IN MY HEAD: ?

Thursday, April 9, 2009

Jika Aku Jatuh Hati

Hamba Yang Dicintai Allah

Setiap pekerjaan memiliki buah yang akan dipetik dan buah yang dipetik itu adalah buah yang sejenis dengan pohonnya,jadi sesiapa yang amal perbuatannya dicintai dan diredhai Allah bererti ia kekasih Allah dan sesiapa yang amal perbuatannya dibenci Allah maka ia hamba yang di benci Allah.

Persoalannya bukanlah masalah untuk mencintai Allah tetapi yang pentingnya, bagaimana agar dapat menjadi hamba Allah yang di cintai-Nya. Agar cinta-nya itu memberi kebaikan,kebahagian, kemenangan, keselamatan, di dunia dan di akhirat. Alangkah ruginya orang yang di benci Allah.

Orang yang di cintai Allah akan dimasukkan ke salah satu tingkatan di antara beberapa tingkatan yang ada di syurga dan Allah akan menambahkan nikmat-Nya kepada mereka. Orang yang di murkai Allah pula akan di humbankan ke neraka, seksaan yang sesuai dengan dosa yang di lakukan.

Jika Allah Mencintai seorang Hamba, Dia Akan Diterima Oleh Penduduk Bumi

solat2

Sabda Rasulullah s.a.w “Sesungguhnya Allah jika telah mencintai seorang hamba,maka Dia akan mmanggil malaikat Jibril dan berkata: Sesungguhnya Allah telah mencintai si fulan,maka cintailah dia,maka malaikat Jibril pun mencintainya kemudian malaikat Jibril menyeru di langit: ‘Sesungguhnya Allah telah mencintai si fulan,maka cintailah dia’, maka seluruh penghuni langit pun mencintainya dan dia akan diterima oleh seluruh penduduk bumi.” (Hadith Riwayat. Al-Bukhari).

Di antara buah kecintaan Allah yang akan diterima oleh hamba Allah yang dicintai-Nya adalah orang yang dicintai Allah itu akan di terima oleh penghuni bumi iaitu bahawa orang yang di cintai Allah itu akan dicintai manusia, manusia akan simpati dan redha kepadanya dan manusia akan berkeyakinanb bahawa di dalam dirinya terdapat kebaikan dan manusia juga akan berusaha untuk mencegah datangnya bahaya kepadanya dengan semampu mungkin.

Technorati Tags: ,,,,

Salam.. Chat.


ShoutMix chat widget

Followers

As-Syahid Izzuddin Al-Qassam (1871 - 20 Nov 1935)

Nama sebenar beliau adalah Muhammad Izzuddin Abdul Qadir Mustafa Al-Qassam. Lahir di daerah Al-Ladziqiyyah, Syria Selatan. Masuk ke Al-Azhar sekitar tahun 1906 pada usia 14 tahun. Sempat berguru dengan Sheikh Muhammad Abduh dan berteman dengan Sheikh Rasyid Redho. Ketika penjajahan kuffar di Libya pada 1911, beliau turut memobilisasi senjata dan para mujahid untuk turun ke Libya. Setiap operasi jihad yang dipimpin oleh beliau di Palestin membuahkan kejayaan besar yang menakutkan Inggeris yang menjajah Palestin saat itu. Beliau syahid dalam satu pertempuran dahsyat di Kota Jenin, bersama 10 orang mujahid yang digempur dengan ratusan pasukan Inggeris yang menggunakan helikopter. Kini, nama beliau disematkan kepada sayap ketenteraan Hamas iaitu Brigade As-Syahid Izzuddin Al-Qassam yang sering dikenal dengan aksi-aksi pelancaran roket Al-Qassam dan operasi Amaliyyah Al-Istisyhadiyyah. 


My News

islamiconlineuniversity.com

Learn How to give Dawah

Alafasy Quran TV - Syeikh Misyari Rasyid Al-Afasy

Radio Rodja - Menebar Cahaya Sunnah - Kuliah Hadist

Iklan Nuff