IN MY HEAD: ?

Sunday, June 28, 2009

Kehendak Orang Yang Bersolat

Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din - Minyatul Musolli

Download bawah: Siri Syarahan Kitab Minyatul Musolli - Syeikh Daud Al-Fatani

01. Dr. Harun Din - Minyatul Musolli Siri 01 Muqaddimah(02 Mac 2006 

02. Dr. Haron Din - Minyatul Musolli Siri 02 Rukun & Syarat(16 Mac 2006) 03. Dr. Haron Din - Minyatul Musolli Siri 03 Syarat Sah (06 April 2006)

04. Dr. Haron Din - Minyatul Musolli Siri 04 Rukun 1 (20 April 2006) 05. Dr. Haron Din - Minyatul Musolli Siri 05 Rukun 2 (18 Mei 2006) 06. Dr. Haron Din - Minyatul Musolli Siri 06 Sunat (15 Jun 2006)

07. Dr. Haron Din - Minyatul Musolli Siri 07 Rahsia Solat (06 Julai 2006) 08. Dr. Haron Din - Minyatul Musolli Siri 08 Pergerakan Solat (20 Julai 2006)

09. Dr. Haron Din - Minyatul Musolli Siri 09 Syarat & Kesempurnaan 1 (03 Ogos 2006) 10. Dr. Haron Din - Minyatul Musolli Siri 10 Syarat & Kesempurnaan 2 (17 Ogos 2006)

11. Dr. Haron Din - Minyatul Musolli Siri 11 Pendekatan Solat (02 November 2006) 12. Dr. Haron Din - Minyatul Musolli Siri 12 Pengertian Bacaan (12 November 2006)

13. Dr. Haron Din - Minyatul Musolli Siri 13 Sujud Sahwi (07 Disember 2006) 14. Dr. Haron Din - Minyatul Musolli Siri 14 Perbuatan Sunat & Makruh(21 Disember 2006)

15. Dr. Haron Din - Minyatul Musolli Siri 15 Memelihara Solat (04 Januari 2007) 16. Dr. Haron Din - Minyatul Musolli Siri 16 Solat Jumaat (18 Januari 2007)

17. Dr. Haron Din - Minyatul Musolli Siri 17 Permasalahan Solat Jumaat (01 Februari 2007) 18. Dr. Haron Din - Minyatul Musolli Siri 18 Kewajipan Solat 1 (15 Februari 2007)

19. Dr. Haron Din - Minyatul Musolli Siri 19 Kewajipan Solat 2 (01 Mac 2007) 20. Dr. Haron Din - Minyatul Musolli Siri 20 Solat Sunat (15 Mac 2007) 21. Dr. Haron Din - Minyatul Musolli Siri 21 Keadilan & Kezaliman Pemerintah 1 (05 April 2007)

22. Dr. Haron Din - Minyatul Musolli Siri 22 Keadilan & Kezaliman Pemerintah 2 (19 April 2007) 23. Dr. Haron Din - Minyatul Musolli Siri 23 Keadilan & Kezaliman Pemerintah 3 (17 Mei 2007)

24. Dr. Haron Din - Minyatul Musolli Siri 24 Keadilan & Kezaliman Pemerintah 4 (07 Jun 2007) 25. Dr. Haron Din - Minyatul Musolli Siri 25 Keadilan & Kezaliman Pemerintah 5 (21 Jun 2007)

26. Dr. Haron Din - Minyatul Musolli Siri 26 Keadilan & Kezaliman Pemerintah 6 (05 Julai 2007)

27. Dr. Haron Din - Minyatul Musolli Siri 27 Muafiq dan Masbuq (19 Julai 2007) - Akhir

Kewajiban Solat.

Allah Taala berfirman:

“Sesungguhnya solat itu adalah merupakan kewajiban yang ditentukan atas semua orang mukmin”.

                                                                                Surah An-Nisa’:103.

Rasulullah s.a.w bersabda:

“Solat-solat lima(solat lima waktu) dan Jumaat yang satu sampai Jumaat yang berikutnya adalah sebagai penebus dosa antara jarak waktu masing-masing itu,selama dijauhinya dosa-dosa yang besar”.

                                                              Diriwayatkan oleh Muslim.

                                                               

Rasulullah S.A.W ditanya:

“Amalan-amalan apakah yang lebih utama? Beliau S.A.W menjawab:    …iaitu solat tepat pada waktunya”.

                                         Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

                                           

Abu Bakr R.A berkata: ‘Apabila waktu solat telah datang,maka berdirilah kamu semua menuju ketempat apimu yang kamu nyalakan dan padamkanlah itu.(Bersegera solat).

Bersujud

Rasulullah s.a.w bersabda:

“Tiada seorang muslim pun yang bersujud kerana Allah sekali sujudan, melainkan dengannya itu Allah mengangkatnya sedarjat dan menghilangkan dari dirinya satu kesalahan”.

                              Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Muslim.

