Showing posts with label Fikirkan. Show all posts
Showing posts with label Fikirkan. Show all posts

IN MY HEAD: ?

Sunday, March 13, 2011

Mempersiapkan Suasana Thalabun Nusrah

mesir revolusi Gambar Hiasan

Sumber:SN Keluaran 25 Februari 2011 

MEMPERSIAPKAN SUASANA THALABUN NUSRAH UNTUK MERAIH KEKUASAAN

[SN250] Selepas Tunisia dan Mesir, dunia kini menyaksikan domino effect (kesan domino) dari kebangkitan rakyat secara besar-besaran yang melanda negara-negara Arab lainnya seperti Yemen, Bahrain, Maghribi dan yang semakin membesar sekarang, Libya. Dari kebangkitan besar-besaran yang berlaku ini yang disifatkan sebagai ‘kuasa rakyat’ (people power), satu perkara yang tidak boleh kita nafikan adalah adanya ‘kuasa tentera’ di dalam menentukan kejayaan revolusi dan pemerintahan sesebuah negara. Sesungguhnya rakyat tidak akan dapat menjatuhkan suatu rejim sekiranya tidak mendapat sokongan dari tentera, sepertimana yang telah kita lihat di Tunisia, Mesir, Indonesia dan lain-lain. Di dalam perjuangannya, Hizbut Tahrir (Hizb) telah menjelaskan secara terperinci betapa pentingnya kedudukan tentera selaku pihak yang mesti dituntut pertolongan (thalabun nusrah) demi meraih kekuasaan.

Inilah ‘proses akhir’ yang Hizb senantiasa jelaskan untuk meraih kekuasaan yakni melalui thalabun nusrah daripada tentera sebagai ahlul quwwah (golongan yang mempunyai kekuatan). Terkait dengan hal ini, Hizb juga sering ditanya, bilakah umat akan berhasil meraih kekuasaan dan menegakkan Khilafah Islamiyah melalui aktiviti thalabun nusrah yang Hizb bincangkan? Dalam ruangan yang cukup terbatas ini, Sautun Nahdhah kali ini cuba menjelaskan persoalan ini dari aspek suasana yang perlu ada atau perlu disiapkan oleh Hizb atau mana-mana gerakan sekalipun sebelum meraih kekuasaan melalui penegakan Daulah Khilafah.

mujahideen5st Gambar Hiasan

Pengertian Thalabun Nusrah

Dalam konteks thalabun nusrah, ada beberapa perkara penting yang harus difahami oleh para pengembang dakwah Islam, iaitu:-

(i) Pengertian thalabun nusrah secara lughah (bahasa) mahupun secara syar’i

(ii) Bagaimana suasana thalabun nusrah di Madinah al-Munawarah dipersiapkan dan bagaimana suasana seperti itu dipersiapkan pada masa sekarang

(iii) Realiti umat Islam sekarang, dari sisi apakah mereka telah memiliki persiapan (bersedia) untuk menerima perkara yang besar ini atau belum?

(iv) Bagaimanakah cara menyempurnakan thalabun nusrah hingga wujud keupayaan untuk mendorong terjadinya penyerahan kekuasaan?

Secara bahasa, an-nusrah dan al-munasarah memiliki makna i’anah ‘ala al-amr (menolong atas suatu perkara) [Ibnu Mandzur, hlm. 210]. Secara syar’i, thalabun nusrah adalah aktiviti meminta pertolongan yang dilakukan oleh orang-orang yang memiliki autoriti (amir) kepada orang-orang yang memiliki kekuasaan untuk tujuan penyerahan kekuasaan dan penegakan Daulah Islamiyah atau untuk tujuan-tujuan lain yang berhubungan dengan dukungan terhadap dakwah, misalnya:-

(i) untuk melindungi para pengembang dakwah di negeri-negeri kaum Muslimin agar mereka dapat menyampaikan maksud dan tujuan dakwah mereka di tengah-tengah masyarakat

(ii) untuk menyingkirkan pelbagai macam keburukan, baik yang akan menimpa mahupun yang telah menimpa para pengembang dakwah, misalnya, meminta pertolongan dari tokoh-tokoh yang memiliki pengaruh agar penguasa tidak menangkap dan memenjarakan pengembang dakwah atau berdiri teguh bersama pengembang dakwah ketika mereka melakukan aktiviti dakwah

(iii) untuk memperkenal dan menunjukkan kekuatan Hizb kepada masyarakat dengan sokongan dan kerjasama orang-orang yang memiliki kekuataan dan pengaruh ini, setelah mereka masuk Islam (jika belum Islam) dan qana’ah (yakin) terhadap pemikiran-pemikiran dan tujuan-tujuan dakwah Hizb.

Adapun thalabun nusrah yang bertujuan untuk istilam al-hukm (penerapan kekuasaan) dan penegakan Daulah Khilafah Islamiyah, ini memerlukan sejumlah keadaan dan syarat-syarat yang berbeza dengan bentuk thalabun nusrah yang telah dijelaskan di atas. Syarat-syarat yang mesti dipenuhi adalah sebagai berikut:-

(i) Terbentuknya ra’yu al-’am (pendapat umum / public opinion) tentang Islam dan Hizb yang bersumber dari wa’yu al-’am (kesedaran umum) di suatu negara kaum Muslimin

(ii) Terpenuhinya syarat-syarat khusus di suatu negara di mana nusrah ingin diperolehi yang mana negara tersebut mesti memiliki kemampuan untuk melindungi kewujudan dan keberlangsungan Daulah Islamiyah. Negara tersebut juga hendaklah mampu memberikan perlindungan mandiri terhadap Daulah Islamiyah dan tidak berada di bawah perlindungan negara lain atau dikuasai secara langsung oleh negara lain

(iii) Keikhlasan ahlul quwwah dalam menolong dakwah, penerimaan mereka yang sempurna terhadap Islam dan Daulah Islamiyah serta tidak adanya keraguan dan kekhuatiran pada diri mereka terhadap kekuatan lain atau negara lain atau terhadap kelompok-kelompok Islam lain mahupun kelompok non-Islam yang memiliki tujuan yang berbeza dengan tujuan sebenar Islam.

Thalabun nusrah untuk meraih kekuasaan adalah hukum syarak yang berhubung erat dengan metode meraih kekuasaan. Penyerahan kekuasaan tidak akan terjadi tanpa adanya aktiviti thalabun nusrah serta terpenuhinya syarat-syarat di atas, tidak kira sama ada kekuasaan tersebut diserahkan oleh ahlul quwwah atau diminta dari ahlul quwwah.

palestine Gambar Hiasan

Mempersiapkan Suasana Nusrah

Siapa sahaja yang mengkaji Sirah Nabi SAW akan menyaksikan bahawa baginda melakukan beberapa aktiviti penting dan berkesinambungan sebelum mempersiapkan suasana nusrah dan istilam al-hukm di Madinah. Langkah pertama yang baginda lakukan adalah berjumpa delegasi suku Khazraj yang berkunjung ke Makkah dan meminta mereka masuk Islam. Setelah masuk Islam, baginda memerintahkan mereka kembali ke Madinah untuk mendakwahkan Islam kepada kaum mereka. Setibanya di kota Madinah, mereka menzahirkan keIslaman mereka dan mengajak kaum mereka masuk Islam. Jumlah kaum Muslimin kemudiannya terus bertambah. Pada tahun berikutnya, mereka kembali menemui Rasulullah SAW di mana jumlah mereka ketika itu adalah 12 orang. Nabi SAW menerima mereka dan mengutus Mus’ab bin Umair ra untuk menjadi pengajar mereka di Madinah. Akhirnya, melalui tangan Mus’ab bin Umair ra, para pembesar Auz dan Khazraj masuk Islam serta menunjukkan dukungan dan kesetiaan mereka yang amat kuat terhadap Islam.

Setelah melihat kesediaan masyarakat Madinah, yang tampak pada masuk Islamnya para pembesar Auz dan Khazraj serta terbentuknya ra’yul am tentang Islam yang lahir dari wa’yul am penduduk Madinah, Rasulullah SAW pun meminta mereka untuk menemui baginda pada musim haji. Dari sini dapat disimpulkan bahawa realiti Madinah sebelum terjadinya Baiat Aqabah II (baiat yang menandakan terjadinya penyerahan kekuasaan di Madinah) adalah realiti yang dipersiapkan untuk pembentukan ra’yul am bagi membela Islam dengan kekuatan. Ertinya, Madinah dipersiapkan sedemikian rupa sehingga Islam diterima oleh majoriti penduduk Madinah dan menjadi ra’yul am yang mampu mendominasi para penganut agama lain di Madinah. Tidak hanya itu, ra’yul am tersebut juga ditujukan agar masyarakat Madinah bersedia membela kepimpinan baru, yakni kepimpinan Rasulullah SAW. Ra’yul am untuk membela Islam tersebut lahir dari wa’yul am majoriti masyarakat Madinah dan para pembesarnya atas hakikat Islam dan atas diri Rasulullah SAW dalam kapasiti baginda sebagai seorang nabi dan pemimpin takattul (kelompok) Sahabat.

Rasulullah SAW belum bersedia menerima nusrah li istilam al-hukm kecuali setelah keadaan-keadaan di atas terwujud dan yakin dengan kesediaan penduduk Madinah. Setelah yakin terhadap kesediaan penduduk Madinah untuk menerima dan membela kekuasaan Islam, Rasulullah SAW meminta wakil penduduk Madinah dengan disertai Mus’ab bin Umair menemui baginda di Bukit Aqabah. Tujuan pertemuan itu adalah meminta nusrah dari penduduk Madinah agar menyerahkan kekuasaan mereka di Madinah kepada baginda dan meminta kesediaan mereka untuk membela baginda dengan harta, anak-anak, isteri dan nyawa mereka. Aktiviti thalabun nusrah di Bukit Aqabah (sebagai langkah muqaddimah istilam al-hukm) menjadi sempurna setelah Nabi SAW tiba di Madinah dan menegakkan Daulah Islamiyah di sana.

Terbentuknya ra’yul am yang lahir dari wa’yul am merupakan syarat mutlak yang mesti dipenuhi oleh suatu negara yang hendak didapatkan thalabun nusrah li istilam al-hukm. Negara tersebut juga mestilah memiliki kemampuan untuk melindungi kewujudan dan kelangsungan Daulah Islamiyah secara mandiri dan tidak berada di bawah pengaruh atau dominasi negara lain. Ra’yul am untuk membela Islam, Hizb dan pengikut-pengikutnya hendaklah lahir dari wa’yul am untuk membela Islam dan Hizb. Jika ini tidak dipenuhi, maka di negara tersebut tidak mungkin berlaku aktiviti thalabun nusrah li istilaam al-hukm, baik secara syar’i mahupun ‘aqli. Jikalau dipaksakan juga aktiviti nusrah di negara tersebut, maka selain melanggar ketentuan syariah dalam konteks thalabun nusrah, aktiviti tersebut juga mungkin berakhir dengan kegagalan dan kehancuran.

