IN MY HEAD: ?

Tuesday, April 26, 2011

Ilmu Rijal Hadis: Satu Pengenalan

Satu perkongsian buat sahabat-sahabat. Mari mendalami Ilmu Rijal hadis. Ilmu Rijal adalah satu cara kita untuk mengenali perawi-perawi. Siapa pula perawi- perawi hadis? perawi hadis secara ringkasnya boleh dikatakan orang yang sentiasa menyibukkan dirinya dengan hadis dan mengatahui manhaj hadis.
Kedatangan Islam dengan al-Quran dan al-Hadis telah membuka lembaran baru dalam sejarah ketamadunan manusia dan perkembangan ilmu.

Ilmu-ilmu seperti Usul al-Fiqh, Usul Tafsir dan Balaghah yang dihasilkan oleh Islam tidak pernah diketahui sebelum ini.

Kemunculan ilmu-ilmi ini tidak lain dan tidak bukan untuk menghuraikan dan menjelaskan  maksud al-quran dan al- hadis. Antara ilmu yang muncul ialah ilmu Rijal Hadis iaitu ilmu yang berkait dengan perwi-perawi yang meriwayatkan hadis-hadis Rasulullah.
Imam Ali bin al-Madini berkata:

"Kefahaman yang mendalam tentang makna-makna hadis adalah separuh ilmu dan mengenali para perawi adalah separuh ilmu. (Abu Ghuddah, Lamahat, hal. 80)

Kata-kata Ibn al-Madini jelas menunjukkan betapa tingginya kedudukan ilmu rijal yang sebaris dengan ilmu memahami kandungan hadis. Oleh kerana itu, ulama menulis sejumlah kitab yang tidak terhitung banyaknya tentang keadaan para perawi hadis.

Ilmu ini dapat dibahagikan kepada dua.
Pertama, ilmu sejarah perawi dan ; kedua, ilmu Jarh wa Ta`dil.

Ilmu Tarikh al-Ruwat atau sejarah para perawi

Dr. `Ajjaj al-Khatib menyebutkan takrif ilmu ini.

Kata beliau, ilmu Tarikh al-Ruwat ialah ilmu yang memperkenalkan perawi darisudut yang berkait dengan periwayatan hadis oleh mereka.

Ilmu ini merangkumi biografi dan penjelasan keadaan perawi, tarikh lahir dan wafat, negeri mereka, tarikh mula mendengar hadis,pengembaraan, tarikh ketibaan di sesebuah negeri, guru-guru, perawi lain yang menerima hadis daripadanya dan mendengar hadis dari syaikh yang nyanyuk sebelum atau selepas berlaku nyanyuk. (Usul al-Hadith, hal. 253).

Ilmu ini sama berkembang dengan ilmu hadis. Dari satu sudut, ilmu ini kelihatan sebahagian dari ilmu sejarah. Cuma ia lebih tertumpu kepada keadaan para perawi.

Pengenalan Para Perawi

Secara asasnya, seseorang perawi dikenali dengan nama asal tetapi ada kalanya lebih dikenali dengan "kuniyah" atau nisbahnya.

Apabila seorang perawi itu dikenali dengan abu fulan (bapa si fulan) atau ummu fulan (ibu si fulan) maka itu dikatakan "kuniyah". "Kuniyah" merupakan panggilan yang cukup utuh dalam sistem panggilan masyarakat Arab yang menggambarkan kedudukan seseorang dalam masyarakat.

Begitu juga apabila perawi itu dikaitkan dengan sesuatu bangsa, tempat dan keturunan maka itu dipanggil sebagai nisbah.

Di samping itu, ada juga perawi yang diberikan "laqab" atau gelaran yang melambangkan kedudukannya dalam dunia ilmu seperti al-Imam, al-Hafiz,Syaikh al-Islam dan lain-lain.

Ulama yang menyusun biografi perawi akan memperkenalkan perawi itu dengan namanya, "kuniyah"nya, gelarannya kemudian nisbah kepada negeri.

Jika "kuniyah"nya atau gelarannnya lebih terkenal maka itulah yang didahulukan. Pengenalan seseorang perawi akan lebih jelas lagi dengan dinyatakan bapanya, datuknya dan juga moyangnya.

Faedahnya ialah apabila terdapat dua orang atau lebih yang mempunyai kesamaan pada nama perawi dan bapanya. Perbezaan akan dikesan dengan melihat kepada nama datuk. Adakalanya perbezaan kepada nama perawi yang sama dengan melihat kepada nisbah negeri.

Sebagai contoh terdapat enam orang yang bernama al-Khalil bin Ahmad. Dalam satu masa ada empat orang yang bernama Ahmad bin Ja`afar bin Hamdan. Dalam pengajian hadis mereka ini dipanggil al-muttafiq wa al-muftariq iaitu sama pada nama tetapi berbeza individu. (Taisir Mustalah al-Hadith, hal. 206)

Satu kisah yang cukup menarik untuk disebutkan di sini yang diceritakan oleh Abu al-Farj al-Mu`afi bin Zakaria al-Nahrawani.

Kata beliau: "Pada satu tahun saya menunaikan haji dan ketika di Mina saya terdengar seorang yang memanggil, wahai Abu al-Farj. Sayapun berkata, mungkin dia mencari saya. Kemudian saya terfikir, ramai lagi orang yang di"kuniyah"kan dengan Abu al-Farj maka saya tidak menyahut. Kemudian saya mendengar orang itu memanggil Abu al-Farj al-Mu`afi. Lalu saya ingin benar untuk menyahut kemudian saya terfikir ada ramai lagi yang dipanggil Abu al-Farj al-Mu`afi maka saya tidak menjawab. Kemudian dipanggil lagi Abu al-Farj al-Mu`afi bin Ja`afar lalu saya tidak menjawab. Kemudian dipanggil lagi Abu al-Farj al-Mu`afi bin Ja`afar al-Nahrawani. Maka sayapun berkata tidak syak lagi tentu dia memanggil saya kerana dia telah menyebut "kuniyah" saya, nama saya, nama ayah saya dan negeri saya. Lalu saya berkata kepadanya, sayalah orang itu, apa yang anda perlukan? Lalu dia bertanya agaknya anda datang dari Nahrawan Timur. Maka saya menjawab, ya. Maka dia berkata, kami mahukan Abu al-Farj al-Mu`afi dari Nahrawan Barat. Lalu saya merasa amat kagum dengan kesamaan itu. (Dirasat Fi Manhaj al-Naqd, hal. 155)

Tahun Kelahiran Dan Kewafatan

Tujuan menyatakan tarikh ialah untuk menentukan tabaqah (lapisan) ataugenerasi yang perawi itu berada bagi memastikan berlaku bersambung-sambung dalam sanad atau tidak.

Ini kerana bersambung-sambung itu syarat bagi kesahihan hadis sementaraterputus pula sebab kepada kecaman pada hadis.

Selain itu, pendustaan sesetengah perawi dapat dikesan dengan menghitung tahun kewafatan perawi yang didakwa sebagai punca hadis dan tahun perawi yang mendakwa.

Diriwayatkan daripada Ismail bin Iyash al-Himsi katanya, satu kali saya berada di Iraq lalu seorang ahli hadis datang kepada saya. Mereka berkata, di sini ada seorang lelaki yang meriwayatkan hadis daripada Khalid bin Ma`dan. Lalu saya bertanya pada tahun berapa anda mencatatkan hadis daripada Khalid. Dia menjawab, pada tahun 113 H. lalu saya berkata, sesungguhnya anda mendakwa bahawa anda telah mendengar daripada Khalid tujuh tahun setelah beliau meninggal dunia. (Dirasat Fi Manhaj al-Naqd, hal. 157).

Perhatian ulama terhadap tahun kelahiran dan kewafatan ini sangat jelas sehingga kitab-kitab mereka tentang perawi dinamakan dengan al-Tawarikh sebagaimana yang dapat dilihat pada al-Tarikh al-Kabir karangan Imam al-Bukhari, Tarikh Ibn Abi Khaitham dan juga Tarikh Ibn Ma`in.

Ada juga ulama yang menyusun nama-nama perawi mengikut tahun kewafatan dan metode ini dikenali dengan al-Wafayat.

Contohnya, Kitab al-Tarikh oleh Abi Bisyr Harun bin Hatim al-Tamimi, al-Tarikhkarangan Abu Musa Muhammad bin al-Muthanna al-`Anazi.

Nama Guru Dan Murid
Adalah menjadi kebiasaan ulama yang menyusun kitab-kitab rijal untukmenyenaraikan guru-guru atau murid-murid bagi perawi atau hanya meyebut mereka yang terkenal sahaja.

Di samping itu, disebutkan juga siapakah yang mengambil riwayat secara terus dan juga yang melalui perantaraan.

Semua ini dapat membantu pengkaji rijal hadis untuk mengetahui ada pertemuan antara seorang syaikh dengan perawi itu.

Pengarang kitab-kitab rijal akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyebutkan guru dan murid.

Umpamanya di bawah biografi Imam Ahmad, al-Mizzi menyenaraikan lebih kurang seratus tiga puluh orang guru Imam Ahmad dan lebih kurang lapan puluh orang murid. (Tahzib al-Kamal, jil. 1, hal. 437)

Pengembaraan Ilmiyyah

Pengembaraan atau rihlah memainkan peranan yang penting dalam sejarah ilmu hadis sama ada dari segi pengumpulan hadis atau mengenalpasti kedudukan para perawi.

Sejarah mencatatkan bahawa Jabir bin Abdullah membeli seekor tunggangandan mengembara dari Madinah ke Mesir untuk mendapatkan kepastian daripada `Uqbah bin `Amir adakah beliau mendengar sebuah hadis tentang melindungi orang mukmin.. Selepas itu beliau terus pulang tanpa menghiraukan apa-apa urusan. (Abu Lubabah, al-Jarh wa al-Ta`dil, hal. 24)

Apabila berlaku gejala pemalsuan hadis, para ulama mengembara ke setiap ceruk negeri untuk mengkaji punca-punca hadis-hadis maudhu` lalu mereka dapat mengetahui siapakah yang terlibat dalam jenayah ini.

Daripada al-Mua’ammal bin Ismail katanya seorang syaikh telah menceritakan saya beberapa hadis tentang kelebihan surah-surah.

Lalu saya berkata kepada syaikh itu:

"Siapakah yang menceritakan kepada anda? Dia menjawab: "Seorang lelaki di Madain telah menceritakan kepada saya dan dia masih hidup."

Lalu saya pergi menemuinya dan bertanya: "Siapakah yang menceritakan kepada anda? Dia menjawab: "Seorang syaikh di Wasit telah menceritakan kepada saya dan dia masih hidup." Lalu saya pergi menemuinya dan dia berkata: Seorang syaikh di Basrah telah menceritakan kepada saya." Kemudian saya pergi menemuinya dan dia berkata: Seorang syaikh di Abbadan telah menceritakan kepada saya." Lalu saya pergi menemuinya dan dia menarik tangan saya dan membawa masuk ke sebuah rumah.

Tiba-tiba saya dapati di dalamnya sekumpulan pengikut tasawuf bersama seorang syaikh. Lelaki berkata kepada saya: "Syaikh inilah yang telah menceritakan kepada saya. Lalu saya berkata: "Wahai syaikh ! Siapakah yang telah menceritakan kepada anda? Dia menjawab: "Tidak ada sesiapapun yang menceritakan kepada saya tetapi saya melihat orang ramai tidak memberi perhatian kepada al-Quran maka saya menciptakan hadis ini untuk mereka supaya hati-hati mereka kembali berpaling kepada al-Quran. (al-Suyuti, Tadrib al-Rawi, hal. 222)

Faedah daripada mencatatkan tempat-tempat dan tahun pengembaraan ialah untuk menentukan bersambung-sambungnya sanad perawi itu dengan ulama hadis di negeri itu.

Contohnya sekiranya perawi itu tidak pernah sampai di Mesir dan tidak didapati bahawa ada ulama Mesir yang bertemu dengannya, lalu perawi itu meriwayatkan satu hadis dari ulama Mesir maka para ulama hadis akan berhati-hati dengannya.

Ini kerana sudah ada syubhat dalam riwayat ini dan memberi gambaran bahawa sanad hadis itu tidak bersambung-sambung di samping mengambil kira penilaian yang lain seperti perawi itu dituduh berdusta, tidak tepat atau lalai. (Dirasat Fi Manhaj al-Naqd, hal. 162)
Perhatian Terhadap Sanad Sebagai Tuntutan Menjaga Hadis
Hadis sebagai huraian kepada makna al-Quran. Seseorang mujtahid atau ulama tidak akan dapat memahami makna al-Quran sehinggalah beliau dapat menguasai hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Oleh itu, hadis dikatakan sebagai praktik atau jelmaan kepada ajaran al-Quran.

Oleh kerana hadis itu hanya sabit dengan adanya sanad yang dipercayai dan sanad itu merupakan rantaian para perawi, maka menjadi tugas umat ini untuk memeriksa dan mengenali para perawi.

Adalah wajib kepada kita dalam menjaga sunnah untuk mengenali siapakah yang membawa hadis-hadis Rasulullah.

Ini kerana periwayatan hadis itu ada kalanya dilakukan orang yang wajib kita menerima beritanya dan orang wajib kita menolak.

Ini bererti terdapat kelas-kelas yang tertentu bagi para perawi yang menukilkan hadis.

Memeriksa kedudukan para perawi sangat penting dalam menentukan kesahihan riwayat hadis. Lebih-lebih lagi dalam berinteraksi dengan berita-berita sejarah kerana kelonggaran dalam menukilkan peristiwa-peristiwa lebih ketara lagi.

Ilmu Rijal Hadis ini sangat penting dalam berhadapan dengan pereka-pereka hadis.

Kata Sufyan al-Thauri: "Apabila para perawi menggunakan dusta dalam periwayatan maka kami gunakan sejarah untuk melawan mereka." (al-Khatib, al-Kifayah, hal. 119)

Di sisi ulama hadis, sanad adalah jalan yang menyampaikan kepada matan bagi hadis.

Sanad merupakan ciri khusus umat Islam. Sebelum kedatangan Islam, sejarah tidak mengenali konsep sanad dalam menukilkan berita-berita malah kebenaran kitab-kitab suci agama sebelum Islam tidak dapat dibuktikan kerana sejarah kewujudannya tidak jelas. Apatah lagi dengan kitab-kitab sejarah.

Kita boleh lihat kepada Injil dengan keempat-empat buah iaitu Matta, Markes, Yuhanna dan Loka. Keempat orang pengarang ini tidak pernah bertemu dengan Nabi Isa a.s.

