IN MY HEAD: ?

Tuesday, November 23, 2010

Expo Cheng Ho-Laksamana Cheng Ho

Cheng Ho Expo adalah yang pertama antara pameran perdagangan antarabangsa yang akan diadakan oleh Kerajaan Negara Kelantan di Kota Bharu, Kelantan, memaparkan lebih dari 300 syarikat-syarikat dari negara-negara di seluruh dunia. Layari laman web ini http://www.chenghoexpo.com.my/chenghoexpo/

bilbord

Expo Cheng Ho bawakan perubatan Islam falsafah Wudhu'

oleh Husam Musa

2010105102317166

Cheng Ho Expo 2010 yang akan berlangsung di perkarangan Stadium Muhammad IV pada 21 hingga 26 November 2010 akan membawa beberapa teknik perubatan Islam tradisi Cina yang telah  diamalkan sejak 1300 tahun.

Antaranya ialah Rawatan  Tangpin Bazen yang diasaskan berdasar kepada falsasah Wudhu’. Mengikut amalan tradisi ini, pengambilan wudhu’ melibatkan titik-titik akupuntur yang penting dalam badan manusia dan titik-titik ini boleh dirangsangkan untuk tujuan perawatan dan perubatan.

Jumlah Titik Akupunktur Pada Anggota Wudhu’ iaitu Muka -  84. Tangan – 95. Kepala – 64. Telinga -  125. Kaki – 125. Jumlah keseluruhan = 493 titik.

Dr Yusuf Ma, pengamal tradisi ini adalah generasi kelapan dalam keturunan mereka yang menerima teknik rawatan ini sejak turun temurun. Beliau akan datang bersama rombongan untuk memberikan rawatan, ceramah dan latihan kepada para pengunjung Cheng Ho Expo 2010 di Kota Bharu nanti.

Terdapat 493 titik penerima rangsangan pada anggota wudhu’. Dari ilmu ahli akupuntur, di celah-celah jari terdapat 16 titik akupunktur yang mana titik-titik tersebut apabila dirangsang yang istmewa yang dapat mengubati migrain, sakit gigi, tangan-lengan merah, bengkak, dan jari kaku. Dalam teknik Dr. Yusuf, tanduk lembu yang telah diolah serta ditulis ayat-ayat Al Qur’an tertentu digunakan.

Berkenaan telinga pula,  ia mengandungi 30 titik rangsangan dan Dr. teknik rawatan ini mempunyai cara khas rawatan!

Nantikan di Cheng Ho Expo 2010 bersama pameran mengenai perubatan Islam mengikut tradisi Cina yang akan di bawa khas oleh Ningxia Medical University bersama tiga Profesor mereka dan empat perawat khas.

Dari Husam Musa

3 comments:

Post a Comment

Salam.. Chat.


ShoutMix chat widget

Followers

As-Syahid Izzuddin Al-Qassam (1871 - 20 Nov 1935)

Nama sebenar beliau adalah Muhammad Izzuddin Abdul Qadir Mustafa Al-Qassam. Lahir di daerah Al-Ladziqiyyah, Syria Selatan. Masuk ke Al-Azhar sekitar tahun 1906 pada usia 14 tahun. Sempat berguru dengan Sheikh Muhammad Abduh dan berteman dengan Sheikh Rasyid Redho. Ketika penjajahan kuffar di Libya pada 1911, beliau turut memobilisasi senjata dan para mujahid untuk turun ke Libya. Setiap operasi jihad yang dipimpin oleh beliau di Palestin membuahkan kejayaan besar yang menakutkan Inggeris yang menjajah Palestin saat itu. Beliau syahid dalam satu pertempuran dahsyat di Kota Jenin, bersama 10 orang mujahid yang digempur dengan ratusan pasukan Inggeris yang menggunakan helikopter. Kini, nama beliau disematkan kepada sayap ketenteraan Hamas iaitu Brigade As-Syahid Izzuddin Al-Qassam yang sering dikenal dengan aksi-aksi pelancaran roket Al-Qassam dan operasi Amaliyyah Al-Istisyhadiyyah. 


My News

islamiconlineuniversity.com

Learn How to give Dawah

Alafasy Quran TV - Syeikh Misyari Rasyid Al-Afasy

Radio Rodja - Menebar Cahaya Sunnah - Kuliah Hadist

Iklan Nuff