Showing posts with label Amal. Show all posts
Showing posts with label Amal. Show all posts

IN MY HEAD: ?

Sunday, March 13, 2011

Mempersiapkan Suasana Thalabun Nusrah

mesir revolusi Gambar Hiasan

Sumber:SN Keluaran 25 Februari 2011 

MEMPERSIAPKAN SUASANA THALABUN NUSRAH UNTUK MERAIH KEKUASAAN

[SN250] Selepas Tunisia dan Mesir, dunia kini menyaksikan domino effect (kesan domino) dari kebangkitan rakyat secara besar-besaran yang melanda negara-negara Arab lainnya seperti Yemen, Bahrain, Maghribi dan yang semakin membesar sekarang, Libya. Dari kebangkitan besar-besaran yang berlaku ini yang disifatkan sebagai ‘kuasa rakyat’ (people power), satu perkara yang tidak boleh kita nafikan adalah adanya ‘kuasa tentera’ di dalam menentukan kejayaan revolusi dan pemerintahan sesebuah negara. Sesungguhnya rakyat tidak akan dapat menjatuhkan suatu rejim sekiranya tidak mendapat sokongan dari tentera, sepertimana yang telah kita lihat di Tunisia, Mesir, Indonesia dan lain-lain. Di dalam perjuangannya, Hizbut Tahrir (Hizb) telah menjelaskan secara terperinci betapa pentingnya kedudukan tentera selaku pihak yang mesti dituntut pertolongan (thalabun nusrah) demi meraih kekuasaan.

Inilah ‘proses akhir’ yang Hizb senantiasa jelaskan untuk meraih kekuasaan yakni melalui thalabun nusrah daripada tentera sebagai ahlul quwwah (golongan yang mempunyai kekuatan). Terkait dengan hal ini, Hizb juga sering ditanya, bilakah umat akan berhasil meraih kekuasaan dan menegakkan Khilafah Islamiyah melalui aktiviti thalabun nusrah yang Hizb bincangkan? Dalam ruangan yang cukup terbatas ini, Sautun Nahdhah kali ini cuba menjelaskan persoalan ini dari aspek suasana yang perlu ada atau perlu disiapkan oleh Hizb atau mana-mana gerakan sekalipun sebelum meraih kekuasaan melalui penegakan Daulah Khilafah.

mujahideen5st Gambar Hiasan

Pengertian Thalabun Nusrah

Dalam konteks thalabun nusrah, ada beberapa perkara penting yang harus difahami oleh para pengembang dakwah Islam, iaitu:-

(i) Pengertian thalabun nusrah secara lughah (bahasa) mahupun secara syar’i

(ii) Bagaimana suasana thalabun nusrah di Madinah al-Munawarah dipersiapkan dan bagaimana suasana seperti itu dipersiapkan pada masa sekarang

(iii) Realiti umat Islam sekarang, dari sisi apakah mereka telah memiliki persiapan (bersedia) untuk menerima perkara yang besar ini atau belum?

(iv) Bagaimanakah cara menyempurnakan thalabun nusrah hingga wujud keupayaan untuk mendorong terjadinya penyerahan kekuasaan?

Secara bahasa, an-nusrah dan al-munasarah memiliki makna i’anah ‘ala al-amr (menolong atas suatu perkara) [Ibnu Mandzur, hlm. 210]. Secara syar’i, thalabun nusrah adalah aktiviti meminta pertolongan yang dilakukan oleh orang-orang yang memiliki autoriti (amir) kepada orang-orang yang memiliki kekuasaan untuk tujuan penyerahan kekuasaan dan penegakan Daulah Islamiyah atau untuk tujuan-tujuan lain yang berhubungan dengan dukungan terhadap dakwah, misalnya:-

(i) untuk melindungi para pengembang dakwah di negeri-negeri kaum Muslimin agar mereka dapat menyampaikan maksud dan tujuan dakwah mereka di tengah-tengah masyarakat

(ii) untuk menyingkirkan pelbagai macam keburukan, baik yang akan menimpa mahupun yang telah menimpa para pengembang dakwah, misalnya, meminta pertolongan dari tokoh-tokoh yang memiliki pengaruh agar penguasa tidak menangkap dan memenjarakan pengembang dakwah atau berdiri teguh bersama pengembang dakwah ketika mereka melakukan aktiviti dakwah

(iii) untuk memperkenal dan menunjukkan kekuatan Hizb kepada masyarakat dengan sokongan dan kerjasama orang-orang yang memiliki kekuataan dan pengaruh ini, setelah mereka masuk Islam (jika belum Islam) dan qana’ah (yakin) terhadap pemikiran-pemikiran dan tujuan-tujuan dakwah Hizb.

Adapun thalabun nusrah yang bertujuan untuk istilam al-hukm (penerapan kekuasaan) dan penegakan Daulah Khilafah Islamiyah, ini memerlukan sejumlah keadaan dan syarat-syarat yang berbeza dengan bentuk thalabun nusrah yang telah dijelaskan di atas. Syarat-syarat yang mesti dipenuhi adalah sebagai berikut:-

(i) Terbentuknya ra’yu al-’am (pendapat umum / public opinion) tentang Islam dan Hizb yang bersumber dari wa’yu al-’am (kesedaran umum) di suatu negara kaum Muslimin

(ii) Terpenuhinya syarat-syarat khusus di suatu negara di mana nusrah ingin diperolehi yang mana negara tersebut mesti memiliki kemampuan untuk melindungi kewujudan dan keberlangsungan Daulah Islamiyah. Negara tersebut juga hendaklah mampu memberikan perlindungan mandiri terhadap Daulah Islamiyah dan tidak berada di bawah perlindungan negara lain atau dikuasai secara langsung oleh negara lain

(iii) Keikhlasan ahlul quwwah dalam menolong dakwah, penerimaan mereka yang sempurna terhadap Islam dan Daulah Islamiyah serta tidak adanya keraguan dan kekhuatiran pada diri mereka terhadap kekuatan lain atau negara lain atau terhadap kelompok-kelompok Islam lain mahupun kelompok non-Islam yang memiliki tujuan yang berbeza dengan tujuan sebenar Islam.

Thalabun nusrah untuk meraih kekuasaan adalah hukum syarak yang berhubung erat dengan metode meraih kekuasaan. Penyerahan kekuasaan tidak akan terjadi tanpa adanya aktiviti thalabun nusrah serta terpenuhinya syarat-syarat di atas, tidak kira sama ada kekuasaan tersebut diserahkan oleh ahlul quwwah atau diminta dari ahlul quwwah.

palestine Gambar Hiasan

Mempersiapkan Suasana Nusrah

Siapa sahaja yang mengkaji Sirah Nabi SAW akan menyaksikan bahawa baginda melakukan beberapa aktiviti penting dan berkesinambungan sebelum mempersiapkan suasana nusrah dan istilam al-hukm di Madinah. Langkah pertama yang baginda lakukan adalah berjumpa delegasi suku Khazraj yang berkunjung ke Makkah dan meminta mereka masuk Islam. Setelah masuk Islam, baginda memerintahkan mereka kembali ke Madinah untuk mendakwahkan Islam kepada kaum mereka. Setibanya di kota Madinah, mereka menzahirkan keIslaman mereka dan mengajak kaum mereka masuk Islam. Jumlah kaum Muslimin kemudiannya terus bertambah. Pada tahun berikutnya, mereka kembali menemui Rasulullah SAW di mana jumlah mereka ketika itu adalah 12 orang. Nabi SAW menerima mereka dan mengutus Mus’ab bin Umair ra untuk menjadi pengajar mereka di Madinah. Akhirnya, melalui tangan Mus’ab bin Umair ra, para pembesar Auz dan Khazraj masuk Islam serta menunjukkan dukungan dan kesetiaan mereka yang amat kuat terhadap Islam.

Setelah melihat kesediaan masyarakat Madinah, yang tampak pada masuk Islamnya para pembesar Auz dan Khazraj serta terbentuknya ra’yul am tentang Islam yang lahir dari wa’yul am penduduk Madinah, Rasulullah SAW pun meminta mereka untuk menemui baginda pada musim haji. Dari sini dapat disimpulkan bahawa realiti Madinah sebelum terjadinya Baiat Aqabah II (baiat yang menandakan terjadinya penyerahan kekuasaan di Madinah) adalah realiti yang dipersiapkan untuk pembentukan ra’yul am bagi membela Islam dengan kekuatan. Ertinya, Madinah dipersiapkan sedemikian rupa sehingga Islam diterima oleh majoriti penduduk Madinah dan menjadi ra’yul am yang mampu mendominasi para penganut agama lain di Madinah. Tidak hanya itu, ra’yul am tersebut juga ditujukan agar masyarakat Madinah bersedia membela kepimpinan baru, yakni kepimpinan Rasulullah SAW. Ra’yul am untuk membela Islam tersebut lahir dari wa’yul am majoriti masyarakat Madinah dan para pembesarnya atas hakikat Islam dan atas diri Rasulullah SAW dalam kapasiti baginda sebagai seorang nabi dan pemimpin takattul (kelompok) Sahabat.

Rasulullah SAW belum bersedia menerima nusrah li istilam al-hukm kecuali setelah keadaan-keadaan di atas terwujud dan yakin dengan kesediaan penduduk Madinah. Setelah yakin terhadap kesediaan penduduk Madinah untuk menerima dan membela kekuasaan Islam, Rasulullah SAW meminta wakil penduduk Madinah dengan disertai Mus’ab bin Umair menemui baginda di Bukit Aqabah. Tujuan pertemuan itu adalah meminta nusrah dari penduduk Madinah agar menyerahkan kekuasaan mereka di Madinah kepada baginda dan meminta kesediaan mereka untuk membela baginda dengan harta, anak-anak, isteri dan nyawa mereka. Aktiviti thalabun nusrah di Bukit Aqabah (sebagai langkah muqaddimah istilam al-hukm) menjadi sempurna setelah Nabi SAW tiba di Madinah dan menegakkan Daulah Islamiyah di sana.

Terbentuknya ra’yul am yang lahir dari wa’yul am merupakan syarat mutlak yang mesti dipenuhi oleh suatu negara yang hendak didapatkan thalabun nusrah li istilam al-hukm. Negara tersebut juga mestilah memiliki kemampuan untuk melindungi kewujudan dan kelangsungan Daulah Islamiyah secara mandiri dan tidak berada di bawah pengaruh atau dominasi negara lain. Ra’yul am untuk membela Islam, Hizb dan pengikut-pengikutnya hendaklah lahir dari wa’yul am untuk membela Islam dan Hizb. Jika ini tidak dipenuhi, maka di negara tersebut tidak mungkin berlaku aktiviti thalabun nusrah li istilaam al-hukm, baik secara syar’i mahupun ‘aqli. Jikalau dipaksakan juga aktiviti nusrah di negara tersebut, maka selain melanggar ketentuan syariah dalam konteks thalabun nusrah, aktiviti tersebut juga mungkin berakhir dengan kegagalan dan kehancuran.

Adapun yang dimaksud dengan ra’yul am pada konteks sekarang adalah, adanya keinginan untuk diatur dan diperintah oleh kekuasaan Islam pada majoriti kaum Muslimin yang ada di sebuah negara yang layak dilakukan thalabun nusrah. Keinginan tersebut juga harus muncul pada diri ahlul-quwwah (panglima tentera, pemimpin kabilah yang kuat dan seumpamanya) dan tidak cukup hanya muncul pada majoriti kaum Muslimin semata-mata. Adapun yang dimaksud dengan wa’y al-’am adalah kesedaran umum terhadap beberapa hal iaitu:-

(i) tentang Islam, terutama pemikiran tentang Khilafah dan pemerintahannya

(ii) tentang permusuhan dan usaha-usaha penyesatan yang dilakukan kaum kafir untuk menghalang tegaknya Khilafah

(iii) kesedaran umat Islam bahawa mereka tidak akan pernah dapat keluar dari masalah kecuali mereka membebaskan diri mereka dari pemerintahan yang menerapkan hukum-hukum kufur

(iv) kesedaran terhadap tipudaya dan permainan politik kaum kafir untuk memalingkan umat dari jalan yang benar. Di samping itu, di tengah-tengah umat juga harus tumbuh kesedaran tentang Hizb dan keikhlasan ahli-ahlinya dalam membebaskan umat dari dominasi sistem kufur serta kesediaan Hizb untuk melakukan perkara yang amat besar ini.

Kesediaan Umat

Keadaan umum umat Islam sekarang menunjukkan bahawa mereka berhasil menyiapkan suasana nusrah dan istilam al-hukm. Hal ini boleh dilihat dari realiti berikut ini:-

1. Pandangan umum untuk membela Islam

Di banyak negara, ra’yul am untuk membela Islam dan keinginan untuk hidup di bawah naungan Daulah Islamiyah telah terbentuk secara massa (besar-besaran) pada majoriti penduduknya. Keadaan seperti ini boleh dilihat di Algeria, Turki, Sudan, Mesir, Jordan dan Pakistan. Besarnya ra’yul am di negara-negara ini boleh dilihat dari hasil pilihanraya serta banyaknya masirah (demonstrasi aman) yang dilakukan oleh kelompok-kelompok Islam yang secara terbuka menyerukan penegakan syiar-syiar Islam.

2. Terjadinya proses pembentukan ra’yul am untuk membela Hizb di beberapa negara umat Islam

Pembentukan ra’yul am untuk membela Hizb, dari sisi penerimaan umat terhadap pemikiran-pemikiran Hizb seperti pemikiran Khilafah Islamiyah dan pandangan-pandangan politiknya, telah berhasil dengan cukup baik. Di beberapa negara seperti Indonesia, Turki, Sudan dan Pakistan, Hizb telah berhasil menghimpun umat sehingga mereka rela membantu dan membela Hizb dalam melawan sepak terajang kaum kafir. Cuma sayangnya, ra’yul am untuk membela Hizb terpaksa berhadapan dengan sejumlah halangan sehingga masih tidak memungkinkan bagi Hizb untuk memimpin umat dan meraih kekuasaan dari mereka. Faktor-faktor penghalangnya adalah:-

(i)    penyelewengan fakta yang dilakukan oleh para penguasa terhadap Hizb seperti digembar-gemburkan pendapat bahawa Hizb adalah gerakan teroris, menyimpang, sesat dan sebagainya

(ii)    penyesatan pendapat yang dilakukan oleh ulama-ulama yang menjadi kakitangan penguasa fasik dan zalim untuk menyerang Hizb, keikhlasannya serta pandangan-pandangannya, umpamanya mereka mengembangkan pemikiran tentang bolehnya ada banyak pemimpin di negara-negara umat Islam, Khilafah adalah suatu khayalan, kewajipan menerima demokrasi dan sebagainya

(iii)    adanya parti-parti dan gerakan-gerakan yang memiliki hubungan dengan penguasa mahupun dengan negara-negara imperialis yang terus-menerus menentang Hizb dan keikhlasannya.

Namun demikian, usaha pendustaan dan penyesatan fakta mahupun serangan-serangan yang dilakukan oleh kelompok-kelompok ini, sedikit demi sedikit mulai tersingkap. Akibatnya, umat semakin yakin akan kepimpinan dan keikhlasahan Hizb dalam memperjuangkan hak-hak umat. Ra’yul am untuk membela Islam, Hizb dan aktivisnya semakin hari semakin menguat dan tumbuh pesat hampir di seluruh negara-negara umat Islam.

mujahideen Gambar Hiasan

Menyempurnakan Nusrah

Aktiviti thalabun nusrah untuk meraih kekuasaan dari umat hanya boleh sempurna ketika ra’yul am yang lahir dari wa’yul am untuk membela Islam dan Hizb telah lahir di tengah-tengah umat secara sempurna di dalam sesebuah negara yang hendak ditegakkan Daulah Islamiyah di dalamnya. Namun, musuh-musuh dakwah terutama kaum kafir imperialis dan para penguasa yang merupakan ejen penjajah senantiasa berusaha menghalang terwujudnya ra’yul am tersebut dengan cara menyerang pandangan-pandangan Hizb, keikhlasan ahli-ahlinya serta metode perubahan yang ditempuh oleh Hizb. Ini dilakukan oleh penguasa jahat ini agar ra’yul am tentang Islam dan Hizb yang lahir dari wa’yul am untuk membela Islam dan Hizb, tidak tumbuh di tengah-tengah masyarakat. Atas dasar ini, tugas utama Hizb adalah menjaga konsistensi dirinya untuk berpegang teguh di atas pemikiran dan pandangannya yang sahih serta menjaga keikhlasan perjuangannya dari semua bentuk tipudaya dunia. Dari sinilah dapat disimpulkan bahawa tugas utama Hizb pada masa sekarang dalam konteks untuk menyiapkan suasana nusrah, adalah berpegang teguh kepada mabda’ (ideologi) Islam tanpa keluar sedikit pun darinya dan menjaga keikhlasan perjuangannya dari seluruh bentuk penyimpangan dan kecenderungan-kecenderungan duniawi.

Oleh yang demikian, aktiviti yang harus dilakukan oleh Hizb dan mana-mana kelompok dakwah yang berpegang kepada metode Rasulullah dalam usaha mereka untuk mewujudkan perkara-perkara di atas adalah:-

Pertama, memelihara keikhlasan dan ketakwaan kepada Allah SWT dengan cara memupuk ketaatan dan mendekatkan diri kepadaNya dalam seluruh aspek. Ini kerana, sesugguhnya Allah tidak akan menyerahkan amanah agama ini kecuali kepada orang-orang yang bertakwa, ikhlas dan dekat denganNya [TMQ an-Nur (24):55].

Kedua, sabar untuk selalu berkorban dan melaksanakan tugas-tugas dakwah dengan bersungguh-sungguh. Kaum kafir imperialis berusaha untuk menghancurkan kekuatan Hizb melalui kakitangan mereka dari kalangan penguasa Muslim. Untuk itu, pada saat Hizb berhasil meraih dukungan umat secara besar-besaran melawan sistem kufur dan penjaganya seperti yang terjadi di Uzbekistan, para penguasa segera mengisytiharkan perang terhadap aktivis dan pendukung Hizb. Dalam keadaan seperti ini, aktivis-aktivis Islam tidak boleh mundur atau melonggarkan perjuangannya, sebaliknya mereka harus mencurahkan segenap tenaga dan pengorbanannya untuk berpegang teguh dengan perjuangan Islam yang lurus dan suci.

Ketiga, meningkatkan tenaga dan aktiviti yang dimaksudkan untuk menjadi ‘benteng’ bagi umat. Ini kerana, musuh-musuh Islam berusaha terus-menerus untuk meletakkan di hadapan umat pelbagai macam pendustaan, penyesatan dan makar terhadap Hizb, pemikiran dan pandangan-pandangannya. Usaha itu dilakukan untuk menjauhkan umat dari Hizb dan dari aktivis-aktivisnya. Oleh kerana itu, para aktivis dakwah harus meningkatkan tenaga dan aktiviti yang difokuskan untuk menjaga umat dari semua bentuk penyesatan, pendustaan dan makar ini, sekaligus untuk menghancurkan dinding penyesatan yang diletakkan di hadapan umat [TMQ at-Taubah (9):105].

Keempat, para aktivis dakwah harus menonjolkan karakter dirinya sebagai seorang Mukmin yang selalu ikhlas dalam beramal dan senantiasa mengikatkan diri dengan hukum syariah serta tekun dalam ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Aktiviti-aktiviti inilah yang akan mendekatkan Hizb dan aktivis-aktivis dakwah kepada nusrah (pertolongan) Allah di kala Hizb berada pada dawr tafa’ul ma’a al-ummah. (tahapan berinteraksi dengan umat).
Wallahu a’lam.

[Disunting dari Tahayya‘ al-Ajwa‘ Li Thalab an-Nusrah, Abu al-Mu’tasim, majalah al-Wa’ie (bahasa arab) No. 282-283 Rajab-Sya’ban 1431 H, Beirut.]

Monday, December 28, 2009

Hari Asyura, 10 Muharam dan Bubur Asyura

Hari Asyura, 10 Muharam 1431, antara hari yang disunatkan berpuasa, Di pantai timur  Bulan Muharam dikenali dengan membuat bubur asyura,(bulan asyura) memasak bubur asyura di pantai timur menjadi tradisi sejak turun termurun. Penyedian memasak Bubur Asyura mengambil masa selama 8jam-+.. huhu.... lama tu.. Boleh disimpan selama 6 bulan hingga setahun.

Persiapan kayu api untuk memasak bubur asyura

Jam 1:Mula masukkan santan,beras,rempah dan sebagainya

Jam 4: Warna bubur dah berubah jadi warna coklat

Jam 8: Bubur asyura sudah masak dan di ceduk ketika cair, sudah boleh di makan cair.

Menceduk bubur asyura yang masih cair dan panas ke dalam talam
Siap 1 kawah bersamaan 6 talam bubur asyura yang masih suam-suam panas... huhu

2 Muharam 1431, Bubur Asyura yang siap di masak.. sudah pejal...
Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."

Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".


Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Seutama-utama puasa sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat malam". (Sahih Muslim)

Abu Musa Al Madani meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a.;
"Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) adalah seperti berpuasa
setahun dan siapa yang bersedekah pada hari Asyura adalah bagiku bersedekah setahun." Riwayat Albazzar

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram).
Jawab baginda, "semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (Sahih Muslim)

Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (Sahih Muslim)

Dari Salamah bin Akwa r.a. dia menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. mengutus seorang lelaki suku Aslam pada hari Asyura dan memerintahkan kepadanya supaya mengumumkan kepada orang ramai, "Sesiapa yang belum puasa hari ini hendaklahlah dia berpuasa dan siapa
yang telah terlanjur makan hendaklahlah dia puasa juga sejak mendengar pemgumuman ini sampai malam". (Sahih Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a katanya, " Penduduk Khaibar berpuasa pada hari asyura dan menjadikannya sebagai hari raya, dimana wanita mereka memakai perhiasan dan pakaian yang indah pada hari itu. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasalah kamu pada hari
itu". (Sahih Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka,
kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura. (Sahih Bukhari)

