IN MY HEAD: ?

Friday, May 7, 2010

Asal Bagi Segala Perkara Adalah Harus Sehingga Terdapat Dalil Yang Menunjukkan Kepada Tidak Harus.(As-Syafie)

Wudhuk Gambar Hiasan
(Siri 1) Memelihara Diri Dari Perkara Yang Samar.
Syarah Hadith Pilihan:
عَنْ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ الْحَلَالَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الْحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا مُشْتَبِهَاتٌ لَا يَعْلَمُهُنَّ كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ فَمَنْ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ وَعِرْضِهِ وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الْحَرَامِ كَالرَّاعِي يَرْعَى حَوْلَ الْحِمَى يُوشِكُ أَنْ يَرْتَعَ فِيهِ أَلَا وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمًى أَلَا وَإِنَّ حِمَى اللَّهِ مَحَارِمُهُ أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ
Daripada an-Nu’man bin Basyir r.a. katanya, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya halal itu jelas dan sesungguhnya haram itu jelas dan di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang samar yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Sesiapa yang mengelakkan dirinya daripada perkara yang samar bermakna dia telah membersihkan agama dan kehormatannya. Sesiapa yang terjerumus ke dalam perkara-perkara yang samar maka dia terjerumus di dalam perkara yang haram seperti seorang pengembala yang merumput di sekitar kawasan larangan pasti dia akan merumput di dalamnya. Ketahuilah sesungguhnya setiap raja mempunyai kawasan larangan. Ketahuilah sesungguhnya kawasan larangan Allah adalah perkara-perkara yang diharamkan olehnya. Ketahuilah sesungguhnya pada tubuh ada seketul darah, bila ia baik maka baiklah seluruh tubuh dan bila ia rosak maka rosaklah seluruh tubuh. Ketahuilah ia adalah hati.[1]
Kedudukan hadith:
Ulama mengemukakan pelbagai pendapat berkenaan kedudukan hadith ini. Antaranya ialah Ibnu Daqiq al-’Iid berkata: “Hadith ini merupakan usul yang penting dalam bab wara’ dan meninggalkan perkara syubahat atau sama di dalam agama.[2]
Imam as-Syaukani berkata: ulama menganggap hadith ini adalah satu hadith yang penting dalam agama. Ia merupakan salah satu dari empat hadith yang merupakan rujukan agama. Abu al-Hasan al-Ma’afiri menghimpunkan keempat-empat hadith tersebut dalam satu rangkap syair:
عُمْدَةُ الدِّينِ عِنْدَنَا كَلِمَاتٌ * أَرْبَعٌ مِنْ كَلَامِ خَيْرِ الْبَرِيَّهْ
اِتَّقِ الشُّبُهَاتِ وَازْهَدْ وَدَعْ مَا * لَيْسَ يَعْنِيكَ وَاعْمَلْنَ بِنِيَّهْ
Tiang agama di sisi kita adalah empat kalimat daripada ungkapan sebaik-baik rasul. Elakkan diri dari perkara syubhat (hadith ini), hadith perintah supaya zuhud, hadith perintah supaya meninggalkan apa yang tidak mendatangkan manfaat kepadamu dan hadith tentang niat.[3]
Imam Ahmad berkata: usul Islam berkisar sekitar tiga hadith iaitu hadith tentang niat, hadith melakukan perkara baru dalam agama dan hadith mengelak diri dari perkara syubhat.[4]
Antara sebab yang menjadikan hadith ini mulia di sisi ulama ialah kerana di dalamnya Rasulullah s.a.w. mengingatkan tentang kepentingan menjaga serta memilih yang baik-baik daripada makanan, minuman, pakaian, amalan dan lain-lain. Semuanya mestilah halal lalu baginda memberikan petunjuk untuk mengenali perkara halal dan salah satunya ialah dengan meninggalkan perkara yang samar kerana ia adalah salah satu asas untuk memelihara agama dan kehormatan. Di samping itu, baginda mengingatkan kita supaya tidak terjerumus ke dalam lembah syubhat dengan menjelaskan dalam bentuk perumpamaan dengan kawasan larangan. Nabi s.a.w. mengakhiri peringatan tersebut dengan mengingatkan bahawa asas kepada semua yang tersebut itu adalah penjagaan hati.
