Persiapan kayu api untuk memasak bubur asyura
Jam 1:Mula masukkan santan,beras,rempah dan sebagainya
Jam 4: Warna bubur dah berubah jadi warna coklat
Jam 8: Bubur asyura sudah masak dan di ceduk ketika cair, sudah boleh di makan cair.
Menceduk bubur asyura yang masih cair dan panas ke dalam talam
Siap 1 kawah bersamaan 6 talam bubur asyura yang masih suam-suam panas... huhu
2 Muharam 1431, Bubur Asyura yang siap di masak.. sudah pejal...
Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Seutama-utama puasa sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat malam". (Sahih Muslim)
Abu Musa Al Madani meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a.;
"Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) adalah seperti berpuasa
setahun dan siapa yang bersedekah pada hari Asyura adalah bagiku bersedekah setahun." Riwayat Albazzar
Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram).
Jawab baginda, "semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (Sahih Muslim)
Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (Sahih Muslim)
Dari Salamah bin Akwa r.a. dia menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. mengutus seorang lelaki suku Aslam pada hari Asyura dan memerintahkan kepadanya supaya mengumumkan kepada orang ramai, "Sesiapa yang belum puasa hari ini hendaklahlah dia berpuasa dan siapa
yang telah terlanjur makan hendaklahlah dia puasa juga sejak mendengar pemgumuman ini sampai malam". (Sahih Muslim)
Dari Ibnu Abbas r.a katanya, " Penduduk Khaibar berpuasa pada hari asyura dan menjadikannya sebagai hari raya, dimana wanita mereka memakai perhiasan dan pakaian yang indah pada hari itu. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasalah kamu pada hari
itu". (Sahih Muslim)
Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka,
kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura. (Sahih Bukhari)
Rasulullah s.a.w. bersabda; "Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi." - Riwayat Al Baihaqi
Puasa hari 'Asyura', Tasu'a' dan kesebelas Muharram Puasa hari 'Asyura' ialah puasa sunat pada hari kesepuluh bulan Muharram. Diriwayatkan daripada Mu'awiyah bin Abu Sufyan Radhiallahu 'anhuma berkata, aku mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam
bersabda:
Maksudnya: "Ini adalah hari 'Asyura' dan tidak diwajibkan ke atas kamu berpuasa sedangkan aku berpuasa. Maka barangsiapa yang hendak berpuasa maka berpuasalah dia dan barangsiapa mahu (tidak berpuasa) maka berbukalah dia (boleh tidak berpuasa)." (Hadits riwayat Bukhari) Hikmat berpuasa pada hari 'Asyura' sebagaimana yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas
Radhiallahu 'anhuma berkata:
Maksudnya: "(Tatkala) Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam sampai di Madinah, baginda melihat
orang-orang Yahudi berpuasa pada hari 'Asyura'. Baginda bersabda: "Apakah ini?" Mereka menjawab: "Hari yang baik, ini adalah hari yang mana Allah menyelamatkan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa berpuasa pada hari itu" Nabi bersabda: "Aku lebih
berhak dengan Musa daripada kamu" Lalu Baginda berpuasa dan memerintahkan berpuasa (pada hari itu.)" (Hadits riwayat Bukhari) Kelebihan berpuasa di hari 'Asyura' sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Qatadah Al-Anshari berkata:
Maksudnya: "Dan ditanya (Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam) tentang berpuasa pada hari 'Asyura'?Maka Baginda bersabda: "Ia menebus dosa setahun yang telah lalu." (Hadits riwayat Muslim) Adalah disunatkan juga di samping berpuasa pada hari 'Asyura', berpuasa
pada hari Tasu'a' iaitu hari yang kesembilan bulan Muharram berdasarkan riwayat daripada Abdullah bin Abbas Radhiallahu 'anhuma berkata:
Maksudnya: "Dahulu, ketika Rasulullah saw berpuasa pada hari 'Asyura' dan Baginda memerintahkan (para sahabatnya) untuk melakukan puasa itu, mereka berkata: "Wahai
Rasulullah! (Bukankah) sesungguhnya hari 'Asyura' itu hari yang diagungkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani?" Maka Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Apabila pada tahun yang akan datang, insya Allah kita akan berpuasa pada hari yang kesembilan"
Berkata Abdullah bin Abbas: "Belum sempat menjelang tahun hadapan, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam telah pun wafat." (Hadits riwayat Muslim).
Para ulama menyebutkan bahawa hikmat disunatkan berpuasa pada hari Tasu'a' (sembilan Muharram) itu dari
berbagai-bagai aspek:
1. Bagi menyalahi atau membezakan amalam orang-orang Yahudi yang hanya berpuasa pada hari 'Asyura' (Sepuluh Muharram) sahaja. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas Radhiallahu 'anhu berkata, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam
bersabda: Maksudnya: "Berpuasalah kamu pada hari 'Asyura' dan buatlah perbezaan padanya (dari) orang Yahudi (dengan) berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya."