Rasulullah s.a.w. bersabda; "Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi." - Riwayat Al Baihaqi

Puasa hari 'Asyura', Tasu'a' dan kesebelas Muharram Puasa hari 'Asyura' ialah puasa sunat pada hari kesepuluh bulan Muharram. Diriwayatkan daripada Mu'awiyah bin Abu Sufyan Radhiallahu 'anhuma berkata, aku mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam
bersabda:

Maksudnya: "Ini adalah hari 'Asyura' dan tidak diwajibkan ke atas kamu berpuasa sedangkan aku berpuasa. Maka barangsiapa yang hendak berpuasa maka berpuasalah dia dan barangsiapa mahu (tidak berpuasa) maka berbukalah dia (boleh tidak berpuasa)." (Hadits riwayat Bukhari) Hikmat berpuasa pada hari 'Asyura' sebagaimana yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas
Radhiallahu 'anhuma berkata:

Maksudnya: "(Tatkala) Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam sampai di Madinah, baginda melihat
orang-orang Yahudi berpuasa pada hari 'Asyura'. Baginda bersabda: "Apakah ini?" Mereka menjawab: "Hari yang baik, ini adalah hari yang mana Allah menyelamatkan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa berpuasa pada hari itu" Nabi bersabda: "Aku lebih
berhak dengan Musa daripada kamu" Lalu Baginda berpuasa dan memerintahkan berpuasa (pada hari itu.)" (Hadits riwayat Bukhari) Kelebihan berpuasa di hari 'Asyura' sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Qatadah Al-Anshari berkata:

Maksudnya: "Dan ditanya (Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam) tentang berpuasa pada hari 'Asyura'?Maka Baginda bersabda: "Ia menebus dosa setahun yang telah lalu." (Hadits riwayat Muslim) Adalah disunatkan juga di samping berpuasa pada hari 'Asyura', berpuasa
pada hari Tasu'a' iaitu hari yang kesembilan bulan Muharram berdasarkan riwayat daripada Abdullah bin Abbas Radhiallahu 'anhuma berkata:

Maksudnya: "Dahulu, ketika Rasulullah saw berpuasa pada hari 'Asyura' dan Baginda memerintahkan (para sahabatnya) untuk melakukan puasa itu, mereka berkata: "Wahai
Rasulullah! (Bukankah) sesungguhnya hari 'Asyura' itu hari yang diagungkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani?" Maka Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Apabila pada tahun yang akan datang, insya Allah kita akan berpuasa pada hari yang kesembilan"
Berkata Abdullah bin Abbas: "Belum sempat menjelang tahun hadapan, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam telah pun wafat." (Hadits riwayat Muslim).

Para ulama menyebutkan bahawa hikmat disunatkan berpuasa pada hari Tasu'a' (sembilan Muharram) itu dari
berbagai-bagai aspek:

1. Bagi menyalahi atau membezakan amalam orang-orang Yahudi yang hanya berpuasa pada hari 'Asyura' (Sepuluh Muharram) sahaja. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas Radhiallahu 'anhu berkata, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam
bersabda: Maksudnya: "Berpuasalah kamu pada hari 'Asyura' dan buatlah perbezaan padanya (dari) orang Yahudi (dengan) berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya."
(Hadits riwayat Ahmad)

2. Bagi maksud berhati-hati berpuasa pada hari 'Asyura' kerana kemungkinan berlaku
kesilapan kekurangan dalam pengiraan anak bulan. Maka dengan itu hari kesembilan Muharram itu dalam pengiraan adalah hari yang kesepuluh Muharram yang sebenarnya.

3. Bagi maksud menyambung puasa hari 'Asyura' dengan satu hari puasa yang lain kerana
tegahan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam berpuasa satu hari satu-satunya sahaja seperti berpuasa pada hari Jumaat. Walaupun begitu, tidaklah menjadi apa-apa jika hanya berpuasa sehari sahaja pada hari 'Asyura'. (lihat I'anah Ath-Thalibin 2/301) Oleh
kerana itu disunatkan juga, jika berpuasa pada hari 'Asyura' tanpa berpuasa pada hari Tasu'a', supaya berpuasa pada hari kesebelas Muharram. Bahkan Imam Syafi'e Rahimahullahu Ta'ala menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla' disunatkan berpuasa tiga hari tersebut iaitu hari kesembilan (Tasu'a'), kesepuluh ('Asyura') dan kesebelas bulan Muharram.


SEJARAH 10 MUHARRAM Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:

(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.
(9) Lemas Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.
Wallahu A'lam. Hanya mengharapkan Cahaya Sakinah dan Rahmat dari Allah Ta'ala.
Kredit kepada yU

Thursday, June 11, 2009

Aurat Dari Persepektif Fizik

icover4

Kajian Kes

Dalam satu perbincangan, seorang siswi menceritakan masalah yang dihadapi berhubung dengan cara pemakaian. Masalah bermula apabila berhadapan dengan persepsi keluarga dan rakan-rakan setelah berubah dari wanita yang berpakaian "liberal" kepada wanita yang menutup aurat sepenuhnya seperti yang disarankan oleh Islam. Pandangan serong terhadap pemakaian tudung labuh dan jubah menyebabkan siswi tersebut berasa tersisih bukan sahaja terhadap pandangan masyarakat umum, tetapi pandangan siswi-siswi yang bergiat dalam program berunsurkan dakwah.Penerimaan terhadap perubahan berlaku agak sukar akibat sikap double-standard dan kronism yang diamalkan. Disebabkan mereka telah mendapat tarbiyah sekian lama dan menganggap diri adalah terbaik, agak payah untuk menerima orang yang baru mengenal erti tarbiyah yang sebenar. Apatah lagi berhadapan dengan ibu yang tidak memahami sehinggakan si ibu menyuruh siswi tersebut kembali kepada pakaian lama.

