Tuesday, December 7, 2010

Tahun Baharu Hijrah #1

Salam Hijrah, berakhir sudah tahun hijrah yang lepas 1431H dan bermula pula tahun hijrah 1432H.

Firman Allah SWT,Maksudnya:

“Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah sesudah mereka dianiaya, pasti kami akan memberikan tempat yang bagus kepada mereka di dunia. dan sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui. (Iaitu) orang-orang yang sabar dan hanya kepada Tuhan saja mereka bertawakkal..”Surah an-Nahl 16: 41-42.

Harapanku agar semua pembaca luangkan hati memohon ampunan segala kesalahan pada kebanyakan masa yang ada.

Rasul s.a.w bersabda: “Barangsiapa yang membaca, Aku minta ampun kepada Allah, tiada Tuhan kecuali Dia Yang Hidup dan terus-menerus mengurus makhluk-Nya. Aku bertaubat kepada-Nya. Maka Allah mengampuninya, sekalipun lari dari perang.”(H.R Abu Daud, Tirmidzi dan Al-Hakim)

Sebagaimana azam hijrah kita yang lepas ada yang masih belum tertunai lagi atau azam baru. Bagi pelajar teruskan usaha mendapatkan ilmu bermanafaat bermula dari sijil, diploma, sarjana muda, Master atau PHD. Begitu juga pada ahli perniagaan serta bidang-bidang lain yang diceburi. Agar kita berada dalam jalan-jalan kebajikan dan tempat yang punya kebaikan yang melimpah-ruah dengan rahmat Allah Taala hingga usaha kita bertambah berkat dan jaya.

Al-Quran berulang-ulang menyebut tentang keberkatan. Antara firman-Nya : (maksudnya)

“Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka keberkatan-keberkatan dari langit dan bumi”. (Surah al-A’raf, 96).

Allah perintahkan Nabi Nuh: (maksudnya)

“Dan berdoalah: Wahai Tuhanku, Turunkanlah daku di tempat turun yang berkat, dan Engkau adalah sebaik-baik pemberi tempat”. (Surah al-Mukminun 29).

Kata Nabi Isa dalam Surah Maryam: (maksudnya)

“Allah menjadikan aku ini diberkati di mana sahaja aku berada..” (Surah Maryam, 31).

hijrah2

Peristiwa hijrah Rasullullah s.a.w yang lalu perlu di ambil sebagai ibrah pada semua dalam meneruskan maksud hidup sebagai abdi-Nya.

Firman Allah SWT ,maksudnya:

“Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) ia bukanlah cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.”Surah Yusoff 12:111.

Jadi, untuk tidak merugikan masa, sempena tahun baharu ini, seharusnya sama-sama beriltizam untuk berubah dan meningkatkan amal serta meninggalkan perkara yang kurang berfaedah.

Firman Allah dalam Surah al-‘Asr: (maksudnya)

“Demi Masa! Sesungguhnya insan itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar”. (Surah al-‘Asr 1-3).

words4ever_wallpaper_61

Setelah tahun bertemu tahun, pelbagai peristiwa telah ditaqdir kan berlaku. Perang di bumi saudara kita  Palestin belum berkesudahan, banjir, tsunami dan gempa bumi di Indonesia dan seluruh tempat lain. Tanah air kita juga berlaku musibah banjir yang merugikan berjuta wang dan juga masalah akhlak mutakhir ini sangat membimbangkan.

Para da’i harus memperkemaskan amal dan meningkatkan lagi usaha dakwah pada ahli-ahli yang terdekat. Melalui usrah-usrah, tamrin-tamrin, Mukhayyam-mukhayyam, gast-gast dan sebagainya.Yang sudah dapat petunjuk agar terus kekal istiqamah dengan taufik hidayah. Yang jauh harus dipujuk serta dekatkan dengan hidayah.

Doa Nabi s.a.w

“Ya Haiyyu, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata” (Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani).

Amin….  Waallahualam.

Oleh: azl untuk kitchenofwood(dapur kayu)

4 comments: