IN MY HEAD: ?

Saturday, May 23, 2009

Dua Titis Dan Dua Bekas Yang Paling Dicintai Allah.

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Tidak ada sesuatu yang lebih Allah cintai daripada dua titis dan dua bekas iaitu titisan air mata yang keluar kerana takut kepada Allah dan titisan darah yang keluar kerana berjuang di jalan Allah, sedangkan dua bekas yang dicintai Allah adalah bekas yang berjuang dijalan Allah dan bekas melaksanakan suatu kewajipan di antara kewajipan-kewajipan dijalan Allah." (Shahih Sunan At-Tirmizi: 1363)

Tidak ada suatu apapun yang lebih Allah cintai daripada titisan air mata yang mengalir dari mata seseorang kerana amat takutnya kepada Allah yang dihasilkan dari kecintaannnya kepada Allah maka mata yang seperti inilah yang tidak akan disentuh oleh api neraka.

Sabda Rasulullah s.a.w :

"Dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka iaitu mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang berjaga(tidak tidur) pada malam hari untuk mengawasi(musuh Allah) dalam berjuang di jalan Allah" (Shahih Sunan At-Tirmizi: 1338)

Maksudnya, orang yang memiliki kedua mata ini,tidak akan disentuh api neraka iaitu mata seorang yang menangis takut kepada Allah dan mata orang yang berjaga malam hari untuk mengawasi musuh-musuh Allah dalam berjuang di jalan Allah.

Orang yang menangis kerana takut kepada Allah akan mendapat naungan Allah pada hari yang tidak ada naugan selain naungan Allah.

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Tujuh manusia yang Allah akan menaungi mereka pada hari tidak ada naungan selain naungan Nya,.......dan lelaki yang mengingati Allah lalu kedua matanya mengeluarkan air mata." (HR.Al-Bukhari)

Allah telah menberi pujian kepada para nabi yang mana jika mereka mendengar ayat-ayat Allah maka mereka sujud dan menangis.

Firman Allah Swt:

“Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis.”

                                                                               (Maryam: 58)

Allah telah memberi pujian kepada orang-orang yang diberi ilmu kepada mereka, jika dibacakan kepada mereka Al-Quran,

“Mereka menyungkur diatas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk.”

                                                                                (Al-Isra’:109)

Rasulullah s.a.w bersabda":

“Tidaklah api neraka menyentuh seorang lelaki yang menangis kerana takut kepada Allah hingga air susu kembali pada teteknya.” (Shahih Sunan At-Tirmizi: 1881)

Technorati Tags: ,

Salam.. Chat.


ShoutMix chat widget

Followers

As-Syahid Izzuddin Al-Qassam (1871 - 20 Nov 1935)

Nama sebenar beliau adalah Muhammad Izzuddin Abdul Qadir Mustafa Al-Qassam. Lahir di daerah Al-Ladziqiyyah, Syria Selatan. Masuk ke Al-Azhar sekitar tahun 1906 pada usia 14 tahun. Sempat berguru dengan Sheikh Muhammad Abduh dan berteman dengan Sheikh Rasyid Redho. Ketika penjajahan kuffar di Libya pada 1911, beliau turut memobilisasi senjata dan para mujahid untuk turun ke Libya. Setiap operasi jihad yang dipimpin oleh beliau di Palestin membuahkan kejayaan besar yang menakutkan Inggeris yang menjajah Palestin saat itu. Beliau syahid dalam satu pertempuran dahsyat di Kota Jenin, bersama 10 orang mujahid yang digempur dengan ratusan pasukan Inggeris yang menggunakan helikopter. Kini, nama beliau disematkan kepada sayap ketenteraan Hamas iaitu Brigade As-Syahid Izzuddin Al-Qassam yang sering dikenal dengan aksi-aksi pelancaran roket Al-Qassam dan operasi Amaliyyah Al-Istisyhadiyyah. 


My News

islamiconlineuniversity.com

Learn How to give Dawah

Alafasy Quran TV - Syeikh Misyari Rasyid Al-Afasy

Radio Rodja - Menebar Cahaya Sunnah - Kuliah Hadist

Iklan Nuff