Penyelesaian

Bercakap tentang perubahan, ia bukanlah satu perkara yang mudah semudah mengalihkan sebatang pen dari satu meja ke meja yang lain. Apatah lagi berubah dari segi pemakaian yang melibatkan persepsi masyarakat sekeliling terhadap personaliti baru yang ingin dibentuk. Adalah penting adanya pemahaman terhadap matlamat perubahan dan pengorbanan yang tinggi agar terus istiqamah dengan perubahan.

Apa yang dilakukan oleh siswi tersebut adalah hijrah kepada kebaikan dan memerlukan ketahanan mental dan mujahadah yang tinggi. Dalam satu perubahan, sokongan dari segi spiritual, emosi dan mental diperlukan bukan sahaja dengan berharap kepada tuhan, tetapi juga dari masyarakat sekeliling khususnya mereka yang faham tentang Islam. Meskipun siswi tersebut baru mengenal erti tarbiyah dan mula bergiat dalam program berunsurkan dakwah, rakan-rakan dalam organisasi dakwah haruslah faham dan tidak memandang diri sebagai individu yang bertaraf tinggi sehingga tidak layak berdamping dengan mereka yang baru menerima hidayah.

Di sini, pentingnya pemahaman tentang konsep inverse response (respon songsang ~ rujuk Pemikiran Sistemik) dalam kehidupan seharian. Setiap sesuatu yang bersifat drastik memerlukan daya yang tinggi untuk diterima dan konsep bersabar terhadap time delay (masa lengah yang diperlukan sebelum satu sistem berfungsi) diperlukan. Sesuatu perubahan memerlukan visi yang jelas berdasarkan ilmu wahyu agar kekuatan diperoleh walaupun keadaan sekitar sukar menerima.

Bagaikan susu yang sebelumnya bercampur dengan najis, kuman, urea dan darah di dalam sistem badan seekor lembu akhirnya keluar sebagai susu yang suci yang mendatangkan kebaikan kepada peminumnya. Dapat disimpulkan bahawa bagaimana sukarnya susu itu keluar dari badan seekor lembu melalui proses perahan untuk bebas dari unsur-unsur negatif, begitulah sukarnya sesuatu perubahan untuk dilaksanakan. Persekitaran memerlukan masa untuk menerima sesuatu kelainan.

Adalah penting pemahaman tentang aurat kerana ia melibatkan penjagaan penglihatan yang berkaitan secara langsung dengan hati dan fikiran yang dipengaruhi oleh nafsu dan syaitan. Aurat yang dimaksudkan bukan sahaja terhadap kaum wanita, tetapi juga kepada kaum lelaki di mana sesetengahnya yang kurang sensitif menganggap aurat lelaki tidak berapa penting sehingga memakai seluar yang menampakkan lutut ketika bersukan. Bagi seorang wanita, aurat adalah perkara yang sangat besar dan skop aurat adalah lebih luas pada tubuh mereka berbanding lelaki. Manakala dalam institusi kekeluargaan pula, ibu bapa memainkan peranan penting terhadap pentarbiyahan setiap anak. Bahkan, mereka juga perlu ditarbiyah dan diberi peringatan agar tidak alpa akan arus dunia semasa yang membawa kepada kebatilan.

Haba Pendam Tentu dan Konsep Aurat

Dalam Fizik, konsep ketahanan mental, emosi dan spiritual ditekankan dalam bab haba pendam tentu dan berhubungkait dengan penjagaan aurat. Jika dikaji tentang formula yang digunakan:

J = mc x tetha

J ialah haba pendam tentu: Kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa.

m ialah jisim objek yang menerima perubahan suhu.

c ialah keupayaan haba tentu: Keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa.

tetha ialah perubahan suhu.

Eksperimen 1: Haba Pendam Tentu (Fizik Tingkatan 4- BAB 2.3)

Abstrak/Pengenalan

Dalam kajian ini, "eksperimen" dilakukan ke atas 3 jenis wanita: wanita A- wanita bertudung labuh, berjubah dan menjaga lengan daripada terdedah, wanita B-wanita memakai pakaian biasa tetapi masih menutup aurat dan wanita C- wanita yang lebih selesa memaparkan rambut yang lurus setelah melalui teknik rebonding, menunjukkan keputihan dan kehalusan kulit lengan, mendedahkan kerampingan bentuk badan dan berhias laksana model-model muka hadapan majalah hiburan.

Tujuan

Mengkaji tahap ketahanan spiritual, mental dan emosi wanita terhadap tekanan yang diberi berdasarkan cara pemakaian.

Hipotesis

Semakin baik cara pemakaian yang diamalkan mengikut tatacara yang disyorkan dalam Islam, semakin tinggi tahap ketahanan mental, emosi dan spiritual atas tekanan yang diberi. Begitu juga sebaliknya.

Inferens

Wanita A mempunyai tahap ketahanan yang tinggi, wanita B mempunyai tahap ketahanan yang sederhana dan wanita C mempunyai tahap ketahanan yang lemah.

Pembolehubah Manipulasi

c atau keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa mempunyai hubungan dengan ketahanan seseorang terhadap tekanan yang dikenakan. Bercakap tentang konsep aurat, ia mempunyai kaitan dengan suhu. Ramai yang membuka aurat atas alasan panas dan lebih suka bebas dari suatu kongkongan. Seorang pensyarah wanita di UIA dari New Zealand (bukan Islam) mempersoalkan istilah baju kurung. Adakah istilah baju kurung tercipta kerana sifatnya "mengurung" wanita di Malaysia? Sehinggakan ramai wanita sekitar KL dan Selangor lebih suka memakai jeans dan t-shirt?

Pembolehubah  Malar

m atau jisim objek yang menerima perubahan suhu. Anggap jisim, bentuk badan, bangsa, agama, dan ciri-ciri fizikal ketiga-tiga jenis wanita adalah sama.

tetha atau perubahan suhu. Ia adalah tekanan yang diberi secara automatik oleh Pencipta alam di mana wanita berhadapan dengan perubahan biologi seperti haid (datang bulan), nifas (keadaan yang berlaku semasa bersalin), menopause (berlaku pengurangan hormon estrogen) dan tekanan persekitaran (kerja, pelajaran dan lain-lain).

Pembolehubah Bergerakbalas

J atau kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa. Ia berkaitan dengan setinggi mana tahap ketahanan spiritual, emosi dan mental ketiga-tiga jenis wanita terhadap daya tekanan yang diberi.

Kaedah

1) Melalui pemerhatian kritikal terhadap perubahan personaliti ketiga-tiga jenis wanita dalam suatu jangka masa.

2) Bertanya secara berhikmah tentang perspektif ketiga-tiga wanita terhadap cara pemakaian.

3) Eksperimen diulang keatas wanita-wanita lain yang mempunyai ciri yang sama.

4) Eksperimen juga dilakukan keatas 2 jenis lelaki: Lelaki A- Lelaki yang menutup aurat dengan baik dan Lelaki B- Lelaki yang suka mendedahkan pusat sewaktu berlengging dan memaparkan lutut serta paha sewaktu bersukan atau berjalan-jalan.

Pemerhatian

1) Wanita A kelihatan humble, tenang, happy, ceria, lembut, sopan, pendiam, bercakap ketika perlu, berhati-hati dengan perhubungan dan berkemampuan mengawal perkataan yang dikeluarkan dari mulut.

2) Wanita B juga kelihatan tenang, ceria, happy tetapi kadangkala kelihatan risau dan bimbang seperti ada sesuatu yang tak kena. Ada masanya terlepas juga kata-kata yang kurang baik ketika marah. Tapi kembali normal setelah beberapa ketika. Penulis yang berjurusan senibina pernah menegur seorang studiomate wanita yang menggunakan spray dengan cara yang salah ketika menyembur model yang dibuat sehingga menyebabkan cat yang terhasil rosak. Lalu dalam keadaan marah, penulis dikatakan penyibuk walaupun niat penulis ingin menegur kesilapan yang dibuat. Penulis terus berlalu kerana tahu tetha sedang dikenakan terhadap studiomate tersebut. Selepas kejadian tersebut, keadaan kembali normal.

3) Wanita C kelihatan kelam-kabut, mempunyai stail tersendiri, kurang menjaga perkataan yang dilafazkan, overexcited, mudah melenting, agak sombong, materialistik dan sosial.

4) Lelaki A kelihatan normal, tetapi lelaki B agak stylo, mudah marah, ego yang terlampau tinggi, sukar menerima nasihat, memandang rendah atas kemampuan orang lain dan lebih agresif.

Kesimpulan

Dari eksperimen yang dijalankan, wanita dan lelaki yang mempunyai nilai J yang tinggi adalah mereka yang menjaga cara pemakaian dengan baik mengikut syariat Islam dan sensitif terhadap aurat. Seperti dalam formula yang diberi:

J = mc x tetha

Oleh itu, hipotesis diterima.

Mengkaji Fizik melalui perspektif Islam

Dalam usaha penyampaian Islam kepada individu yang faham tentang Islam, individu yang kurang faham tentang Islam dan individu yang tidak faham tentang Islam, pendekatan melalui ilmu duniawi berdasarkan kaedah saintifik dan empirik adalah salah satu cara yang sesuai kerana tak semua daripada mereka akan menerima jika menyampaikan melalui ilmu Tauhid. Masalah berlaku di Malaysia di mana persepsi masyarakat berubah iaitu belajar adalah untuk bekerja, bukan belajar untuk mencari ilmu.

Adalah menghampakan situasi yang sama berlaku pada mereka yang mengambil jurusan agama dan mereka yang menghafal kalam-kalam Allah. Jika perspektif ini berterusan, mereka tidak akan mampu untuk mengislamisasi ilmu yang dipelajari, melakukan integrasi antara ilmu duniawi dan ilmu Islam, menyampaikan ilmu pada peringkat antarabangsa agar mesej Islam sampai ke serata tempat seterusnya mencapai kecemerlangan menyeluruh.

Seperti yang tertera dalam misi UIA iaitu Triple ICE (Integrations, Islamizations, Internationalizations dan Comprehensive Excellence), adakah pelajar UIA akan mencapai misi UIA andai masih lagi belajar untuk bekerja? Bukan untuk pelajar UIA sahaja, malah kepada pelajar institusi lain sekali. Tidak malukah kita kepada mereka yang bukan Islam mengkaji ilmu sains melalui al-Quran lantas memeluk Islam atas kesedaran? Di manakah perginya reputasi pelajar Islam yang cuba dipertahankan? Fikirkan...