Sejarah tidak dapat memberikan jawapan siapakah yang meriwayatkan injil-injil ini daripada Nabi Isa a.s. Tambahan pula, tidak diketahui bahasa asalnya. Bagaimana mungkin diyakini kebenarannya. (Sulaiman al-Nadwi, al-Risalah al-Muhammadiyyah, hal. 30)

Berbeza dengan keadaan Islam, setiap sumbernya itu mempunyai sanad yang jelas. Setiap hadis yang didakwa berasal daripada Rasulullah s.a.w. mempunyai sanad walaupun ianya hadis daif. Ulama Islam mengkaji hadis–hadis Rasulullah s.a.w. dari sudut matan dan sanadnya sekali. Bahkan mereka menetapkan bahawa sanad itu adalah juzuk yang penting bagi hadis. Tanpa sanad sesuatu tidak akan diterima.
Dalam hal ini, Abdullah bin Mubarak mengucapkan kata-katanya yang sangat masyhur iaitu:
الإسناد من الدين. ولولا الإسناد لقال من شاء ما شاء.
"Sanad itu sebahagian daripada agama. Tanpanya siapa sahaja akan mengatakan apa yang dia mahu kata." (Sahih Muslim, hal. 9)
Dengan kedatangan Islam, tradisi sanad bukan sahaja digunakan dalam kitab-kitab hadis malah meliputi kitab sejarah, bahasa dan sastera.


Cara Menguji Para Perawi

Para imam ilmu rijal akan memeriksa keadaan perawi dari segi sejauh mana dia menjaga perintah-perintah Allah dan menjauhi kemungkaran.

Untuk itu, ulama akan bertanya kepada orang yang lebih arif tentang perawi tersebut. Al-Hasan bin Saleh berkata: "Apabila kami mahu menulis tentang seorang perawi, kami akan bertanya tentangnya sehingga dikatakan orang: "Adakah anda mahu mengahwinkannya?"
Sekiranya seorang imam diceritakan hadis dari seseorang syaikh yang masih hidup, maka imam tersebutkan akan menemui syaikh tersebut untuk mendapatkan kepastian adakah benar begitu atau tidak.

Syu`bah berkata: "al-Hasan bin `Amarah berkata bahawa al-Hakam telah menceritakan kepada saya daripada Yahya bin al-Jazzar daripada Ali sebanyak tujuh buah hadis. Lalu saya menemui al-Hakam dan bertanya kepadanya. Al-Hakam menjawab saya tidak pernah mendengar apa-apa daripada Yahya." Ini menunjukkan bahawa hadis-hadis itu telah sandarkan kepada al-Hakam sedangkan beliau tidak pernah meriwayatkannya.(al-Mua`llimi, `Ilm al-Rijal wa Ahamiyyatuh, hal. 5)
Jika imam itu mendengar hadis yang diriwayatkan daripada syaikh yang telah meninggal dunia maka beliau akan bertanya kepada perawi, bila syaikh itu meninggal dunia? Bilakah anda bertemu dengannya dan di mana?

Kemudian imam itu akan membandingkan jawapan-jawapan tersebut dengan maklumat yang ada pada beliau tentang syaikh tersebut.

Contohnya tentang cerita yang dinukilkan daripada `Ufair bin Mi`dan bahawaUmar bin Musa bin Wajih menceritakan daripada Khalid bin Ma`dan.

Kata `Ufair: "Lalu saya bertanya kepadanya, pada tahun berapakah anda bertemu dengannya? Lalu dia menjawab, pada tahun 158 H di peperangan Armenia.

Lalu saya berkata kepadanya: "Takutlah kepada Allah wahai syaikh, jangan berdusta, Khalid meninggal dunia pada tahun 154. saya ingin beritahu kepada kamu lagi, dia tidak pernah berperang di Armenia. (Ibid)

Sumber asal : http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=36

Monday, April 25, 2011

Siapa Melayu berdasarkan Ulama Islam Ahlul Sunnah Wal Jamaah?

Siapa Melayu berdasarkan ulama Islam Ahlul Sunnah Wal Jamaah? Dengarlah pesanan ini, semoga Melayu khususnya Islam ini tidak berpecah belah.





Saturday, April 16, 2011

Berita: Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS dianugerah Tokoh Alim Rabbani

hadi_yala

PATANI, 15 April: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah dianugerahkan dengan anugerah Tokoh Alim Rabbani oleh Universiti Islam Yala semalam.

Abdul Hadi Awang merupakan satu-satu tokoh ulama di luar Thailand dan rantau nusantara menerima anugerah Tokoh Alim Rabbani diperkenalkan Universiti Islam Yala (YIU).

Gelaran tokoh tersebut sama taraf dengan ijazah kehormat diperkenalkan sejak tujuh tahun lalu.

Kebiasaannya sebelum ini majlis penyampaian diadakan pada upacara hari pertama konvokenysn, namun senat YIU tidak mahu terkongkong dengan acara akademik semata-mata.

Sebelum ini anugerah serupa diberi kepada tokoh ulama yang banyak berjasa dalam bidang dakwah di empat wilayah selatan Thailand, terutamanya pengasas pusat pengajian pondok.

Pernah menerima anugerah itu Syeikhul Islam Negara Thailand dari Bangkok. Selain itu ulama terkenal dari Timur Tengah.

Penyampaian tokoh tersebut diadakan sempena program Multaqa Muslimat yang dianjurkan universiti terbabit di kampus Pattani, semalam.

Multaqa berkenaan berjaya menghimpunkan muslimat dari seluruh Thailand dan wakil dari Malaysia dan Indonesia.

Pihak penganjur memberitahu kira-kira 25,000 peserta di kalangan muslimat  enyertai multaqa tersebut yang diadakan pada 13 dan 14 April lalu.

Rombongan presiden PAS dan kerajaan negeri Kelantan tiba di kampus tersebut kira-kira jam 12 tengahari disambut ribuan yang hadir.

Turut serta anggota-anggota Exco kerajaan Kelantan, Che Abdullah Mat Nawi, Dr Muhammad Fadhli Hassan, Setiausaha Politik Presiden, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Lajnah Hal Ehwal Hubungan Antarabangsa PAS, Mohd Faiz Md Nawi.

Rombongan bertolak dari Kota Bharu menyeberangi jambatan Muhibah di Sungai Golok. Perjalanan sejauh 210 km dari Kota Bharu singgah sekejap di pejabat Majlis Agama Islam Narathiwat dan diadakan pertemuan bersama Timbalan Yang Dipertuanya, Datuk Abdul Aziz Mamat.

Perjalanan ke Pattani diiringi peronda polis terpaksa melalui perpuluh-puluh sekatan jalan raya oleh tentera dan polis. Kelihatan ramai anggota tentera bersenjata M16.

Dekan Fakuliti Sastera dan Sains Kemasyarakat YIU, Prof Madya Sukree Langputeh berkata, pemilihan tokoh tersebut bukan mudah dilakukan senat universiti.

Katanya, tokoh yang diberi adalah pendakwah yang benar-benar menjadikan Islam sebagai amalan dalam kehidupan harian.

hadi_yalla2

”Tuan Guru Abdul Hadi Awang merupakan tokoh Islam yang disegani di Asia Tenggara. Beliau menjadikan rutin hariannya menyampaikan dakwah kepada masyarakat.

”Selain beliau juga mengarang banyak buku mengenai agama yang menjadi rujukan umat Islam,” katanya ketika membaca biodata Presiden PAS sebelum upacara memakaikan jubah Tokoh Alim Rabbani diadakan.

Pemakaian mislah (jubah) dilakukan Rektor YIU, Dr Ismaillutfi. Ia turut disaksikan Timbalan Presiden Pentadbiran Wilayah Selatan Thailand, Harapabara, Gabenor Pattani, Nipon Narapitakkul serta dan peserta multaqa.

Dua aktivis dari Kelantan turut menyampaikan ceramah pada program berkenaan iaitu Adun Gaal, Dr Nik Mazian Nik Mohamad dan Dr Hafizah Mustaqim dari USM, Kubang Kerian.

Perasmian penutup pada sebelah petang disempurnakan Presiden Pentadbiran Wilayah Selatan, Said Nasir al Yufri. [harakahdaily.net]

مئة من الأحاديث المشتهرة على الألسنة

100 HADIS DHA'IF DAN PALSU YANG MASYHUR DI KALANGAN MASYARAKAT.

Muat Turun E-Book : SINI

Wednesday, March 30, 2011

Syiah: Kesannya Terhadap Masa Depan Islam Serantau

[Muzakarah Ulama] Syiah: Kesannya Terhadap Masa Depan Islam Serantau

Pembentang: Maulana Mohd Asri Yusoff
Anjuran: Persatuan Ulama Kedah
Tarikh: 24 Sept 2005

Tuesday, March 29, 2011

Islam and the Future of Money

dirham dinarDinar and Dirham Kelantan dinar

Gambar Hiasan

I am happy that this booklet was written here in Kuala Lumpur, Malaysia, a city which has been so kind and hospitable to me over the years, and was completed in blessed Ramadan 1428H while I am still engaged in a year-long Islamic lecture-tour, and far away from the comforts of my home in the Caribbean island of Trinidad.

A writer who writes a book while travelling, as many distinguished scholars of Islam have done in our glorious past, suffers from the disadvantage of not having access to his library of books, and often has to quote from memory.  As such, minor errors can result from lapses of memory. I seek forgiveness for such.

The size of this booklet has been kept deliberately small in order to encourage our people to read it.
The language used is also quite simple and free from such technical economic jargon as fiat money.
Hence the average reader should encounter no difficulties in respect of language. It is very likely that terrible events will unfold in the world of money within a brief time of the publication of this booklet that would validate the analysis conducted. Hence readers should not delay in assessing the arguments raised and, if found convincing, in searching for and adopting a proper response to the challenge.

There should also be no delay in reaching out this booklet, in as many languages as possible, to as many Muslim communities as possible. For this reason there is no copyright claim on this publication. Those, on the other hand, who dismiss the basic arguments of this booklet, will find themselves in a quandary when those evil events unfold in the world of money.

I must enter into the record my pride and happiness over the efforts made by a simple and humble former Malaysian banker, Nik Mahani Mohamad, who was involved in the initial effort to establish Islamic Banking
in Malaysia. Her eyes were opened to the fraudulent nature of much of socalled Islamic banking when she attended my lecture on the subject at the Royal Malaysian Mint a few years ago. She turned around, changed course, and proceeded with courage, integrity and passionate commitment to promote the cause of the Gold Dinar and a true Riba-free economy. Both she and my dear student, Shirazuddin Adam Shah, were involved in organising the ‘International Conference on the Gold Dinar Economy’ which was held in Kuala Lumpur, Malaysia, in July 2007, and in which the initial text of this booklet was presented as a paper.

May Allah Most Kind bless Sister Nik Mahani Mohamad for her noble efforts to restore the Gold Dinar and the Riba-free economy. Amin! And may others be inspired to follow her noble example. Amin!

Imran N. Hosein
Kuala Lumpur, Malaysia.
Ramadan 1428/October 2007

Download E-Book: THE GOLD DINĀR AND SILVER
DIRHAM: ISLAM AND THE
FUTURE OF MONEY

Saturday, March 26, 2011

Hendaklah Orang Yang Hadir Menyampaikan Kepada Orang Yang Tidak Hadir

Sebab Wurud Hadis Hendaklah Orang Yang Hadir Menyampaikan Kepada Orang Yang Tidak Hadir

Rasulullah s.a.w. bersabda:

وَلْيُبَلِّغِ الشَّاهِدُ الْغَائِبَ

“Hendaklah orang yang hadir menyampaikan kepada orang yang tidak hadir”.

Sebab kedatangannya:

عَنْ أَبِي شُرَيْحٍ أَنَّهُ قَالَ لِعَمْرِو ابْنِ سَعِيدٍ وَهُوَ يَبْعَثُ الْبُعُوثَ إِلَى مَكَّةَ ائْذَنْ لِي أَيُّهَا الامِيرُ أُحَدِّثْكَ قَوْلا قَامَ بِهِ النَّبِيُّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْغَدَ مِنْ يَوْمِ الْفَتْحِ سَمِعَتْهُ أُذُنَايَ وَوَعَاهُ قَلْبِي وَأَبْصَرَتْهُ عَيْنَايَ حِينَ تَكَلَّمَ بِهِ حَمِدَ اللَّهَ وَأَثْنَى عَلَيْهِ ثُمَّ قَالَ إِنَّ مَكَّةَ حَرَّمَهَا اللَّهُ وَلَمْ يُحَرِّمْهَا النَّاسُ فَلا يَحِلُّ لامْرِئٍ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الاخِرِ أَنْ يَسْفِكَ بِهَا دَمًا وَلا يَعْضِدَ بِهَا شَجَرَةً فَإِنْ أَحَدٌ تَرَخَّصَ لِقِتَالِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِيهَا فَقُولُوا إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَذِنَ لِرَسُولِهِ وَلَمْ يَأْذَنْ لَكُمْ وَإِنَّمَا أَذِنَ لِي فِيهَا سَاعَةً مِنْ نَهَارٍ ثُمَّ عَادَتْ حُرْمَتُهَا الْيَوْمَ كَحُرْمَتِهَا بِالامْسِ وَلْيُبَلِّغِ الشَّاهِدُ الْغَائِبَ فَقِيلَ لابِي شُرَيْحٍ مَا قَالَ عَمْرٌو قَالَ أَنَا أَعْلَمُ مِنْكَ يَا أَبَا شُرَيْحٍ لا يُعِيذُ عَاصِيًا وَلا فَارًّا بِدَمٍ وَلا فَارًّا بِخَرْبَةٍ

Daripada Abu Syuraih bahawa dia telah berkata kepada Amar bin Said ketika mana dia menghantar pasukan-pasukan ke Mekah: “Wahai Tuan Gabenor izinkan saya untuk saya ceritakan kepadamu satu ucapan yang telah disampaikan oleh Rasulullah s.a.w keesokan hari selepas Pembukaan Mekah. Ia didengar oleh dua telinga saya mendengarnya dan hati saya mengingatnya, serta dua mata saya melihat kepada baginda ketika mengucapkan kata-kata itu. Baginda memuji-muji Allah, kemudian bersabda:“Sesungguhnya Mekah telah diharamkan oleh Allah bukan diharamkan oleh manusia. Kerana itu ia tidak halal kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk menumpahkan darah padanya. Juga tidak boleh memotong pokok-pokok. Jika ada sesiapa yang beralasan dengan peperangan Rasulullah s.a.w. (untuk mewajarkan perbuatannya), maka katakan sesungguhnya Allah telah izinkan kepada Rasul-Nya dan Dia tidak mengizinkan kepada kamu. Allah telah mengizinkan kepadaku hanya sesaat sahaja pada siang hari (pada pembukaan Mekah) dan kehormatannya telah kembali hari ini seperti kehormatanya kelmarin. Hendaklah orang yang hadir menyampaikan kepada orang yang tidak hadir”.

