IN MY HEAD: ?
Tuesday, December 29, 2009
Keresahanku
Khalwat merupakan ketenangan dan kebahagianku,
Kekasihku selalu di hadapanku
Tak mungkin aku mendapat penganti-Nya
Cinta-Nya pada makhluk cubaa bagiku
Dia lah tujuan hidupku
Oh, hati yang ikhlas
Oh, tumpuan harapan
Berikanlah jalan untuk menghilangkan keresahanku,
Oh, Tuhan sumber kebahagian dalam hidupku
Pada-Mu saja, kuserahkan hidup dan keinginan
Demi mencari redha-Mu.
Apakah harapanku akan terwujud.
-Rabiah al Adawiyah-
Kitab Ar radhulfa'iqu, hlm 188.
Monday, December 28, 2009
Hari Asyura, 10 Muharam dan Bubur Asyura
Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Seutama-utama puasa sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat malam". (Sahih Muslim)
Abu Musa Al Madani meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a.;
"Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) adalah seperti berpuasa
setahun dan siapa yang bersedekah pada hari Asyura adalah bagiku bersedekah setahun." Riwayat Albazzar
Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram).
Jawab baginda, "semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (Sahih Muslim)
Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (Sahih Muslim)
Dari Salamah bin Akwa r.a. dia menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. mengutus seorang lelaki suku Aslam pada hari Asyura dan memerintahkan kepadanya supaya mengumumkan kepada orang ramai, "Sesiapa yang belum puasa hari ini hendaklahlah dia berpuasa dan siapa
yang telah terlanjur makan hendaklahlah dia puasa juga sejak mendengar pemgumuman ini sampai malam". (Sahih Muslim)
Dari Ibnu Abbas r.a katanya, " Penduduk Khaibar berpuasa pada hari asyura dan menjadikannya sebagai hari raya, dimana wanita mereka memakai perhiasan dan pakaian yang indah pada hari itu. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasalah kamu pada hari
itu". (Sahih Muslim)
Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka,
kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura. (Sahih Bukhari)
Rasulullah s.a.w. bersabda; "Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi." - Riwayat Al Baihaqi
Puasa hari 'Asyura', Tasu'a' dan kesebelas Muharram Puasa hari 'Asyura' ialah puasa sunat pada hari kesepuluh bulan Muharram. Diriwayatkan daripada Mu'awiyah bin Abu Sufyan Radhiallahu 'anhuma berkata, aku mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam
bersabda:
Maksudnya: "Ini adalah hari 'Asyura' dan tidak diwajibkan ke atas kamu berpuasa sedangkan aku berpuasa. Maka barangsiapa yang hendak berpuasa maka berpuasalah dia dan barangsiapa mahu (tidak berpuasa) maka berbukalah dia (boleh tidak berpuasa)." (Hadits riwayat Bukhari) Hikmat berpuasa pada hari 'Asyura' sebagaimana yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas
Radhiallahu 'anhuma berkata:
Maksudnya: "(Tatkala) Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam sampai di Madinah, baginda melihat
orang-orang Yahudi berpuasa pada hari 'Asyura'. Baginda bersabda: "Apakah ini?" Mereka menjawab: "Hari yang baik, ini adalah hari yang mana Allah menyelamatkan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa berpuasa pada hari itu" Nabi bersabda: "Aku lebih
berhak dengan Musa daripada kamu" Lalu Baginda berpuasa dan memerintahkan berpuasa (pada hari itu.)" (Hadits riwayat Bukhari) Kelebihan berpuasa di hari 'Asyura' sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Qatadah Al-Anshari berkata:
Maksudnya: "Dan ditanya (Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam) tentang berpuasa pada hari 'Asyura'?Maka Baginda bersabda: "Ia menebus dosa setahun yang telah lalu." (Hadits riwayat Muslim) Adalah disunatkan juga di samping berpuasa pada hari 'Asyura', berpuasa
pada hari Tasu'a' iaitu hari yang kesembilan bulan Muharram berdasarkan riwayat daripada Abdullah bin Abbas Radhiallahu 'anhuma berkata:
Maksudnya: "Dahulu, ketika Rasulullah saw berpuasa pada hari 'Asyura' dan Baginda memerintahkan (para sahabatnya) untuk melakukan puasa itu, mereka berkata: "Wahai
Rasulullah! (Bukankah) sesungguhnya hari 'Asyura' itu hari yang diagungkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani?" Maka Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Apabila pada tahun yang akan datang, insya Allah kita akan berpuasa pada hari yang kesembilan"
Berkata Abdullah bin Abbas: "Belum sempat menjelang tahun hadapan, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam telah pun wafat." (Hadits riwayat Muslim).
Para ulama menyebutkan bahawa hikmat disunatkan berpuasa pada hari Tasu'a' (sembilan Muharram) itu dari
berbagai-bagai aspek:
1. Bagi menyalahi atau membezakan amalam orang-orang Yahudi yang hanya berpuasa pada hari 'Asyura' (Sepuluh Muharram) sahaja. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas Radhiallahu 'anhu berkata, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam
bersabda: Maksudnya: "Berpuasalah kamu pada hari 'Asyura' dan buatlah perbezaan padanya (dari) orang Yahudi (dengan) berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya."
(Hadits riwayat Ahmad)
2. Bagi maksud berhati-hati berpuasa pada hari 'Asyura' kerana kemungkinan berlaku
kesilapan kekurangan dalam pengiraan anak bulan. Maka dengan itu hari kesembilan Muharram itu dalam pengiraan adalah hari yang kesepuluh Muharram yang sebenarnya.
3. Bagi maksud menyambung puasa hari 'Asyura' dengan satu hari puasa yang lain kerana
tegahan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam berpuasa satu hari satu-satunya sahaja seperti berpuasa pada hari Jumaat. Walaupun begitu, tidaklah menjadi apa-apa jika hanya berpuasa sehari sahaja pada hari 'Asyura'. (lihat I'anah Ath-Thalibin 2/301) Oleh
kerana itu disunatkan juga, jika berpuasa pada hari 'Asyura' tanpa berpuasa pada hari Tasu'a', supaya berpuasa pada hari kesebelas Muharram. Bahkan Imam Syafi'e Rahimahullahu Ta'ala menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla' disunatkan berpuasa tiga hari tersebut iaitu hari kesembilan (Tasu'a'), kesepuluh ('Asyura') dan kesebelas bulan Muharram.
SEJARAH 10 MUHARRAM Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:
(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.
(9) Lemas Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.
Wallahu A'lam. Hanya mengharapkan Cahaya Sakinah dan Rahmat dari Allah Ta'ala.
Kredit kepada yU
Monday, December 21, 2009
Larangan Mengharap Kematian Kecuali Jika Khawatir Agamanya Akan Rosak
Anas r.a meriwayatkan, Rasulullah s.a.w bersabda:"Janganlah salah seorang dari kalian mengharap-harap kematian kerana suatu bahaya yang menimpanya. Namun,jika ia terpaksa melakukanya, hendaknya ia mengucapkan, 'Ya Allah, panjangkanlah umurku jika hidup lebih baik bagiku, dan matikanlah aku jika kematian lebih baikbagiku'. -Riwayat al-bukhari dan Muslim.
Saturday, December 19, 2009
@Cinta Tazkirah Jumaat.
@dan sudikah kamu menjadi teman hidup dan teman mati kepada hati baru anugerah Allah Ar-Rahman Ar-Rahim.?
1 Muharram 1431.
Wednesday, December 9, 2009
@Mohon Kemaafaan.
Yang telah tertelan tanah
dan menjadi debu dalam hati ini
Seperti cawan terisi darah
tumpah mengenai hati bekuku
Seperti pula lidah api yang berkobar
membakar foto, cerita, puisi dan semua kenangan itu
Aku tahu
aku sungguh mencintaimu
Namun waktumu telah habis
Aku sakit ketika melihat kau marah
dan terhenti dalam nafasmu
Habis sudah semuanya
Malaikat membisikkanku
" lanjutkan hidupmu...jalanmu terbentang luas disana "
Iblismu pula membisikkanku
" katanya cinta sejati...ambil pisau hiris hatimu
kau akan menari indah bersamanya kembali "
dan aku memilih untuk menjadi aku sendiri
melanjutkan hidupku
dan tidak akan pernah bercinta lagi selain dengan dirinya
itulah cinta sejati...
iblis keparat!
Aku masih bisa mendengar
Harapan yang kian kosong
memintaku menjauh dari api yang sejuk itu
dan air yang sangat panas
dari cerita yang tak ada hujungnya
Tertawalah...
Kuingin tawamu merubah semua
apa yang ada difikiranmu tentangku
Tertawalah hingga gendang telingaku pecah
kerana tak kuat lagi mendengarnya
Aku telah amat terbiasa
Kau melatihku bertahun-tahun mendengarnya
Meski tawamu akan membuka satu pintu kecewa dihatiku
tapi tertawalah...
Kerana kutahu suatu saat
tak ada lagi yang dapat kau tertawakan dariku.
Kredit kepada a w a n
Kasih Tandus
Telah kering telaga rasa — kasih dan cinta
Bagai gurun tandus dimarah terik mentari
Siapa yang jejak mati jadinya tulang berserak
Terkubur tiada tanda terpahat tanpa nama
Embun enggan walau setitis pada yang gersang
Segunung dosa-dosa hitammu dan masih berbau
Terhidu saja bisa bergelimpang jiwa-jiwa
Tiada daya upaya melainkan-Mu jua
— ya Rahman
O Tuhan — yang Maha Pengasih
Beri sinar cinta dan kasih
Walau secebis!
kredit kepada Dari tarikan nafas,
abuyon
Madrasah Sains
8 Ogos 1999, 5.30 pagi
Thursday, November 26, 2009
Pesanan Sayidina Umar A-Khattab
- Siapa yang menjaga percakapannya dianugerahkan kepadanya hikmah.
- Siapa yang menjaga penglihatannya dianugerahkan kepadanya hati yang khusyuk.
- Siapa yang menjaga makanannya dianugerahkan kepadanya kelazatan dalam beribadah.
- Siapa yang bersabar di atas ujian, Allah sempurnakan sabarnya lalu memasukkannya ke dalam Syurga mana yang dia suka.
- Siapa yang menjaga daripada ketawa dianugerahkan kepadanya kehebatan.
- Siapa yang menjaga daripada bergurau dianugerahkan kepadanya keelokan atau kemuliaan.
- Siapa yang meninggalkan cinta dunia dianugerahkan kepadanya dapat melihat kesalahan sendiri.
- Siapa yang meninggalkan kesibukan mencari kesalahan pada perbuatan Allah, dianugerahkan kepadanya pelepasan daripada nifak.
Wednesday, November 25, 2009
Saturday, November 21, 2009
“Jiwa Hamba”
Termenung seketika sunyi sejenak
kosong di jiwa tiada penghuni
hidup terasa diperbudak-budak
hanya suara melambung tinggi
berpusing roda beralihlah masa
pelbagai aneka hidup di bumi
selagi hidup berjiwa hamba
pasti tetap terjajah abadi
kalau hidup ingin merdeka
tiada tercapai hanya berkata
ke muka maju sekata, maju kita
melemparkan jauh jiwa hamba.
(22 Mac 1949-Usman Awang)
Friday, November 20, 2009
Wednesday, November 4, 2009
Sunday, October 18, 2009
Friday, September 4, 2009
Maghfirah Ramadhan
Thursday, August 27, 2009
Bid’ah
Saturday, August 1, 2009
Jihad
Pada konteks diri peribadi - berusaha membersihkan fikiran dari pengaruh-pengaruh ajaran selain Allah dengan perjuangan spiritual di dalam diri, mengerjakan perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.
Komuniti - Berusaha agar Din pada masyarakat sekitar mahupun keluarga tetap tegak dengan dakwah dan membersihkan mereka dari kemusyrikan.
Kedaulatan - Berusaha menjaga kedaulatan dari serangan luar, mahupun pengkhianatan dari dalam agar ketertiban dan ketenangan beribadah pada rakyat di negara tersebut tetap terjaga termasuk di dalamnya pelaksanaan Amar Ma'ruf Nahi Munkar. Jihad ini hanya berlaku pada negara yang menggunakan Din Islam secara menyeluruh (Kaffah).
Friday, July 31, 2009
Evocation
I feel that the void has taken me into depths that I could have never imagined....
But the void has taken me to the loving soul of the last of the times, the last time of the lovers, the last and ultimate word of the wise ones. The echoes that forever whisper and sing with sounds of honey and perfume longtime forgotten.
I have walked into the dreams of pure love, between the desire to know and to not yet see...
If a word made me wonder, or cry or smile, I suddenly let the dreams take the real facts that I was going to see what I want myself to forbid to see. The peaceful hummingbird after the ecstasy of true love took me to places in the soul that were filled with keys. And I opened one and another and then everything was closed again to my heart. And I ...
smiled.
and I remember that voice begging me to stay, to not move , to not leave... that voice that was my friend, and perhaps also the flame around me. I long for it, and long for the misunderstanding caused too much grief.
But where are we, travelers of the soul, with a thirst to learn that consumes our spirit?
Where are we, doves of nowhere, always finding the true reasons of our existence?
Where can we stop for a while and readjust our inner self?
We never have time to stop and think... because we are forever feeling too much, evolving with our veils down our feet. The true beginning of a straight path...
Source: Someone
Tuesday, July 28, 2009
As-Syahid Imam Hassan Al-Banna
حسن البنا
Hassan al Banna (14 Oktober 1906 - 12 Februari, 1949, merupakan seorang mujadid dalam dunia islam, reformis sosial dan politik Mesir yang terkenal sebagai pengasas gerakan Jamiat al-Ikhwan al-Muslimun.
Hassan al Banna dilahirkan pada 14 Oktober 1906 di desa al-Mahmudiyyah di daerah al-Bahriyyah, Iskandariah, Mesir (barat laut Kaherah). Beliau berasal dari sebuah perkampungan petani yang terkenal kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam, serta keluarga ulama yang dihormati.
Bapanya, Syeikh Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna, merupakan seorang ulama, imam, guru dan seorang pengarang terkenal, lulusan Universiti Al-Azhar, yang menulis dan menyumbang menulis kitab-kitab hadis dan fiqh perundangan Islam dan juga memiliki kedai membaiki jam dan menjual gramophone. Syeikh Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna turut mengkaji, menyelidik dan mengajar ilmu-ilmu agama seperti tafsir al-Qur'an dan hadis kepada penduduk tempatan, dan dia banyak dipengaruhi oleh fikrah serta cita-cita perjuangan Syeikh Muhammad Abduh dan Sayyid Jamaluddin al-Afghani.
Sungguhpun Syeikh Ahmad al-Banna dan isterinya memiliki sedikit harta, mereka bukannya orang yang kaya dan bertungkus lumus untuk mencari nafkah, terutama selepas berpindah ke Kaherah pada 1924; sebagaimana yang lain, mereka mendapati bahawa pendidikan Islam dan kealiman seseorang tidak lagi dihargai di ibu negara itu, dan hasilkerja tangan mereka tidak mampu menyaingi industri besar-besaran.
Ketika Hassan al-Banna berusia dua belas tahun, beliau menjadi pemimpin badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-Ikhwan al-Hasafiyyah, dan menjadi ahli penuh pada tahun 1922. Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudian memainkan peranan penting dalam penubuhan Ikhwan Muslimin.
Ketika berusia tiga belas tahun, Hassan al Banna menyertai tunjuk perasaan semasa revolusi 1919 menentang pemerintahan British.
Pada tahun 1923, pada usia 16 tahun dia memasuki Dar al 'Ulum,(Universiti Kaherah) sekolah latihan guru di Kaherah. Kehidupan di ibu negara menawarkannya aktiviti yang lebih luas berbanding di kampung dan peluang bagi bertemu dengan pelajar Islam dan ulama terkemuka (kebanyakannya dengan bantuan kenalan ayahnya), tetapi dia amat terganggu dengan kesan Kebaratan yang dilihatnya disana, terutamanya peningkatan arus sekular seperti parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial sekular terdorong ke arah melemahkan pengaruh Islam dan meruntuhkan nilai akhlak muslim.
Dia turut kecewa dengan apa yang dilihatnya sebagai kegagalan sarjana Islam di Universiti al-Azhar untuk menyuarakan bangkangan mereka dengan peningkatan liberalism, atheism dan pengaruh pendakwah Kristian yang dibawa oleh penjajah british laknatullahialaih.
Beliau kemudian menganggotai pertubuhan Jama'atul Makram al-Akhlaq al-Islamiyyah yang giat mengadakan ceramah-ceramah Islam. Melalui pertubuhan ini, Hasan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat, di kedai-kedai kopi dan tempat-tempat perhimpunan orang ramai.
Pada peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin al-Khatib, Muhammad Rashid Reda, Farid Wajdi dan lain-lain.
Di tahun akhirnya di Dar al-'Ulum, dia menulis bahawa dia bercadang menzuhudkan dirinya menjadi mursyid "penasihat dan guru" bagi golongan dewasa dan kanak-kanak, agar dapat mengajar mereka "matlamat agama dan sumber kegembiraan dan keriangan dalam kehidupan". Dia mendapat ijazah pada tahun 1927 dan diberikan jawatan sebagai guru bahasa Arab di sekolah rendah kebangsaan di Isma'iliyya, terletak di Zon Terusan Suez.
Al-Imam Hassan al-Banna kemudaiannya menubuhkan gerakan Ikhwan Muslimin di bandar Ismailiyyah pada Mac 1928. Ketika itu beliau berusia 23 tahun.
Di Ismailiyya, sebagai tambahan kepada kelas siangnya, dia melaksanakan matlamatnya memberi kelas malam bagi keluarga anak muridnya. Dia juga berceramah di masjid, malah dikedai kopi, yang masa itu masih baru dan dipertikaikan nilai moralnya. Pada awalnya, sesetengah pandangannya berkenaan perlaksanaan Islam yang mudah mendorong kepada tentangan hebat dengan elit keagamaan tempatan, dan dia mengamalkan polisi mengelakkan kontrovesi (khilafiyah).
Dia sedih dengan tanda-tanda jelas pengawalan ketenteraan dan ekonomi di Isma'iliyya: kem ketenteraan British, kemudahan awam dimiliki oleh kepentingan luar, dan tempat tinggal mewah milik pekerja Syarikat Terusan Suez, bersebelahan dengan rumah haram pekerja Mesir.
Setelah berkhidmat 19 tahun dalam bidang perguruan, beliau meletakkan jawatan pada tahun 1946 untuk menyusun kegiatan dakwah dengan berkesan dalam masyarakat di bandar itu. Pengalaman ahli jemaah yang dikumpulkan sekian lama menjadikan Ikhwan Muslimin sebuah gerakan yang berpengaruh.
Ternyata Hassan al-Banna adalah pemimpin yang bijak mengatur organisasi. Ikhwan Muslimin disusun dalam tiga peringkat iaitu, memperkenalkan Ikhwan (wadah memperjuangkan islam) dan menyebarkan dakwah asas melalui ceramah serta kegiatan kebajikan. Kemudian membentuk keperibadian anggota agar bersedia menjalani jihad seterusnya melaksanakan cita-cita perjuangan Islam dengan tegas. Ikhwan Muslimin berjaya menjadi sebuah gerakan yang menggegarkan Mesir terutama selepas perang dunia kedua apabila gerakan itu turut bertanding di dalam perebutan kuasa politik. Ikhwan Muslimin juga melahir pejuang di palestine bersama dengan Briged Izzudin Al-Qassam.
Pengaruh Ikhwan yang kian kuat amat dikhuatiri oleh kerajaan Mesir yang diketuai oleh al-Nukrasi Bassa dari parti al-Sa'di yang bertindak mengharamkan Ikhwan Muslimin pada 1948 atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan. Sungguhpun begitu Hassan al-Banna tidak ditahan dan beliau cuba sedaya upaya menyelamatkan Ikhwan. Malangnya usaha beliau belum berhasil sehinggalah ditembak pada waktu Zohor 12 Februari 1949, ketika keluar dari bangunan Ikhwan Muslimin. Beliau menghembuskan nafas terakhir di hospital dan pembunuhan beliau didakwa dirancang oleh polis rahsia kerajaan berikutan diikuti kematian perdana menteri yang dibunuh oleh seorang pelajar yang kecewa dengan pembubaran Ikhwan Muslimin.
Jenazah al-Imam Hassan Al-Banna telah dikebumikan dengan kawalan kereta-kereta kebal dan perisai. Orang ramai tidak dibenarkan menghadiri upacara pengebumiannya, yang hadir hanya keluarganya sendiri.
Sumber: Wikipedia,Gerakan Islam.
Selepas kematian As-Syahid Hasan Al-Banna, perjuangan dan fikrahnya tidak terhapus, ia terus hidup. Suatu ketika ia menjadi gerakan bawah tanah. Pada 1980,Ikhwan Muslimin kembali di terima oleh orang Mesir dan kerajaan mesir serta telah juga menjadi sebuah parti politik. Fikrahnya juga telah tersebar keseluruh dunia islam, juga mempengaruhi dan disambung lagi oleh gerakan islam di malaysia.
‘Al-Ma’thurat’ Susunan Wirid,Zikir dan Surah-Surah Al-Quran Oleh Imam Hassan Al-Banna. Untuk dijadikan amalan.
Wallahu A'lam. Hanya mengharapkan Cahaya Sakinah dan Rahmat dari Allah Ta'ala.
Sunday, July 26, 2009
Kisah Nabi Ayub A.s Yang Sakit Teruk
Nabi Ayub a.s. menggambarkan manusia yang paling sabar, bahkan dapat dikatakan bahwa beliau berada di puncak kesabaran. Sering orang mengagumi kesabaran kepada Nabi Ayub. Misalnya, dikatakan: seperti sabarnya Nabi Ayub. Jadi, Nabi Ayub menjadi simbol kesabaran dan cermin kesabaran atau teladan kesabaran pada setiap bahasa, pada setiap tempat, dan pada setiap budaya. Allah SWT telah memujinya dalam kitab-Nya yang berbunyi:
"Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah sebaih-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya)." (Surah Shaad: 44)
Nabi Ayub AS adalah salah seorang nabi dari nabi-nabi Bani Israil dan salah seorang manusia pilihan dari sejumlah manusia pilihan yang mulia. Allah telah menceritakan dalam kitab-Nya dan memujinya dengan berbagai sifat yang terpuji secara umum dan sifat sabar atas ujian secara khusus. Allah telah mengujinya dengan anaknya, keluarganya dan hartanya, kemudian dengan tubuhnya. Allah SWT telah mengujinya dengan ujian yang tidak pernah ditimpakan kepada siapa pun, tetapi ia tetap sabar dalam menunaikan perintah Allah dan terus-menerus bertaubat kepada-Nya.
Ikuti Jawapan Tuan Guru Harun Din dari pertanyaan Fauzi Abdul Rahman, Gombak, Kuala Lumpur. Perihal Nabi Ayub Sakit Teruk
Soalan: Ada seorang penceramah di masjid tempat saya, dalam satu ceramahnya beliau menceritakan perihal Nabi Allah Ayub a.s. yang mendapat penyakit ganjil kerana perbuatan jin-jin kafir ke atasnya. Seluruh badan Nabi Ayub a.s. berkudis dan bernanah, sehingga dagingnya reput, berbau busuk serta berulat. Kami jemaah masjid tertanya-tanya tentang peristiwa itu, bagaimana Nabi Ayub a.s. boleh mengajak orang mempercayai seruannya dan kerasulannya, jika keadaan beliau seperti sedemikian. Mohon Dato' jelaskan?
Jawapan: Kisah Nabi Ayub a.s. terkena penyakit kerana perbuatan syaitan adalah kisah benar, wajib dipercayai kerana dipaparkan di dalam al-Quranul Karim dengan Firman Allah SWT (mafhumnya):
"Dan ingatlah akan hamba Kami, Ayub, ketika ia menyeru kepada Tuhannya, dengan rintihan; "Sesungguhnya ya Allah, saya diganggu syaitan dengan kesusahan dan keazaban." (Surah Shaad, ayat 41)
Dengan ayat ini, amat jelas bahawa Nabi Ayub a.s. terkena kesusahan dan keazaban. Cuma perbezaannya apakah jenis penyakit yang baginda alami? Apakah sehingga yang anda sebut tadi, sehingga bernanah dan berkudis serta hancur daging dan sebagainya.
Apa yang disebut penceramah itu memang ada sandarannya, seperti yang pernah kita lihat dalam tafsir-tafsir yang muktabar. Antara lain disebut dalam Tafsir al-Qurtubi, badan Nabi Ayub a.s., gatal dan berkudis, digaru dengan kukunya hingga berdarah. Ditambah lagi dengan digaru dengan tembikar (jenis batu bata) hingga daging-dagingnya berkecai.
Bagaimanapun, perlu disedari bahawa dalam kita-kitab tafsir, walaupun yang muktabar, memang pengarangnya telah memasukkan kisah-kisah yang diistilahkan sebagai israiliyaat (cerita-cerita kaum Bani Israil). Kisah-kisah seperti ini memang menembusi (dicatat) dalam kitab-kitab, bagaimanapun tidak ada sandarannya dan tiada hadis yang benar-benar sahih menceritakannya.
Malah dalam kitab Tafsir al-Qurtubi, juzuk ke 15, di halaman 208, selepas mencatat cerita seperti yang saya sebutkan tadi, penulisnya menghuraikan bahawa cerita-cerita Israiliyaat ditolak oleh ulama muktabar secara keseluruhannya.
Pada hemat saya, setelah melihat banyak tafsir yang menceritakan kisah Nabi Ayub a.s. terkena ibtilak, bahawa memang benar iblis laknatullah berjaya mengenakan Nabi Ayub a.s. dengan gangguan fizikal.
Dengan kejahatan iblis itu baginda terganggu dan susah untuk beribadah dan berasa kesengsaraan kerana gatal-gatal badan yang tidak henti-henti.
Hal ini juga menyebabkan emosi Nabi Ayub a.s. terganggu, yang kenali dengan waswasah, fikiran berkecamuk atau bercelaru bila mengenangkan gangguan ke atas dirinya itu.
Penyakit tersebut, tidaklah sampai badannya hampir luluh, berkudis bernanah sehingga sesiapa yang melihatnya berasa jijik, loya dan hampir termuntah.
Jika ini berlaku, kenabian atau kerasulan Nabi Ayub a.s. akan terjejas kerana tidak ada orang yang mahu menghampirnya, orang melihatnya sebagai mencelarukan fikiran mereka.
Menurut Ibnu Abbas, Nabi Ayub a.s. terkena penyakit itu selama tujuh tahun, tujuh bulan, tujuh hari, akhirnya Nabi Ayub a.s. mengadu kepada Allah, seperti yang terpapar dalam al-Quran mafhumnya:
"Dan ingatlah kisah Nabi Ayub ketika ia menyeru Tuhannya, "Sesungguhnya saya telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan yang lebih mengasihi daripada segala yang mengasihi.
"Maka Kami perkenankan doa permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit yang menimpanya.....(hingga akhir ayat)" (Surah al-Anbiya ayat 83-84)
Cara Allah hendak menyembuhkan penyakitnya adalah, pertama, dengan doa (rayuan) Nabi Ayub a.s. seperti di atas. Kedua, Allah mewahyukan kepada Ayub a.s. hentakkan kaki ke bumi yang dipijaknya beberapa kali, sehingga air terpancar dari bumi itu. Ketiga, ambil air itu untuk diminum dan dimandi dengannya.
Dengan berbuat demikian, Allah menyembuhkan Nabi Ayub a.s. dari penderitaannya, untuk menyambung semula tugas kerasulan baginda.
Walau apa pun yang diulas orang dari cerita ini, hendaklah kita mengambil iktibar bahawa Allah SWT memberikan contoh kepada kita, perihal kesabaran seorang Nabi yang terseksa hidupnya akibat gangguan syaitan.
Akhirnya, setelah begitu lama menanggung kesusahan barulah Nabi Ayub a.s. berdoa ke hadrat Allah memohon kesembuhan, lalu Allah SWT memperkenankan doanya
Wallahua'lam. - lanh (Petikan dari Harakah Bil.1338)
Firman Allah S.W.T:
“83. dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika ia menyeru Tuhannya: "(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang."84. Maka Kamipun memperkenankan seruannya itu, lalu Kami lenyapkan penyakit yang ada padanya dan Kami kembalikan keluarganya kepadanya, dan Kami lipat gandakan bilangan mereka, sebagai suatu rahmat dari sisi Kami dan untuk menjadi peringatan bagi semua yang menyembah Allah.” Surah Al Anbiyaa':83-84
Firman Allah S.W.T:
“41. Dan ingatlah akan hamba Kami Ayub ketika ia menyeru Tuhan-nya: "Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan kepayahan dan siksaan."42. (Allah berfirman): "Hentamkanlah kakimu; inilah air yang sejuk untuk mandi dan untuk minum."43. Dan Kami anugerahi dia (dengan mengumpulkan kembali) keluarganya dan (Kami tambahkan) kepada mereka sebanyak mereka pula sebagai rahmat dari Kami dan pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai fikiran.44. Dan ambillah dengan tanganmu seikat (rumput), maka pukullah dengan itu dan janganlah kamu melanggar sumpah. Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhan-nya)”[1303]. Surah Shaad:41-44
Keterangan:[1303]. Nabi Ayub a.s. menderita penyakit kulit beberapa waktu lamanya dan dia memohon pertolongan kepada Allah s.w.t. Allah kemudian memperkenankan doanya dan memerintahkan agar dia menghentakkan kakinya ke bumi. Ayub mentaati perintah itu maka keluarlah air dari bekas kakinya atas petunjuk Allah, Ayub pun mandi dan minum dari air itu, sehingga sembuhlah dia dari penyakitnya dan dia dapat berkumpul kembali dengan keluarganya. Maka mereka kemudia berkembang biak sampai jumlah mereka dua kali lipat dari jumlah sebelumnya. Pada suatu ketika Ayub teringat akan sumpahnya, bahwa dia akan memukul isterinya bilamana sakitnya sembuh disebabkan isterinya pernah lalai mengurusinya sewaktu dia masih sakit. Akan tetapi timbul dalam hatinya rasa hiba dan sayang kepada isterinya sehingga dia tidak dapat memenuhi sumpahnya. Oleh sebab itu turunlah perintah Allah seperti yang tercantum dalam ayat 44 di atas, agar dia dapat memenuhi sumpahnya dengan tidak menyakiti isterinya yaitu memukulnya dengan dengan seikat rumput.
Lihat juga sini.[Link]
Wallahu A'lam. Hanya mengharapkan Cahaya Sakinah dan Rahmat dari Allah Ta'ala.
Saturday, July 25, 2009
As-Syahid Sheikh Ahmad Yassin
1938- 2004
Friday, July 24, 2009
Ustaz Dato’ Fadzil Mohd Noor
Sejarah telah tertulis, 23 Jun 2002 tetap bersemadi dalam memori seluruh umat Islam luar dan dalam negara kerana pada tarikh tersebut perginya seorang ilmuan dan pemimpin yang berkarisma, Presiden PAS, Al-Marhum,Ustaz Dato' Fadzil Mohd Noor.
Ikuti dokumentari dibawah.
Dokumentari: Ustaz Fadzil Noor, Bahagian 1 hingga 3.
Dokumentari: Ustaz Fadzil Noor, Bahagian 2
Dokumentari: Ustaz Fadzil Noor, Bahagian 3
*Penulis kenali beliau sebagai guru, pendakwah, pemimpin dan contoh manhaj pemikir.
Sebahagian dari Ucapan Al-Marhum Ustaz Fadzil Noor di parlimen tentang keganasan dan fikrahnya.
Beliau Digelar Bapa Pejuang Islam Malaysia
Almarhum meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia akibat sakit jantung pada jam 10.30 pagi.
Almarhum menerima rawatan selepas melakukan pembedahan pintasan jantung pada 10 Jun 2002. Sebelum itu Alhamrhum dimasukkan ke Hospital Kuala Terengganu kerana mengadu sakit dada.
Pemergiannya ditangisi, jasa dan ketokohan Almarhum tiada tolok bandingnya.
Kini lima tahun sudah berlalu, namun memori bersama Almarhum tetap dalam berada dalam lipatan kenangan.
Setiausaha Agong PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar sentiasa mengenang jasa dan ketokohan Almarhum dan yakin seluruh ahli dan kepimpinan PAS turut merasainya.
Beliau yang dihubungi kagum dengan kehebatan dan kepintaran Almarhum memimpin parti dalam menghadapi pelbagai cabaran dari tahun 1990 hingga pertengahan 2002.
Katanya, kejayaan Almarhum memimpin PAS dalam suasana mencabar itu dan telah membawa kemenangan terbesar kepada PAS adalah satu fakta sejarah yang tidak dapat dinafikan.
Almarhum juga tambah beliau, dapat memberikan gambaran yang tepat berkenaan konsep kepimpinan Ulama dan ia tidak dapat ditandingi oleh tokoh lain.
Kamaruddin berharap ahli dan pimpinan PAS sentiasa memperingati dan mengkaji cara Almarhum memimpin parti selama berpuluh-puluh tahun dengan berbagai-bagai jawatan.
Sementara itu, Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh menyifatkan Almarhum cukup `friendly' walaupun beliau seorang pimpinan tertinggi parti.
"Bagi ahli PAS banyak kenangan manis yang patut dicontohi. Almarhum mempunyai sifat `kebapaan' jika berjumpa muslimat tidak lupa bertanya hal suami," katanya.
Menurut beliau kepetahan Almarhum ketika berdebat dan berceramah memang tidak dinafikan, mudah-mudahan pimpinan PAS seterusnya dianugerahkan oleh Allah mempunyai sifat yang dimiliki oleh Almarhum.
Kepada kaum keluarganya kata beliau, seharusnya berusaha untuk menjejaki langkah meneruskan perjuangan Almarhum.
"Sama-samalah kita kirim al-Fatehah kepada roh Almarhum semoga kita yang akan mengikutinya dipilih oleh Allah termasuk dalam golongan orang yang soleh dengan kerana melaksanakan perjuangan ini kerana Allah," katanya.
Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub berikrar untuk cuba bersungguh-sungguh melangsungkan hasarat dan cita-cita Almarhum mengaplikasikan pendeakatan perjuangan dan menjadikan PAS sebagai sebuah wadah perjuangan yang boleh diterima oleh masyarakat Malaysia.
Menurut beliau, Almarhum telah berjaya meletakkan dirinya bukan sekadar pimpinan PAS tetapi rakyat di luar sana.
Katanya, Almarhum merupakan seorang reformis yang memiliki keberanian untuk melakukan beberapa anjakan paradigma dalam menentukan pemikiran dan hala tuju perjuangan parti.
"Almarhum merupakan contoh ulama kontemporari yang sentiasa menjadikan pengetahuan sebagai asas dalam mendepani cabaran perjuangan," jelasnya.
Sumber:Dipetik Dari HarakahDaily.Net
Wallahu A'lam. Hanya mengharapkan Cahaya Sakinah dan Rahmat dari Allah Ta'ala.
Thursday, July 23, 2009
Unforgiven vs Forgiveness
Forgiving the mistakes of others is a necessary trait we all need to acquire in order to lead a happier life.
Wednesday, July 22, 2009
Keajaiban Penciptaan Manusia
Sama-sama kita berfikir, merenung dan menghayati penciptaan diri sendiri, Subhanaallah.
The Miracle of Man's Creation –1 - Sperm and Ovum
The Miracle of Man's Creation –2 - Cell
The Miracle of Man's Creation –3 - Embrio
The Miracle of Man's Creation – 4 - Baby
Firman Allah Taala:
“57.Kami telah menciptakan kamu, maka mengapa kamu tidak membenarkan?58. Maka terangkanlah kepadaku tentang nutfah yang kamu pancarkan.59. Kamukah yang menciptakannya, atau Kamikah yang menciptakannya?” Al Waaqi'ah:57-59
Firman Allah Taala:
1.Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan.2.Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.3.Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah. Al 'Alaq:1-3
The Miracle Of Man's Creation.
Filem ini adalah berkenaan cerita diri kita. Bagaimana kita datang daripada setitis cecair yang disebut nuffah? Bila kita melihat paparan kemahabijaksanaan Allah Taala yang mengagumkan,rancangan dan kerumitan disetiap langkah hingga terjadi nya kita, agar filem ini akan menjadi teladan untuk kehidupan kita, kita juga harus ingat dan sedar ini bukan dari alam, tetapi ciptaan Yang Maha Bijaksana dan Yang Maha Kuasa.
Filem ini telah diinspirasikan oleh Harun Yahya.
Allah Taala Berfirman maksudnya:
“6:Dia menciptakan kamu dari seorang diri kemudian Dia jadikan daripadanya isterinya dan Dia menurunkan untuk kamu delapan ekor yang berpasangan dari binatang ternak. Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan Yang (berbuat) demikian itu adalah Allah, Tuhan kamu, Tuhan Yang mempunyai kerajaan. Tidak ada Tuhan selain Dia; maka bagaimana kamu dapat dipalingkan?.7: Jika kamu kafir maka sesungguhnya Allah tidak memerlukan (iman)mu dan Dia tidak meridhai kekafiran bagi hamba-Nya; dan jika kamu bersyukur, niscaya Dia meridhai bagimu kesyukuranmu itu; dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lainKemudian kepada Tuhanmulah kembalimu lalu Dia memberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa yang tersimpan dalam (dada)mu. Az Zumar:6-7
12. Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah.13. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim).14. Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik. Al Mu'minuun:12-14
78. Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur. An Nahl:78
77. Dan apakah manusia tidak memperhatikan bahwa Kami menciptakannya dari setitik air (mani), maka tiba-tiba ia menjadi penantang yang nyata!78. Dan ia membuat perumpamaan bagi Kami; dan dia lupa kepada kejadiannya; ia berkata: "Siapakah yang dapat menghidupkan tulang belulang, yang telah hancur luluh?"79. Katakanlah: "Ia akan dihidupkan oleh Tuhan yang menciptakannya kali yang pertama. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk. Yaasiin:77-79
Wallahu A'lam. Hanya mengharapkan Cahaya Sakinah dan Rahmat dari Allah Ta'ala.
Tuesday, July 21, 2009
Al-Israa’ and Al-Mi`raj :2
لا إلَه إلاّ الله محمّد رسولُ الله
بسم الله الرحمَن الرحيم الحمد لله والصلاة والسلام على سيدنا محمد وءاله وصحبه وسلم
Al-Israa’..
Wal-Mi’raj
Al-Israa’ and Al-Mi`raj: Everlasting Lessons -By Sheikh Yusuf Al-Qaradawi
Al-Israa’ was a land-to-land journey that Allah Almighty caused His Prophet (peace and blessings be upon him) to make from Makkah to Jerusalem, that is, from Almighty Allah's Sacred House to Al-Aqsa Mosque.
Al-Mi`raj was a land-to-heaven journey from Jerusalem to the heavens. It was a journey to a place that no human being other than the Prophet (peace and blessings be upon him) had ever reached [or has reached since]. It was a journey to the Lote Tree of the utmost boundary, whose place only Almighty Allah knows.
Such two journeys were a turning point in the Prophet's life and in the course of his call in Makkah, especially after all the suffering he (peace and blessings be upon him) had faced at the hands of the Quraysh.
Allah Almighty wanted Al-Israa’ and Al-Mi`raj be an alleviation and relief to His Prophet (peace and blessings be upon him). He Almighty wanted to tell His Prophet that if the people of the earth had let him down, the people of heaven were there to support him; if the people of the earth had rejected his call, Allah Almighty would receive him and His Prophets (peace and blessings be upon them) would follow him and he would be their imam.
That journey was an honor and compensation to the Prophet (peace and blessings be upon him) from Almighty Allah. It was also a preparation for him to the following stage of his call. A few years later, he (peace and blessings be upon him) would migrate to Madinah, where he (peace and blessings be upon him) would lead a life of strife and jihad and confront the Arab tribes and other parties that would stand as one man against his international call.
In fact, it is not known exactly when the Night Journey and Ascension took place, but it was certainly before the Hijrah (emigration from Makkah) to Madinah. It was said to have happened either three years or 18 months before the Hijrah.
Anyway, there are two important points that we are to concentrate on in discussing Al-Israa’ and Al-Mi`raj. The first thing is to contemplate how Allah Almighty linked His Sacred House and Al-Aqsa Mosque, and why He Almighty wanted to inform us that Al-Aqsa Mosque was a main destination of the Night Journey.
We should meditate why the Night Journey was from Allah's Sacred House to Al-Aqsa Mosque, from which the Ascension to heaven was made, why Ascension did not take place from Allah's Mosque to heaven directly.
This indicates that Al-Aqsa Mosque, that sacred place which Allah Almighty has blessed, was a main destination of the Night Journey.
Prophet Muhammad's being received by other Prophets of Allah Almighty in Al-Aqsa Mosque and his leading them in Salah (ritual Prayer) there is also significant. It indicates that leadership was moved to a new nation and to a new Prophethood.
It is significant that Prophet Muhammad's mission was not like the missions of the previous prophets. Each of all the other prophets (peace and blessings be upon them all) was sent to his own people, while Prophet Muhammad (peace and blessings be upon him) was sent to all mankind [and jinn]. He (peace and blessings be upon him) was sent as a mercy to the worlds at all times. This was a sign of the eternity and internationality of His message (peace and blessings be upon him).
Thus, his going to Al-Aqsa Mosque, the land of Prophets, from which came Prophets Abraham, Isaac, Moses, and Jesus, was an indication that leadership of the world had moved to the new international message, Islam. Allah Almighty wanted Muslims to realize and deeply appreciate the relation between His Sacred House and Al-Aqsa Mosque. It was from His Sacred House that the Night Journey began and to Al-Aqsa Mosque that it reached.
Allah Almighty has blessed Al-Aqsa Mosque and its neighborhood. He Almighty says in that regard: [Glorified be He Who carried His servant by night from the Inviolable Place of Worship to the Far Distant Place of Worship the neighborhood whereof We have blessed…] (Al-‘Israa’ 17:1) [The Inviolable Place of Worship mentioned in this verse refers to Allah's Sacred House and the Far Distant Place of Worship refers to Al-Aqsa Mosque.]
Mind that Allah Almighty had blessed Al-Aqsa Mosque and its neighborhood and referred to it even before even the Prophet's Mosque was built, as the Prophet's Mosque was established after his immigration to Madinah.