                                                                                              -copy-

Technorati Tags: ,,

Saturday, May 30, 2009

“Kata” Yang Bermakna

Sabda Rasulullah S.A.W

Demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, seseorang tidak beriman hingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.

                                                                      Nabi Muhammad SAW
 

Jauhilah dengki, karena dengki memakan amal kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar.

                                                                     Nabi Muhammad SAW
 

Yang terbaik di antara kalian adalah mereka yang berakhlak paling mulia.

                                                                      Nabi Muhammad SAW

Allah tidak melihat bentuk rupa dan harta benda kalian, tapi Dia melihat hati dan amal kalian.

                                                                       Nabi Muhammad SAW

Kata-Kata Sahabat  

Raihlah ilmu, dan untuk meraih ilmu belajarlah untuk tenang dan sabar.

                                                                                 Khalifah 'Umar

Setiap orang di dunia ini adalah seorang tamu, dan uangnya adalah pinjaman. Tamu itu pastilah akan pergi, cepat atau lambat, dan pinjaman itu haruslah dikembalikan.

                                                                                     Ibnu Mas'ud
 

Ketahuilah bahwa sabar, jika dipandang dalam permasalahan seseorang adalah ibarat kepala dari suatu tubuh. Jika kepalanya hilang maka keseluruhan tubuh itu akan membusuk. Sama halnya, jika kesabaran hilang, maka seluruh permasalahan akan rusak.

                                                                                                                                                                                      Khalifah 'Ali

 

Sabar memiliki dua sisi, sisi yang satu adalah sabar, sisi yang lain adalah bersyukur kepada Allah.

                                                                                     Ibnu Mas'ud
 

Takutlah kamu akan perbuatan dosa di saat sendirian, di saat inilah saksimu adalah juga hakimmu.

                                                                                     Khalifah 'Ali

Orang yang paling aku sukai adalah dia yang menunjukkan kesalahanku.

                                                                                 Khalifah 'Umar

Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Saya memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezki, tapi tidak menemukan rezki yang lebih baik daripada sabar.

                                                                                Khalifah 'Umar 
 

Kata-Kata Ulama

Niat adalah ukuran dalam menilai benarnya suatu perbuatan, oleh karenanya, ketika niatnya benar, maka perbuatan itu benar, dan jika niatnya buruk, maka perbuatan itu buruk.

                                                                            Imam An Nawawi

Kecintaan kepada Allah melingkupi hati, kecintaan ini membimbing hati dan bahkan merambah ke segala hal.

                                                                          Imam Al Ghazali

Dia yang menciptakan mata nyamuk adalah Dzat yang menciptakan matahari.

                                                                Bediuzzaman Said Nursi

Penderitaan jiwa mengarahkan keburukan. Putus asa adalah sumber kesesatan; dan kegelapan hati, pangkal penderitaan jiwa.

                                                               Bediuzzaman Said Nursi
 

Kebersamaan dalam suatu masyarakat menghasilkan ketenangan dalam segala kegiatan masyarakat itu, sedangkan saling bermusuhan menyebabkan seluruh kegiatan itu mandeg.

                                                                Bediuzzaman Said Nursi
 

Menghidupkan kembali agama berarti menghidupkan suatu bangsa. Hidupnya agama berarti cahaya kehidupan.

                                                                 Bediuzzaman Said Nursi
 

Seseorang yang melihat kebaikan dalam berbagai hal berarti memiliki pikiran yang baik. Dan seseoran yang memiliki pikiran yang baik mendapatkan kenikmatan dari hidup.

                                                                Bediuzzaman Said Nursi

Technorati Tags: ,,

Saturday, March 28, 2009

Doa Khusus Untuk Perempuan

fff

Doa Dari Hadis Sohih: Pelindung Setiap Kali Keluar Rumah.

رَسُولَ اللَّهِ  يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

DALAM sebutan rumi : BISMILLAHILLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM 

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ;   At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Hitam  Syeikh Syuaib ; Hasan)

eeeeeee

Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ

DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR (ZALIM)

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir (dan zalim)" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

ref: Ust. Zaharuddin Abd Rahman

Technorati Tags: ,,,

Salam.. Chat.


ShoutMix chat widget

Followers

As-Syahid Izzuddin Al-Qassam (1871 - 20 Nov 1935)

Nama sebenar beliau adalah Muhammad Izzuddin Abdul Qadir Mustafa Al-Qassam. Lahir di daerah Al-Ladziqiyyah, Syria Selatan. Masuk ke Al-Azhar sekitar tahun 1906 pada usia 14 tahun. Sempat berguru dengan Sheikh Muhammad Abduh dan berteman dengan Sheikh Rasyid Redho. Ketika penjajahan kuffar di Libya pada 1911, beliau turut memobilisasi senjata dan para mujahid untuk turun ke Libya. Setiap operasi jihad yang dipimpin oleh beliau di Palestin membuahkan kejayaan besar yang menakutkan Inggeris yang menjajah Palestin saat itu. Beliau syahid dalam satu pertempuran dahsyat di Kota Jenin, bersama 10 orang mujahid yang digempur dengan ratusan pasukan Inggeris yang menggunakan helikopter. Kini, nama beliau disematkan kepada sayap ketenteraan Hamas iaitu Brigade As-Syahid Izzuddin Al-Qassam yang sering dikenal dengan aksi-aksi pelancaran roket Al-Qassam dan operasi Amaliyyah Al-Istisyhadiyyah. 


My News

islamiconlineuniversity.com

Learn How to give Dawah

Alafasy Quran TV - Syeikh Misyari Rasyid Al-Afasy

Radio Rodja - Menebar Cahaya Sunnah - Kuliah Hadist

Iklan Nuff