Makna umum hadith.
Allah ta’ala menurunkan kepada nabinya al-Quran dan menerangkan di dalamnya segala yang diperlukan oleh manusia dengan jelas seperti perkara yang halal, haram dan perkara yang mendorong kepada kedua-duanya. Mana-mana yang tidak dijelaskan oleh al-Quran, Nabi s.a.w. pasti akan menjelaskannya. Baginda bersabda:
عن ابن مسعود : أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال : ليس من عمل يقرب إلى الجنة إلا قد أمرتكم به و لا عمل يقرب إلى النار إلا قد نهيتكم عنه
Daripada Ibnu Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak ada satupun amalan yang boleh menghampirkan kepada syurga kecuali aku telah perintahkan kamu supaya melakukannya dan tidak ada satupun amalan yang boleh menghampirkan kepada neraka kecuali aku telah melarang kamu daripadanya”.[5]
Terutama sekali masalah yang berkaitan dengan usul agama iaitu berkaitan dengan akidah. Namun begitu apa yang terdapat di dalam al-Quran dan as-Sunnah sebahagiannya lebih jelas dari sebahagian yang lain. Mana-mana hukum yang dinyatakan di dalam kedua-dua sumber tersebut dengan jelas sehingga tidak timbul sebarang keraguan padanya dan hukum tersebut pula umum di kalangan masyarakat Islam terutamanya bila seseorang berada di suatu tempat yang boleh dizohirkan keislaman dan amalan Islam maka seseorang yang tidak mengetahui tentang hukum tersebut atau mengetahui tetapi melanggarnya dengan melakukan suatu yang dilarang dan meninggalkan suatu yang diperintahkan sebagai wajib tidak dimaafkan disebabkan kecuaiannya untuk memperolehi ilmu tentangnya.
Selain dari dua hukum yang jelas itu terdapat hukum yang ketiga yang diambil daripada keterangan yang tidak sampai peringkat tersebut dan ulama berselisih pendapat tentangnya sama ada halal atau haram. Bagi seseorang muslim yang ingin menjaga dirinya dari terjerumus ke dalam perkara yang haram, ingin menjaga agama dan kehormatannya dan ingin supaya hidupnya berada di atas landasan yang baik sepatutnya mengelakkan diri daripadanya. Namun begitu semuanya hanya boleh dilakukan dengan hati yang ikhlas dan suci kerana ia adalah asas di dalam memperbaiki segala perbuatan. Oleh itu latihan untuk membentuk hati mestilah sentiasa dilakukan.
Huraian hadith.
Segala perkara berkaitan agama terbahagi kepada tiga bahagian.
Pertama: halal yang jelas dan tiada sebarang kekeliruan padanya. Tidak berdosa melakukannya. Begitu juga tidak berdosa meninggalkannya jika tiada sebarang dalil yang menunjukkan bahawa ia adalah wajib. Di antara contohnya ialah ayat al-Quran atau hadith yang menggunakan lafaz dihalalkan atau Allah menghalalkan:
أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّيَامِ الرَّفَثُ إِلَى نِسَآئِكُمْ
Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan Puasa bercampur dengan isteri-isteri kamu[6]
أُحِلَّ لَكُمْ صَيْدُ الْبَحْرِ وَطَعَامُهُ مَتَاعًا لَّكُمْ وَلِلسَّيَّارَةِ
Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut dan makanan yang didapati dari laut, sebagai bekalan bagi kamu (untuk dinikmati kelazatannya) dan juga bagi orang-orang yang dalam pelayaran[7]
وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ
Padahal Allah telah menghalalkan jual beli.[8]
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ (ص) أُحِلَّتْ لَنَا مَيْتَتَانِ وَدَمَانِ
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dihalalkan kepada kita dua bangkai dan dua darah”.[9]
Tetapi jikalau al-Quran atau hadith menggunakan lafaz amar iaitu perintah atau lafaz difardhukan, diwajibkan dan seumpamanya atau lafaz-lafaz yang lain yang memberikan makna wajib maka hukum halal itu memberikan makna wajib selagi tidak terdapat mana-mana bukti yang menunjukkan bahawa perintah di situ bukan dengan makna wajib tetapi makna sunat atau harus sahaja. Antara contoh dari al-Quran dan hadith ialah:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُلُواْ مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُواْ لِلّهِ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ
Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepada-Nya kamu menyembah.[10]
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِصَاصُ فِي الْقَتْلَى
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu qishaash berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh[11]
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ (ص) إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ قَدْ فَرَضَ عَلَيْكُمْ الْحَجَّ
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah ‘azza wa jalla telah memfardhukan ke atas kamu haji”.[12]
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ (ص) فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hendaklah kamu berpegang kepada sunnahku dan sunnah khulafa’ ar-rasyidin”.[13]
Di antara perkara halal di sisi Imam as-Syafi’ie ialah sesuatu yang tidak terdapat dalil yang menunjukkan ia adalah haram. Ini tidak termasuk perkara yang berkait dengan perempuan dan ibadat khusus. Kerana yang berkait dengan kedua-duanya asalnya adalah haram. Imam as-Syafi’ie berdalilkan kepada ayat al-Quran dan hadith Nabi s.a.w. iaitu:
قُلْ لَا أَجِدُ فِي مَا أُوحِيَ إِلَيَّ مُحَرَّمًا عَلَى طَاعِمٍ يَطْعَمُهُ إِلَّا أَنْ يَكُونَ مَيْتَةً أَوْ دَمًا مَسْفُوحًا أَوْ لَحْمَ خِنْزِيرٍ فَإِنَّهُ رِجْسٌ أَوْ فِسْقًا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَإِنَّ رَبَّكَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah. Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.[14]
عن أبي ثعلبة الخُشَنِيِّ جُرثومِ بنِ ناشر رضي الله عنه ، عن رسول الله  صلى الله عليه وسلم  قال : (( إنَّ اللهَ تَعَالَى فَرَضَ فَرَائِضَ فَلاَ تُضَيِّعُوهَا ، وَحَدَّ حُدُوداً فَلاَ تَعْتَدُوهَا ، وَحَرَّمَ أَشْيَاءَ فَلاَ تَنْتَهِكُوهَا ، وَسَكَتَ عَنْ أشْيَاءَ رَحْمَةً لَكُمْ غَيْرَ نِسْيَانٍ فَلاَ تَبْحَثُوا عَنْهَا
Daripada Abi Tha’labah al-Khusyani iaitu Jurthum bin Nasyir r.a. daripada Rasulullah s.a.w. sabdanya: “Sesungguhnya Allah ta’ala telah memfardhukan beberapa kefardhuan maka janganlah kamu mensia-siakannya, menetapkan batas-batas maka janganlah kamu melampauinya, mengharamkan beberapa perkara maka janganlah kamu menghampirinya dan diam (tidak menyebutkan hukum) beberapa perkara sebagai satu rahmat kepada kamu serta bukan kerana lupa maka janganlah kamu mencari-carinya”.[15]
Berdasarkan kepada ayat al-Quran dan hadith di atas Imam as-Syafi’ie membuat kesimpulan dengan mengeluarkan qaedah fiqh yang berbunyi:
الْأَصْلُ فِي الْأَشْيَاءِ الْإِبَاحَةُ حَتَّى يَدُلَّ الدَّلِيلُ عَلَى عَدَمِ الْإِبَاحَةِ
Asal bagi segala perkara adalah harus sehingga terdapat dalil yang menunjukkan kepada tidak harus.[16]
Disediakan oleh Ahmad Nasim bin Abdul Rauf untuk www.darulkautsar.net
Rujukan:-[1] Riwayat al-Bukhari, Muslim,[2] Ibnu Daqiq al-‘Iid, Ihkam al-Ahkam Syarh Umdah al-Ahkam jil.1 hal. 471,[3] As-Syaukani Nail al-Authar jil. 5 hal. 269, [4] Ibnu Rajab al-Hambali Jami’ al-Uloom wa al-Hikam jil. 1 hal 9, [5] Al-Hakim al-Mustadrak ‘Ala as-Shahihain,[6] Al-Baqarah 187,[7] Al-Maaidah 96 ,[8] Al-Baqarah 275[9] Musnad Ahmad,[10] Al-Baqarah 172,[11] Al-Baqarah 178,[12] Sunan an-Nasaie, Musnad Ahmad,[13] Sunan Ibnu Majah, Musnad Ahmad,[14] Al-An’am 145,[15] Sunan ad-Dar Quthni, Sunan al-Baihaqi, [16] Al-Fawaid al-Janiyyah fi al-Qawaid al-Fiqhiyyah hal. 209,