Hadis ini diriwayatkan oleh al-Bukhari (104), Muslim (1354), Abu Dawud (2017), al-Nasa`i (2876), al-Tirmidhi (809), Ahmad ( 16373)

عَنْ عَبْدِالرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي بَكْرَةَ عَنْ أَبِيهِ ذَكَرَ النَّبِيَّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَعَدَ عَلَى بَعِيرِهِ وَأَمْسَكَ إِنْسَانٌ بِخِطَامِهِ أَوْ بِزِمَامِهِ قَالَ أَيُّ يَوْمٍ هَذَا فَسَكَتْنَا حَتَّى ظَنَنَّا أَنَّهُ سَيُسَمِّيهِ سِوَى اسْمِهِ قَالَ أَلَيْسَ يَوْمَ النَّحْرِ قُلْنَا بَلَى قَالَ فَأَيُّ شَهْرٍ هَذَا فَسَكَتْنَا حَتَّى ظَنَنَّا أَنَّهُ سَيُسَمِّيهِ بِغَيْرِ اسْمِهِ فَقَالَ أَلَيْسَ بِذِي الْحِجَّةِ قُلْنَا بَلَى قَالَ فَإِنَّ دِمَاءَكُمْ وَأَمْوَالَكُمْ وَأَعْرَاضَكُمْ بَيْنَكُمْ حَرَامٌ كَحُرْمَةِ يَوْمِكُمْ هَذَا فِي شَهْرِكُمْ هَذَا فِي بَلَدِكُمْ هَذَا لِيُبَلِّغ الشَّاهِدُ الْغَائِبَ فَإِنَّ الشَّاهِدَ عَسَى أَنْ يُبَلِّغَ مَنْ هُوَ أَوْعَى لَهُ مِنْهُ

Daripada Abdul Rahman bin Abu Bakrah daripada ayahnya menyebut bahawa Nabi s.a.w. duduk di atas untanya dan ada seseorang yang memegang tali unta itu, baginda pun bertanya: “Hari apa ini”? Kami diam sehingga kami menyangka baginda akan menamakan hari itu dengan nama yang lain. Baginda pun bertanya: “Bukankah hari ini hari Nahar? Kami menjawab: “Ya”. Baginda bertanya lagi: “Bulan apakah ini”? Kami diam sehingga kami menyangka baginda akan menamakan dengan nama yang lain. Baginda pun berkata: “Bukankah bulan ini bulan Zulhijah”? Kami menjawab: “Memang”. Nabi s.a.w bersabda: “Darah-darah kamu, harta-harta kamu, dan kehormatan kamu di antara sesama kamu haram seperti mana haramnya hari kamu ini, bulan kamu ini, di negeri kamu ini. Hendaklah orang yang hadir menyampaikan kepada orang yang tidak hadir, kerana orang yang hadir itu boleh jadi dia menyampaikan kepada orang yang lebih mengerti darinya tentang apa yang disampaikannya itu”. (al-Bukhari : 67, Muslim, 1679)

Pengajaran hadis

1.     Hendaklah mereka yang menghadiri majlis ilmu menghafaz apa yang didengar untuk disampaikan pula kepada orang yang tidak hadir dan tidak disyaratkan bahawa dia memahami apa yang didengarinya itu kerana mungkin orang yang disampaikan itu lebih memahami daripadanya.[1]

2.     Maksud orang yang tidak hadir itu merangkumi orang yang tidak berada dalam majlis ilmu dan juga orang yang belum dilahirkan lagi, ya’ni generasi akan datang. Ini menghendaki ilmu itu hendaklah disimpan dan dijaga dengan apa cara yang ada sesuai dengan kemudahan dan kemajuan yang dicapai pada setiap zaman.

3.     Kepentingan menjaga kehormatan Tanah Haram dan ini difahami melalui penjelasan dan pengishtiharan Rasulullah di waktu dan tempat yang sangat penting di hadapan kumpulan sahabat yang ramai dan penekanan supaya disampaikan kepada orang lain.

[1] Ibn Hajar, Fath al-Bari, jil. 1, hal. 215

Sumber: http://www.darulkautsar.net/

Friday, March 18, 2011

Surah Al-Kahf and the Modern Age

modern age

An analytical study of Surah al-Kahf of the Qur'an that seeks to explain the reality of a mysterious European Jewish-Christian alliance that is waging unjust war on Islam and oppressing Muslims while pursuing a sinister global agenda on behalf of the Euro-Jewish State of Israel.

قَالَ لَهُ ۥ مُوسَىٰ هَلۡ أَتَّبِعُكَ عَلَىٰٓ أَن تُعَلِّمَنِ مِمَّا عُلِّمۡتَ رُشۡدً۬ا (٦٦) قَالَ إِنَّكَ لَن تَسۡتَطِيعَ مَعِىَ صَبۡرً۬ا (٦٧) وَكَيۡفَ تَصۡبِرُ عَلَىٰ مَا لَمۡ تُحِطۡ بِهِۦ خُبۡرً۬ا (٦٨) قَالَ سَتَجِدُنِىٓ إِن شَآءَ ٱللَّهُ صَابِرً۬ا وَلَآ أَعۡصِى لَكَ أَمۡرً۬ا (٦٩) قَالَ فَإِنِ ٱتَّبَعۡتَنِى فَلَا تَسۡـَٔلۡنِى عَن شَىۡءٍ حَتَّىٰٓ أُحۡدِثَ لَكَ مِنۡهُ ذِكۡرً۬ا (٧٠)

Khidr said to Moses, Surely you would not be able to show patience with me. Indeed, how can you show patience in respect of that which lies beyond your comprehension (since you can temporarily see with only one eye, and consequently can access only external empirical knowledge)?( Sūrah al-Kahf, 18:66-67)

Those like Dajjāl, who see with one eye, can never be patient enough to learn from those like Khidr, who see with two eyes, i.e., the external and the internal. Dajjal's epistemological attack on mankind renders them internally blind and, hence, easily deceived by external appearance while remaining incapable of penetrating internal reality in all that pertains to his mysterious mission. They sometimes lose faith in Allah Most High and become profoundly misguided without being even conscious of such. Nearly always, however, they lack the capacity to understand either the movement of history or the role that Jerusalem and the Holy Land play in the End of History. The Quran declares of such people that they have a status akin to cattle.

Praise be to Allah Most High through Whose Kindness Surah al-Kahf and the Modern Age is now published. May He bless this humble work to reach Muslims in many parts of the world. May it assist them to grow closer to the Qur'an and to this Surah - especially every day of Jum'ah when the Surah is to be recited for protection from the Fitnah of Dajjal. May it refresh their memory of the meaning of the Surah and, more importantly, constantly deepen their understanding of the Surah. Amin!

As war on Islam intensifies and the time approaches when the imposter Euro-Jewish State of Israel makes its bid to become the ruling State in the world, and Dajjal the false Messiah would rule the world from Jerusalem and declare that he is the true Messiah, I fear that there would be many who would ban books on the Qur'an. I therefore pray most humbly, and ask my gentle readers to also kindly join in the prayer, that Allah Most High might protect books (such as this humble quartet of books on Surah al-Kahf) that employ the blessed Qur'an to expose those in the godless modern age who are waging unjust war on Islam and Muslims. Amin.

A mysterious Euro-world-order with a Jewish-Christian alliance wages war on Islam on behalf of the Euro-Jewish State of Israel. If there is any merit at all in this book it can, perhaps, be located in its role as a very humble pioneering work that might possibly inspire others, more competent than this writer, to a more comprehensive effort in using this Surah of the Qur'an to explain that world today.

The first volume of four, containing 'Text Translation and Modern Commentary of Sarah al-Kahf', made its appearance at the same time as this main work on the subject entitled 'Surah al-Kahf and the Modern Age', and was meant to function as a companion volume to this main work. I pray that I might be able to write additional volumes on this subject, Insha Allah, in order to attempt a more comprehensive modern interpretation of the Ahadith and Qur'anic verses dealing (directly and indirectly) with the  critically important topics of Dajjal the false Messiah or Anti-Christ, and of Gog and Magog.

The writing of the first two books on Surah al-Kahf was kindly sponsored in the names of Rabia Aboobakar Hussein Jakhura and Aboobakar Hussein Jakhura of Malawi in Africa, Abdul Majid Kader Sultan and Fatimah Abdullah of Malaysia, and Hajjah Haniffa Bte Omar Khan Sourattee and Hajjah Mariam Bte Fakir Mohammed of Singapore.

May Allah Most Kind bless them all. Amin!

Imran N. Hosein
Kuala Lumpur, Malaysia

June 2007

Download E-Book:Surah Al-Kahf and the Modern Age

Sunday, March 13, 2011

Mempersiapkan Suasana Thalabun Nusrah

mesir revolusi Gambar Hiasan

Sumber:SN Keluaran 25 Februari 2011 

MEMPERSIAPKAN SUASANA THALABUN NUSRAH UNTUK MERAIH KEKUASAAN

[SN250] Selepas Tunisia dan Mesir, dunia kini menyaksikan domino effect (kesan domino) dari kebangkitan rakyat secara besar-besaran yang melanda negara-negara Arab lainnya seperti Yemen, Bahrain, Maghribi dan yang semakin membesar sekarang, Libya. Dari kebangkitan besar-besaran yang berlaku ini yang disifatkan sebagai ‘kuasa rakyat’ (people power), satu perkara yang tidak boleh kita nafikan adalah adanya ‘kuasa tentera’ di dalam menentukan kejayaan revolusi dan pemerintahan sesebuah negara. Sesungguhnya rakyat tidak akan dapat menjatuhkan suatu rejim sekiranya tidak mendapat sokongan dari tentera, sepertimana yang telah kita lihat di Tunisia, Mesir, Indonesia dan lain-lain. Di dalam perjuangannya, Hizbut Tahrir (Hizb) telah menjelaskan secara terperinci betapa pentingnya kedudukan tentera selaku pihak yang mesti dituntut pertolongan (thalabun nusrah) demi meraih kekuasaan.

Inilah ‘proses akhir’ yang Hizb senantiasa jelaskan untuk meraih kekuasaan yakni melalui thalabun nusrah daripada tentera sebagai ahlul quwwah (golongan yang mempunyai kekuatan). Terkait dengan hal ini, Hizb juga sering ditanya, bilakah umat akan berhasil meraih kekuasaan dan menegakkan Khilafah Islamiyah melalui aktiviti thalabun nusrah yang Hizb bincangkan? Dalam ruangan yang cukup terbatas ini, Sautun Nahdhah kali ini cuba menjelaskan persoalan ini dari aspek suasana yang perlu ada atau perlu disiapkan oleh Hizb atau mana-mana gerakan sekalipun sebelum meraih kekuasaan melalui penegakan Daulah Khilafah.

mujahideen5st Gambar Hiasan

Pengertian Thalabun Nusrah

Dalam konteks thalabun nusrah, ada beberapa perkara penting yang harus difahami oleh para pengembang dakwah Islam, iaitu:-

(i) Pengertian thalabun nusrah secara lughah (bahasa) mahupun secara syar’i

(ii) Bagaimana suasana thalabun nusrah di Madinah al-Munawarah dipersiapkan dan bagaimana suasana seperti itu dipersiapkan pada masa sekarang

(iii) Realiti umat Islam sekarang, dari sisi apakah mereka telah memiliki persiapan (bersedia) untuk menerima perkara yang besar ini atau belum?

(iv) Bagaimanakah cara menyempurnakan thalabun nusrah hingga wujud keupayaan untuk mendorong terjadinya penyerahan kekuasaan?

Secara bahasa, an-nusrah dan al-munasarah memiliki makna i’anah ‘ala al-amr (menolong atas suatu perkara) [Ibnu Mandzur, hlm. 210]. Secara syar’i, thalabun nusrah adalah aktiviti meminta pertolongan yang dilakukan oleh orang-orang yang memiliki autoriti (amir) kepada orang-orang yang memiliki kekuasaan untuk tujuan penyerahan kekuasaan dan penegakan Daulah Islamiyah atau untuk tujuan-tujuan lain yang berhubungan dengan dukungan terhadap dakwah, misalnya:-

(i) untuk melindungi para pengembang dakwah di negeri-negeri kaum Muslimin agar mereka dapat menyampaikan maksud dan tujuan dakwah mereka di tengah-tengah masyarakat

(ii) untuk menyingkirkan pelbagai macam keburukan, baik yang akan menimpa mahupun yang telah menimpa para pengembang dakwah, misalnya, meminta pertolongan dari tokoh-tokoh yang memiliki pengaruh agar penguasa tidak menangkap dan memenjarakan pengembang dakwah atau berdiri teguh bersama pengembang dakwah ketika mereka melakukan aktiviti dakwah

(iii) untuk memperkenal dan menunjukkan kekuatan Hizb kepada masyarakat dengan sokongan dan kerjasama orang-orang yang memiliki kekuataan dan pengaruh ini, setelah mereka masuk Islam (jika belum Islam) dan qana’ah (yakin) terhadap pemikiran-pemikiran dan tujuan-tujuan dakwah Hizb.

Adapun thalabun nusrah yang bertujuan untuk istilam al-hukm (penerapan kekuasaan) dan penegakan Daulah Khilafah Islamiyah, ini memerlukan sejumlah keadaan dan syarat-syarat yang berbeza dengan bentuk thalabun nusrah yang telah dijelaskan di atas. Syarat-syarat yang mesti dipenuhi adalah sebagai berikut:-

(i) Terbentuknya ra’yu al-’am (pendapat umum / public opinion) tentang Islam dan Hizb yang bersumber dari wa’yu al-’am (kesedaran umum) di suatu negara kaum Muslimin

(ii) Terpenuhinya syarat-syarat khusus di suatu negara di mana nusrah ingin diperolehi yang mana negara tersebut mesti memiliki kemampuan untuk melindungi kewujudan dan keberlangsungan Daulah Islamiyah. Negara tersebut juga hendaklah mampu memberikan perlindungan mandiri terhadap Daulah Islamiyah dan tidak berada di bawah perlindungan negara lain atau dikuasai secara langsung oleh negara lain

(iii) Keikhlasan ahlul quwwah dalam menolong dakwah, penerimaan mereka yang sempurna terhadap Islam dan Daulah Islamiyah serta tidak adanya keraguan dan kekhuatiran pada diri mereka terhadap kekuatan lain atau negara lain atau terhadap kelompok-kelompok Islam lain mahupun kelompok non-Islam yang memiliki tujuan yang berbeza dengan tujuan sebenar Islam.

Thalabun nusrah untuk meraih kekuasaan adalah hukum syarak yang berhubung erat dengan metode meraih kekuasaan. Penyerahan kekuasaan tidak akan terjadi tanpa adanya aktiviti thalabun nusrah serta terpenuhinya syarat-syarat di atas, tidak kira sama ada kekuasaan tersebut diserahkan oleh ahlul quwwah atau diminta dari ahlul quwwah.

palestine Gambar Hiasan

Mempersiapkan Suasana Nusrah

Siapa sahaja yang mengkaji Sirah Nabi SAW akan menyaksikan bahawa baginda melakukan beberapa aktiviti penting dan berkesinambungan sebelum mempersiapkan suasana nusrah dan istilam al-hukm di Madinah. Langkah pertama yang baginda lakukan adalah berjumpa delegasi suku Khazraj yang berkunjung ke Makkah dan meminta mereka masuk Islam. Setelah masuk Islam, baginda memerintahkan mereka kembali ke Madinah untuk mendakwahkan Islam kepada kaum mereka. Setibanya di kota Madinah, mereka menzahirkan keIslaman mereka dan mengajak kaum mereka masuk Islam. Jumlah kaum Muslimin kemudiannya terus bertambah. Pada tahun berikutnya, mereka kembali menemui Rasulullah SAW di mana jumlah mereka ketika itu adalah 12 orang. Nabi SAW menerima mereka dan mengutus Mus’ab bin Umair ra untuk menjadi pengajar mereka di Madinah. Akhirnya, melalui tangan Mus’ab bin Umair ra, para pembesar Auz dan Khazraj masuk Islam serta menunjukkan dukungan dan kesetiaan mereka yang amat kuat terhadap Islam.

Setelah melihat kesediaan masyarakat Madinah, yang tampak pada masuk Islamnya para pembesar Auz dan Khazraj serta terbentuknya ra’yul am tentang Islam yang lahir dari wa’yul am penduduk Madinah, Rasulullah SAW pun meminta mereka untuk menemui baginda pada musim haji. Dari sini dapat disimpulkan bahawa realiti Madinah sebelum terjadinya Baiat Aqabah II (baiat yang menandakan terjadinya penyerahan kekuasaan di Madinah) adalah realiti yang dipersiapkan untuk pembentukan ra’yul am bagi membela Islam dengan kekuatan. Ertinya, Madinah dipersiapkan sedemikian rupa sehingga Islam diterima oleh majoriti penduduk Madinah dan menjadi ra’yul am yang mampu mendominasi para penganut agama lain di Madinah. Tidak hanya itu, ra’yul am tersebut juga ditujukan agar masyarakat Madinah bersedia membela kepimpinan baru, yakni kepimpinan Rasulullah SAW. Ra’yul am untuk membela Islam tersebut lahir dari wa’yul am majoriti masyarakat Madinah dan para pembesarnya atas hakikat Islam dan atas diri Rasulullah SAW dalam kapasiti baginda sebagai seorang nabi dan pemimpin takattul (kelompok) Sahabat.

Rasulullah SAW belum bersedia menerima nusrah li istilam al-hukm kecuali setelah keadaan-keadaan di atas terwujud dan yakin dengan kesediaan penduduk Madinah. Setelah yakin terhadap kesediaan penduduk Madinah untuk menerima dan membela kekuasaan Islam, Rasulullah SAW meminta wakil penduduk Madinah dengan disertai Mus’ab bin Umair menemui baginda di Bukit Aqabah. Tujuan pertemuan itu adalah meminta nusrah dari penduduk Madinah agar menyerahkan kekuasaan mereka di Madinah kepada baginda dan meminta kesediaan mereka untuk membela baginda dengan harta, anak-anak, isteri dan nyawa mereka. Aktiviti thalabun nusrah di Bukit Aqabah (sebagai langkah muqaddimah istilam al-hukm) menjadi sempurna setelah Nabi SAW tiba di Madinah dan menegakkan Daulah Islamiyah di sana.

Terbentuknya ra’yul am yang lahir dari wa’yul am merupakan syarat mutlak yang mesti dipenuhi oleh suatu negara yang hendak didapatkan thalabun nusrah li istilam al-hukm. Negara tersebut juga mestilah memiliki kemampuan untuk melindungi kewujudan dan kelangsungan Daulah Islamiyah secara mandiri dan tidak berada di bawah pengaruh atau dominasi negara lain. Ra’yul am untuk membela Islam, Hizb dan pengikut-pengikutnya hendaklah lahir dari wa’yul am untuk membela Islam dan Hizb. Jika ini tidak dipenuhi, maka di negara tersebut tidak mungkin berlaku aktiviti thalabun nusrah li istilaam al-hukm, baik secara syar’i mahupun ‘aqli. Jikalau dipaksakan juga aktiviti nusrah di negara tersebut, maka selain melanggar ketentuan syariah dalam konteks thalabun nusrah, aktiviti tersebut juga mungkin berakhir dengan kegagalan dan kehancuran.

Adapun yang dimaksud dengan ra’yul am pada konteks sekarang adalah, adanya keinginan untuk diatur dan diperintah oleh kekuasaan Islam pada majoriti kaum Muslimin yang ada di sebuah negara yang layak dilakukan thalabun nusrah. Keinginan tersebut juga harus muncul pada diri ahlul-quwwah (panglima tentera, pemimpin kabilah yang kuat dan seumpamanya) dan tidak cukup hanya muncul pada majoriti kaum Muslimin semata-mata. Adapun yang dimaksud dengan wa’y al-’am adalah kesedaran umum terhadap beberapa hal iaitu:-

(i) tentang Islam, terutama pemikiran tentang Khilafah dan pemerintahannya

(ii) tentang permusuhan dan usaha-usaha penyesatan yang dilakukan kaum kafir untuk menghalang tegaknya Khilafah

(iii) kesedaran umat Islam bahawa mereka tidak akan pernah dapat keluar dari masalah kecuali mereka membebaskan diri mereka dari pemerintahan yang menerapkan hukum-hukum kufur

(iv) kesedaran terhadap tipudaya dan permainan politik kaum kafir untuk memalingkan umat dari jalan yang benar. Di samping itu, di tengah-tengah umat juga harus tumbuh kesedaran tentang Hizb dan keikhlasan ahli-ahlinya dalam membebaskan umat dari dominasi sistem kufur serta kesediaan Hizb untuk melakukan perkara yang amat besar ini.

Kesediaan Umat

Keadaan umum umat Islam sekarang menunjukkan bahawa mereka berhasil menyiapkan suasana nusrah dan istilam al-hukm. Hal ini boleh dilihat dari realiti berikut ini:-

1. Pandangan umum untuk membela Islam

Di banyak negara, ra’yul am untuk membela Islam dan keinginan untuk hidup di bawah naungan Daulah Islamiyah telah terbentuk secara massa (besar-besaran) pada majoriti penduduknya. Keadaan seperti ini boleh dilihat di Algeria, Turki, Sudan, Mesir, Jordan dan Pakistan. Besarnya ra’yul am di negara-negara ini boleh dilihat dari hasil pilihanraya serta banyaknya masirah (demonstrasi aman) yang dilakukan oleh kelompok-kelompok Islam yang secara terbuka menyerukan penegakan syiar-syiar Islam.

2. Terjadinya proses pembentukan ra’yul am untuk membela Hizb di beberapa negara umat Islam

Pembentukan ra’yul am untuk membela Hizb, dari sisi penerimaan umat terhadap pemikiran-pemikiran Hizb seperti pemikiran Khilafah Islamiyah dan pandangan-pandangan politiknya, telah berhasil dengan cukup baik. Di beberapa negara seperti Indonesia, Turki, Sudan dan Pakistan, Hizb telah berhasil menghimpun umat sehingga mereka rela membantu dan membela Hizb dalam melawan sepak terajang kaum kafir. Cuma sayangnya, ra’yul am untuk membela Hizb terpaksa berhadapan dengan sejumlah halangan sehingga masih tidak memungkinkan bagi Hizb untuk memimpin umat dan meraih kekuasaan dari mereka. Faktor-faktor penghalangnya adalah:-

(i)    penyelewengan fakta yang dilakukan oleh para penguasa terhadap Hizb seperti digembar-gemburkan pendapat bahawa Hizb adalah gerakan teroris, menyimpang, sesat dan sebagainya

(ii)    penyesatan pendapat yang dilakukan oleh ulama-ulama yang menjadi kakitangan penguasa fasik dan zalim untuk menyerang Hizb, keikhlasannya serta pandangan-pandangannya, umpamanya mereka mengembangkan pemikiran tentang bolehnya ada banyak pemimpin di negara-negara umat Islam, Khilafah adalah suatu khayalan, kewajipan menerima demokrasi dan sebagainya

(iii)    adanya parti-parti dan gerakan-gerakan yang memiliki hubungan dengan penguasa mahupun dengan negara-negara imperialis yang terus-menerus menentang Hizb dan keikhlasannya.

Namun demikian, usaha pendustaan dan penyesatan fakta mahupun serangan-serangan yang dilakukan oleh kelompok-kelompok ini, sedikit demi sedikit mulai tersingkap. Akibatnya, umat semakin yakin akan kepimpinan dan keikhlasahan Hizb dalam memperjuangkan hak-hak umat. Ra’yul am untuk membela Islam, Hizb dan aktivisnya semakin hari semakin menguat dan tumbuh pesat hampir di seluruh negara-negara umat Islam.

mujahideen Gambar Hiasan

Menyempurnakan Nusrah

Aktiviti thalabun nusrah untuk meraih kekuasaan dari umat hanya boleh sempurna ketika ra’yul am yang lahir dari wa’yul am untuk membela Islam dan Hizb telah lahir di tengah-tengah umat secara sempurna di dalam sesebuah negara yang hendak ditegakkan Daulah Islamiyah di dalamnya. Namun, musuh-musuh dakwah terutama kaum kafir imperialis dan para penguasa yang merupakan ejen penjajah senantiasa berusaha menghalang terwujudnya ra’yul am tersebut dengan cara menyerang pandangan-pandangan Hizb, keikhlasan ahli-ahlinya serta metode perubahan yang ditempuh oleh Hizb. Ini dilakukan oleh penguasa jahat ini agar ra’yul am tentang Islam dan Hizb yang lahir dari wa’yul am untuk membela Islam dan Hizb, tidak tumbuh di tengah-tengah masyarakat. Atas dasar ini, tugas utama Hizb adalah menjaga konsistensi dirinya untuk berpegang teguh di atas pemikiran dan pandangannya yang sahih serta menjaga keikhlasan perjuangannya dari semua bentuk tipudaya dunia. Dari sinilah dapat disimpulkan bahawa tugas utama Hizb pada masa sekarang dalam konteks untuk menyiapkan suasana nusrah, adalah berpegang teguh kepada mabda’ (ideologi) Islam tanpa keluar sedikit pun darinya dan menjaga keikhlasan perjuangannya dari seluruh bentuk penyimpangan dan kecenderungan-kecenderungan duniawi.

Oleh yang demikian, aktiviti yang harus dilakukan oleh Hizb dan mana-mana kelompok dakwah yang berpegang kepada metode Rasulullah dalam usaha mereka untuk mewujudkan perkara-perkara di atas adalah:-

Pertama, memelihara keikhlasan dan ketakwaan kepada Allah SWT dengan cara memupuk ketaatan dan mendekatkan diri kepadaNya dalam seluruh aspek. Ini kerana, sesugguhnya Allah tidak akan menyerahkan amanah agama ini kecuali kepada orang-orang yang bertakwa, ikhlas dan dekat denganNya [TMQ an-Nur (24):55].

Kedua, sabar untuk selalu berkorban dan melaksanakan tugas-tugas dakwah dengan bersungguh-sungguh. Kaum kafir imperialis berusaha untuk menghancurkan kekuatan Hizb melalui kakitangan mereka dari kalangan penguasa Muslim. Untuk itu, pada saat Hizb berhasil meraih dukungan umat secara besar-besaran melawan sistem kufur dan penjaganya seperti yang terjadi di Uzbekistan, para penguasa segera mengisytiharkan perang terhadap aktivis dan pendukung Hizb. Dalam keadaan seperti ini, aktivis-aktivis Islam tidak boleh mundur atau melonggarkan perjuangannya, sebaliknya mereka harus mencurahkan segenap tenaga dan pengorbanannya untuk berpegang teguh dengan perjuangan Islam yang lurus dan suci.

Ketiga, meningkatkan tenaga dan aktiviti yang dimaksudkan untuk menjadi ‘benteng’ bagi umat. Ini kerana, musuh-musuh Islam berusaha terus-menerus untuk meletakkan di hadapan umat pelbagai macam pendustaan, penyesatan dan makar terhadap Hizb, pemikiran dan pandangan-pandangannya. Usaha itu dilakukan untuk menjauhkan umat dari Hizb dan dari aktivis-aktivisnya. Oleh kerana itu, para aktivis dakwah harus meningkatkan tenaga dan aktiviti yang difokuskan untuk menjaga umat dari semua bentuk penyesatan, pendustaan dan makar ini, sekaligus untuk menghancurkan dinding penyesatan yang diletakkan di hadapan umat [TMQ at-Taubah (9):105].

Keempat, para aktivis dakwah harus menonjolkan karakter dirinya sebagai seorang Mukmin yang selalu ikhlas dalam beramal dan senantiasa mengikatkan diri dengan hukum syariah serta tekun dalam ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Aktiviti-aktiviti inilah yang akan mendekatkan Hizb dan aktivis-aktivis dakwah kepada nusrah (pertolongan) Allah di kala Hizb berada pada dawr tafa’ul ma’a al-ummah. (tahapan berinteraksi dengan umat).
Wallahu a’lam.

[Disunting dari Tahayya‘ al-Ajwa‘ Li Thalab an-Nusrah, Abu al-Mu’tasim, majalah al-Wa’ie (bahasa arab) No. 282-283 Rajab-Sya’ban 1431 H, Beirut.]

Tuesday, March 1, 2011

Syeikhul Islam Al-Imam Ibnu Taimiyah Al-Harrani rhm.

taimiyah Gambar Hiasan

By Ahmad Ashbahani

Pengenalan                                                           
Pertengahan abad ke-13M merupakan saat malapetaka besar bagi sejarah Islam. Belum pun pulih dari porak-poranda Perang Salib, bencana yang lebih buruk pula datang melanda dunia Islam. Bangsa Monggol yang diketuai Hulagu Khan menyerbu dan memusnahkan kekayaan intelektual dan peradaban Islam malah membunuh jutaan umat Islam di Baghdad.
Pada kurun waktu huru-hara dan bencana seperti itulah lahir Ibn Taimiyah, seorang ulama’ dan pemikir agama yang berpengaruh besar ter-hadap dunia pemikiran Islam. Karya serta teladan hidupnya menjadi sumber ilham bagi setiap orang.

Kelahiran dan keluarga
Pada 10 Rabiul Awal tahun 661H bersamaan 22 Januari 1263M, lahirlah seorang ulama’ yang telah menyinari dunia Islam dengan keilmuan nya. Beliau ialah Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah al-Harani al-Dimasyqi. Nama asal beliau ialah Ahmad Taqiyuddin, Abu al-Abbas bin Syihabud din-Abdul Halim bin Majduddin-Abdul Salam bin Taimiyah. Dilahirkan di Harran dan di usia 7 tahun ia berhijrah ke Damsyik bersama keluarga nya akibat serangan Tartar.
Ia berasal dari keluarga alim-ulama’ yang bertaqwa. Ayahnya Syeikh Syihabuddin; seorang ulama’ besar, hakim, khatib, 'alim dan wara'. Datuk nya Majduddin Abi al-Barakat Abdus Salam bin Abdullah; Syeikhul Islam, ulama’ fiqih, ahli hadis, tafsir, ilmu usul dan al-Hafiz.

Pendidikan
Ibnu Taimiyyah mendapat pendidikan awal dari bapanya sendiri. Sejak kecil lagi, beliau telah menghafal al-Qur’an dan menamatkan baca annya lebih 80 kali. Ia sangat rajin belajar dan kehidupannya hanyalah dihabiskan dengan menuntut ilmu. Ia kemudiannya mempelajari Hadis daripada Ibnu Abdul Dahn, Ibnu Abi al-Yusri, al-Kamal bin Abded, Ibnu Sairofi, Ibnu Khair dan lain-lain. Beliau amat mengambil berat tentang Hadis dan Ilmu Hadis, serta pakar dalam Ilmu Rijal dan ‘Ilalul Hadis, Fiqhul Hadis, Ilmu Kalam, Tafsir, khilaf mazhab serta menguasai dengan sempurna seluruh ilmu-ilmu Islam yang lain.
Imam Ibnu Taimiyah juga mempelajari Ilmu Khat, Hisab dan kemudian mempelajari Fiqh dan Bahasa Arab serta Tafsir al-Qur’an. Kepakaran beliau dalam ilmu Nahu diakui sehingga beliau mampu memahami serta mendalami kitab Sibawaih tanpa berguru dan memperbetulkan lebih 80 kesilapannya. Beliau juga mantap dalam ilmu Usul Fiqh. Semua ini dikuasai ketika beliau berusia belasan tahun. Para Ulama’ ketika itu mengkagumi kecerdikan dan kekuatan hafalan beliau. Ia dikurnia Allah s.w.t. kemampuan mudah hafal dan sukar lupa.
Beliau hidup dalam keadaan yang sempurna tidak pernah melakukan maksiat dan sentiasa berada di dalam keadaan beribadat. Disebabkan oleh kefaqihannya, beliau telah mampu memberi fatwa ketika berusia 19 tahun.
Dikatakan, dengan pengetahuannya yang amat mendalam dalam Ilmu Hadis, bahawa setiap Hadis yang tidak diketahui oleh Ibnu Taimiyah, ia bukanlah Hadis.

Keperibadian
Ibnu Taimiyah amat terkenal sebagai seorang yang sangat genius, zuhud, berani, mulia, pemurah dan dipuji oleh orang yang sependapat dengannya dan yang tidak sepen-dapat .
Beliau sentiasa bertawakal kepada Allah Taala dalam seluruh kehidupannya.
Imam Ibnu Taimiyah sentiasa melazimi bacaan wirid-wirid dan zikir-zikir. Pernah diceritakan, bahawa jin yang merasuk di dalam badan seseorang keluar apabila hanya diugut oleh beliau.
Diceritakan bahawa apabila menyampaikan ucapan, beliau memejamkan mata sehingga keluar daripada mulutnya mutiara-ibarat yang amat bernilai dan berharga.
Sepanjang hidup, beliau tidak pernah berkahwin kerana kesibukannya dengan ilmu dan berkhidmat untuk agama.
Seorang ulama’ yang memiliki sifat ketegasan dan keberanian dalam mengkritik dan menyeru umat supaya istiqamah dengan batas-batas yang telah digariskan oleh al-Qur’an dan as-Sunnah. Ia setia mengikuti kedua-duanya secara mutlak dan menyesuaikan diri dengan kesederhanaan dan kemurnian Islam masa awal (salafus soleh)
Ia ingin melihat Islam dalam kemuliaan sejati, lalu mengecam semua pencemaran dan pengaruh asing yang merasuk ke dalam Islam. Menyatakan permusuhan dengan Muslim berfilosofi Yunani dan mengkritik keras doktrin Ibn Arabi tentang kesatuan makhluk dengan Pencipta (wahdatul wujud). Menurutnya, kesimpulan Ibn Arabi dalam hal ini tidak sahaja bertentangan dengan ajaran Nabi, tetapi juga dengan doktrin ke-Esa-an Tuhan, seperti yang termaktub di dalam al-Qur'an dan as-Sunnah.
Selain menjadi ulama kontroversi Imam Ibnu Taimiyah diuji dengan kesengsaraan, dukacita dan penderitaan. Beliau juga melibatkan diri di dalam medan jihad dan terkenal sebagai seorang pejuang yang gagah berani.
Dari Ibn Taimiyah, lahir Muhammad Ibn Abdul Wahhab, seorang pemikir besar abad ke-18, dan Rashid Redha. Al-Azhar dan para Ulama’nya ber-usaha memperkenalkan dan memanfaatkan seluruh karya dan peninggalan Syeikhul Islam Ibn Taimiyah.

Kehidupan dan keilmuan Ibnu Taimiyyah
Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah pernah mengajar di Mesir dan as-Saghr (Iskandariah). Beliau mengatasi Ulama’-ulama’ lain dalam Ikhtilaf al-Mazahib, fatawa Sahabat dan Tabi’in, bahkan mampu menerangkan kesalahan pendapat-pendapat Mufassirin. Sesungguh- nya beliau apabila memberi fatwa tidak cenderung dan tidak terikat dengan mana-mana mazhab. Walaupun begitu, jarang sekali apabila beliau bercakap tentang sesuatu masalah kecuali menyebut pendapat mazhab empat. Beliau juga kadang-kadang menyanggahi mazhab empat dalam beberapa masalah yang tertentu. Bahkan selama beberapa tahun beliau tidak berfatwa berdasarkan mazhab-mazhab tertentu. Setiap hari, beliau menulis sebanyak lebih 14 helaian dalam bidang Tafsir, Fiqh, Usul Fiqh, Tauhid, Tasauf atau mematahkan hujah ahli Falsafah dan kelompok zindik.
Syeikhul Islam telah dicemuh dalam perbahasan tentang zat Allah s.w.t. dan masalah ikhtilaf dalam fiqhih oleh orang yang berbeza pendapat dengannya, serta dihina dalam usaha beliau menolong dan memelihara Sunnah yang suci.
Beliau diuji oleh Allah s.w.t dengan pelbagai ujian ketika hidupnya. Pernah dipenjarakan beberapa kali seperti di Qal’ah Kaherah, Iskandariah dan Damsyik. Ketika di dalam penjara, beliau tidak dibenarkan menulis dan membaca. Oleh itu, beliau menghabiskan waktu terluang dengan membaca dan merenung ayat-ayat suci al-Qur’an dan beribadat.

Penguasaan ilmu
Al-Imam Ibn Taimiyah menguasai dengan mendalam seluruh ilmu-ilmu Islam termasuk ilmu tafsir, hadis dan seluruh cabang ilmunya, akidah, ilmu kalam, falsafah, feqah, usul feqah dan khilaf mazahib, tasawuf, mantik, balaqhah dan ilmu alat, perbandingan agama, politik, pentadbiran, ekonomi, kemasyarakatan ilmu nafs dll. Semua ilmunya diadun dan ditapis menurut manhaj al-Qur’an dan as-Sunnah. Sesungguh nya diakui bahawa beliau adalah seorang Imam yang telah sampai ke tahap-Mujtahid Mutlak, al-Hafiz dalam hadis dan Mufassir yang sempurna.

dawah

Zaman hidupnya
-Mujahadahnya di medan jihad.
Dalam perjalanan hidupnya, beliau terus-menerus berjuang menegakkan amar ma'ruf dan nahi munkar, saat ia melihat orang bermain catur beliau terus mengambil papan catur dan membalikkannya.
Pernah pada suatu Jum'at, Ibnu Taimiyah dan pengikutnya memerangi penduduk yang tinggal di gunung Jurdu dan Kasrawan karena kesesatan dan rusaknya aqidah mereka akibat perlakuan tentera Tartar yang pernah menghancurkan kota itu. Beliau kemudian menjelaskan hakikat Islam pada mereka.
Tahun 700H, Syam dikepung tentera Tartar. Ia segera mendatangi gabenor Syam.Dengan mengemuka kan hujah ayat al-Qur'an, ia bangkitkan keberanian membela tanah air dan menghalau musuh. Kegigihan nya itu membuat ia dipercayai untuk meminta bantuan sultan di Mesir. Dengan hujah yang matang dan tepat, ia mampu menggugah hati sultan lalu dikerahkan seluruh tenteranya menuju Syam sehingga akhirnya memperolehi kemenangan yang gemilang.
Pada Ramadhan 702H, beliau terjun sendiri ke medan perang Syuquq yang menjadi pusat komando pasukan Tartar. Bersama tentera Mesir, mereka semua maju bersama di bawah komando Sultan. Dengan semangat Allahu Akbar yang menggema mereka berhasil mengusir tentara Tartar dan Syuquq dapat dikuasai.

-   Mujaddid Islam Abad ke-8
Sebagai penganut aliran salaf, beliau hanya percaya pada syari'at dan aqidah serta dalil-dalilnya yang ditunjukkan oleh nas. Karena nas tersebut me-rupakan wahyu yang berasal dari Allah Ta'ala. Aliran ini tidak percaya pada metod logika rasional (mantik) yang asing bagi Islam, karena metod semacam ini tidak terdapat pada masa sahabat maupun tabi'in. Baik dalam masalah Usuludin, Fiqh, Akhlaq dan lain-lain. Ia selalu kembalikan permasalahan pada al-Qur'an dan Hadis yang sahih.
Menurut Ibnu Taimiyah, akal pikiran amatlah terbatas. Apalagi dalam menafsirkan al-Qur'an mau pun hadis. Ia meletakkan akal fikiran di belakang nas-nas agama yang tak boleh berdiri sendiri. Akal fikiran hanyalah saksi pembenar dan penjelas dalil-dalil al-Qur'an.
Kegiatannya menentang segala bid'ah, khurafat dan pandangan-pandangan yang sesat. Tak heran jika ia banyak mendapat tentangan dari para ulama tradisi.
Syeikhul Islam menyebut: "Sesungguhnya saya lihat ahli-ahli bid'ah, diombang-ambingkan hawa nafsu seperti kaum mufalsafah (ahli filsafat), Bathiniyah (pengikut kebatinan), Mulahadah (mereka yang keras menentang Allah) dan orang-orang yang menyatakan diri dengan wahdatul wujud (bersatunya hamba dengan Tuhan), Dahriyah (mereka yang menyatakan segalanya waktu yang menentukan), Qadhariyah (manusia berkehendak dan berkuasa atas segala kemauannya), Nashiriyah, Jamhiyah, Hulliyah, Mu'thilah, Mujassamah, Musyibihah, Rawandiyah, Kilabiyah, Salimiyah dan lain-lain yang terdiri atas orang-orang yang tenggelam dalam kesesatan. Sebagian besar mereka bermaksud melenyapkan syari'at Islam yang suci, yang berada di atas segala agama. Para pemuka aliran sesat tersebut menyebab kan manusia berada dalam keraguan tentang dasar-dasar agama mereka. Sedikit sekali saya mendengar mereka menggunakan al-Qur'an dan Hadis dengan sebenarnya. Mereka adalah orang-orang zindiq yang tak yakin dengan agama. Setelah melihat semua itu, jelaslah bagi saya bahwa wajib bagi setiap orang yang mampu untuk menentang kebatilan serta melemahkan hujjah-hujjah mereka, perlu mengerah kan tenaga dalam menyingkap keburukkan-keburuk kannya dan membatalkan dalil-dalil mereka."
Tahun 705H, kemampuan dan keampuhan Ibnu Taimiyah diuji. Para Qadhi berkumpul bersama sultan di istana. Setelah melalui perdebatan yang sengit antara mereka, akhirnya jelas bahwa Ibnu Taimiyah memegang Aqidah Sunniyah Salafiyah. Banyak di antara mereka menyedari akan kebenaran Imam Ibnu Taimiyah.

-   Tuduhan-tuduhan ke atasnya
~ menyalahi empat mazhab dan ijma’ulama’, dalam pelbagai masalah khilafiyah, dikatakan mencela sahabat, penganut faham mujasimmah dll.
Kebanyakkan ulama’ yang mencela Imam Ibn Taimiyah adalah mereka yang taksub dengan mazhab, firqah tertentu atau tidak melihat realiti; tribulasi dan pergolakan zaman semasa hidupnya beliau.
Termasuk mereka yang mentaqdiskan warisan peninggalan sebelumnya yang melihat usaha men-tahqiq (penelitian semula) sesuatu yang mencabar agama. Sementara Alim Ulama’ yang mempelajari manhaj ‘Dirasah Muqorronah’ (study comparatif) bersikap berlapang dada dan menerima warisan Imam Ibn Taimiyah dan mengakui kebenaranya.

Ketinggian rabbaniahnya
Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah pernah berkata ketika berada di dalam penjara Damsyik: “Sesungguhnya Allah Taala telah membuka kepadaku sebahagian daripada pengertian makna al-Qur’an dan usul-usul ilmu dengan pelbagai perkara yang mana ia menjadi impian setiap Ulama’ dan sesungguh nya aku menyesal kerana masa-masaku yang terbuang pada perkara-perkara yang selain daripada mendalami makna-makna al-Qur'an.”
“sesungguhnya setiap waktu yang berlalu dariku saya selalu berucap, “andaikan para ahli syurga adalah seperti yang saya alami, maka mereka akan hidup dalam kehidupan yang demikian indah”
Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah telah berkata di dalam kitabnya al-Wabilu as-Sayyibu min al-Kalimi at-Toyyibi, “Aku telah mendengar Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata: Sesungguhnya di dalam dunia ini ada satu syurga iaitu syurga Iman kepada Allah Taala dan apa yang datang daripada Rasululah s.a.w. Sesiapa yang tidak memasukinya, dia tidak akan memasuki syurga Akhirat.”
“Suatu hari Imam Ibnu Taimiyah berkata : Apakah yang musuhku dapat lakukan kepadaku? Aku adalah syurgaku dan tamanku berada dalam dadaku (iman dan ilmunya), di mana sahaja aku berada, ia sentiasa berada disampingku. Sesungguhnya tempat kurunganku (penjara) adalah tempat khalwatku, pengusiranku merupakan permusafiranku, pembunuhan ke atas diriku adalah syahadah.”

Kewafatan
Hari itu, tanggal 20 Dzulqaedah 728H pasar-pasar di Damaskus sepi. Kehidupan terhenti sejenak. Para Amir, pemimpin, ulama dan fuqaha’, tentera, laki-laki dan perempuan, semuanya keluar rumah. Semua manusia turun ke jalan menghantar jenazah al-Imam sebagai penghormatan terakhir buatnya. Setelah menderita sakit selama 20 hari, beliau kembali meng-hadap Rabbnya sesuai dengan cita-citanya: mati mem-bela kebenaran.
Jenazahnya disembahyangkan di Jami’ al-Balad oleh ribuan manusia dan dikebumikan di sisi saudara nya Imam Syarafuddin bin Abdullah di perkuburan Sufiyyah.
Berakhirlah riwayat hidup seorang ulama’ berjasa yang telah banyak mengharumkan Islam sepanjang zaman, semoga Allah s.w.t. mencucuri  rahmatNya ke atas beliau dan menghimpunnya di Syurga al-Firdaus.

Murid-muridnya yang terkenal
·   Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah 
·   Al-Hafiz Imam az-Zahabi
·   Imam Ibnu Katsir dll.
Murid-murid pemikiran dan manhajnya
·   Para Imam Salafiyyah-Madrasah Ahlu Hadis
·   Syeikh Muhammad Abdul Wahab (Aliran Wahabi)
·   Syeikh Rasyid Redha(Ulama’ Reformasi)
·   Institusi al-Azhar & seluruh Ulama’nya
·   Seluruh Gerakan Islam & (sebahagian besar) Gerakan  Dakwah di seluruh Dunia Islam

Hasil-hasil Penulisan
Ibnul Wardi menuturkan dalam Tarikhul Ibnul Warid bahwa Imam Ibnu Taimiyah telah meninggal kan lebih kurang 500 buah karangan yang amat ber-harga kepada umat Islam. Di antara buku-buku karangan beliau yang masyhur ialah:
i)      Al-Fatawa al-Kubra (36 jilid)
ii)     as-Siyasah as-Syar’iyah(السياسة الشريعة)
iii)    Minhaj as- Sunnah al-Nabawiyyah fi Naqd
Kalam as-Syiah wal Qadyaniyyah
iv)    Raf’u al-Malaam ‘an al-Aimmah al-A’lam
v)     Al-Furqon Baina Auliya’u Allah wa Auliya’u Syaithan
vi)    Al-Surim al-Maslul ala Shatim al-Rasul
vii)   Kitab al-Nubuwwat   viii)   Al-Iman, dll

Sumbangan
·   undang-undang perkahwinan, wasiat dan harta waqaf di Mesir dilaksanakan berdasarkan fatwa dan pandangan ibnu Taimiyah (Imam Abu Zahrah)
·   sarjana Islam yang terkedepan dalam membahas kan persoalan Ekonomi, Politik, Perbandingan Agama, Sosial dan Pendidikan.
·   meletak asas kembali kepada al-Qur’an dan Sunnah, maqosid asy-Syar’iyyah, tahqiq at-turats (penelitian), tarjih dan kesederhanaan (al-washothiyah)
·   mengembali dan meluruskan seluruh ulum diniah atas landasan al-Qur’an dan Sunnah termasuk Ilmu Tafsir, Aqidah, Fiqh, Tasauf, Falsafah & Pemikiran, Politik dan Ekonomi.
·   melakukan tajdid menyeluruh dengan menghidup kan kembali warisan salafus soleh.
·   Darul ifta’ di bawah Jabatan Mufti Mesir (Prof. Dr. Ali Jumaah) berusaha mengali ‘Fatawa Ibn Taimiyah’ dan antara kitab terbarunya ialah ‘al-Mal wal Mua’malat inda Ibn Taimiyah’ (2003).

Pujian Ulama’     
·         Al-Washiti mengemukakan: "Demi Allah, syeikh kalian (Ibnu Taimiyah) memiliki keagungan khuluqiyah, amaliyah, ilmiyah dan mampu meng- hadapi tentangan orang-orang yang menginjak-injak hak Allah dan kehormatanNya.”
·         Ibnu Hajar al-‘Asqalani menyebut: “Ibn Taimiyah imam kepada semua para imam, Syeikhul Islam, keberkatan umat, yang sangat alim di kalangan ulama, pewaris para anbiya..”
·         al-Zahabi menyenaraikan gurunya itu di dalam kitabnya Tazkirah al-Huffaz yang dikhaskan untuk para hafiz dalam hadis. Beliau memuji Ibn Taimiyah dengan pujian yang sangat hebat juga menggelarnya dengan gelaran Syeikh al-Islam, antara katanya: “Ibn Taimiyah: seorang syeikh, imam, al-`allamah (sangat alim), al-hafiz (dalam hadis), seorang yang kritis, mujtahid, penafsir (al-Quran) yang mahir, beliau adalah Mahaguru Islam; dari lautan ilmu, cendekia- wan yang terbilang, dari golongan zuhud yang sukar dicari, tokoh yang berani dan pemurah lagi mulia, dipuji oleh penyokong dan penentang”
·         Al-Imam Suyuthi memasukkan Ibn Taimiyah dalam senarai huffaz hadis dalam kitabnya Tabaqat al-Huffaz,: “Ibn Taimiyah, seorang syeikh, imam, al-`allamah (sangat alim) hafiz, seorang yang kritis, faqih, mujtahid, seorang penafsir al-Quran yang mahir, Syeikh al-Islam, lambang golongan zuhud, sangat sedikit sepertinya di zaman ini, salah seorang tokoh cendekiawan terbilang.. memberi perhatian dalam bidang hadis, memetik dan menapisnya, pakar dalam ilmu rijal (para perawi), `illal hadis (kecacatan tersembunyi hadis) juga fiqh hadis, ilmu-ilmu Islam, ilmu kalam dan lain-lain. Dia daripada lautan ilmu,
·         Jamaluddin Assuramariyyum (kitab Amalihi) menyebut: “Dan sebahagian daripada keajaiban di zaman kita dalam kekuatan hafalan, bahawasanya Ibnu Taimiyah mampu memindahkan apa yang dibaca ke dalam karangan beliau dengan lafaz dan makna hanya dengan sekali bacaan.”
·         Imam ‘Allamah Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkata di dalam kitabnya, ‘Kaifa Nata’amul ma’a al-Sunnah’: “Al-Imam Ibn Taimiyah ialah daripada kalangan ulama umat yang aku sayangi, bahkan barangkali dialah yang paling hatiku sayangi di kalangan mereka dan paling dekat kepada pemikiran ku”
·         Tokoh pendakwah Islam yang terkenal di kurun ini, Maulana Abu al-Hasan ‘Ali al-Nadwi berkata dalam bukunya yang ditulis khas mengenai sejarah perjuangan Ibn Taimiyah sebagai tokoh pemikir dan pendakwah yang terbilang, bertajuk ‘Al-Hafiz Ahmad bin Taimiyah’.Sesungguhnya al-Imam Ibn Taimiyah telah benar-benar menunaikan tanggungjawab dengan kuatnya mempertahankan sunnah, aqidah ahli sunnah, al-khulafa al-rasyidin dan para sahabat yang mulia.
Katanya“Sesiapa yang ingin melihat lautan ilmu Ibn Taimiyyah, keluasan pandangannya, penguasaan nya, kekuatan hafalannya, ingatannya terhadap masalah-masalah (yang dibahaskan), kematangannya, ketelitiannya, kebijaksaannya dan kegemilauannya, maka bacalah kitab tersebut (Minhaj al-Sunnah al-Nabawiyyah fi Naqd Kalam al-Syi`ah wa al-Qadariyyah)”
·         al-Syeikh `Abd al-Fattah Abu Ghuddah:
“Bukti yang kuat (bahawa aku tidak pernah mem benci Ibn Taimiyah dan Ibn al-Qayyim) ialah aku telah penuhi kitab-kitabku dan ulasan-ulasanku dengan pendapat-pendapat Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah dan al-Imam Ibn Qayyim-semoga Allah merahmati keduanya. Aku telah berkhidmat untuk kitab-kitab al-Imam Ibn al-Qayyim dengan menyebar dan mentahqiqkannya. Aku juga telah menyokong dan membela mereka berdua. Aku menyebut mereka dengan penuh sanjungan dan hormat pada berpuluh-puluh tempat di dalam kitab-kitabku. Tokoh-tokoh umat pada zaman lalu dan kini, mereka banyak meng- ambil manfaat daripada khazanah Imam Ibn Taimiyah
Penyaksian atas kebenaran Imam Ibn Taimiyah
Imam ‘Allamah Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi menyebut, “kata salafiyyah telah dizalimi oleh pembela dan penentangnya dengan kadar yang sama.
Pembela salafiyyah telah menyempit dan mengurung dalam formalisme atau pertentangan dan perdebatan sekitar ilmu kalam, persoalan fekah atau tasawuf. Hari-hari dan malam mereka tidak pernah lepas dari melempar manjanik dan peluru sanggahan terhadap orang-orang yang berani berbeza dengan mereka dalam masalah-masalah yang mereka yakini kebenarannya. Sehingga ada yang menyangka manhaj salafiyah sebuah pemikiran yang hanya memperhati kan hal-hal juz’i, khilaf dan kulit luar.
Sementara penentangnya melihat mereka orang-orang yang konservatf , terkebelakang, tidak memer- hatikan masalah kekinian dan hal yang menyangkut masa depan. Kelompok yang fanatik, tidak pernah mendengar pendapat orang, menentang tajdid, pem-baharuan dan ijtihad.
Sebenarnya ini adalah kezaliman kepada salafiyyah dan orang yang mengajak kepada pemikir-an ini, iaitu; Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah dan murid-nya Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah merupakan pem-bela salaf yang paling teguh di masa lalu dan melaku-kan tajdid dalam Islam di zamannya mencakupi seluruh ilmu-ilmu keislaman. Mereka berdiri gagah menentang taklid dan fanatisme mazhab fikah dan teologi yang saat itu mendominasi pemikiran kaum Muslimin selama beberapa abad.
Mereka mengkritik fanatisme mazhab tetapi menempatkan para imam pada posisi terhormat, mengkritik tasawuf yang kemasukan ‘unsur luar’ (hulul, ittihad, wahdatul wujud dll) tetapi sangat objektif kepada tasawuf yang benar dan sangat menghormati para pelaku tasauf yang benar…”

Penutup
Imam Ibn Taimiyyah r.a telah kembali menemui Allah sejak 700 tahun lalu. Hidupnya dahulu dibaluti dengan perjuangan yang penuh ikhlas. Para ulama’ hadis, lebih 200 guru-gurunya dan mereka yang mengenalinya memuji dan menghormatinya
Syeikhul Islam dicintai oleh seluruh ulama’ Islam, diteladani mereka, menjadi rujukan utama dunia intelektual Islam sehingga ke hari ini dan pemberi inspirasi kepada seluruh gerakan Islam dan Jamaah dakwah. Tidak membenci beliau melainkan seorang yang jahil, yang tidak pernah membaca kitab-kitabnya dan menelusuri kedalaman pemikirannya, berfanatik buta dan benci untuk melibatkan diri dengan perjuangan Islam.

Rujukan:
i-Ibnu Taimiyah hayatuhu wa a’sruhu-ara’uhu wa fiqhuhu: Imam Muhammad Abu Zahra
ii-Kaifa Nata’amul ma’a Turats: Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi
iii-Fi Usul al-Dakwah Muktabisat min Kutub al-Dr. Yusuf al-Qaradhawi: Musthofa Malaikah.

Sunday, February 27, 2011

Beragama Islam Secara Kaaffah

teladan

(1). Bagaimana kecenderungan mufassirin (mutaqaddi-min – mutaakhirin) dalam menyimpulkan perintah memasuki Islam secara kaffah sesuai teks ayat : أدْخـُلوُا فِى السِّـلْمِ كَافَّةً (QS. al-Baqarah : 208)?
Jawaban :
Kecenderungan Mufassirin dalam menafsirkan perintah masuk Islam secara kaffah ada dua golongan yaitu :
1.    Perintah masuk Islam bagi seluruh umat manusia.
2.    Perintah terhadap umat Islam agar menerapkan syari’at secara penuh dengan segala kemampuannya.
المراجع:
التفسير الكبير للإمام فخر الدين محمد بن عمر الرازى {ط.دار الكتب العلمية}
(يَاأيُّهَا الذِيْنَ آمَنُوا) بِِالألْسِنَةِ (أدْخُلُوْا فِى السِّلْمِ كَافَّةً) أى دُومُوا عَلَى الإِسْلاَمِ فِيمَا يَسْتَأنِفُوْنَهُ مِنَ العُمْرِ وَلاَ تَخْرُجُوا عَنْهُ وَلاَ عَنْ شَرَائِعِهِ …. الى أن قال … قَالَ القَفَّالُ (كافة) يَصِحُّ أنْ يُرْجَعَ الَى المَأمُورِينَ بِالدُّخُولِ اى أُدْخُلُوا بِأجْمَعِكُمْ فِى السِّلمِ وَلاَ تَفَرَّقُوا وَلاَ تَخْتَلِفُوا – الى ان قال-  وَيَصْلُحُ أنْ يُرْجَعَ اِلَى الإِسْلاَمِ كُلُّهُ اى فِى كُلِّ شَرَائِعِهِ، قالَ الوَاحِدِى رَحِمَهُ الله: هَذَا ألْيَقُ بِظَاهِرِ التَّفْسِيرِ لأنَّهُمْ أُمِرُوا بِالقِيَامِ كُلِهَا
Terjemah :
Firman Allah (artinya) : “Wahai orang-orang yang beriman masuklah kalian dalam Islam secara keseluruhan”. Maksudnya tetaplah kalian semua diatas agama Islam sejak awal permulaan dan janganlah kalian keluar dar Islam dan syariat Islam  -sampai perkataan mufassir-  Imam Qaffal berkata : kata “kaaffah = keseluruhan” bisa kembalikan kepada mereka yang diperintah masuk Islam, sehingga maksudnya : masuklah kalian kesemuanya dalam agama Islam dan janganlah berpisah-pisah dan jangan pula berbeda-beda,  -sampai perkataan mufassir-  dan pastas pula kata “kaaffah = keseluruhan” dikembalikan kepada Islam, yakni seluruh syariat Islam. Al Wahidi ra berkata : pendapat ini lebih layak dengan dhahirnya tafsir karena mereka (orang-orang mukmin) diperintah melaksanakan keseluruhan syariat Islam.
تفسير النسفى الجزء الأول ص. 104-105
يا أيها الذين آمنواادخلوا فى السلم وبفتح السين حجازى وهو الاستسلام والطاعة أي استسلموا لله وأطيعوه أو الإسلام والخطاب لأهل الكتاب لأنهم آمنوا بنبيهم وكتابهم أو للمنافقين لأنهم آمنوا بألسنتهم كافة لا يخرج أحدمنكم يده عن طاعته حال من الضمير فى ادخلوا أى جميعا أو من السلم لانها تؤنث كأنهم أمروا أن يدخلوا فى الطاعات كلها أو فى شعب الإسلام وشرائعه كلها وكافة من الكف كأنهم كفوا أن يخرج منهم أحد باجتماعهم
Terjemah :
“Hai orang-orang yang beriman masuklah kalian semua didalam keselamatan” , salmi dengan dibaca fathah sinnya itu menurut Ahli Hijaz yang artinya menyerah dan taat. Maksudnya menyerahlah kalian kehadirat Alloh dan taatlah kepada-Nya. Atau Islam dan berarti pembicaraan ini ditujukan kepada Ahli Kitab, karena mereka Iman kepada Nabi-Nya dan Kitab-Nya,atau pembicaraan ditujukan kepada orang-orang munafik karena mereka beriman hanya dengan lisannya. Kata kaaffah (secara keseluruhan) artinya tak satupun dari kalian yang keluar dari taat kepada Alloh, sehingga lafadz Kaffah itu menjadi Haal dari dhomir yang ada pada  Udkhuluu yang semakna denga jami’an yang artinya  semua atau kaaffah menjadi haal dari Assilmi karena ia muannats. Seakan-akan mereka diperintah untuk melakukan seluruh ketaatan atau cabang-cabang Islam dan syariat-syariatnya. Lafadz Kaaffah dari kata Al Kaffa, seakan-akan mereka mencegah jangan sampai seorangpun dari mereka  keluar sebabmereka  telah berkumpul.
التفسير المنير للدكتور وهبة الزحيلي جز 2 ص 340 ط : دار الفكر المعاصر
الاسلام كل لايتجزء فمن امن به وجب عليه الأخذ به كله فلا يختار منه مايرضيه ويترك مالايرضيه او يجمع بينه وبين غيره من الأديان لأن الله تعالى امر باتباع جميع تعاليمه وتطبيق كل فرائضه واحترام مجموع نظامه بالحل او الإباحة والحظر او الحرمة
Terjemah:
Agama Islam sesuatu yang utuh yang tak boleh dipecah-pecah, maka barang siapa beriman kepada islam maka ia wajib mengambil keseluruhannya. Jadi dia tidak boleh memilih hukum Islam yang ia senangi dan meninggalkan hukum Islam yang tidak ia sukai atau mengumpulkan antara Islam dan agama-agama yang lain, karna Allah Ta’ala memerintahkan mengikuti seluruh ajaran-ajaran Islam,  menerapkan semua kewajiban-kewajibannya dan memulyakan semua aturan-aturannya tentang halal dan haram.
)2(. Apakah manifestasi berislam secara kaffah mengharuskan pemberlakuan syari’at Islam dalam kehidupan bernegara (konstitusional) dan kehidupan bermasyarakat (kultural) di Indonesia ?
Jawaban :
Penerapan syari’at Islam dalam kehidupan bernegara (konstitusi) dan dalam kehidupan bermasyarakat (kultur) adalah tanggung jawab bersama setiap muslim. Usaha menerapkan hukum Islam dalam konstitusi negara harus dilaksanakan dengan cara-cara yang jauh dari kekerasan. Tahapan amar ma’ruf nahy munkar adalah satu-satunya cara yang dapat ditempuh dalam memperjuangkan berlakunya hukum Islam dalam negara.

solat

Gambar Hiasan

بغية المسترشدين  ص : 271
وَالاسْلاَمُ لاَيَسْمَحُ المُسْلِمَ اَنْ يَتَّخِذَ مِنْ غَيْرِ شَرِيْعَةٍ الله قَانُونًا وَكُلُّ مَا يَخْرُجُ عَنْ نُصُوصِ الشَّرِيعَةِ اوْ مَبَادئِهَا العَلِيَّةِ اَو رُوْحِهَا التَشْرِيْعِيَّةِ مُحَرَّمٌ تَحْرِيْمًا  قَاطِعًا عَلَى المُسْلِمِ بِنَصِّ القُرْانِ الصَّرِيْحِ
Terjemah :
Islam tidak memberi toleransi kepada orang Islam untuk menjadikan undang-unfang dari selain syariat Allah. Dan setiap sesuatu yang keluar dari nash syariat atau dasar-dasar syariat yang luhur atau (ruh) jiwa tasyri’iyyah adalah diharamkan secara pasti atas orang muslim berdasarkan dalil nash al Qur’an yang jelas.
بغية المسترشدين:271 دار الفكر
(فائدة) –الى ان قال- وَمِنْهَا تَجِبُ أنْ تكُونَ الأحْكَامُ كُلُهَا بِوَجْهِ الشَّرْعِ الشَّرِيْفِ وَأمَّا أحْكَامُ السِّيَاسَةِ فَمَا هِىَ إلاَّ ظُنُونٌ.
Terjemah :
(Faidah) sampai perkataan mushannif : Sebagian diantaranya, semua hukum harus memakai syariat yang mulia, sedangkan hukum siyasah (politik) tiada lain hanyalah menggunakan prasangka-prasangka.
تفسير ابن كثير جز 2 ص : 16
وقال علي بن ابى طلحة عن ابن عباس قوله ومن لم يحكم بما انزل الله فاؤلئك هم الكافرون قال ومن جحد ما انزل الله فقد كفر ومن اقر به ولم يحكم به فهو ظالم فاسق
Terjemah :
Berkata Ali bin Abi Thalhah dari Ibnu Abbas tentang firman Allah (artinya) : “ Barang siapa tidak menghukumi dengan hukum yang diturunkan Allah, maka mereka itu orang-orang kafir”, bahwa barang siapa mengingkari hukum yang ditutrunkah Allah maka dia kafir dan barang siapa mengakui hukum Allah namun dia tidak menghukumi dengannya dia itulah orang dhalim dan fasik.
غاية  تلخيص المراد ص : 263
يجب على الحاكم الوقوف على احكام الشريعة التى اقيم لها ولا يتعداه الى احكام السياسة بل يجب عليه قصر من تعدى ذلك وزجره وتعزيره وتعريفه ان الحق كذا
Terjemah :
Wajib atas seorang hakim tetap konsisten pada hukum-hukum syariat sesuai tujuan dinobatkannya hakim itu dan jangan sampai melampaui sampai pada hukum-hukum siyasah (politik), bahkan ia wajib membatasi orang yang melanggarnya, mencegahnya, menta’zirnya dan memberitahu bahwa hukum yang benar adalah begini.
)3(. Berdosakah orang Islam di Indonesia karena membiarkan tidak diamalkannya ajaran syari’at Islam oleh negara tempat ia menetap tinggal ?
Jawaban :
Bagi yang mampu dan mempunyai akses untuk perjuangan berlakunya hukum Islam maka harus benar-benar melaksanakan tanggung jawabnya, sehingga pabila mereka (yang mampu) tidak ada usaha untuk berlakunya syariat Islam di Indonesia maka berdosa. Bagi masarakat umum  berkewajiban memberi dukungan penuh demi berlakunya hukum Islam.
عَنْ طَارِقِ بْنِ شِهَابٍ قالَ سَمِعتُ رَسو لَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ مَن رَأى مِنكُمْ مُنكَرًا فَليُغَيِّرْهُ بِيَدِه فَاِن لَم يَسْتطِعْ فَبِلِسانِه فَانْ لَمْ يَسْتطِعْ فَبِقَلبِهِ وَذَلِكَ اَضْعَفُ الايْمَانِ  (رواه البخارى )
Terjemah :
Diriwayatkan dari Thariq bin Syihab dia berkata : aku mendengan Rasulullah saw bersabda : “Barang siapa diantara kalian melihat kemungkaran, maka hendaknya ia memberantasnya dengan tangan (kekuasaan) nya, lalu jika ia tidak mampu maka memberantasnya dengan lisannya, lalu jika tidak mampu maka memberantasnya dengan hatinya dan demikian itu peling lemahnya iman. (HR: Bukhari)
الغنية لطالب طريق الحق جز 1 ص : 51
وَقالَ الشَيْخُ عَبدُ القَادِرِ الجَيلانِى رضِيَ الله عَنهُ فَالمُنْكِرونَ ثلاثةُ اَقسَامٍ قِسْمٌ يَكُونُ اِنْكارُهُ بِاليَدِ وَهُمُ الأئِمَّةُ وَالسَّلاطِينُ وَالقِسْمُ الثانِى اِنْكارُهُم بِاللِسَانِ دُونَ اليَدِ وَهُم العُلمَاءُ وَالقِسمُ الثالِثُ اِنْكارُهُم بِالقَلْبِ وَهُم العَامَّةُ
Terjemah :
Syaikh Abdul Qodir Jailani berkata :
Orang-orang yang menginkari (menentang) itu ada tiga macam :
-    Ingkar dengan kekuatan yaitu ingkarnya para pemimpin dan penguasa.
-    Yang kedua ingkar dengan lisan bukan dengan kekuatan yaitu ingkarnya para ulama’
-    Yang ketiga ingkar dengan hati yaitu ingkarnya orang-orang umum.
حاشية الجمل شرح المنهج جز: 5  ص : 182 – 183
وبأمر بمعروف ونهى عن المنكر اى الامر بواجبات الشرع والنهي عن محرماته اذا لم يخف على نفسه او ماله او على غيره مقسدة المنكر الواقع
Terjemah :
Perintah kebagusan mencegah kemungkaran artinya perintah dengan kewajiban-kewajiban syara’ dan mencegah dari perkara yang diharamkan syara’. kalau memang dia tidak takut pada kerusakan yang terjadi pada dirinya, hartanya atau yang lain, dengan kerusakan yang nyata.
تفسير البيضاوي ج: 2 ص: 328
ومن   لم يحكم   بما أنزل الله مستهينا به منكراله فأولئك هم الكافرون لاستهانتهم به وتمردهم بأن حكموا بغيره ولذلك وصفهم بقوله الكافرون و الظالمون و الفاسقون فكفرهم لإنكاره وظلمهم بالحكم على خلافه وفسقهم بالخروج عنه
Terjemah :
Barang siapa menghukumi tidak sesuai hukum yang diturunkan Alloh bahkan dia malah menghinanya, dan menginkarinya, maka dihukumi Kafir. Karena dia menghina terhadap hukum dan menolaknya dengan gambaran dia menghukumi tanpa memakai hukumnya Alloh, karena itu Alloh mensifati mereka dengan predikat kafirun, dholimun, dan fasiqun. Sifat kafir karena mereka inkar dan  aniaya  dengan menghukumi dengan selain huku Alloh dan kefasikan mereka karena mereka keluar dari hukum-hukum-Nya.
)4(. Bolehkah masing-masing WNI yang beragama Islam atau kelompok mereka menerapkan secara sepihak hukum publik yang menjadi bagian dari syari’at Islam (seperti hukum jinayat( ?
Jawaban :
Penerapan syariat Islam di bidang pemberlakuan hudud (hukuman mati, potong tangan, cambuk  dan lain-lain) adalah hak prerogratif negara. Masyarakat umum tidak boleh melaksanakan sendiri-sendiri atau pada kelompok masing-masing.