Adapun yang dimaksud dengan ra’yul am pada konteks sekarang adalah, adanya keinginan untuk diatur dan diperintah oleh kekuasaan Islam pada majoriti kaum Muslimin yang ada di sebuah negara yang layak dilakukan thalabun nusrah. Keinginan tersebut juga harus muncul pada diri ahlul-quwwah (panglima tentera, pemimpin kabilah yang kuat dan seumpamanya) dan tidak cukup hanya muncul pada majoriti kaum Muslimin semata-mata. Adapun yang dimaksud dengan wa’y al-’am adalah kesedaran umum terhadap beberapa hal iaitu:-

(i) tentang Islam, terutama pemikiran tentang Khilafah dan pemerintahannya

(ii) tentang permusuhan dan usaha-usaha penyesatan yang dilakukan kaum kafir untuk menghalang tegaknya Khilafah

(iii) kesedaran umat Islam bahawa mereka tidak akan pernah dapat keluar dari masalah kecuali mereka membebaskan diri mereka dari pemerintahan yang menerapkan hukum-hukum kufur

(iv) kesedaran terhadap tipudaya dan permainan politik kaum kafir untuk memalingkan umat dari jalan yang benar. Di samping itu, di tengah-tengah umat juga harus tumbuh kesedaran tentang Hizb dan keikhlasan ahli-ahlinya dalam membebaskan umat dari dominasi sistem kufur serta kesediaan Hizb untuk melakukan perkara yang amat besar ini.

Kesediaan Umat

Keadaan umum umat Islam sekarang menunjukkan bahawa mereka berhasil menyiapkan suasana nusrah dan istilam al-hukm. Hal ini boleh dilihat dari realiti berikut ini:-

1. Pandangan umum untuk membela Islam

Di banyak negara, ra’yul am untuk membela Islam dan keinginan untuk hidup di bawah naungan Daulah Islamiyah telah terbentuk secara massa (besar-besaran) pada majoriti penduduknya. Keadaan seperti ini boleh dilihat di Algeria, Turki, Sudan, Mesir, Jordan dan Pakistan. Besarnya ra’yul am di negara-negara ini boleh dilihat dari hasil pilihanraya serta banyaknya masirah (demonstrasi aman) yang dilakukan oleh kelompok-kelompok Islam yang secara terbuka menyerukan penegakan syiar-syiar Islam.

2. Terjadinya proses pembentukan ra’yul am untuk membela Hizb di beberapa negara umat Islam

Pembentukan ra’yul am untuk membela Hizb, dari sisi penerimaan umat terhadap pemikiran-pemikiran Hizb seperti pemikiran Khilafah Islamiyah dan pandangan-pandangan politiknya, telah berhasil dengan cukup baik. Di beberapa negara seperti Indonesia, Turki, Sudan dan Pakistan, Hizb telah berhasil menghimpun umat sehingga mereka rela membantu dan membela Hizb dalam melawan sepak terajang kaum kafir. Cuma sayangnya, ra’yul am untuk membela Hizb terpaksa berhadapan dengan sejumlah halangan sehingga masih tidak memungkinkan bagi Hizb untuk memimpin umat dan meraih kekuasaan dari mereka. Faktor-faktor penghalangnya adalah:-

(i)    penyelewengan fakta yang dilakukan oleh para penguasa terhadap Hizb seperti digembar-gemburkan pendapat bahawa Hizb adalah gerakan teroris, menyimpang, sesat dan sebagainya

(ii)    penyesatan pendapat yang dilakukan oleh ulama-ulama yang menjadi kakitangan penguasa fasik dan zalim untuk menyerang Hizb, keikhlasannya serta pandangan-pandangannya, umpamanya mereka mengembangkan pemikiran tentang bolehnya ada banyak pemimpin di negara-negara umat Islam, Khilafah adalah suatu khayalan, kewajipan menerima demokrasi dan sebagainya

(iii)    adanya parti-parti dan gerakan-gerakan yang memiliki hubungan dengan penguasa mahupun dengan negara-negara imperialis yang terus-menerus menentang Hizb dan keikhlasannya.

Namun demikian, usaha pendustaan dan penyesatan fakta mahupun serangan-serangan yang dilakukan oleh kelompok-kelompok ini, sedikit demi sedikit mulai tersingkap. Akibatnya, umat semakin yakin akan kepimpinan dan keikhlasahan Hizb dalam memperjuangkan hak-hak umat. Ra’yul am untuk membela Islam, Hizb dan aktivisnya semakin hari semakin menguat dan tumbuh pesat hampir di seluruh negara-negara umat Islam.

mujahideen Gambar Hiasan

Menyempurnakan Nusrah

Aktiviti thalabun nusrah untuk meraih kekuasaan dari umat hanya boleh sempurna ketika ra’yul am yang lahir dari wa’yul am untuk membela Islam dan Hizb telah lahir di tengah-tengah umat secara sempurna di dalam sesebuah negara yang hendak ditegakkan Daulah Islamiyah di dalamnya. Namun, musuh-musuh dakwah terutama kaum kafir imperialis dan para penguasa yang merupakan ejen penjajah senantiasa berusaha menghalang terwujudnya ra’yul am tersebut dengan cara menyerang pandangan-pandangan Hizb, keikhlasan ahli-ahlinya serta metode perubahan yang ditempuh oleh Hizb. Ini dilakukan oleh penguasa jahat ini agar ra’yul am tentang Islam dan Hizb yang lahir dari wa’yul am untuk membela Islam dan Hizb, tidak tumbuh di tengah-tengah masyarakat. Atas dasar ini, tugas utama Hizb adalah menjaga konsistensi dirinya untuk berpegang teguh di atas pemikiran dan pandangannya yang sahih serta menjaga keikhlasan perjuangannya dari semua bentuk tipudaya dunia. Dari sinilah dapat disimpulkan bahawa tugas utama Hizb pada masa sekarang dalam konteks untuk menyiapkan suasana nusrah, adalah berpegang teguh kepada mabda’ (ideologi) Islam tanpa keluar sedikit pun darinya dan menjaga keikhlasan perjuangannya dari seluruh bentuk penyimpangan dan kecenderungan-kecenderungan duniawi.

Oleh yang demikian, aktiviti yang harus dilakukan oleh Hizb dan mana-mana kelompok dakwah yang berpegang kepada metode Rasulullah dalam usaha mereka untuk mewujudkan perkara-perkara di atas adalah:-

Pertama, memelihara keikhlasan dan ketakwaan kepada Allah SWT dengan cara memupuk ketaatan dan mendekatkan diri kepadaNya dalam seluruh aspek. Ini kerana, sesugguhnya Allah tidak akan menyerahkan amanah agama ini kecuali kepada orang-orang yang bertakwa, ikhlas dan dekat denganNya [TMQ an-Nur (24):55].

Kedua, sabar untuk selalu berkorban dan melaksanakan tugas-tugas dakwah dengan bersungguh-sungguh. Kaum kafir imperialis berusaha untuk menghancurkan kekuatan Hizb melalui kakitangan mereka dari kalangan penguasa Muslim. Untuk itu, pada saat Hizb berhasil meraih dukungan umat secara besar-besaran melawan sistem kufur dan penjaganya seperti yang terjadi di Uzbekistan, para penguasa segera mengisytiharkan perang terhadap aktivis dan pendukung Hizb. Dalam keadaan seperti ini, aktivis-aktivis Islam tidak boleh mundur atau melonggarkan perjuangannya, sebaliknya mereka harus mencurahkan segenap tenaga dan pengorbanannya untuk berpegang teguh dengan perjuangan Islam yang lurus dan suci.

Ketiga, meningkatkan tenaga dan aktiviti yang dimaksudkan untuk menjadi ‘benteng’ bagi umat. Ini kerana, musuh-musuh Islam berusaha terus-menerus untuk meletakkan di hadapan umat pelbagai macam pendustaan, penyesatan dan makar terhadap Hizb, pemikiran dan pandangan-pandangannya. Usaha itu dilakukan untuk menjauhkan umat dari Hizb dan dari aktivis-aktivisnya. Oleh kerana itu, para aktivis dakwah harus meningkatkan tenaga dan aktiviti yang difokuskan untuk menjaga umat dari semua bentuk penyesatan, pendustaan dan makar ini, sekaligus untuk menghancurkan dinding penyesatan yang diletakkan di hadapan umat [TMQ at-Taubah (9):105].

Keempat, para aktivis dakwah harus menonjolkan karakter dirinya sebagai seorang Mukmin yang selalu ikhlas dalam beramal dan senantiasa mengikatkan diri dengan hukum syariah serta tekun dalam ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Aktiviti-aktiviti inilah yang akan mendekatkan Hizb dan aktivis-aktivis dakwah kepada nusrah (pertolongan) Allah di kala Hizb berada pada dawr tafa’ul ma’a al-ummah. (tahapan berinteraksi dengan umat).
Wallahu a’lam.

[Disunting dari Tahayya‘ al-Ajwa‘ Li Thalab an-Nusrah, Abu al-Mu’tasim, majalah al-Wa’ie (bahasa arab) No. 282-283 Rajab-Sya’ban 1431 H, Beirut.]

Saturday, February 5, 2011

Pertanyaan Besar Para Sahabat

perhimpunan besar mesir

Gambar Hiasan

Wahai Rasulullah, terangkanlah padaku amal yang memasukkanku ke surga dan menjauhkanku dari neraka.

Meskipun Rasulullah Saw. menilai bahwa pertanyaan Mu’adz tentang amal yang mengantarkan ke surga dan menjauhkan dari neraka adalah pertanyaan besar, namun bukan berarti bahwa hal itu sulit (apalagi mustahil) dijawab.

عَنْ مُعاذٍ – رضي الله عنه – قال : قُلتُ : يا رَسولَ الله أَخبِرني بِعَمَلٍ يُدخِلُني الجَنَّةَ ويُباعِدُني مِنَ النَّارِ ، قال : (( لقَدْ سَأَلْتَ عَنْ عَظيمٍ وإنَّهُ لَيَسيرٌ عَلَى مَنْ يَسَّرَهُ الله عليه : تَعْبُدُ الله لا تُشْرِكُ بهِ شيئاً ، وتُقيمُ الصَّلاةَ ، وتُؤتِي الزَّكاةَ ، وتَصُومُ رَمضَانَ ، وتَحُجُّ البَيتَ )) . ثمَّ قالَ : (( ألا أَدُلُّكَ على أبوابِ الخير ؟ الصَّومُ جُنَّةٌ ، والصَّدقَةُ تُطْفِئُ الخَطيئَةَ كَما يُطفئُ الماءُ النارَ ، وصَلاةُ الرَّجُلِ مِنْ جَوفِ اللَّيلِ ، ثمَّ تلا : { تَتَجَافَى جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ } حتَّى بَلَغَ : { يَعْمَلُوْنَ }…. رواهُ الترمذيُّ ، وقال : حَديثٌ حَسنٌ صَحيحٌ .

Dari Mu’adz bin Jabal (semoga Allah meridhoinya) berkata, “Aku berkata kepada Rasulullah Saw., ‘Wahai Rasulullah, terangkanlah padaku amal yang memasukkanku ke surga dan menjauhkanku dari neraka.’ Rasulullah menjawab, ‘Sungguh engkau bertanya tentang sesuatu yang besar. Dan hal itu mudah bagi orang yang Allah mudahkan: engkau beribadah kepada Allah dengan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apapun, engkau mendirikan shalat, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan, dan haji ke baitullah.’ Kemudian Rasulullah Saw. mengatakan, ‘Inginkah engkau aku tunjukkan pintu-pintu kebaikan? Puasa adalah perisai/tameng, sedekah menghapuskan kesalahan sebagaimana air memadamkan api, dan shalat seseorang di tengah malam (seraya beliau membacakan ayat ‘Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya dan mereka selalu berdoa kepada Rabbnya dengan penuh rasa takut dan harap, serta mereka menafkahkan apa-apa rezeki yang Kami berikan. Tak seorangpun mengetahui berbagai nikmat yang menanti, yang indah dipandang sebagai balasan bagi mereka, atas apa yang mereka kerjakan.’ (Q.S. As-Sajdah [32]: 16-17)).’” (Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi dan dia menyatakan hadits ini hasan)

Rasulullah Saw. mengatakan, “Sungguh engkau bertanya tentang sesuatu yang besar. Dan hal itu mudah bagi orang yang Allah beri kemudahan.”
Karena kita juga ingin dimasukkan ke surga dan dijauhkan dari neraka, mari kita ikuti jawaban Rasulullah Saw. Rasul memulai jawabannya dengan menyebut lima hal, yakni “Engkau beribadah kepada Allah dengan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apapun, engkau mendirikan shalat, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan, dan haji ke baitullah.” Mudah bukan? Kelima hal yang disebutkan Rasulullah Saw. tersebut adalah yang biasa kita sebut sebagai rukun Islam, sebagaimana yang disebutkan dalam hadits berikut. “Islam dibangun di atas lima hal: pengesaan Allah, mendirikan shalat, mengeluarkan zakat, puasa Ramadhan, dan haji.” (Riwayat Muslim)

Jawaban Rasulullah Saw. tersebut menegaskan banyak hal, antara lain

pertama, tentang prioritas amal.

Bahwa amal yang memiliki nilai keutamaan adalah melaksanakan ibadah wajib sebelum melaksanakan yang sunah (nafilah). Melaksanakan yang Allah Swt. wajibkan merupakan hal yang paling dicintai-Nya dari seorang hamba. Itulah yang harus dilakukan manakala seorang hamba ingin mendekatkan dan mendapatkan kecintaan Tuhannya. Dalam sebuah hadits qudsi disebutkan, “Dan tidaklah hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai selain dari apa yang Kuwajibkan kepadanya.” (H.R. Al-Bukhari).

Dengan demikian, kita tidak lebih fokus dan bersemangat melakukan ibadah-ibadah sunnah dengan mengabaikan yang wajib.

Kedua, tauhid (mengesakan Allah Swt.)

dan menjauhi syirik (menyekutukan Allah) adalah syarat mutlak seorang mukmin layak masuk ke surga. Tauhid merupakan jaminan keselamatan dan keamanan manusia di dunia dan akhirat.

Allah Swt. berfirman, “Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Q.S. Al-An’aam [6]: 82).

Terkait ayat tersebut, Imam Ibnu Katsir dalam tafsirnya menulis, “Orang-orang yang memurnikan ibadah kepada Allah semata tanpa menyekutukan-Nya dengan sesuatu apapun, mereka itulah orang-orang yang aman (selamat) pada hari kiamat dan mendapatkan petunjuk di dunia dan akhirat.”

Syirik menghancurkan segala amal yang dilakukan oleh seorang mukmin. Allah Swt. berfirman, “… Seandainya mereka mempersekutukan Allah, niscaya lenyaplah dari mereka amalan yang telah mereka kerjakan.” (Q.S. Al-An’aam [6]: 88).

Karenanya, pelaku syirik diharamkan masuk surga oleh Allah Swt. “… Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya surga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang pun penolong.” (Q.S. Al-Maidah [5]: 72)

Sebaliknya, tauhid adalah jaminan selamat dari api neraka. Rasulullah Saw. bersabda, “Sesungguhnya Allah mengharamkan atas neraka orang yang mengucapkan tiada Tuhan selain Allah dengan tujuan untuk mendapat ridho Allah.” (H.R. Al-Bukhari).

Dalam hadits lain disebutkan, “Wahai anak Adam, sesungguhnya engkau jika datang kepada-Ku dengan dosa sepenuh bumi, kemudian engkau menjumpai-Ku dalam keadaan tidak menyekutukan Aku dengan apa pun, maka niscaya Aku datang kepadamu dengan ampunan sepenuh bumi.” (H.R. At-Tirmidzi).

Meskipun redaksi hadits ini hanya menyebutkan “beribadah kepada Allah dengan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun” yang berarti pengakuan tiada Tuhan selain Allah, namun di dalamnya telah terkandung pengakuan (syahadat) bahwa Nabi Muhammad adalah utusan Allah (muhammadun rasuulullaah).

Hal ini dikarenakan ibadah kepada Allah tidak mungkin dilaksanakan dengan baik dan benar kecuali dengan jalan tashdiq (membenarkan) segala yang dibawa oleh Rasulullah Saw.

Ketiga, tentu saja kalimat laa ilaaa illallah yang diucapkan harus “bergigi”.

Dengan kata lain, pengakuan bertauhid itu harus diiringi dan dibuktikan dengan amal dan inilah yang penulis maksud dengan giginya amal tersebut. Wahab bin Munabbih, seorang ulama dari kalangan tabiin, ditanya, “Bukankah kalimat laa ilaaha illallah itu kunci surga?” Beliau menjawab, “Benar. Akan tetapi tidak ada kunci yang tidak bergerigi. Jika Anda membawa kunci yang bergerigi maka Anda akan dapat membuka pintu. Jika tidak, maka Anda tidak akan dapat membukanya.”

Karenanya, Rasulullah Saw. kemudian menyebutkan hal-hal yang merupakan “gerigi” bagi “kunci” kalimat laa ilaaha illallaah: shalat (lima waktu), shaum di bulan Ramadhan, zakat, dan haji. Dengan demikian, kita semakin yakin bahwa pengakuan tauhid memerlukan tindak lanjut berupa amal-amal yang diperintahkan oleh Allah Swt.

Kita juga semakin yakin bahwa amal, seindah apa pun dalam pandangan manusia, akan mejadi sia-sia di mata Allah jika tidak dilandasi keimanan (tauhid) atau disertai kemusyrikan.

Jika shalat lima waktu, shaum Ramadhan, zakat, serta haji disebut sebagai rukun Islam dan Rasulullah Saw. menyebutnya sebagai persyaratan untuk masuk surga, maka kita memahaminya begini: dua kalimat syahadat adalah asas bagi rukun-rukun Islam dan sekaligus asas bagi Islam itu sendiri secara keseluruhan.

Shalat adalah asas bagi amal-amal ibadah. Allah Swt. telah menyariatkan doa, dzikir, membaca Al-Quran, tasbih, istighfar, dan sebagainya. Semuanya itu terangkum dalam shalat. Maka seluruh amal-amal itu tidak bernilai bagi yang melakukannya jika tidak menegakkan shalat yang lima waktu.

Zakat adalah asas dalam soal perlakuan terhadap harta. Prinsipnya, harta adalah milik Allah yang dititipkan-Nya kepada manusia. Oleh karena itu, manusia harus mengelolannya sesuai dengan yang diperintahkan Allah Swt.

Shaum/puasa adalah asas bagi upaya mengendalikan dan mengarahkan hawa nafsu. Allah telah menjadikan kemampuan mengendalikan hawa nafsu sebagai karakter orang yang layak masuk surga. Haji adalah asas bagi perjuangan yang melibatkan seluruh potensi yang dimiliki manusia; baik jiwa, hati, fisik, maupun harta. Rasulullah Saw. mengatakan, “Seutama-utama jihad adalah haji mabrur.”

Sumber.

Wednesday, December 8, 2010

Tahun Baharu Hijrah #2: Doa Awal Tahun dan Akhir Tahun.

Doa Awal Tahun dan Akhir Tahun

Soalan: Apakah pandangan ahli panel tentang bacaan doa akhir tahun dan doa awal tahun.?

Jawab:
Oleh Hj Kamin

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.

Tidak dapat dinafikan bahawa orang Islam digalakkan sentiasa memohon kepada Allah swt agar diberikan kebaikkan dan keredhaan bagi diri dan keluarganya. Tidak ada masalah untuk kita berdoa untuk kebaikkan apabila datangnya awal tahun Hijrah, sebagaimana umum suruhan ibadat berdo'a.

Teguran dan kritikan kepada amalan berdoa akhir dan awal tahun ini berdasarkan kepada beberapa perkara yang tidak dapat dipastikan kesahihannya :-

a. Kaifiat yang dianjurkan bagaimana mengamalkan doa ini. misalnya dianjurkan membaca doa ini 3 kali pada waktu akhir Asar, pada akhir bulan Zulhijjah.

b. Fadhilat kepada si-pembaca doa ini - misalnya fadilat do'a akhir tahun - maka barangsiapa membaca doa ini daripada waktu yang telah tersebut maka berkatalah syaitan kesusahanlah bagiku dan sia-sialah pekerjaanku pada setahun ini dibinasakan dengan satu saat jua dengan sebab membaca doa-doa ini maka diampuni Allah Ta’ala sekalian dosanya yang setahun ini.

Fadilat doa awal tahun - Doa awal tahun iaitu hendaklah dibaca 3 kali setelah solat Maghrib pada malam 1 haribulan Muharram dan barangsiapa membaca ini maka bahawasanya syaitan berkata telah amanlah anak adam ini daripada aku barang yang tinggal dari umurnya pada ini tahun kerana bahawasanya Allah Ta’ala telah mewakilkan dua malaikat memelihara akan dia daripada fitnah syaitan

c. Kedua-dua doa tidak boleh ditsabitkan kepada Nabi . Ia bukan hadith. Sheikh Jamaluddin al-Qasimi rh menyatakan bahawa doa ini tidak berasal dari Nabi .

Disebabkan amalan ini tidak pernah dilakukan oleh Nabi , kafiat berdo'a cara ini bukanlah kaifiat yang disyariatkan. Penentuan permulaan bulan hijrah pun adalah pada zaman Umar ra iaitu pada tahun ke 17 hijrah atau selepas 7 tahun kewafatan Nabi .

Yang penting, kita tidak boleh mengaitkan do'a ini kepada Nabi . Berdoalah dengan apa sahaja permintaan berdasarkan dalil umum galakkan berdo'a adalah dibenarkan, tidak terbatas kepada awal atau akhir tahun!. WA.

Sekian, wassalam

Sumber:http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=97&t=37445&p=143608

Waallahualam.

Klik sini untuk download Doa Awal dan Akhir Tahun.

Tuesday, November 23, 2010

LAKSAMA CHENG HO

cheng ho

LAKSAMA CHENG HO DALAM KENANGAN - ISLAM ITU TINGGI.
Laksamana Cheng Ho Keturunan Saidina Ali kwh. Ketika dia meninggalkan pelabuhan Nangking pada 1405, kapal Boa Chuan berukuran 138 meter dan lebarnya 56 meter dengan daya angkut 2,500 tan yang dinaikinya mendahului pelayaran diapit oleh belasan kapal tempur yang mengangkut lela, meriam dan tentera.

Diikuti di belakangnya kapal mengangkut barangan dan penumpang yang sebahagian besar anak kapalnya beragama Islam. Inilah armada terbesar dicatat oleh Ma Huan, ahli bahasa beragama islam dan Fei Xin, sarjana sastera yang menyertai pelayaran tersebut.

Cheng Ho atau nama asalnya Ma San Bao keturunan bangsa Hui yang beragama Islam. Beliau anak ketiga daripada enam beradik. Ayahnya Ma Haji menggariskan nasab keluarga mereka berkait dengan Ali kwh. Pertalian nasab itu dicatat seperti berikut. Muhammad s.a.w. > Ali Kwh > Hou Sai Ni > Yi Bu Lai Xi Mo > Yi Shi Ma Ai Le > Xie Xin > E Le Hou Sai Nil > Ya Ha Ya > E Ha Mo De > Li Sha Shi (Kaisar kerajaan Mi Si Le ) > She Li Ma > Mu Li Yie Mi > Ya Xin > Lu Er Ding > Mu Ba Er Sha > Yi Shi Ma Xin > Ha San > Gu Bu Ding . Wu Ma Nai Ding . Wu Ma Er . Cha Fa Er > Zhe Ma Nai Ding > An Du Er Yi > Sou Fei Er / Saidina Syafii > Sai Ya Su Lai Chong Na > Su Sha Lu Gu Chong Yue/ Su zu Sha > Ka Ma Ding Yu Su Fu > Ma Ha Mu Ke Ma Nai Ding . Sai dian Chi / Sayid Ajall/ Saidina Samsudin > Na Su La Ding > Bai Yan > Mi Di Na/ Haji > Mi Li/Ma haji > Ma He @ Ma San Bao @ Cheng Ho.

Ketika Cheng Ho lahir, wilayah Yunan masih diduduki sisa-sisa penguasan Dinasti Yuan, pasukan Dinasti Ming menyerbu ke Yunnan ketika Ma San Bao berusia 12 tahun. San Bao dan sejumlah pemuda ditangkap dan dikembiri oleh tentera Ming lalu dibawa ke nangking sebagai sida-sida di istana Kaisar. Kaisar Zhu Di menganugerahkan She (marga) Cheng kepada Ma San Bao. Sejak itulah San bao meninggalkan nama asalnya.
Beliau juga kerap disebut dengan gelaran San Bao Tay Jin ( Tuan Sida San Bao). Dalam pelbagai dialek Cina lainnya, nama ini disebut sebagai San Poo Tay Jin, San Poo Tay Kam dan San Poo Tai Kien. Di Semarang Indonesia, nama ini disebut sebagai Sam poo Kong dan di Malaysia disebut Sam Pau Kong. Dalam pelayaran ke Asia Tenggara, Cheng ho diberi hak memakai lambang burung bong (phoenix), satu tingkat di bawah lambang naga (liong - digunakan oleh Kaisar). Pelayaran ini bertujuan untuk menjalin kerjasama negara China dengan negara Asia Tenggara di samping membendung pengaruh Hindu yang berasal dari India.

Terdapat 7 kali ekspedisi Cheng Ho ke alam Melayu dan kunjungannya ini meninggalkan kesan mendalam kepada sosio budaya masyarakat Nusantara. Hamka menulis dalam Star weekly , Jakarta 18 Mac 1961 mengenai Cheng Ho seperti berikut; Berbanding dengan tujuan pertempuran armada Cheng Ho, misi damai nampaknya lebih kuat. Senjata alat pembunuh tidak banyak terdapat di kapal itu. Yang banyak adalah senjata budi yang dipersembahkan kepada raja-raja yang dikunjungi.

Dalam perjalanannya, Cheng Ho mengunjungi 31 negara di Asia Tenggara, Asia Barat dan Afrika Timur. Kerana itu , tiak aneh apabila kenang-kenangan tentang Cheng Ho dapat dijumpai di beberapa negara.
Tidak berapa jauh dari Kota melaka ada sebuah tempat bernama Bukit Chhina. Kalangan masyarakat Cina setempat menyebut bukit ini sebagai Bukit Sam Poo. Bukit ini pernah dijadikan tempat berkhemah anak buah Cheng Ho selama melakukan kunjungan muhibbah pada abad ke-15 yang lalu.

Rujuk: Ustaz Shukri Harun

Wednesday, December 9, 2009

@Mohon Kemaafaan.

Aku ingin kau membaca tulisan ini
Yang telah tertelan tanah
dan menjadi debu dalam hati ini

Seperti cawan terisi darah
tumpah mengenai hati bekuku
Seperti pula lidah api yang berkobar
membakar foto, cerita, puisi dan semua kenangan itu

Aku tahu
aku sungguh mencintaimu
Namun waktumu telah habis
Aku sakit ketika melihat kau marah
dan terhenti dalam nafasmu
Habis sudah semuanya

Malaikat membisikkanku
" lanjutkan hidupmu...jalanmu terbentang luas disana "
Iblismu pula membisikkanku
" katanya cinta sejati...ambil pisau hiris hatimu
kau akan menari indah bersamanya kembali "
dan aku memilih untuk menjadi aku sendiri
melanjutkan hidupku
dan tidak akan pernah bercinta lagi selain dengan dirinya
itulah cinta sejati...
iblis keparat!

Aku masih bisa mendengar
Harapan yang kian kosong
memintaku menjauh dari api yang sejuk itu
dan air yang sangat panas
dari cerita yang tak ada hujungnya

Tertawalah...
Kuingin tawamu merubah semua
apa yang ada difikiranmu tentangku
Tertawalah hingga gendang telingaku pecah
kerana tak kuat lagi mendengarnya
Aku telah amat terbiasa
Kau melatihku bertahun-tahun mendengarnya
Meski tawamu akan membuka satu pintu kecewa dihatiku
tapi tertawalah...
Kerana kutahu suatu saat
tak ada lagi yang dapat kau tertawakan dariku.

Kredit kepada a w a n


Kasih Tandus

Telah kering telaga rasa — kasih dan cinta
Bagai gurun tandus dimarah terik mentari
Siapa yang jejak mati jadinya tulang berserak
Terkubur tiada tanda terpahat tanpa nama

Embun enggan walau setitis pada yang gersang
Segunung dosa-dosa hitammu dan masih berbau
Terhidu saja bisa bergelimpang jiwa-jiwa
Tiada daya upaya melainkan-Mu jua
— ya Rahman

O Tuhan — yang Maha Pengasih
Beri sinar cinta dan kasih
Walau secebis!

kredit kepada Dari tarikan nafas,
abuyon
Madrasah Sains
8 Ogos 1999, 5.30 pagi

Sunday, October 18, 2009

Documentary - Kesan Kejatuhan Empayar Uthmaniyyah


Sedarlah..

Wednesday, July 22, 2009

Keajaiban Penciptaan Manusia

Sama-sama kita berfikir, merenung dan menghayati penciptaan diri sendiri, Subhanaallah.

The Miracle of Man's Creation –1     -  Sperm and Ovum

The Miracle of Man's Creation –2   -   Cell

The Miracle of Man's Creation –3    -   Embrio

The Miracle of Man's Creation – 4   -   Baby

Firman Allah Taala:

“57.Kami telah menciptakan kamu, maka mengapa kamu tidak membenarkan?58. Maka terangkanlah kepadaku tentang nutfah yang kamu pancarkan.59. Kamukah yang menciptakannya, atau Kamikah yang menciptakannya?”                           Al Waaqi'ah:57-59

Firman Allah Taala:

1.Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan.2.Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.3.Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah.                                                                                       Al 'Alaq:1-3

The Miracle Of Man's Creation.

Filem ini adalah berkenaan cerita diri kita. Bagaimana kita datang daripada setitis cecair yang disebut nuffah? Bila kita melihat paparan kemahabijaksanaan Allah Taala yang mengagumkan,rancangan dan kerumitan disetiap langkah hingga terjadi nya kita, agar filem ini akan menjadi teladan untuk kehidupan kita, kita juga harus ingat dan sedar ini bukan dari alam, tetapi ciptaan Yang Maha Bijaksana dan Yang Maha Kuasa.

Filem ini telah diinspirasikan oleh Harun Yahya.

Allah Taala Berfirman maksudnya:

“6:Dia menciptakan kamu dari seorang diri kemudian Dia jadikan daripadanya isterinya dan Dia menurunkan untuk kamu delapan ekor yang berpasangan dari binatang ternak. Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan Yang (berbuat) demikian itu adalah Allah, Tuhan kamu, Tuhan Yang mempunyai kerajaan. Tidak ada Tuhan selain Dia; maka bagaimana kamu dapat dipalingkan?.7: Jika kamu kafir maka sesungguhnya Allah tidak memerlukan (iman)mu dan Dia tidak meridhai kekafiran bagi hamba-Nya; dan jika kamu bersyukur, niscaya Dia meridhai bagimu kesyukuranmu itu; dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lainKemudian kepada Tuhanmulah kembalimu lalu Dia memberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa yang tersimpan dalam (dada)mu.                                                                                Az Zumar:6-7

12. Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah.13. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim).14. Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik.                       Al Mu'minuun:12-14

78. Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.                                                                                An Nahl:78

77. Dan apakah manusia tidak memperhatikan bahwa Kami menciptakannya dari setitik air (mani), maka tiba-tiba ia menjadi penantang yang nyata!78. Dan ia membuat perumpamaan bagi Kami; dan dia lupa kepada kejadiannya; ia berkata: "Siapakah yang dapat menghidupkan tulang belulang, yang telah hancur luluh?"79. Katakanlah: "Ia akan dihidupkan oleh Tuhan yang menciptakannya kali yang pertama. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk.                                                     Yaasiin:77-79

Wallahu A'lam. Hanya mengharapkan Cahaya Sakinah dan Rahmat dari Allah Ta'ala.

Technorati Tags: ,,,,

Wednesday, March 4, 2009

Apakah Maksud Memaafkan.

Imam Syafie
Ketika aku menjadi pemaaf dan tak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas dari bara permusuhan. Ketika musuhku lewat di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu ku lakukan agar aku dapat menjaga diriku dari kejahatan. Aku tampakkan keramahanku, kesopananku, dan rasa persahabatanku kepada orang-orang yang ku benci, sebagaimana ku tampakkan hal itu kepada orang-orang yang ku cintai. Manusia adalah penyakit, dan penyakit itu akan muncul bila kita mendekati mereka. Padahal menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan.

Friday, February 27, 2009

Antara Hak Dan Batil

Al-Maaidah 5:93
Tidak ada dosa bagi orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan yang saleh karena memakan makanan yang telah mereka makan dahulu, apabila mereka bertakwa serta beriman, dan mengerjakan amalan-amalan yang saleh, kemudian mereka tetap bertakwa dan beriman, kemudian mereka (tetap juga) bertakwa dan berbuat kebajikan. Dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.

Tuesday, February 24, 2009

Doa

Sila baca:-

Salam.. Chat.


ShoutMix chat widget

Followers

As-Syahid Izzuddin Al-Qassam (1871 - 20 Nov 1935)

Nama sebenar beliau adalah Muhammad Izzuddin Abdul Qadir Mustafa Al-Qassam. Lahir di daerah Al-Ladziqiyyah, Syria Selatan. Masuk ke Al-Azhar sekitar tahun 1906 pada usia 14 tahun. Sempat berguru dengan Sheikh Muhammad Abduh dan berteman dengan Sheikh Rasyid Redho. Ketika penjajahan kuffar di Libya pada 1911, beliau turut memobilisasi senjata dan para mujahid untuk turun ke Libya. Setiap operasi jihad yang dipimpin oleh beliau di Palestin membuahkan kejayaan besar yang menakutkan Inggeris yang menjajah Palestin saat itu. Beliau syahid dalam satu pertempuran dahsyat di Kota Jenin, bersama 10 orang mujahid yang digempur dengan ratusan pasukan Inggeris yang menggunakan helikopter. Kini, nama beliau disematkan kepada sayap ketenteraan Hamas iaitu Brigade As-Syahid Izzuddin Al-Qassam yang sering dikenal dengan aksi-aksi pelancaran roket Al-Qassam dan operasi Amaliyyah Al-Istisyhadiyyah. 


My News

islamiconlineuniversity.com

Learn How to give Dawah

Alafasy Quran TV - Syeikh Misyari Rasyid Al-Afasy

Radio Rodja - Menebar Cahaya Sunnah - Kuliah Hadist

Iklan Nuff