Nabi S.A.W mempertegaskan hal taubat dan dosa ini dalam sebuah hadis, tetapi perlulah berhati-hati memahami maksud dari hadis ini, iaitu :-
وَالَّذِي نَفْسِي بيده لو لم تُذْنِبُوا لَذَهَبَ الله بِكُمْ وَلَجَاءَ بِقَوْمٍ يُذْنِبُونَ فَيَسْتَغْفِرُونَ اللَّهَ فَيَغْفِرُ لهم
Ertinya : Demi nyawaku di tangan Allah, sekiranya kamu (manusia) tidak melakukan dosa, nescaya Allah akan melenyapkan kamu dan mendatangkan satu kaum lain yang berdosa lalu mereka menyesal dan meminta keampunan Allah, kemudian Allah akan mengampunkan mereka" ( Riwayat Muslim, no 2749, 4/2106)
Saya kira, mungkin hadis di atas juga mungkin boleh membawa kebimbangan sama yang anda utarakan kepada saya. Tetapi ia perlulah difahami sebaiknya.
At-Tibi menjelaskan maksudnya dengan berkata :-
قال الطيبي ليس الحديث تسلية للمنهمكين في الذنوب كما يتوهمه أهل الغرة بالله فإن الأنبياء صلوات الله وسلامه عليهم إنما بعثوا ليردعوا الناس عن غشيان الذنوب بل بيان لعفو الله تعالى وتجاوزه عن المذنبين ليرغبوا في التوبة
Berkata At-Tibi : Bukanlah hadis ini untuk menggembirakan puak-puak yang sibuk melakukan dosa sebagaimana yang disangka oleh orang-orang tertipu, tetapi sebenarnya ia bagi menjelaskan bahawa dibangkitkan para nabi bagi menghalang manusia dari terus ditutupi dosa-dosa lalu menerangkan keampunan Allah dan mendatangkan semangat ahli maksiat untuk bertaubat ( Tuhfatul Ahwazi, 7/193 )
sila rujuk: Sah Nikah Hamil : Tak Boleh Percaya Taubat Mereka
Syeikh Ibn Atoillah As-Sakandari seorang ulama terkenal dalam bidang sufi dalam salah satu kata hikmahnya menyebut :-
معصية أورثت ذلاَ وانكسارا , خير من طاعة أورثت عزَا واستكبارا
Ertinya : "Satu maksiat yang menyebabkan kamu merasa kerdil, rendah diri, hina dan hancur hati ( kerana penyesalan dan taubat) lebih baik dari melakukan taat yang menjadikan kamu merasa agung, bangga dan hebat ( sehingga tahap ujub)"
Saya juga tertarik dengan satu lagi kata hikmah beliau sebelum itu yang berbunyi :-
ربما قضى عليك بالذنب فكان سبب الوصول
Ertinya : Berkemungkinan ditaqdirkan bagimu melakukan satu dosa sebagai sebab musababab untukmu sampai kepada keredhaan Allah swt (dengan rasa rendah diri, hina dan akhirnya berubah menjadi soleh)
Dr Syeikh Muhammad Said Ramadhan Al-Buti dalam menghuraikan kedua-dua hikmah ini membawakan dalil berikut sebagai sokongannya :
إِلَّا مَن تَابَ وَآمَنَ وَعَمِلَ عَمَلًا صَالِحًا فَأُوْلَئِكَ يُبَدِّلُ اللَّهُ سَيِّئَاتِهِمْ حَسَنَاتٍ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا
Ertinya : kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (Al-Furqan : 70)
Seseorang yang menyesali sebenar-benarnya keterlanjuran dosanya dan merasakan kepedihan dan kehinaan diri kerananya adalah merupakan salah satu bentuk cara Allah swt mengazabnya di dunia lagi bagi menyelematkan di akhirat, dan boleh menjadi sebab Allah menukarkan selepas azab tersebut dengan kebaikan yang lebih banyak. (Al-Hikam Al-‘Atoiyyah : 3/147)
Benarlah kata hikmah ulama yang menyebutkan : "Sesungguhnya tangisan dan sedu sedan seorang yang terjatuh dalam maksiat kerana pedih dan sesal kerana maksiatnya sudah pasti lebih dicintai oleh Allah swt dari tasbih orang yang menunjuk-nujuk sambil berasa ujub terhadap kebaikan dirinya"
6 comments:
Currently it appears like Wordpress is the top blogging platform available right now.
(from what I've read) Is that what you're using on your blog?
Feel free to visit my web site - football news for today
golden goose outlet
lebron 16
adidas yeezy
off white
golden goose sneakers
jordan sneakers
air jordan
lebron james shoes
moncler
moncler jacket
off white clothing
golden goose sneakers
lebron 18
supreme clothing
cheap jordans
yeezy boost 350 v2
yeezy boost 350 v2
kobe sneakers
golden goose sneakers
kobe shoes
visit this page try these out dig this look at this web-site next replica ysl bags
j9o79h2n16 h3j78q8k15 q4h17x7e70 n1d42e7w53 s7e05c5d14 y5a85g9p38
j7p58b1l70 j5v62f0g29 m5f82t6c65 s2h68b2g67 a5v40d1w58 a9w50m0y63
Post a Comment