IN MY HEAD: ?

Tuesday, December 29, 2009

Keresahanku

Saudara-saudaraku
Khalwat merupakan ketenangan dan kebahagianku,
Kekasihku selalu di hadapanku
Tak mungkin aku mendapat penganti-Nya
Cinta-Nya pada makhluk cubaa bagiku
Dia lah tujuan hidupku
Oh, hati yang ikhlas
Oh, tumpuan harapan
Berikanlah jalan untuk menghilangkan keresahanku,
Oh, Tuhan sumber kebahagian dalam hidupku
Pada-Mu saja, kuserahkan hidup dan keinginan
Demi mencari redha-Mu.
Apakah harapanku akan terwujud.
-Rabiah al Adawiyah-
Kitab Ar radhulfa'iqu, hlm 188.

Monday, December 28, 2009

Hari Asyura, 10 Muharam dan Bubur Asyura

Hari Asyura, 10 Muharam 1431, antara hari yang disunatkan berpuasa, Di pantai timur  Bulan Muharam dikenali dengan membuat bubur asyura,(bulan asyura) memasak bubur asyura di pantai timur menjadi tradisi sejak turun termurun. Penyedian memasak Bubur Asyura mengambil masa selama 8jam-+.. huhu.... lama tu.. Boleh disimpan selama 6 bulan hingga setahun.

Persiapan kayu api untuk memasak bubur asyura

Jam 1:Mula masukkan santan,beras,rempah dan sebagainya

Jam 4: Warna bubur dah berubah jadi warna coklat

Jam 8: Bubur asyura sudah masak dan di ceduk ketika cair, sudah boleh di makan cair.

Menceduk bubur asyura yang masih cair dan panas ke dalam talam
Siap 1 kawah bersamaan 6 talam bubur asyura yang masih suam-suam panas... huhu

2 Muharam 1431, Bubur Asyura yang siap di masak.. sudah pejal...
Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."

Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".


Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Seutama-utama puasa sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat malam". (Sahih Muslim)

Abu Musa Al Madani meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a.;
"Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) adalah seperti berpuasa
setahun dan siapa yang bersedekah pada hari Asyura adalah bagiku bersedekah setahun." Riwayat Albazzar

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram).
Jawab baginda, "semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (Sahih Muslim)

Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (Sahih Muslim)

Dari Salamah bin Akwa r.a. dia menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. mengutus seorang lelaki suku Aslam pada hari Asyura dan memerintahkan kepadanya supaya mengumumkan kepada orang ramai, "Sesiapa yang belum puasa hari ini hendaklahlah dia berpuasa dan siapa
yang telah terlanjur makan hendaklahlah dia puasa juga sejak mendengar pemgumuman ini sampai malam". (Sahih Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a katanya, " Penduduk Khaibar berpuasa pada hari asyura dan menjadikannya sebagai hari raya, dimana wanita mereka memakai perhiasan dan pakaian yang indah pada hari itu. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasalah kamu pada hari
itu". (Sahih Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka,
kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura. (Sahih Bukhari)

Rasulullah s.a.w. bersabda; "Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi." - Riwayat Al Baihaqi

Puasa hari 'Asyura', Tasu'a' dan kesebelas Muharram Puasa hari 'Asyura' ialah puasa sunat pada hari kesepuluh bulan Muharram. Diriwayatkan daripada Mu'awiyah bin Abu Sufyan Radhiallahu 'anhuma berkata, aku mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam
bersabda:

Maksudnya: "Ini adalah hari 'Asyura' dan tidak diwajibkan ke atas kamu berpuasa sedangkan aku berpuasa. Maka barangsiapa yang hendak berpuasa maka berpuasalah dia dan barangsiapa mahu (tidak berpuasa) maka berbukalah dia (boleh tidak berpuasa)." (Hadits riwayat Bukhari) Hikmat berpuasa pada hari 'Asyura' sebagaimana yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas
Radhiallahu 'anhuma berkata:

Maksudnya: "(Tatkala) Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam sampai di Madinah, baginda melihat
orang-orang Yahudi berpuasa pada hari 'Asyura'. Baginda bersabda: "Apakah ini?" Mereka menjawab: "Hari yang baik, ini adalah hari yang mana Allah menyelamatkan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa berpuasa pada hari itu" Nabi bersabda: "Aku lebih
berhak dengan Musa daripada kamu" Lalu Baginda berpuasa dan memerintahkan berpuasa (pada hari itu.)" (Hadits riwayat Bukhari) Kelebihan berpuasa di hari 'Asyura' sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Qatadah Al-Anshari berkata:

Maksudnya: "Dan ditanya (Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam) tentang berpuasa pada hari 'Asyura'?Maka Baginda bersabda: "Ia menebus dosa setahun yang telah lalu." (Hadits riwayat Muslim) Adalah disunatkan juga di samping berpuasa pada hari 'Asyura', berpuasa
pada hari Tasu'a' iaitu hari yang kesembilan bulan Muharram berdasarkan riwayat daripada Abdullah bin Abbas Radhiallahu 'anhuma berkata:

Maksudnya: "Dahulu, ketika Rasulullah saw berpuasa pada hari 'Asyura' dan Baginda memerintahkan (para sahabatnya) untuk melakukan puasa itu, mereka berkata: "Wahai
Rasulullah! (Bukankah) sesungguhnya hari 'Asyura' itu hari yang diagungkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani?" Maka Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Apabila pada tahun yang akan datang, insya Allah kita akan berpuasa pada hari yang kesembilan"
Berkata Abdullah bin Abbas: "Belum sempat menjelang tahun hadapan, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam telah pun wafat." (Hadits riwayat Muslim).

Para ulama menyebutkan bahawa hikmat disunatkan berpuasa pada hari Tasu'a' (sembilan Muharram) itu dari
berbagai-bagai aspek:

1. Bagi menyalahi atau membezakan amalam orang-orang Yahudi yang hanya berpuasa pada hari 'Asyura' (Sepuluh Muharram) sahaja. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas Radhiallahu 'anhu berkata, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam
bersabda: Maksudnya: "Berpuasalah kamu pada hari 'Asyura' dan buatlah perbezaan padanya (dari) orang Yahudi (dengan) berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya."
(Hadits riwayat Ahmad)

2. Bagi maksud berhati-hati berpuasa pada hari 'Asyura' kerana kemungkinan berlaku
kesilapan kekurangan dalam pengiraan anak bulan. Maka dengan itu hari kesembilan Muharram itu dalam pengiraan adalah hari yang kesepuluh Muharram yang sebenarnya.

3. Bagi maksud menyambung puasa hari 'Asyura' dengan satu hari puasa yang lain kerana
tegahan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam berpuasa satu hari satu-satunya sahaja seperti berpuasa pada hari Jumaat. Walaupun begitu, tidaklah menjadi apa-apa jika hanya berpuasa sehari sahaja pada hari 'Asyura'. (lihat I'anah Ath-Thalibin 2/301) Oleh
kerana itu disunatkan juga, jika berpuasa pada hari 'Asyura' tanpa berpuasa pada hari Tasu'a', supaya berpuasa pada hari kesebelas Muharram. Bahkan Imam Syafi'e Rahimahullahu Ta'ala menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla' disunatkan berpuasa tiga hari tersebut iaitu hari kesembilan (Tasu'a'), kesepuluh ('Asyura') dan kesebelas bulan Muharram.


SEJARAH 10 MUHARRAM Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:

(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.
(9) Lemas Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.
Wallahu A'lam. Hanya mengharapkan Cahaya Sakinah dan Rahmat dari Allah Ta'ala.
Kredit kepada yU

Monday, December 21, 2009

Larangan Mengharap Kematian Kecuali Jika Khawatir Agamanya Akan Rosak

aKetahuilah, Islam telah melarang kita mengharapkan kematian dan berdoa denganya. Larangan ini dilakukan agar orang yang baik dapat menambah kebaikanya dan orang yang jelek mahu bertaubat dari kesesatanya.
Anas r.a meriwayatkan, Rasulullah s.a.w bersabda:"Janganlah salah seorang dari kalian mengharap-harap kematian kerana suatu bahaya yang menimpanya. Namun,jika ia terpaksa melakukanya, hendaknya ia mengucapkan, 'Ya Allah, panjangkanlah umurku jika hidup lebih baik bagiku, dan matikanlah aku jika kematian lebih baikbagiku'. -Riwayat al-bukhari dan Muslim.

Saturday, December 19, 2009

@Cinta Tazkirah Jumaat.

"Carilah hatimu sewaktu membaca al-Quran. Jika kamu tidak temui,carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kamu tidak temui,carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kamu tidak temui juga,berdoalah kepada Allah,pinta hati yang baru..."
@dan sudikah kamu menjadi teman hidup dan teman mati kepada hati baru anugerah Allah Ar-Rahman Ar-Rahim.?


1 Muharram 1431.

Wednesday, December 9, 2009

@Mohon Kemaafaan.

Aku ingin kau membaca tulisan ini
Yang telah tertelan tanah
dan menjadi debu dalam hati ini

Seperti cawan terisi darah
tumpah mengenai hati bekuku
Seperti pula lidah api yang berkobar
membakar foto, cerita, puisi dan semua kenangan itu

Aku tahu
aku sungguh mencintaimu
Namun waktumu telah habis
Aku sakit ketika melihat kau marah
dan terhenti dalam nafasmu
Habis sudah semuanya

Malaikat membisikkanku
" lanjutkan hidupmu...jalanmu terbentang luas disana "
Iblismu pula membisikkanku
" katanya cinta sejati...ambil pisau hiris hatimu
kau akan menari indah bersamanya kembali "
dan aku memilih untuk menjadi aku sendiri
melanjutkan hidupku
dan tidak akan pernah bercinta lagi selain dengan dirinya
itulah cinta sejati...
iblis keparat!

Aku masih bisa mendengar
Harapan yang kian kosong
memintaku menjauh dari api yang sejuk itu
dan air yang sangat panas
dari cerita yang tak ada hujungnya

Tertawalah...
Kuingin tawamu merubah semua
apa yang ada difikiranmu tentangku
Tertawalah hingga gendang telingaku pecah
kerana tak kuat lagi mendengarnya
Aku telah amat terbiasa
Kau melatihku bertahun-tahun mendengarnya
Meski tawamu akan membuka satu pintu kecewa dihatiku
tapi tertawalah...
Kerana kutahu suatu saat
tak ada lagi yang dapat kau tertawakan dariku.

Kredit kepada a w a n


Kasih Tandus

Telah kering telaga rasa — kasih dan cinta
Bagai gurun tandus dimarah terik mentari
Siapa yang jejak mati jadinya tulang berserak
Terkubur tiada tanda terpahat tanpa nama

Embun enggan walau setitis pada yang gersang
Segunung dosa-dosa hitammu dan masih berbau
Terhidu saja bisa bergelimpang jiwa-jiwa
Tiada daya upaya melainkan-Mu jua
— ya Rahman

O Tuhan — yang Maha Pengasih
Beri sinar cinta dan kasih
Walau secebis!

kredit kepada Dari tarikan nafas,
abuyon
Madrasah Sains
8 Ogos 1999, 5.30 pagi

Salam.. Chat.


ShoutMix chat widget

Followers

As-Syahid Izzuddin Al-Qassam (1871 - 20 Nov 1935)

Nama sebenar beliau adalah Muhammad Izzuddin Abdul Qadir Mustafa Al-Qassam. Lahir di daerah Al-Ladziqiyyah, Syria Selatan. Masuk ke Al-Azhar sekitar tahun 1906 pada usia 14 tahun. Sempat berguru dengan Sheikh Muhammad Abduh dan berteman dengan Sheikh Rasyid Redho. Ketika penjajahan kuffar di Libya pada 1911, beliau turut memobilisasi senjata dan para mujahid untuk turun ke Libya. Setiap operasi jihad yang dipimpin oleh beliau di Palestin membuahkan kejayaan besar yang menakutkan Inggeris yang menjajah Palestin saat itu. Beliau syahid dalam satu pertempuran dahsyat di Kota Jenin, bersama 10 orang mujahid yang digempur dengan ratusan pasukan Inggeris yang menggunakan helikopter. Kini, nama beliau disematkan kepada sayap ketenteraan Hamas iaitu Brigade As-Syahid Izzuddin Al-Qassam yang sering dikenal dengan aksi-aksi pelancaran roket Al-Qassam dan operasi Amaliyyah Al-Istisyhadiyyah. 


My News

islamiconlineuniversity.com

Learn How to give Dawah

Alafasy Quran TV - Syeikh Misyari Rasyid Al-Afasy

Radio Rodja - Menebar Cahaya Sunnah - Kuliah Hadist

Iklan Nuff