IN MY HEAD: ?

Thursday, April 22, 2010

Tentang Zikir(1)

Firman Allah S.W.T:-

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱذۡكُرُواْ ٱللَّهَ ذِكۡرً۬ا كَثِيرً۬ا (٤١) وَسَبِّحُوهُ بُكۡرَةً۬ وَأَصِيلاً (٤٢) هُوَ ٱلَّذِى يُصَلِّى عَلَيۡكُمۡ وَمَلَـٰٓٮِٕكَتُهُ ۥ لِيُخۡرِجَكُم مِّنَ ٱلظُّلُمَـٰتِ إِلَى ٱلنُّورِۚ وَڪَانَ بِٱلۡمُؤۡمِنِينَ رَحِيمً۬ا (٤٣)

“Wahai orang-orang yang beriman berzikirlah(dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya dan bertasbihlah kepadaNya pada waktu pagi dan petang. Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikatNya( memohonkan keampunan untukmu) supaya mengeluarkan kamu daripada kegelapan kepada cahaya(yang terang).Dan Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman.”

                                                                                               (Al-Ahzab: 41-43)

Ayat-ayat yang tersebut diatas menunjukkan bahawa rahmat Allah s.w.t dan doa para malaikat adalah hasil daripada zikrullah yang kamu kerjakan.Sebanyak mana kamu berzikir mengingati Allah s.w.t sebanyak itulah kamu akan diingati.

Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, tujuh golongan yang akan dilindungi Allah s.w.t di bawah bayangan rahmatNya pada hari yang tiada bayangan selain daripada bayangan rahmatNya iaitu:-

1-Pemerintah yang adil

2-Pemuda yang menggunakan masa muda remajanya untuk beribadat kepada Allah s.w.t.

3-Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut pada masjid.

4-Dua orang yang berkasih sayang antara satu sama lain kerana Allah,mereka berkumpul dan berpisah kerana Allah s.w.t.

5-Lelaki yang digoda oleh wanita bangsawan dan jelita, lalu dia berkata “Sesungguhnya saya takut kepada Allah!”

6-Seorang yang memberi sedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu sedekah yang diberikan oleh tangan kananya.

7-Lelaki yang mengingati Allah s.w.t berseorangan sehingga berlinangan air matanya.

(Hadis Riwayat Imam Bukhari, Muslim dan lain-lain)

Hendaklah sentiasa berzikir pada waktu malam ataupun siang, didaratan ataupun di lautan, semasa berada dalam perjalanan atau tidak dalam keadaan miskin ataupun kaya ketika sakit ataupun sihat dengan perlahan ataupun nyaring dan dalam apa-apa saja keadaan.

Jadi, marilah sama-sama mulakan zikir masing-masing, dengan doa-doa sebelum tidur, doa sebelum makan, doa masuk exam dan macam-macam doa lagi. Juga zikir lepas solat, seperti yang anda tahu. Zikir yakni mengingati Allah dapat menolak kelalaian.

Waallahualam.

Salam.. Chat.


ShoutMix chat widget

Followers

As-Syahid Izzuddin Al-Qassam (1871 - 20 Nov 1935)

Nama sebenar beliau adalah Muhammad Izzuddin Abdul Qadir Mustafa Al-Qassam. Lahir di daerah Al-Ladziqiyyah, Syria Selatan. Masuk ke Al-Azhar sekitar tahun 1906 pada usia 14 tahun. Sempat berguru dengan Sheikh Muhammad Abduh dan berteman dengan Sheikh Rasyid Redho. Ketika penjajahan kuffar di Libya pada 1911, beliau turut memobilisasi senjata dan para mujahid untuk turun ke Libya. Setiap operasi jihad yang dipimpin oleh beliau di Palestin membuahkan kejayaan besar yang menakutkan Inggeris yang menjajah Palestin saat itu. Beliau syahid dalam satu pertempuran dahsyat di Kota Jenin, bersama 10 orang mujahid yang digempur dengan ratusan pasukan Inggeris yang menggunakan helikopter. Kini, nama beliau disematkan kepada sayap ketenteraan Hamas iaitu Brigade As-Syahid Izzuddin Al-Qassam yang sering dikenal dengan aksi-aksi pelancaran roket Al-Qassam dan operasi Amaliyyah Al-Istisyhadiyyah. 


My News

islamiconlineuniversity.com

Learn How to give Dawah

Alafasy Quran TV - Syeikh Misyari Rasyid Al-Afasy

Radio Rodja - Menebar Cahaya Sunnah - Kuliah Hadist

Iklan Nuff