21 Disember 2010.
Secara keseluruhannya program ini membawa permahaman kepada hubungan negeri kelantan dengan masyarakat dari china, bukan sahaja hubungan dengan saudara muslim malah lebih kepada hubungan antara masyarakat seperti di Lozhou yang terdiri dari 70% muslim.
Image0392
Majlis Penutupan Expo Cheng Ho 2010 oleh Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat
Sekitar Pameran Muzium Kelantan Trade Center

Tulisan Al-Quran terpanjang di toreh atas kertas dan dihamparkan atas kain menjadikan setiap baris ayat berukuran 209meter panjang dan 1-15 meter lebar, disiapkan dalam masa 2 tahun dengan 80 orang tenaga kerja.Image0377
Ukiran muka depan yang di hias dengan motif flora dan ukiran khat.
Image0383
Sebahagian ayat-ayat Al-Quran terpanjang didunia yang penulis sempat rakamkan:)
Image0379
Menarik tulisannya tidak mengunakan sebarang dakwat.
Image0370
Miniatur formasi kapal-kapal semasa pelayaran Laksamana Cheng Ho, lebih kurang 300 buah kapal mengiringi setiap pelayarannya. Seramai lebih kurang 20ribu anak kapal. Beliau telah membuat 29 pelayaran keseluruh dunia. Meninggal dunia setelah pelayaran terakhir balik dari India.
Image0376
Antara item yang dipamerkan, kelihatan warga cina juga khushuk memerhatikan pameran tersebut.
Image0382
Tulisan Al-Quran pada kepingan tembaga yang disalut emas 30 juzuk,berusia lebih 500 tahun dari zaman Umaiyah kemudian dibawa ke China melalui Turkestan dan Yunan. Hargannya mencecah 20 juta lebih.
Sekitar Khemah expo Cheng Ho
Image0400
Penulis kaligrafi dari china sedang menunjukan kemahirannya.
Image0402 Hasilnya Kata-kata puitis yang ditulis dalam tulisan china
Image0394Tulisan kaligrafi dalam tulisan arab oleh muslim dari china menggunakan dawai yang di gam dan di warnakan menjadikan tulisan dan hiasan. 
Image0396
Tulisan Al-Quran dalam bahasa Cina
Image0397
Kaligrafi Al-Quran bahasa Cina 30 juzuk 260 meter panjang ditulis oleh Zhang Zheng Mao, umur 70 tahun bukan muslim. Zhang berasal dari Provinsi Autonomi Muslim Zinxia,China mengambil masa selama 3 Setengah tahun untuk memyempurnakan penulisan ini.
Image0398
Antara kaligrafi quran bahasa cina
Image0399 Kaligrafi quran dalam bahasa cina
Diharapkan pengunjung dari semua peringkat masyarakat mendapat manafaat yang berguna terutamanya untuk pelajar-pelajar.
Waallahhualam.

3 comments: