[Muzakarah Ulama] Syiah: Kesannya Terhadap Masa Depan Islam Serantau
Pembentang: Maulana Mohd Asri Yusoff
Anjuran: Persatuan Ulama Kedah
Tarikh: 24 Sept 2005
IN MY HEAD: ?
[Muzakarah Ulama] Syiah: Kesannya Terhadap Masa Depan Islam Serantau
Pembentang: Maulana Mohd Asri Yusoff
Anjuran: Persatuan Ulama Kedah
Tarikh: 24 Sept 2005
SubhanaAllah, saya sangat teruja melihat video youtube anak ajaib yang hafal quran sementara terlintas sejarah hidup Imam Al-Bukhari, hafal 600,000 hadis berserta sanadnya dan Imam Ahmad, 1juta hadis. Tengok video bawah.
Abdurrahman Farih, dikenal di negaranya (Aljazair)algeria sebagai anak mukjizat. Video ini dirakam ketika wawancara dengan surat kabar harian al Syuruq. Ayahnya menceritakan bahwa Abdurrahman baru bisa berbicara ketika berumur 2 tahun, dan kata-kata pertama yang keluar dari mulutnya adalah bacaan surat al Kahfi.
Ibu Abdurrahman -sebagaimana diceritakan ayahnya- rajin membaca surat al Kahfi ketika Abdurrahman masih dalam kandungan, sebagaimana juga setelah lahir orang tuanya sering menonton al Affasy channel Tv-saluran televisien yang menyiarkan bacaan al Quran-, bahkan ketika orang tuanya ingin merubah channel yang ditonton si kecil Abdurrahman sering menolak.
Hingga kini pada umur 3 tahun Abdurarhman sudah menghafal surah-surah panjang al Quran tanpa salah dalam bacaannya, bahkan dalam bacaan mad (panjang pendek bacaan).
Wallahualam.
Ubahsuai dari :http://un2kmu.wordpress.com/
Baru sebulan berada di Dubai UEA, enam orang asing yang berada di negara teluk tersebut menyatakan diri masuk Islam, setelah mereka mendengar suara muadzin dengan merdu mengumandangkan adzan - sehingga membawa mereka masuk ke dalam masjid dan meminta untuk di Islamkan.
Surat kabar Al-Bayan UEA pada Jumat kemarin (16/4) melaporkan bahwa suara indah dari Syaikh Abdul Basith Nuruddin Zlitni, pembaca Quran dan muadzin di Radio dan Televisi Dubai serta imam sebuah masjid, menjadi alasan untuk memasukkan enam orang dari berbagai negara itu ke dalam Islam, enam orang asing tersebut menyatakan mereka sangat tersentuh dan tertarik dengan keindahan suaranya sewaktu mengumandangkan adzan dan membaca Al-Quran ketika terdengar di telinga mereka.
Surat kabar itu mengatakan Syaikh Zlitni di anggap sebagai penerus dari almarhum Syaikh Abdul Basith Abdul Samad, yang belajar Alquran dari ayahnya, Syaikh Nuruddin Zlitni di Mesir.
Mengutip pernyataan Syaikh Zlitni, ia mengatakan bahwa dirinya terkejut saat membaca Al Quran di masjid, tiba-tiba masuk dua orang asing yang menyatakan keinginan mereka untuk menjadi muslim dan mengenal agama Islam lebih banyak lagi, mereka mengatakan mereka tersentuh setelah mendengar bacaan Al-Quran serta kumandang adzan yang di lantunkan oleh Syaikh Zlitni. Tidak sampai disitu, dua hari kemudian dua orang asing tadi membawa serta empat orang rekannya yang lain yang juga menyatakan ingin masuk Islam.
Syaikh Zlitni kemudian mengajarkan orang asing tersebut untuk membaca dua kalimat syahadat sebagai proklamasi mereka menyatakan diri masuk ke dalam agama Islam. Syaikh Zlitni menyatakan bahwa semua ini berkat hidayah Allah yang turun dari kesucian Al-Quran, Syaikh Zlitni berkata: "Suara indah dan hati yang bersih dalam membaca Al-quran akan menarik jiwa manusia."(fq/imo)
Gambar ilustrasi artis menunjukkan kompleks Menara Abraj al-Bayt berdekatan dengan Masjidil Haram di Mekah.
Gambar ilustrasi artis menunjukkan kompleks Menara Abraj al-Bayt berdekatan dengan Masjidil Haram di Mekah. - AFP
Sebuah kompleks hotel gergasi yang sedang dalam pembinaan di Mekah bakal menjadi bangunan kedua tertinggi di dunia dan di atasnya akan dibina sebuah jam yang enam kali lebih besar daripada jam Big Ben di London.
Pengurus besar hotel berkenaan, Mohammed al-Arkubi pada sidang media di sini semalam berkata, kompleks tujuh menara hotel yang dikenali sebagai Menara Abraj al-Bayt itu akan mengandungi 3,000 buah bilik dan suite, kebanyakannya menghadap Masjidilharam.
