Wednesday, December 8, 2010

Tahun Baharu Hijrah #2: Doa Awal Tahun dan Akhir Tahun.

Doa Awal Tahun dan Akhir Tahun

Soalan: Apakah pandangan ahli panel tentang bacaan doa akhir tahun dan doa awal tahun.?

Jawab:
Oleh Hj Kamin

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.

Tidak dapat dinafikan bahawa orang Islam digalakkan sentiasa memohon kepada Allah swt agar diberikan kebaikkan dan keredhaan bagi diri dan keluarganya. Tidak ada masalah untuk kita berdoa untuk kebaikkan apabila datangnya awal tahun Hijrah, sebagaimana umum suruhan ibadat berdo'a.

Teguran dan kritikan kepada amalan berdoa akhir dan awal tahun ini berdasarkan kepada beberapa perkara yang tidak dapat dipastikan kesahihannya :-

a. Kaifiat yang dianjurkan bagaimana mengamalkan doa ini. misalnya dianjurkan membaca doa ini 3 kali pada waktu akhir Asar, pada akhir bulan Zulhijjah.

b. Fadhilat kepada si-pembaca doa ini - misalnya fadilat do'a akhir tahun - maka barangsiapa membaca doa ini daripada waktu yang telah tersebut maka berkatalah syaitan kesusahanlah bagiku dan sia-sialah pekerjaanku pada setahun ini dibinasakan dengan satu saat jua dengan sebab membaca doa-doa ini maka diampuni Allah Ta’ala sekalian dosanya yang setahun ini.

Fadilat doa awal tahun - Doa awal tahun iaitu hendaklah dibaca 3 kali setelah solat Maghrib pada malam 1 haribulan Muharram dan barangsiapa membaca ini maka bahawasanya syaitan berkata telah amanlah anak adam ini daripada aku barang yang tinggal dari umurnya pada ini tahun kerana bahawasanya Allah Ta’ala telah mewakilkan dua malaikat memelihara akan dia daripada fitnah syaitan

c. Kedua-dua doa tidak boleh ditsabitkan kepada Nabi . Ia bukan hadith. Sheikh Jamaluddin al-Qasimi rh menyatakan bahawa doa ini tidak berasal dari Nabi .

Disebabkan amalan ini tidak pernah dilakukan oleh Nabi , kafiat berdo'a cara ini bukanlah kaifiat yang disyariatkan. Penentuan permulaan bulan hijrah pun adalah pada zaman Umar ra iaitu pada tahun ke 17 hijrah atau selepas 7 tahun kewafatan Nabi .

Yang penting, kita tidak boleh mengaitkan do'a ini kepada Nabi . Berdoalah dengan apa sahaja permintaan berdasarkan dalil umum galakkan berdo'a adalah dibenarkan, tidak terbatas kepada awal atau akhir tahun!. WA.

Sekian, wassalam

Sumber:http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=97&t=37445&p=143608

Waallahualam.

Klik sini untuk download Doa Awal dan Akhir Tahun.

6 comments: