By Ahmad Ashbahani
Pengenalan
Pertengahan abad ke-13M merupakan saat malapetaka besar bagi sejarah Islam. Belum pun pulih dari porak-poranda Perang Salib, bencana yang lebih buruk pula datang melanda dunia Islam. Bangsa Monggol yang diketuai Hulagu Khan menyerbu dan memusnahkan kekayaan intelektual dan peradaban Islam malah membunuh jutaan umat Islam di Baghdad.
Pada kurun waktu huru-hara dan bencana seperti itulah lahir Ibn Taimiyah, seorang ulama’ dan pemikir agama yang berpengaruh besar ter-hadap dunia pemikiran Islam. Karya serta teladan hidupnya menjadi sumber ilham bagi setiap orang.
Kelahiran dan keluarga
Pada 10 Rabiul Awal tahun 661H bersamaan 22 Januari 1263M, lahirlah seorang ulama’ yang telah menyinari dunia Islam dengan keilmuan nya. Beliau ialah Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah al-Harani al-Dimasyqi. Nama asal beliau ialah Ahmad Taqiyuddin, Abu al-Abbas bin Syihabud din-Abdul Halim bin Majduddin-Abdul Salam bin Taimiyah. Dilahirkan di Harran dan di usia 7 tahun ia berhijrah ke Damsyik bersama keluarga nya akibat serangan Tartar.
Ia berasal dari keluarga alim-ulama’ yang bertaqwa. Ayahnya Syeikh Syihabuddin; seorang ulama’ besar, hakim, khatib, 'alim dan wara'. Datuk nya Majduddin Abi al-Barakat Abdus Salam bin Abdullah; Syeikhul Islam, ulama’ fiqih, ahli hadis, tafsir, ilmu usul dan al-Hafiz.
Pendidikan
Ibnu Taimiyyah mendapat pendidikan awal dari bapanya sendiri. Sejak kecil lagi, beliau telah menghafal al-Qur’an dan menamatkan baca annya lebih 80 kali. Ia sangat rajin belajar dan kehidupannya hanyalah dihabiskan dengan menuntut ilmu. Ia kemudiannya mempelajari Hadis daripada Ibnu Abdul Dahn, Ibnu Abi al-Yusri, al-Kamal bin Abded, Ibnu Sairofi, Ibnu Khair dan lain-lain. Beliau amat mengambil berat tentang Hadis dan Ilmu Hadis, serta pakar dalam Ilmu Rijal dan ‘Ilalul Hadis, Fiqhul Hadis, Ilmu Kalam, Tafsir, khilaf mazhab serta menguasai dengan sempurna seluruh ilmu-ilmu Islam yang lain.
Imam Ibnu Taimiyah juga mempelajari Ilmu Khat, Hisab dan kemudian mempelajari Fiqh dan Bahasa Arab serta Tafsir al-Qur’an. Kepakaran beliau dalam ilmu Nahu diakui sehingga beliau mampu memahami serta mendalami kitab Sibawaih tanpa berguru dan memperbetulkan lebih 80 kesilapannya. Beliau juga mantap dalam ilmu Usul Fiqh. Semua ini dikuasai ketika beliau berusia belasan tahun. Para Ulama’ ketika itu mengkagumi kecerdikan dan kekuatan hafalan beliau. Ia dikurnia Allah s.w.t. kemampuan mudah hafal dan sukar lupa.
Beliau hidup dalam keadaan yang sempurna tidak pernah melakukan maksiat dan sentiasa berada di dalam keadaan beribadat. Disebabkan oleh kefaqihannya, beliau telah mampu memberi fatwa ketika berusia 19 tahun.
Dikatakan, dengan pengetahuannya yang amat mendalam dalam Ilmu Hadis, bahawa setiap Hadis yang tidak diketahui oleh Ibnu Taimiyah, ia bukanlah Hadis.
Keperibadian
Ibnu Taimiyah amat terkenal sebagai seorang yang sangat genius, zuhud, berani, mulia, pemurah dan dipuji oleh orang yang sependapat dengannya dan yang tidak sepen-dapat .
Beliau sentiasa bertawakal kepada Allah Taala dalam seluruh kehidupannya.
Imam Ibnu Taimiyah sentiasa melazimi bacaan wirid-wirid dan zikir-zikir. Pernah diceritakan, bahawa jin yang merasuk di dalam badan seseorang keluar apabila hanya diugut oleh beliau.
Diceritakan bahawa apabila menyampaikan ucapan, beliau memejamkan mata sehingga keluar daripada mulutnya mutiara-ibarat yang amat bernilai dan berharga.
Sepanjang hidup, beliau tidak pernah berkahwin kerana kesibukannya dengan ilmu dan berkhidmat untuk agama.
Seorang ulama’ yang memiliki sifat ketegasan dan keberanian dalam mengkritik dan menyeru umat supaya istiqamah dengan batas-batas yang telah digariskan oleh al-Qur’an dan as-Sunnah. Ia setia mengikuti kedua-duanya secara mutlak dan menyesuaikan diri dengan kesederhanaan dan kemurnian Islam masa awal (salafus soleh)
Ia ingin melihat Islam dalam kemuliaan sejati, lalu mengecam semua pencemaran dan pengaruh asing yang merasuk ke dalam Islam. Menyatakan permusuhan dengan Muslim berfilosofi Yunani dan mengkritik keras doktrin Ibn Arabi tentang kesatuan makhluk dengan Pencipta (wahdatul wujud). Menurutnya, kesimpulan Ibn Arabi dalam hal ini tidak sahaja bertentangan dengan ajaran Nabi, tetapi juga dengan doktrin ke-Esa-an Tuhan, seperti yang termaktub di dalam al-Qur'an dan as-Sunnah.
Selain menjadi ulama kontroversi Imam Ibnu Taimiyah diuji dengan kesengsaraan, dukacita dan penderitaan. Beliau juga melibatkan diri di dalam medan jihad dan terkenal sebagai seorang pejuang yang gagah berani.
Dari Ibn Taimiyah, lahir Muhammad Ibn Abdul Wahhab, seorang pemikir besar abad ke-18, dan Rashid Redha. Al-Azhar dan para Ulama’nya ber-usaha memperkenalkan dan memanfaatkan seluruh karya dan peninggalan Syeikhul Islam Ibn Taimiyah.
Kehidupan dan keilmuan Ibnu Taimiyyah
Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah pernah mengajar di Mesir dan as-Saghr (Iskandariah). Beliau mengatasi Ulama’-ulama’ lain dalam Ikhtilaf al-Mazahib, fatawa Sahabat dan Tabi’in, bahkan mampu menerangkan kesalahan pendapat-pendapat Mufassirin. Sesungguh- nya beliau apabila memberi fatwa tidak cenderung dan tidak terikat dengan mana-mana mazhab. Walaupun begitu, jarang sekali apabila beliau bercakap tentang sesuatu masalah kecuali menyebut pendapat mazhab empat. Beliau juga kadang-kadang menyanggahi mazhab empat dalam beberapa masalah yang tertentu. Bahkan selama beberapa tahun beliau tidak berfatwa berdasarkan mazhab-mazhab tertentu. Setiap hari, beliau menulis sebanyak lebih 14 helaian dalam bidang Tafsir, Fiqh, Usul Fiqh, Tauhid, Tasauf atau mematahkan hujah ahli Falsafah dan kelompok zindik.
Syeikhul Islam telah dicemuh dalam perbahasan tentang zat Allah s.w.t. dan masalah ikhtilaf dalam fiqhih oleh orang yang berbeza pendapat dengannya, serta dihina dalam usaha beliau menolong dan memelihara Sunnah yang suci.
Beliau diuji oleh Allah s.w.t dengan pelbagai ujian ketika hidupnya. Pernah dipenjarakan beberapa kali seperti di Qal’ah Kaherah, Iskandariah dan Damsyik. Ketika di dalam penjara, beliau tidak dibenarkan menulis dan membaca. Oleh itu, beliau menghabiskan waktu terluang dengan membaca dan merenung ayat-ayat suci al-Qur’an dan beribadat.
Penguasaan ilmu
Al-Imam Ibn Taimiyah menguasai dengan mendalam seluruh ilmu-ilmu Islam termasuk ilmu tafsir, hadis dan seluruh cabang ilmunya, akidah, ilmu kalam, falsafah, feqah, usul feqah dan khilaf mazahib, tasawuf, mantik, balaqhah dan ilmu alat, perbandingan agama, politik, pentadbiran, ekonomi, kemasyarakatan ilmu nafs dll. Semua ilmunya diadun dan ditapis menurut manhaj al-Qur’an dan as-Sunnah. Sesungguh nya diakui bahawa beliau adalah seorang Imam yang telah sampai ke tahap-Mujtahid Mutlak, al-Hafiz dalam hadis dan Mufassir yang sempurna.
Zaman hidupnya
-Mujahadahnya di medan jihad.
Dalam perjalanan hidupnya, beliau terus-menerus berjuang menegakkan amar ma'ruf dan nahi munkar, saat ia melihat orang bermain catur beliau terus mengambil papan catur dan membalikkannya.
Pernah pada suatu Jum'at, Ibnu Taimiyah dan pengikutnya memerangi penduduk yang tinggal di gunung Jurdu dan Kasrawan karena kesesatan dan rusaknya aqidah mereka akibat perlakuan tentera Tartar yang pernah menghancurkan kota itu. Beliau kemudian menjelaskan hakikat Islam pada mereka.
Tahun 700H, Syam dikepung tentera Tartar. Ia segera mendatangi gabenor Syam.Dengan mengemuka kan hujah ayat al-Qur'an, ia bangkitkan keberanian membela tanah air dan menghalau musuh. Kegigihan nya itu membuat ia dipercayai untuk meminta bantuan sultan di Mesir. Dengan hujah yang matang dan tepat, ia mampu menggugah hati sultan lalu dikerahkan seluruh tenteranya menuju Syam sehingga akhirnya memperolehi kemenangan yang gemilang.
Pada Ramadhan 702H, beliau terjun sendiri ke medan perang Syuquq yang menjadi pusat komando pasukan Tartar. Bersama tentera Mesir, mereka semua maju bersama di bawah komando Sultan. Dengan semangat Allahu Akbar yang menggema mereka berhasil mengusir tentara Tartar dan Syuquq dapat dikuasai.
- Mujaddid Islam Abad ke-8
Sebagai penganut aliran salaf, beliau hanya percaya pada syari'at dan aqidah serta dalil-dalilnya yang ditunjukkan oleh nas. Karena nas tersebut me-rupakan wahyu yang berasal dari Allah Ta'ala. Aliran ini tidak percaya pada metod logika rasional (mantik) yang asing bagi Islam, karena metod semacam ini tidak terdapat pada masa sahabat maupun tabi'in. Baik dalam masalah Usuludin, Fiqh, Akhlaq dan lain-lain. Ia selalu kembalikan permasalahan pada al-Qur'an dan Hadis yang sahih.
Menurut Ibnu Taimiyah, akal pikiran amatlah terbatas. Apalagi dalam menafsirkan al-Qur'an mau pun hadis. Ia meletakkan akal fikiran di belakang nas-nas agama yang tak boleh berdiri sendiri. Akal fikiran hanyalah saksi pembenar dan penjelas dalil-dalil al-Qur'an.
Kegiatannya menentang segala bid'ah, khurafat dan pandangan-pandangan yang sesat. Tak heran jika ia banyak mendapat tentangan dari para ulama tradisi.
Syeikhul Islam menyebut: "Sesungguhnya saya lihat ahli-ahli bid'ah, diombang-ambingkan hawa nafsu seperti kaum mufalsafah (ahli filsafat), Bathiniyah (pengikut kebatinan), Mulahadah (mereka yang keras menentang Allah) dan orang-orang yang menyatakan diri dengan wahdatul wujud (bersatunya hamba dengan Tuhan), Dahriyah (mereka yang menyatakan segalanya waktu yang menentukan), Qadhariyah (manusia berkehendak dan berkuasa atas segala kemauannya), Nashiriyah, Jamhiyah, Hulliyah, Mu'thilah, Mujassamah, Musyibihah, Rawandiyah, Kilabiyah, Salimiyah dan lain-lain yang terdiri atas orang-orang yang tenggelam dalam kesesatan. Sebagian besar mereka bermaksud melenyapkan syari'at Islam yang suci, yang berada di atas segala agama. Para pemuka aliran sesat tersebut menyebab kan manusia berada dalam keraguan tentang dasar-dasar agama mereka. Sedikit sekali saya mendengar mereka menggunakan al-Qur'an dan Hadis dengan sebenarnya. Mereka adalah orang-orang zindiq yang tak yakin dengan agama. Setelah melihat semua itu, jelaslah bagi saya bahwa wajib bagi setiap orang yang mampu untuk menentang kebatilan serta melemahkan hujjah-hujjah mereka, perlu mengerah kan tenaga dalam menyingkap keburukkan-keburuk kannya dan membatalkan dalil-dalil mereka."
Tahun 705H, kemampuan dan keampuhan Ibnu Taimiyah diuji. Para Qadhi berkumpul bersama sultan di istana. Setelah melalui perdebatan yang sengit antara mereka, akhirnya jelas bahwa Ibnu Taimiyah memegang Aqidah Sunniyah Salafiyah. Banyak di antara mereka menyedari akan kebenaran Imam Ibnu Taimiyah.
- Tuduhan-tuduhan ke atasnya
~ menyalahi empat mazhab dan ijma’ulama’, dalam pelbagai masalah khilafiyah, dikatakan mencela sahabat, penganut faham mujasimmah dll.
Kebanyakkan ulama’ yang mencela Imam Ibn Taimiyah adalah mereka yang taksub dengan mazhab, firqah tertentu atau tidak melihat realiti; tribulasi dan pergolakan zaman semasa hidupnya beliau.
Termasuk mereka yang mentaqdiskan warisan peninggalan sebelumnya yang melihat usaha men-tahqiq (penelitian semula) sesuatu yang mencabar agama. Sementara Alim Ulama’ yang mempelajari manhaj ‘Dirasah Muqorronah’ (study comparatif) bersikap berlapang dada dan menerima warisan Imam Ibn Taimiyah dan mengakui kebenaranya.
Ketinggian rabbaniahnya
Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah pernah berkata ketika berada di dalam penjara Damsyik: “Sesungguhnya Allah Taala telah membuka kepadaku sebahagian daripada pengertian makna al-Qur’an dan usul-usul ilmu dengan pelbagai perkara yang mana ia menjadi impian setiap Ulama’ dan sesungguh nya aku menyesal kerana masa-masaku yang terbuang pada perkara-perkara yang selain daripada mendalami makna-makna al-Qur'an.”
“sesungguhnya setiap waktu yang berlalu dariku saya selalu berucap, “andaikan para ahli syurga adalah seperti yang saya alami, maka mereka akan hidup dalam kehidupan yang demikian indah”
Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah telah berkata di dalam kitabnya al-Wabilu as-Sayyibu min al-Kalimi at-Toyyibi, “Aku telah mendengar Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata: Sesungguhnya di dalam dunia ini ada satu syurga iaitu syurga Iman kepada Allah Taala dan apa yang datang daripada Rasululah s.a.w. Sesiapa yang tidak memasukinya, dia tidak akan memasuki syurga Akhirat.”
“Suatu hari Imam Ibnu Taimiyah berkata : Apakah yang musuhku dapat lakukan kepadaku? Aku adalah syurgaku dan tamanku berada dalam dadaku (iman dan ilmunya), di mana sahaja aku berada, ia sentiasa berada disampingku. Sesungguhnya tempat kurunganku (penjara) adalah tempat khalwatku, pengusiranku merupakan permusafiranku, pembunuhan ke atas diriku adalah syahadah.”
Kewafatan
Hari itu, tanggal 20 Dzulqaedah 728H pasar-pasar di Damaskus sepi. Kehidupan terhenti sejenak. Para Amir, pemimpin, ulama dan fuqaha’, tentera, laki-laki dan perempuan, semuanya keluar rumah. Semua manusia turun ke jalan menghantar jenazah al-Imam sebagai penghormatan terakhir buatnya. Setelah menderita sakit selama 20 hari, beliau kembali meng-hadap Rabbnya sesuai dengan cita-citanya: mati mem-bela kebenaran.
Jenazahnya disembahyangkan di Jami’ al-Balad oleh ribuan manusia dan dikebumikan di sisi saudara nya Imam Syarafuddin bin Abdullah di perkuburan Sufiyyah.
Berakhirlah riwayat hidup seorang ulama’ berjasa yang telah banyak mengharumkan Islam sepanjang zaman, semoga Allah s.w.t. mencucuri rahmatNya ke atas beliau dan menghimpunnya di Syurga al-Firdaus.
Murid-muridnya yang terkenal
· Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah
· Al-Hafiz Imam az-Zahabi
· Imam Ibnu Katsir dll.
Murid-murid pemikiran dan manhajnya
· Para Imam Salafiyyah-Madrasah Ahlu Hadis
· Syeikh Muhammad Abdul Wahab (Aliran Wahabi)
· Syeikh Rasyid Redha(Ulama’ Reformasi)
· Institusi al-Azhar & seluruh Ulama’nya
· Seluruh Gerakan Islam & (sebahagian besar) Gerakan Dakwah di seluruh Dunia Islam
Hasil-hasil Penulisan
Ibnul Wardi menuturkan dalam Tarikhul Ibnul Warid bahwa Imam Ibnu Taimiyah telah meninggal kan lebih kurang 500 buah karangan yang amat ber-harga kepada umat Islam. Di antara buku-buku karangan beliau yang masyhur ialah:
i) Al-Fatawa al-Kubra (36 jilid)
ii) as-Siyasah as-Syar’iyah(السياسة الشريعة)
iii) Minhaj as- Sunnah al-Nabawiyyah fi Naqd
Kalam as-Syiah wal Qadyaniyyah
iv) Raf’u al-Malaam ‘an al-Aimmah al-A’lam
v) Al-Furqon Baina Auliya’u Allah wa Auliya’u Syaithan
vi) Al-Surim al-Maslul ala Shatim al-Rasul
vii) Kitab al-Nubuwwat viii) Al-Iman, dll
Sumbangan
· undang-undang perkahwinan, wasiat dan harta waqaf di Mesir dilaksanakan berdasarkan fatwa dan pandangan ibnu Taimiyah (Imam Abu Zahrah)
· sarjana Islam yang terkedepan dalam membahas kan persoalan Ekonomi, Politik, Perbandingan Agama, Sosial dan Pendidikan.
· meletak asas kembali kepada al-Qur’an dan Sunnah, maqosid asy-Syar’iyyah, tahqiq at-turats (penelitian), tarjih dan kesederhanaan (al-washothiyah)
· mengembali dan meluruskan seluruh ulum diniah atas landasan al-Qur’an dan Sunnah termasuk Ilmu Tafsir, Aqidah, Fiqh, Tasauf, Falsafah & Pemikiran, Politik dan Ekonomi.
· melakukan tajdid menyeluruh dengan menghidup kan kembali warisan salafus soleh.
· Darul ifta’ di bawah Jabatan Mufti Mesir (Prof. Dr. Ali Jumaah) berusaha mengali ‘Fatawa Ibn Taimiyah’ dan antara kitab terbarunya ialah ‘al-Mal wal Mua’malat inda Ibn Taimiyah’ (2003).
Pujian Ulama’
· Al-Washiti mengemukakan: "Demi Allah, syeikh kalian (Ibnu Taimiyah) memiliki keagungan khuluqiyah, amaliyah, ilmiyah dan mampu meng- hadapi tentangan orang-orang yang menginjak-injak hak Allah dan kehormatanNya.”
· Ibnu Hajar al-‘Asqalani menyebut: “Ibn Taimiyah imam kepada semua para imam, Syeikhul Islam, keberkatan umat, yang sangat alim di kalangan ulama, pewaris para anbiya..”
· al-Zahabi menyenaraikan gurunya itu di dalam kitabnya Tazkirah al-Huffaz yang dikhaskan untuk para hafiz dalam hadis. Beliau memuji Ibn Taimiyah dengan pujian yang sangat hebat juga menggelarnya dengan gelaran Syeikh al-Islam, antara katanya: “Ibn Taimiyah: seorang syeikh, imam, al-`allamah (sangat alim), al-hafiz (dalam hadis), seorang yang kritis, mujtahid, penafsir (al-Quran) yang mahir, beliau adalah Mahaguru Islam; dari lautan ilmu, cendekia- wan yang terbilang, dari golongan zuhud yang sukar dicari, tokoh yang berani dan pemurah lagi mulia, dipuji oleh penyokong dan penentang”
· Al-Imam Suyuthi memasukkan Ibn Taimiyah dalam senarai huffaz hadis dalam kitabnya Tabaqat al-Huffaz,: “Ibn Taimiyah, seorang syeikh, imam, al-`allamah (sangat alim) hafiz, seorang yang kritis, faqih, mujtahid, seorang penafsir al-Quran yang mahir, Syeikh al-Islam, lambang golongan zuhud, sangat sedikit sepertinya di zaman ini, salah seorang tokoh cendekiawan terbilang.. memberi perhatian dalam bidang hadis, memetik dan menapisnya, pakar dalam ilmu rijal (para perawi), `illal hadis (kecacatan tersembunyi hadis) juga fiqh hadis, ilmu-ilmu Islam, ilmu kalam dan lain-lain. Dia daripada lautan ilmu,
· Jamaluddin Assuramariyyum (kitab Amalihi) menyebut: “Dan sebahagian daripada keajaiban di zaman kita dalam kekuatan hafalan, bahawasanya Ibnu Taimiyah mampu memindahkan apa yang dibaca ke dalam karangan beliau dengan lafaz dan makna hanya dengan sekali bacaan.”
· Imam ‘Allamah Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkata di dalam kitabnya, ‘Kaifa Nata’amul ma’a al-Sunnah’: “Al-Imam Ibn Taimiyah ialah daripada kalangan ulama umat yang aku sayangi, bahkan barangkali dialah yang paling hatiku sayangi di kalangan mereka dan paling dekat kepada pemikiran ku”
· Tokoh pendakwah Islam yang terkenal di kurun ini, Maulana Abu al-Hasan ‘Ali al-Nadwi berkata dalam bukunya yang ditulis khas mengenai sejarah perjuangan Ibn Taimiyah sebagai tokoh pemikir dan pendakwah yang terbilang, bertajuk ‘Al-Hafiz Ahmad bin Taimiyah’.Sesungguhnya al-Imam Ibn Taimiyah telah benar-benar menunaikan tanggungjawab dengan kuatnya mempertahankan sunnah, aqidah ahli sunnah, al-khulafa al-rasyidin dan para sahabat yang mulia.
Katanya“Sesiapa yang ingin melihat lautan ilmu Ibn Taimiyyah, keluasan pandangannya, penguasaan nya, kekuatan hafalannya, ingatannya terhadap masalah-masalah (yang dibahaskan), kematangannya, ketelitiannya, kebijaksaannya dan kegemilauannya, maka bacalah kitab tersebut (Minhaj al-Sunnah al-Nabawiyyah fi Naqd Kalam al-Syi`ah wa al-Qadariyyah)”
· al-Syeikh `Abd al-Fattah Abu Ghuddah:
“Bukti yang kuat (bahawa aku tidak pernah mem benci Ibn Taimiyah dan Ibn al-Qayyim) ialah aku telah penuhi kitab-kitabku dan ulasan-ulasanku dengan pendapat-pendapat Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah dan al-Imam Ibn Qayyim-semoga Allah merahmati keduanya. Aku telah berkhidmat untuk kitab-kitab al-Imam Ibn al-Qayyim dengan menyebar dan mentahqiqkannya. Aku juga telah menyokong dan membela mereka berdua. Aku menyebut mereka dengan penuh sanjungan dan hormat pada berpuluh-puluh tempat di dalam kitab-kitabku. Tokoh-tokoh umat pada zaman lalu dan kini, mereka banyak meng- ambil manfaat daripada khazanah Imam Ibn Taimiyah
Penyaksian atas kebenaran Imam Ibn Taimiyah
Imam ‘Allamah Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi menyebut, “kata salafiyyah telah dizalimi oleh pembela dan penentangnya dengan kadar yang sama.
Pembela salafiyyah telah menyempit dan mengurung dalam formalisme atau pertentangan dan perdebatan sekitar ilmu kalam, persoalan fekah atau tasawuf. Hari-hari dan malam mereka tidak pernah lepas dari melempar manjanik dan peluru sanggahan terhadap orang-orang yang berani berbeza dengan mereka dalam masalah-masalah yang mereka yakini kebenarannya. Sehingga ada yang menyangka manhaj salafiyah sebuah pemikiran yang hanya memperhati kan hal-hal juz’i, khilaf dan kulit luar.
Sementara penentangnya melihat mereka orang-orang yang konservatf , terkebelakang, tidak memer- hatikan masalah kekinian dan hal yang menyangkut masa depan. Kelompok yang fanatik, tidak pernah mendengar pendapat orang, menentang tajdid, pem-baharuan dan ijtihad.
Sebenarnya ini adalah kezaliman kepada salafiyyah dan orang yang mengajak kepada pemikir-an ini, iaitu; Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah dan murid-nya Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah merupakan pem-bela salaf yang paling teguh di masa lalu dan melaku-kan tajdid dalam Islam di zamannya mencakupi seluruh ilmu-ilmu keislaman. Mereka berdiri gagah menentang taklid dan fanatisme mazhab fikah dan teologi yang saat itu mendominasi pemikiran kaum Muslimin selama beberapa abad.
Mereka mengkritik fanatisme mazhab tetapi menempatkan para imam pada posisi terhormat, mengkritik tasawuf yang kemasukan ‘unsur luar’ (hulul, ittihad, wahdatul wujud dll) tetapi sangat objektif kepada tasawuf yang benar dan sangat menghormati para pelaku tasauf yang benar…”
Penutup
Imam Ibn Taimiyyah r.a telah kembali menemui Allah sejak 700 tahun lalu. Hidupnya dahulu dibaluti dengan perjuangan yang penuh ikhlas. Para ulama’ hadis, lebih 200 guru-gurunya dan mereka yang mengenalinya memuji dan menghormatinya
Syeikhul Islam dicintai oleh seluruh ulama’ Islam, diteladani mereka, menjadi rujukan utama dunia intelektual Islam sehingga ke hari ini dan pemberi inspirasi kepada seluruh gerakan Islam dan Jamaah dakwah. Tidak membenci beliau melainkan seorang yang jahil, yang tidak pernah membaca kitab-kitabnya dan menelusuri kedalaman pemikirannya, berfanatik buta dan benci untuk melibatkan diri dengan perjuangan Islam.
Rujukan:
i-Ibnu Taimiyah hayatuhu wa a’sruhu-ara’uhu wa fiqhuhu: Imam Muhammad Abu Zahra
ii-Kaifa Nata’amul ma’a Turats: Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi
iii-Fi Usul al-Dakwah Muktabisat min Kutub al-Dr. Yusuf al-Qaradhawi: Musthofa Malaikah.
9 comments:
"Jika kau ingin mencapai kesempurnaan sembahlah Allah semata-mata dan jauhkan daripada menyembah benda-benda lain. Jika kau mencari kebenaran, maka kau dapati setiap benda lain tidak kekal. Yang kekal hanyalah Allah" "Kamu adalah satu roh baru yang mengalir dalam urat nadi umat ini, lantas kamu menghidupkannya dengan al-Quran. Kamu adalah satu cahaya baru yang memancar yang akan menghancurkan kegelapan fahaman kebendaan dengan mengenal Allah. Kamu adalah suara-suara lantang yang melaungkan kembali dakwah Rasulullah SAW."-As-Syahid Iman Hassan Al-Banna-
chenlina20151120
ugg boots
uggs for men
tory burch sale
uggs outlet
uggs outlet
canada goose jackets
michael kors outlet online
gucci outlet
louis vuitton
cheap ray ban sunglasses
cheap jordans
canada goose jackets
coach outlet
tod's shoes
nike huarache
timberland outlet
chanel bags
cheap ugg boots
cheap oakley sunglasses
coach factory outlet
cheap ugg boots
michael kors outlet online
coach outlet store online
lebron shoes
ugg boots
michael kors handbags
women ugg boots
michael kors outlet
louis vuitton handbags
oakley sunglasses
louis vuitton
christian louboutin
coach outlet store online
soccer shoes
gucci handbags
louis vuitton handbags
ralph lauren outlet
michaek kors handbags
ugg boots for men
hermes birkin
as
ray ban sunglasses, michael kors outlet online, tory burch outlet, uggs outlet, longchamp outlet, christian louboutin, tiffany jewelry, christian louboutin uk, gucci handbags, polo ralph lauren outlet online, nike outlet, replica watches, louis vuitton outlet, prada outlet, nike free, uggs outlet, ugg boots, cheap oakley sunglasses, uggs on sale, longchamp outlet, christian louboutin shoes, ray ban sunglasses, michael kors outlet online, replica watches, michael kors outlet online, oakley sunglasses, christian louboutin outlet, prada handbags, ugg boots, oakley sunglasses, burberry outlet, michael kors outlet online, polo outlet, tiffany and co, oakley sunglasses wholesale, michael kors outlet, kate spade outlet, jordan shoes, louis vuitton outlet, nike air max, louis vuitton, burberry handbags, oakley sunglasses, nike air max, longchamp outlet, louis vuitton, louis vuitton outlet
replica handbags, michael kors, true religion outlet, true religion jeans, nike tn, hogan outlet, sac longchamp pas cher, nike air max uk, converse pas cher, polo ralph lauren, nike air force, hollister uk, abercrombie and fitch uk, nike roshe run uk, hollister pas cher, nike blazer pas cher, north face uk, michael kors pas cher, timberland pas cher, lululemon canada, nike free run, burberry pas cher, sac vanessa bruno, michael kors, guess pas cher, nike free uk, ralph lauren uk, ray ban uk, polo lacoste, true religion outlet, new balance, longchamp pas cher, nike air max uk, sac hermes, jordan pas cher, louboutin pas cher, coach purses, true religion outlet, michael kors outlet, nike roshe, coach outlet store online, air max, nike air max, vans pas cher, kate spade, coach outlet, mulberry uk, north face, ray ban pas cher, oakley pas cher
hollister, converse, pandora jewelry, ugg, canada goose outlet, canada goose, moncler, moncler, links of london, canada goose uk, ray ban, canada goose outlet, marc jacobs, supra shoes, barbour, nike air max, vans, barbour uk, ugg pas cher, canada goose outlet, pandora uk, wedding dresses, louis vuitton, ugg uk, toms shoes, moncler outlet, swarovski crystal, moncler, swarovski, doke gabbana, lancel, thomas sabo, pandora jewelry, louis vuitton, canada goose jackets, canada goose, louis vuitton, moncler, hollister, canada goose, moncler uk, replica watches, doudoune moncler, juicy couture outlet, moncler outlet, louis vuitton, converse outlet, louis vuitton, juicy couture outlet, gucci, coach outlet, ugg,uggs,uggs canada
this pageFind Out More check over hereofficial statement newsRelated Site
regardez ce site Web répliques de sacs à main gucci cliquez pour plus d'informations acheter des répliques sacs en ligne lien du site Web Chrome-Hearts Dolabuy
u4m21c8c41 f7p81y9i71 z8x00o6m94 l5d22t5p14 z8x62p4n45 x9y69i3x93
b7d70o6y89 i6m20p4k19 f9l25m8t49 m2l56r3g90 j9h78q9h46 h4e35a0w28
Post a Comment