5 comments:

Unknown said...

shijun 6.24
oakley sunglasses outlet
fitflop
coach outlet
gucci outlet online
michael kors handbags
pandora rings
gucci handbags
louis vuitton outlet
michael kors outlet
tory burch shoes
michael kors handbags
louis vuitton
hollister outlet
abercrombie store new york
jordan 13s
coco chanel
coach bags
abercrombie & fitch
louis vuitton
tod's outlet
cheap chanel handbags
pandora rings
cheap nfl jerseys
cheap chi straighteners
ralph lauren outlet
cheap ray ban sunglasses
christian louboutin sale
christian louboutin shoes
louis vuitton uk outlet
ralph lauren home
jordan shoes
mulberry uk
ray ban sungalsses
tory burch outlet online
burberry
christian louboutin outlet
louis vuitton handbags
birkin bags
coach outlet
michael kors handbags

Unknown said...

p90x3

giuseppe zanotti

maccosmetics.com

instyler

mizuno running shoes

wholesale handbags

tommy hilfiger outlet stores

ed hardy clothing

levis outlet store

bcbg max

bebe clothing

harrods london

gucci shoes

polo ralph lauren outlet

nike running shoes

nike free run

air jordan shoes

soccer shoes

nike roshe run

nike outlet

north face backpacks

north clearance

cheap oakley sunglasses

oakley sunglasses

oakley outlet

oakley vault

rolex watches for sale

pandora rings

pandora jewelry

ralph lauren outlet online

prada shoes

prada handbags

prada outlet

Unknown said...

201578dongdong
ed hardy outlet
michael kors handbags
celine outlet
ray ban sungalss
abercrombie
louis vuitton handbags
prescription sunglasses
abercrombie and fitch
polo ralph lauren
christian louboutin sale
christian louboutin outlet
hollister outlet
timberlands
true religion
cheap jerseys
burberry outlet
chanel uk
hollister clothing store
burberry outlet
christian louboutin
polo ralph lauren
ray bans
adidas outlet store
gucci outlet
black timberland boots
coach outlet store online
michael kors
jordan 11 low
ray ban sunglasses
mont blanc pens
louis vuitton
louis vuitton handbags
cheap jordans
christian louboutin shoes
chanel handbags
oakley sunglass
insanity workout dvd
christian louboutin outlet
jordan 8

Unknown said...

yeezy boost 350
michael kors handbags
michael kors
ray ban sunglasses
replica watches
ugg boots
polo ralph lauren
kobe 9
polo ralph lauren
tory burch outlet
20161125lck

Unknown said...

michael kors outlet clearance
cartier watches
polo ralph lauren
air jordan 11
cheap oakley sunglasses
longchamp outlet
adidas outlet store
uggs outlet
michael kors outlet online
ray ban sunglasses
20161205lck

Post a Comment

Salam.. Chat.


ShoutMix chat widget

Followers

As-Syahid Izzuddin Al-Qassam (1871 - 20 Nov 1935)

Nama sebenar beliau adalah Muhammad Izzuddin Abdul Qadir Mustafa Al-Qassam. Lahir di daerah Al-Ladziqiyyah, Syria Selatan. Masuk ke Al-Azhar sekitar tahun 1906 pada usia 14 tahun. Sempat berguru dengan Sheikh Muhammad Abduh dan berteman dengan Sheikh Rasyid Redho. Ketika penjajahan kuffar di Libya pada 1911, beliau turut memobilisasi senjata dan para mujahid untuk turun ke Libya. Setiap operasi jihad yang dipimpin oleh beliau di Palestin membuahkan kejayaan besar yang menakutkan Inggeris yang menjajah Palestin saat itu. Beliau syahid dalam satu pertempuran dahsyat di Kota Jenin, bersama 10 orang mujahid yang digempur dengan ratusan pasukan Inggeris yang menggunakan helikopter. Kini, nama beliau disematkan kepada sayap ketenteraan Hamas iaitu Brigade As-Syahid Izzuddin Al-Qassam yang sering dikenal dengan aksi-aksi pelancaran roket Al-Qassam dan operasi Amaliyyah Al-Istisyhadiyyah. 


My News

islamiconlineuniversity.com

Learn How to give Dawah

Alafasy Quran TV - Syeikh Misyari Rasyid Al-Afasy

Radio Rodja - Menebar Cahaya Sunnah - Kuliah Hadist

Iklan Nuff