IN MY HEAD: ?
Imam Sya’rawi memegang bahu Hosni Mubarak dengan penuh selamba tanpa rasa takut dan gentar sedikitpun dengan mengatakan: "Sekiranya kami ini hukuman taqdir kepadamu, semoga Allah membantu kamu agar kamu dapat menghadapinya kelak.."
As-Syahid Izzuddin Al-Qassam (1871 - 20 Nov 1935)
Nama sebenar beliau adalah Muhammad Izzuddin Abdul Qadir Mustafa Al-Qassam. Lahir di daerah Al-Ladziqiyyah, Syria Selatan. Masuk ke Al-Azhar sekitar tahun 1906 pada usia 14 tahun. Sempat berguru dengan Sheikh Muhammad Abduh dan berteman dengan Sheikh Rasyid Redho. Ketika penjajahan kuffar di Libya pada 1911, beliau turut memobilisasi senjata dan para mujahid untuk turun ke Libya. Setiap operasi jihad yang dipimpin oleh beliau di Palestin membuahkan kejayaan besar yang menakutkan Inggeris yang menjajah Palestin saat itu. Beliau syahid dalam satu pertempuran dahsyat di Kota Jenin, bersama 10 orang mujahid yang digempur dengan ratusan pasukan Inggeris yang menggunakan helikopter. Kini, nama beliau disematkan kepada sayap ketenteraan Hamas iaitu Brigade As-Syahid Izzuddin Al-Qassam yang sering dikenal dengan aksi-aksi pelancaran roket Al-Qassam dan operasi Amaliyyah Al-Istisyhadiyyah.
1 comment:
معلم دهانات بالرياض فني دهان بالرياض دهان ممتاز بالرياض دهان رخيص بالرياض عامل دهان بالرياض رخيص
فني تركيب ورق جدران بالرياض افضل معلم تركيب ورق جدران الرياض ارخص فني تركيب ورق حائط في الرياض
شركة مكافحة الحمام بالرياض تركيب طارد الحمام في الرياض و الخرج شبك طارد للحمام
Post a Comment