Ketinggian kedua-dua menara itu hanya kurang kira-kira 11 meter daripada ketinggian menara tertinggi di dunia, Burj Khalifa yang mencecah 828 meter.
Menara Jam Diraja Mekah akan dibina daripada struktur konkrit setinggi 662 meter dan puncak menara logam setinggi 155 meter yang dilitupi dengan simbol bulan sabit.
Malah struktur konkrit Menara Jam Diraja Mekah itu adalah lebih tinggi daripada bangunan kedua tertinggi di dunia pada masa kini iaitu Taipei 101 di Taiwan, yang setinggi 508 meter.
"Fasa pertama hotel akan dibuka pada akhir Jun ini, manakala jam itu akan mula beroperasi pada akhir Julai, iaitu menjelang bulan Ramadan yang dijangka bermula sekitar 10 Ogos," kata Arkubi.
Jam buatan Jerman itu, digambarkan sebagai 'yang terbesar di dunia', mempunyai muka selebar 45 meter dan setinggi 43 meter di keempat-empat sisi menara, katanya.
Jam tersebut dijangka boleh kelihatan sejauh 17 kilometer pada waktu malam dan 11 hingga 12 kilometer pada waktu siang.
Kompleks itu dibina oleh syarikat hartanah gergasi, Bin Laden Group, bagi pihak kerajaan Saudi. – AFP
(Sumber berita Utusan Malaysia 15 April 2010).
Apakah ini semua?
Kenapakah?
Ada sesiapa tahu apa yang telah berlaku?
Ust Dato Ismail Kamus – Mimpi
Imam Ibnu Sirin, dalam bukunya Tafsir Mimpi Menurut Islam, berkata:
Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung didalamnya. Ada kalanya mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi insan yang bertakwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku, kerana Rasulullah tidak bermimpi melainkan mimpi baginda menjadi kenyataan. Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakan berita yang disebarkan oleh syaitan.
Dalam suatu riwayat dikisahkan, seorang wanita bertanya, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya bermimpi melihat sebahagian tubuh baginda berada di rumahku." Baginda menjawab, "Sesungguhnya Fatimah akan melahirkan seorang anak lelaki, kemudian engkau yang akan menyusukannya." Tidak lama kemudian Fatimah melahirkan Hussein dan disusukan oleh wanita tersebut.
Sesungguhnya mimpi itu dapat ditafsirkan, namun tidak semua orang mampu mentafsirkan kebenarannya.
Tambahan pula, mimpi diakui adanya dalam syariat Islam. Sedangkan ilmu untuk mentakwilkan, mentakbirkan atau mentafsirkannya diiktiraf oleh ramai ulama. Ramai ulama yang ingin mendalami masalah takwil atau tafsir mimpi tetapi tidak ramai yang mengetahuinya kerana susahnya.
Al-Imam Ibnu Syahin, dalam mukadimah kitabnya Al-Isyarat Fi Ilmi al-'Ibarat, berkata:
"Islam mencerca ilmu tenung kerana hanya Allah-lah yang mengetahui masalah ilmu ghaib. Saya menghindari ilmu-ilmu seperti itu dan tidak meminatinya, dan saya ingin membuat buku yang dapat mendedahkan perkara-perkara ghaib yang sememangnya diakui oleh syarak, iaitu ilmu takwil dan ta'bir mimpi."
Menurut ahli-ahli ta'bir, mimpi ada tiga macam:
Peristiwa yang menggembirakan yang benar yang terjadi setelah bermimpi, dan ini tidak memerlukan penafsiran.
Mimpi yang batil atau permainan syaitan, iaitu mimpi yang tidak dapat diperincikan oleh orang yang bermimpi. Ertinya orang yang bermimpi itu tidak sanggup mengingat tertib atau jalan cerita mimpi itu. Mimpi seperti ini dianggap batil dan tidak mempunyai sebarang makna atau takwil.
Keinginan nafsu. Seperti kita ketahui nafsu ada tiga, iaitu nafsu mutmainnah, nafsu lawwamah dan nafsu ammarah. Mimpi seperti ini terjadi kerana pengaruh fikiran seseorang. Sesuatu yang dia lakukan atau dia khayalkan siang hari atau menjelang tidurnya selalu menjelma ketika tidurnya.
Dari Utsman Bin Affan RA, beliau berkata. Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda ‘Sesungguhnya saya mengetahui satu kalimat, tidak ada seorang hamba pun yang mengatakannya dengan tulus ikhlas dari hatinya, melainkan dia akan terhindar dari api neraka, lalu Umar Bin Khattab berkata kepadanya(Uthman): ‘Saya akan memberitahukan kepada kamu, apakah kalimat itu? Dia adalah kalimat tauhid yang dengannya Allah memuliakan Nabi Muhammad dan sahabat-sahabatnya, dia adalah kalimat taqwa yang diinginikan Rasul untuk diucapkan oleh pamannya Abu Thalib ketika meninggal dunia, iaitu penyaksian bahawasanya Tiada Tuhan Selain Allah’ (HR Ahmad)