IN MY HEAD: ?

Monday, April 12, 2010

Kata Yang Menyentuh Qalbu, Qalbu Yang Berkata-kata

ijtimak bangkokGambar Hiasan

“Sesungguhnya segala ujian, godaan, gangguan dan tentangan itu diizinkan Allah, Semata-mata mahu melihat kesungguhan dan memantapkan wadah keimanan kita”

langkah pelajar sekolah  Gambar Hiasan(sumber)

“Dalam kita melangkah, terkadang diuji dengan ujian yang terasa  berat hingga terduduk dan menangis… Peritnya amat terasa tapi ketahui dan renungilah kembali ke dalam diri. Mungkin DIA hadirkan air mata tika itu untuk kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak. Antaranya ada langkah-langkah yang tersasar dari kesopanan ada niat yang terkeluar dari keimanan… Semoga kita sabar dan ditetapkan iman, Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuk kita. Semoga hati kita redha dengan segala ujian ini..”

langit malam Gambar Hiasan

“Jika doamu tidak dimakbulkan itu tandanya Allah menyayangimu, Jika doamu lambat dimakbulkan itu tandanya Allah ingin mengujimu, Jika doamu tidak dimakbulkan itu tandanya Allah merancang yang terbaik untuk mu.”-Sumber-

Tunaikan lah apa yang telah diwajibkan Tuhan ke atasmu maka engkau akan menjadi orang yang paling hebat ibadahnya. Jauhilah larangan-larangan Allah maka engkau akan menjadi orang yang paling zuhud.”

Bukankah benar?

Wallahualam.  Mengharapkan Cahaya Sakinah dan Rahmat dari Allah Ta'ala.

Isnin

27 Rabiul Tsanni 1431,

Salam.. Chat.


ShoutMix chat widget

Followers

As-Syahid Izzuddin Al-Qassam (1871 - 20 Nov 1935)

Nama sebenar beliau adalah Muhammad Izzuddin Abdul Qadir Mustafa Al-Qassam. Lahir di daerah Al-Ladziqiyyah, Syria Selatan. Masuk ke Al-Azhar sekitar tahun 1906 pada usia 14 tahun. Sempat berguru dengan Sheikh Muhammad Abduh dan berteman dengan Sheikh Rasyid Redho. Ketika penjajahan kuffar di Libya pada 1911, beliau turut memobilisasi senjata dan para mujahid untuk turun ke Libya. Setiap operasi jihad yang dipimpin oleh beliau di Palestin membuahkan kejayaan besar yang menakutkan Inggeris yang menjajah Palestin saat itu. Beliau syahid dalam satu pertempuran dahsyat di Kota Jenin, bersama 10 orang mujahid yang digempur dengan ratusan pasukan Inggeris yang menggunakan helikopter. Kini, nama beliau disematkan kepada sayap ketenteraan Hamas iaitu Brigade As-Syahid Izzuddin Al-Qassam yang sering dikenal dengan aksi-aksi pelancaran roket Al-Qassam dan operasi Amaliyyah Al-Istisyhadiyyah. 


My News

islamiconlineuniversity.com

Learn How to give Dawah

Alafasy Quran TV - Syeikh Misyari Rasyid Al-Afasy

Radio Rodja - Menebar Cahaya Sunnah - Kuliah Hadist

Iklan Nuff