                            

Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sedekat-dekat adanya seseorang itu dengan Tuhannya ialah diwaktu ia sujud.Oleh sebab itu perrbanyakkanlah berdoa di saat itu”.

                                                                   Diriwayatkan oleh Muslim.

Allah Taala berfirman:

“Tanda-tanda diwajah mereka itu tampak sekali kerana adanya bekas bersujud itu”.

                                                                                          Surah Fath:29.

Yang dimaksudkan bekas itu ialah cahaya kekhusyu’ annya, sebab cahaya inilah yang memancar dari batin seseorang itu keluar.

Khusyu’

Allah Taala berfirman:

“Dan dirikanlah solat itu semata-mata untuk mengingat-ingat padaKu”.

                                                                                          Surah Thoha:14

Dari zahirnya perintah ini adalah menunjukkan kewajiban. Lalai dan lengah-lengah adalah disebalik ingat.Jadi seseorang yang lalai dan lengah dalam solatnya, maka bagaimanakah ia dapat dikatakan bahawa dia mendirikan solat itu untuk semata-mata mengingat-ingat kepada Allah Taala.

Allah Taala berfirman:

“Janganlah kamu semua termasuk golongan orang orang yang lalai”.

                                                                                         Surah A’raf:205

Firman Allah S.W.T

“Sungguh bahagialah orang-orang mukmin iaitu mereka yang khusyu’ dalam solatnya”.

                                                                              Surah Mu’minun:1-2

Ayat diatas menjelaskan bahawa Allah Taala membuat tingkat-tingkat kebahagian itu dengan jalan melakukan kekhusyu’an di dalam solat.Ini sebagai pernyataan bahwa seseorang yang tidak melaksanakan kekhusyu’an itu adalah sama halnya debgan menghindarkan diri dari tujuan untuk menuju keuntungan serta keselamatan, padahal inilah pengertian kebahagian yang sebenar-benarnya.

Rasulullah S.A.W bersabda:

“Bahwasanya solat itu adalah penetapan hati, merendhkan diri serta jiwa, juga engkau meletakkan kedua tanganmu sambil mengucap: ‘Ya Allah, Ya Allah’. Maka barangsiapa yang tidak melakukan seperti itu, maka ia adalah orang yang kurang amalannya”.

                              Diriwayatkan oleh At-Tirmizi dan An-Nasa-i.

Sabda Rasulullah S.A.W bersabda:

“Barangsiapa yang solatnya tidak dapat mencegah dirinya dari perbuatan buruk dan kemungkaran, maka orang itu tidaklah bertambah dari Allah melainkan hanya jauhnya saja”.

                                                          Diriwayatkan oleh At-Thabrani.

 

Diceritakan pula dari Muslim bin Yasar bahawa pada suatu hari ia bersolat dimasjid Basrah, lalu salah satu dinding masjid jatuh.Orang-orang kebanyakan sama menunjukkan kegembiraan kerana keselamatan dirinya, tiba-tiba Muslim itu merasa keheran-heranan dan berkata, ‘Ah, saya tidak merasakan itu’.

Ibnu Abbas berkata: ‘Dua rakaat yang dilakukan dengan penuh berfikir adalah lebih baik daripada bersolat semalaman suntuk,sedang hatinya sentiasa lalai’.

Ihya Ulumuddin - Hujjatulislam Imam Al-Ghazali

Wallahu A'lam. Hanya mengharapkan Cahaya Sakinah dan Rahmat dari Allah Ta'ala.

Technorati Tags:

Salam.. Chat.


ShoutMix chat widget

Followers

As-Syahid Izzuddin Al-Qassam (1871 - 20 Nov 1935)

Nama sebenar beliau adalah Muhammad Izzuddin Abdul Qadir Mustafa Al-Qassam. Lahir di daerah Al-Ladziqiyyah, Syria Selatan. Masuk ke Al-Azhar sekitar tahun 1906 pada usia 14 tahun. Sempat berguru dengan Sheikh Muhammad Abduh dan berteman dengan Sheikh Rasyid Redho. Ketika penjajahan kuffar di Libya pada 1911, beliau turut memobilisasi senjata dan para mujahid untuk turun ke Libya. Setiap operasi jihad yang dipimpin oleh beliau di Palestin membuahkan kejayaan besar yang menakutkan Inggeris yang menjajah Palestin saat itu. Beliau syahid dalam satu pertempuran dahsyat di Kota Jenin, bersama 10 orang mujahid yang digempur dengan ratusan pasukan Inggeris yang menggunakan helikopter. Kini, nama beliau disematkan kepada sayap ketenteraan Hamas iaitu Brigade As-Syahid Izzuddin Al-Qassam yang sering dikenal dengan aksi-aksi pelancaran roket Al-Qassam dan operasi Amaliyyah Al-Istisyhadiyyah. 


My News

islamiconlineuniversity.com

Learn How to give Dawah

Alafasy Quran TV - Syeikh Misyari Rasyid Al-Afasy

Radio Rodja - Menebar Cahaya Sunnah - Kuliah Hadist

Iklan Nuff