(Hadits riwayat Ahmad)
2. Bagi maksud berhati-hati berpuasa pada hari 'Asyura' kerana kemungkinan berlaku
kesilapan kekurangan dalam pengiraan anak bulan. Maka dengan itu hari kesembilan Muharram itu dalam pengiraan adalah hari yang kesepuluh Muharram yang sebenarnya.
3. Bagi maksud menyambung puasa hari 'Asyura' dengan satu hari puasa yang lain kerana
tegahan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam berpuasa satu hari satu-satunya sahaja seperti berpuasa pada hari Jumaat. Walaupun begitu, tidaklah menjadi apa-apa jika hanya berpuasa sehari sahaja pada hari 'Asyura'. (lihat I'anah Ath-Thalibin 2/301) Oleh
kerana itu disunatkan juga, jika berpuasa pada hari 'Asyura' tanpa berpuasa pada hari Tasu'a', supaya berpuasa pada hari kesebelas Muharram. Bahkan Imam Syafi'e Rahimahullahu Ta'ala menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla' disunatkan berpuasa tiga hari tersebut iaitu hari kesembilan (Tasu'a'), kesepuluh ('Asyura') dan kesebelas bulan Muharram.
SEJARAH 10 MUHARRAM Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:
(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.
(9) Lemas Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.
Wallahu A'lam. Hanya mengharapkan Cahaya Sakinah dan Rahmat dari Allah Ta'ala.
Kredit kepada yU
9 comments:
michael kors purses
michael kors clearance
michael kors outlet online sale
michael kors outlet store
michael kors outlet
mont blanc pens
new balance store
air max 2014
nike shoes
free running
wedding dress
lululemon outlet
cheap ugg boots
ralph lauren outlet online
burberry handbags
toms outlet
michael kors outlet online
christian louboutin shoes
tory burch handbags
prada handbags
longchamp handbags
longchamp
chanel outlet
true religion
abercrombie kids
hollister kids
new balance shoes
converse outlet
lululemon
nfl jerseys
cheap jerseys
rolex watches for sale
replica watches
kenzo clothing
ray ban sunglasses
air max
fivefingers
jordan shoes
air max
michael kors
salomon shoes
jordan 3
nike air max 2018
2018.4.9xukaimin
Good write-up. I definitely love this site. Keep it up
https://wordpress.com/view/rehabgad.wordpress.com
https://prokr123.blogspot.com/
https://prokr123.weebly.com/
http://3arbia.info/
https://www.prokr.net/ksa/jeddah-water-leaks-detection-isolate-companies/
sahamalkhalij moving company
With the launch of the best furniture moving company in Dammam, most service institutions are competing for this title, due to the continuous increase in the demand of the furniture moving company in Dammam, which all our customers are looking for in Dammam
It is the cheapest company that offers experience and high quality in moving furniture in Khobar
Many people are looking for a moving company in Qatif that has sufficient capacity to move their home furniture in the fastest time, with high efficiency and at reasonable prices.
Furniture moving company in Dhahran We use the best and latest means in dismantling, installing and packing furniture, all with the presence of equipped, designed and specialized transport vehicles
With pride, Siham Al Khaleej Company, we can tell you that we are the best furniture moving company that you can have dealing with in moving furniture.
شركة نقل عفش بالدمام شركة نقل الأثاث بالخبر
شركة نقل عفش بالقطيف شركة نقل أثاث بالظهران
شركة نقل عفش شركة سهام الخليج لنقل الأثاث
#Fursan Furniture Transport Company
The furniture transport company in Al-Ahsa and Jubail provides you with all the devices and equipment necessary for packing and transporting the luggage. The furniture transportation company in Al-Ahsa and Jubail provides employment, technicians and engineers specialized to dismantle and install the luggage again. The company provides you with the equipped cars designated to transport the luggage to remote places. The company also provides trained and qualified drivers from the most important The advantages of the furniture moving company in Al-Ahsa is that it offers a range of services that contribute to the completion of the furniture transfer process
شركة نقل عفش بالاحساء
شركة نقل عفش بالجبيل
شركة فرسان النقل لنقل الاثاث
my sources https://www.dolabuy.su this link his comment is here see this here click for more
top article good quality replica bags you can try these out Dolabuy Bottega Veneta visit this web-site Dolabuy Gucci
wikipedia reference click here to investigate More Help Dolabuy Celine check my site click resources
more Dolabuy Celine like this replica designer bags wholesale the original source dolabuy.su
Post a Comment