26women

Gambar Hiasan


Tambahan:
Bagi organisasi-organisasi Islam seperti NU, diharapkan memberikan masukan-masukan kepada pemerintah untuk berlakunya hukum Islam dalam konstitusi negara.
الفقه الإسلامى وادلته الجزء السادس ص:58
ثَانِيًا لا يُقِيمُ الحُدُودُ إلاَّ الإمَامُ اَو مَنْ فَوَّضَ اِلَيهِ إلإِمَامُ بِاتِّفَاقِ الفُقَهَاءِ لأَنَّهُ لَمْ يَقُمْ حَدٌّ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ الله صلى الله عليه وَسَلمَ إلاَّ بِإذْنِهِ وَلا فِى أيَّامِ الخُلفَاءِ إلاَّ بِإذْنِهِمْ وَلأَنَّ الحَدَّ حَقُّ اللهِ تعَالى يَفْتقِرُ اِلى الإِجْتِهَادِ وَلا يُؤْمَنُ فِيه الحَيفُ فَلَمْ يَجُزْ بِغَيرِ إذْنِ الإمَامِ
Terjemah :
Kedua: tidak boleh menegakkan hukuman kecuali seorang imam atau orang yang dikasih kepercayaan (mandat) oleh imam. bitthifaqil fuqoha’ (sesuai kesepakatan ahli fiqih), karena had (hukuman) tidak ditegakkan pada masa hidupnya Nabi SAW, kecuali dapat izin dari beliau dan pada masa Khulafaur rasyidin kecuali dapat izin dari beliau-beliau. Karena hukuman (had) itu haqqulloh yang membutuhkan ijtihad  (kesungguhan yang maksimal), dan padahal tak ada jaminan aman dari penyelewengan, karenanya maka  tidak boleh (menghukum) kecuali dengan izin imam.
الموسوعة الفقهية 3:167
اَلإسْتِبْدَادُ المُفْضِى اِلىَ الضَّرَرِ اَوِ الظُّلْمِ مَمْنُوْعٌ كَالإسْتِبْدَادِ فِى احْتِكَارِ الاَقْوَاتِ وَاسْتِبْدَادِ اَحَدِ الرَّعِيَّةِ فِيمَا هُوَ مِنَ اخْتِصَاصِ الاِمَامِ مِثلَ الْجِهَادِ وَالاِسْتِبْدَادِ فِى إقَامَةِ الحُدُودِ بِغَيْرِ إذْنِ الإمَامِ.
Terjemah :
Sewenang-wenang yang dapat menimbulkan terhadap dhoror (bahaya) atau dzolim itu dilarang, seperti sewenang-wenang menimbun makanan pokok, dan sewenang-wenangnya salah satu rakyat dalam urusan yang merupakan hak khusus imam, seperti  jihad (berperang) dan sewenang-wenang menegakkan hukuman (had) dengan tanpa izinnya imam.
الموسوعة الفقهية 17/240-242
الشرط السادس: الإذن من الإمام:16 – اشترط فريق من العلماء فى المحتسب أن يكون مأذونا من جهة الإمام أو الوالي،وقالوا: ليس للآحاد من الرعية الحسبة والجمهور على خلافه الا فيما كان محتاجا فيه الى الاستعانة وجمع الاعوان وما كان خاصا بالائمة او نوابهم كاقامة الحدود وحفظ البيضة وسد الثغور اما ما ليس كذلك فان لآحاد الناس القيام به لان الادلة وردت فى الامر والنهي والدع عاماة  – الى ان قال -  واما جمع الاعوان وشهر الاسلحة قد يجر الى قتنة عامة ففيه نظر وقد ذهب الى اشتراط الاذن فى هذه الحالة جماهر العلماء لانه يؤدي الى الفتن وهيجان الفساد وكذلك ما كان مختصا بالأئمة والولاة فلا يستقل بها الآحاد كالقصاص، فإنه لا يستوفى إلا بحضرة الإمام ،لأن الإنفراد باستيفائه محرك للفتن

Terjemah :
Syarat No. 6 : Dapat izin dari imam. Sebagian Ulama’ mensyaratkan untuk relawan harus mendapat izin  dari imam atau dari penguasa (wali). Para Ulama berkata: Bagi individu rakyat tidak boleh menjadi relawan ) eksekutor hukuman ). Kebanyakan ulama’ tidak sependapat dengan syarat diatas kecuali dalam urusan yang memerlukan bantuan dan mengumpulkan banyak pembantu dan urusan yang khusus bagi imam atau penggantinya seperti menegakkan hukuman, menjaga keutuhan/persatuan   memperkuat benteng pertahanan dan mengirikan pasukan. Adapun hal-hal yang tidak seperti diatas bagi individu-individu manusia boleh melakukannya karena dalil-dalil tentang perintah, larangan dan pencegahan berlaku umum -sampai perkataan mushannif- adapun mengumpulkan pembantu-pembantu dan menghunus pedang itu bisa jadi menimbulkan fitnah yang merata, maka dalam hal ini terdapat perbedaan pendapat. Kebanyakan para ulama’ dalam hal yang seperti ini berpendapat harus mendapat izin dari imam karna bisa menimbulkan fitnah dan gejolaknya kerusakan. Dan demikian pula sesuatu yang khusus bagi imam dan penguasa, maka perorangan tidak boleh melakukan sendiri, seperti qishos (hukuman balasan sepadan) . Sesungguhnya seseorang tidak boleh melaksanakan (hukuman) kecuali adanya persetujuan dari imam, karena kesendirian dalam malaksanakan hukuman, akan dapat menimbulkan fitnah.
)5(. Sesuaikah dengan prinsip ahkam sulthaniyah bila secara diam-diam sekelompok umat Islam di Indonesia membaiat dan mengesahkan amir/pemimpin Islam guna menjadi landasan legitimasi ibadah atau pengamalan agama kelompok tersebut ?
Jawaban:
Membaiat dan mengesahkan amir/pemimpin Islam dengan tidak mengakui terhadap keabsahan kepemimpinan yang sudah ada tidak sesuai dengan prinsip hukum bernegara menurut Islam.

المراجع:
كشاف القناع للبهوتى الحنبلى الجزء السادس ص:205
الرَّابِعُ قَوْمٌ مِنْ أهْلِ الحَقِّ  بَايَنُوا الإمَامَ وَرَامَوْا خَلْعَهُ أي عَزْلَهُ أوْ مُخَالَفتَهُ بِتَأوِيْلٍ سَائِغٍ بِصَوَابٍ أوْ خَطَأٍ وَلهُمْ مَنْعَةٌ وَشَوْكَةٌ بِحَيثُ يَحْتاجُ فِي كَفِّهِمْ إلَى جَمْعِ جَيْشٍ وَهُم البُغَاةُ المَقصُودُونَ بِالتَّرْجَمَةِ فَمَن خَرجَ عَلَى إمَامٍ عَدْلٍ بِأحَدِ هَذهِ الوُجُوهِ الأرْبَعةِ بَاغِيًا وَجَبَ قِتالُهُ لِمَا تَقَدَّمَ أوَّلَ البَابِ
Terjemah :
Yang ke-empat: suatu kaum dari ahli haq (kebenaran) melawan terhadap imam dan menuduh bahwa ia telah terpecat/menentangnya dengan ta’wil yang benar/salah, dan mereka itu memiliki kekuatan dan kekuasaan, sekira imam butuh terhadap pasukan untuk mencegah mereka , maka kaum itu dikatakan AL Bughoh (penentang Imam) sebagaimana yang dikehendaki dalam terjemah/judul barang siapa memberontak terhadap Imam yang ‘adil dengan sebab satu diantara empat macam dengan jelas-jelas membangkang maka orang tersebut wajib diperangi karna adanya keterangan yang sudah dijelaskan diawal bab.
التشريع الجنانى الإسلامى لعبد القادر عودة الجزء الثانى ص:675
يشترط لوجود جريمة البغى الخروج على الإمام والخروج المقصود هو مخالفة الإمام والعمل لخلعه أو الإمتناع عما وجب على الخارجين من حقوق ويستوى أن تكون هذه الحقوق لله اى مقررة لمصلحة الجماعة او للأشخاص اى مقررة لمصلحة الأفراد فيدخل تحتها كل حق تفرضه الشريعة للحاكم على المحكوم وكل حق للحماعة على الأفراد وكل حق للفرد على الفرد فمن امتنع عن أداء الزكات فقد امتنع عن حق وجب عليهم ومن امتنع عن تنفيذ حكم متعلق بحكم الله كحد الزنا أو متعلق بحق الأفراد كالقصاص فقد امتنع عن حق وجب عليه ومن امتنع عن طاعة الإمام فقد امتنع عن الحق الذى وجب عليه وهكذا ولكم من المتفق عليه  أن الإمتناع عن الطاعة فى معصية ليس بغيا وإنما هو واجب على كل مسلم لأن الطاعة لم تفرض إلا فى معروف ولا تجوز فى معصية.
Terjemah :
Disyaratkan wujudnya kejahatan makar adalah membangkang terhadap Imam. Pembangkangan dimaksud yaitu menentang imam dan melakukan yang mengarah kepada pemecatan imam atau menolak hak-hak yang wajib atas para pembangkang. Dan sama hak-hak ini bagi Allah ya’ni yang ditetapkan demi kemaslahatan orang banyak atau perorangan maksudnya ditetapkan demi kemaslahatan perorangan. Termasuk didalam hak-hak ini setiap hak yang diwajibkan syari’at bagi hakim atas orang yang dihukumi, setiap hak bagi golongan atas perorangan dan setiap hak bagi perorangan atas perorangan. Jadi barang siapa mencegah membayar zakat maka berarti dia mencegah hak yang wajib atas mereka dan barang siapa
mencegah menegakkan hukum yang behubungan dengan hukum Allah seperti hukuman zina atau yang berhubungan dengan hak perorangan seperti Qishos maka ia mencegah haq yang wajib atas dia.
Dan barang siapa menolak ta’at kepada imam  maka berarti ia menolak hak yang wajib atas dia  dan seterusnya. Bagi kalian dari hal yang disepakati ulama’bahwa sesungguhnya menolak taat didalam maksiat bukanlah pembangkangan akan tetapi suatu kewajiban atas setiap orang Islam, karena taat itu tidak wajib kecuali dalam kebaikan dan  taat  pada kemaksiatan tidak diperbolehkan.

البيان في فقه الامام الشافعي جز 12 ص 9 ط: دار الكتب العلمية
قال القفال وسواء كان الامام عادلا او جائرا فان الخارج عليهم باغ اذالإمام لاينعزل بالجور وسواء كان الخارج عليه عادلا او جائرا فان خروجه على الامام جور
Terjemah :
Imam Qaffal berkata : baik imam itu adil atau menyeleweng, maka membangkang kepadanya adalah bughat, karena imam tidak bisa terpecat sebab menyeleweng baik pihak pembangkang itu adil atau menyeleweng. Sebab membangkang kepada imam adalah perbuatan makar.
)6(. Sebagai konsekuensi Islam kaffah haruskah dilakukan jihad guna menangkal praktek kemungkaran oleh WNI non-muslim, seperti lokalisasi PSK, penjualan/ konsumsi minuman keras, budidaya hewan babi, arena hiburan yang penuh ma’shiyat, dan lain sebagainya ?
Jawaban:
Sebagai konsekwensi Islam kaffah dalam rangka menangkal praktek kemunkaran wajib dilakukan jihad dalam pengertian  أمر معروف نهى منكر sesuai dengan tahapan-tahapannya, dan harus berupaya untuk tidak menimbulkan kemunkaran yang lebih besar atau fitnah.
المراجع:
أحكام القرأن لإبن العربي ج : 1 ص : 382 ، مانصه :
(وَلْتكُنْ مِنْكُم أمَّةٌ) دَليلٌ عَلى اَنَّ الأمْرَ بِالمَعْرُوفِ وَالنَّهْيَ عَن المُنكَرِ فَرْضٌ
Terjemah :
Firman Allah (artinya) : “Hendaklah diantara kalian terdapat ummat, yang mengajak kebaikan”. Ayat ini sebagai dasar perintah berbuat baik dan mencegah melakukan kemungkaran.
التشريع الجنائ الاسلامى جز 2 ص :677 , ف : الشيخ عبد القادر عودة  , ط : مؤسسة الرسالة
ومع ان العدالة شرط من شروط الامامة الا ان الرأي الراجح في المذاهب الاربعة ومذهب الشيعة الزيدية هو تحريم الخروج على الامام الفاسق الفاجر ولو كان الخروج للامر بالمعروف والنهي عن المنكر لان الخروج على الامام يؤدي عادة الى هو انكر مما فيه وبهذا يمتنع النهي عن المنكر لان منشروطه لايؤدي الانكار الى ماهو انكر من ذلك الى الفتن وسفك الدماء وبث الفساد واضطراب البلاد واضلال العباد وتوهين الامن وهدم النظام
Terjemah :
Sifat adil itu menjadi syarat untuk menjadi imam kecuali pendapat yang unggul, itu menurut empat Madzhab, dan menurut madzhab Syi’ah Zaidiyah. Haram keluar dari imam yang fasiq, lacut itu haram, walaupun adanya kelauar itu untuk perintah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Karena keluar dari imam bisa mendatangkan kebiasaan ingkar dari perkara tersebut. Dengan demikian terlarang mencegah kemungkaran. Karena yang disyaratkannya iru tidak akan mendatangkan keinkaran lain yang lebih darinya. Sampai menimbulkan fitnah, pertumpahan darah, meratanya kerusakan, kacaunya negara, menyesatkan masyarakat, merapuhkan keamanan dan merusak tatanan.

full time islam

بغية المسترشدين ، ص : 251، مانصه :
وَلَهُ دَرَجَتَانِ . التَعْرِيفُ ثُمَّ الوَعْظُ بِالكَلامِ اللَّطِيفِ ثُمَّ السَّبُّ وَالتَعْنِيفُ ثمَّ المَنْعُ بِالقَهْرِ ، وَالأوَّلانِ يَعُمَّانِ سَائِرَ المُسْلِمِينَ وَالأخِيرَانِ مَخْصُوصَانِ بِوُلاةِ الأمُورِ اهـ.
Terjemah :
Baginya dua tingkatan, diperingatkan, dinasehati dengan ucapan yang halus, dicaci maki dan kekerasan kemudian dicegah dengan paksa.
Sedangkan dua kewajiban yang pertama berlaku umum untuk semua orang Islam dan yang dua kewajiban yang akhir khusus bagi penguasa.

Sumber.

Waallahualam.

Salam.. Chat.


ShoutMix chat widget

Followers

As-Syahid Izzuddin Al-Qassam (1871 - 20 Nov 1935)

Nama sebenar beliau adalah Muhammad Izzuddin Abdul Qadir Mustafa Al-Qassam. Lahir di daerah Al-Ladziqiyyah, Syria Selatan. Masuk ke Al-Azhar sekitar tahun 1906 pada usia 14 tahun. Sempat berguru dengan Sheikh Muhammad Abduh dan berteman dengan Sheikh Rasyid Redho. Ketika penjajahan kuffar di Libya pada 1911, beliau turut memobilisasi senjata dan para mujahid untuk turun ke Libya. Setiap operasi jihad yang dipimpin oleh beliau di Palestin membuahkan kejayaan besar yang menakutkan Inggeris yang menjajah Palestin saat itu. Beliau syahid dalam satu pertempuran dahsyat di Kota Jenin, bersama 10 orang mujahid yang digempur dengan ratusan pasukan Inggeris yang menggunakan helikopter. Kini, nama beliau disematkan kepada sayap ketenteraan Hamas iaitu Brigade As-Syahid Izzuddin Al-Qassam yang sering dikenal dengan aksi-aksi pelancaran roket Al-Qassam dan operasi Amaliyyah Al-Istisyhadiyyah. 


My News

islamiconlineuniversity.com

Learn How to give Dawah

Alafasy Quran TV - Syeikh Misyari Rasyid Al-Afasy

Radio Rodja - Menebar Cahaya Sunnah - Kuliah Hadist

Iklan Nuff