Mind also that when Prayer was ordained on the Muslims, Al-Aqsa Mosque was the qiblah to which they were to turn during Prayer. They would turn their faces in Prayer towards it for three years in Makkah, and for 16 months in Madinsh before the qiblah was changed to Allah's Sacred House.
Besides, Al-Aqsa Mosque is one of the three mosques to which Muslims are required to dedicate time for visiting; the other two mosques are the Sacred Mosque and the Prophet's Mosque. This shows that Jerusalem is the third sacred place after Makkah and Madinah in Islam.
Allah Almighty wanted to establish and emphasize the significance and sacredness of Al-Aqsa Mosque in Muslims' hearts so that they do not cede it for anything. They are to hold it as sacred as both Allah's Sacred House and His Prophet's Mosque.
That was why the Muslims [when they were strong] were zealous to keep Al-Aqsa Mosque under their rule and protection.
Hence, Muslims must realize the importance of Jerusalem in their history and the significance of Al-Aqsa Mosque in their religion and life.
Allah Almighty wills that we remember the importance of Al-Aqsa Mosque when we celebrate the anniversary of Al-Israa’ and Al-Mi`raj.
This is to remind us of the gravity of the circumstances in which Al-Aqsa Mosque is in this age. We must not give up our responsibility in defending Al-Aqsa Mosque and Jerusalem. This is a sacred issue to fight for. We should not, under any circumstances, give up our role in that regard.
The Jews dreamed of establishing a state (in the land of Palestine) and managed to achieve that dream. That being so, we at least must not give up hope that one day we will again have Al-Aqsa Mosque and Jerusalem under our control. We should not lose hope of that at all, even if we see surrender embodied everywhere in our status quo.
We must believe that Allah Almighty is with us and that He Almighty will grant us victory and make Islam prevail, as He, Most High, always supports the true believers.
Imams Ahmad and At-Tabarani reported on the authority of Abu Imama Al-Bahilai (may Allah be pleased with him) that the Prophet (peace and blessings be upon him) is reported to have said, "A group of my nation will keep being in the side of right and victorious over its enemy; no party of their enemy can cause them harm; the only harm that may afflict them is (physical) exhaustion. They would be like so until the Day of Judgment." The Prophet's Companions (may Allah be pleased with them) asked, "Where would they be, Allah's Messenger?" He (peace and blessings be upon him) said,
"In Jerusalem and its surrounding vicinity."
The second most important lesson that we are to learn from Al-Israa’ and Al-Mi`raj is concerning Prayer. It is known that Prayer was ordained on that great night.
It is because of the great importance of Prayer that Allah Almighty ordained it in heaven. He Almighty sent for His Messenger to mankind (peace and blessings be upon him) and caused him to go on a night journey and ascend to heaven and the Lote Tree to inform him (peace and blessings be upon him) of the ordinance of Prayer.
Mind that all other ordinances were decreed on the earth. This indicates how important Prayer is in Islam. It symbolizes ascension to heaven; it is the Muslim's spiritual ascension to heaven.
Thus, Prayer is the gift that the Prophet (peace and blessings be upon him) brought with him from that journey to all Muslims so that they can worship Allah Almighty through it.
Prayer had to do with Al-Aqsa Mosque. Al-Aqsa Mosque was the first qiblah in Islam. If it is true that Al-Israa’ and Al-Mi`raj took place in the tenth year of the Prophet's mission, this would mean that the Muslims' qiblah in Prayer was towards Al-Aqsa Mosque for three years before the Hijrah to Madinah and 16 months after it.
Then Almighty Allah decreed that the qiblah be changed towards the Sacred Mosque. Allah Almighty says: [So turn thy face toward the Inviolable Place of Worship, and ye (O Muslims), wheresoever ye may be, turn your faces when ye pray) toward it.] (Al-Baqarah 2:143)
When the qiblah was changed, the Jews raised doubts about that. Allah Almighty says, [The foolish of the people will say: What hath turned them from the qiblah which they formerly observed?] (Al-Baqarah 2:142)
The Jews spread rumors that the Muslims' Prayer [to the first qiblah] was invalid and so would not be rewarded. Allah Almighty refuted their claims as He, most High, says:[And We appointed the qiblah which ye formerly observed only that We might know him who followeth the Messenger from him who turneth on his heels. In truth it was a hard (test) save for those whom Allah guided. But it was not Allah's purpose that your faith should be in vain, for Allah is full of pity, Merciful toward mankind.] (Al-Baqarah: 143) According to this verse, "your faith" refers to Prayer, as Prayer is a symbol of one's faith.
To sum up, Prayer is the spiritual means through which Muslims can ascend to their Lord. If the Prophet (peace and blessings be upon him) ascended to heaven (once), we, brothers and sisters, could spiritually ascend to there as much as we can through Prayer.
Allah Almighty says in a the qudsi hadith:
"I have divided the Prayer into two halves between Me and My servant, and My servant will receive what he asks. When the servant says, 'Praise be to Allah, the Lord of the universe,' Allah the Most High says, 'My servant has praised Me.' And when he (the servant) says, 'The Most Compassionate, the Merciful,' Allah the Most High says, 'My servant has lauded Me.' And when he (the servant) says, 'Master of the Day of judgment,' He Almighty remarks, 'My servant has glorified Me.' And when he (the worshiper) says, 'Thee do we worship and of Thee do we ask help,' He Almighty says, 'This is between Me and My servant, and My servant will receive what he asks for.' Then, when he (the worshiper) says, 'Guide us to the straight path, the path of those to whom Thou hast been Gracious not of those who have incurred Thy displeasure, nor of those who have gone astray,' He (Allah Almighty) says, 'This is for My servant, and My servant will receive what he asks for.'"
Source: Rasoulallah.net
والصلاة والسلام على الرحمة المهداة للعالمين سيدنا وحبيبنا محمد عليه افضل الصلاة واتم التسلي
Salam.. Chat.
Followers
As-Syahid Izzuddin Al-Qassam (1871 - 20 Nov 1935)
My News
-
The rebel commander running Syria - The BBC's Jeremy Bowen brings us his interview with HTS leader Ahmed al-Sharaa11 hours ago
-
Dozens killed in violence in Sudan's West Darfur state - At least 24 people dead after an IDP camp was attacked following a dispute between Arab and African ethnic groups.4 years ago
-
-
-