IN MY HEAD: ?

Tuesday, July 7, 2009

Fadhilat Zikir

Andai kata tidak ada mana-mana ayat atau hadith yang menyebut tentang zikirullah, namun tidak sepatutnya seorang hamba Allah itu lalai daripada mengingati Allah swt pemberi nikmat hakiki pada bila-bila masa pun kerana pada setiap detik,kenikmatan dan kurniaan daripada Allah Zat Yang Maha Suci begitu banyak dan tidak berkesudahan serta tidak ada bandingan seumpama itu. Oleh itu, mengingati, menyebut, mensyukuri dan mengakui kebaikan pemberi nikmat yang demikian itu adalah suatu perkara yang terdapat dalam naluri diri manusia itu sendiri.

Terdapat begitu banyak sekali ayat al-quran, hadith serta kata-kata dan kisah-kisah ulama yang memberi galakan dan dorongan yang bersungguh-sungguh tentang berzikir kepada Allah Zat Yang Maha Suci, maka sememangnya tidak dapat dibayangkan betapa banyak keberkatan dan Nur yang terkandung dalam berzikir kepada Allah swt.Di bawah saya mengutarakan beberapa ayat-ayat al-Quran  dan beberapa hadith yang bekaitan dengan zikirullah yang penuh keberkatan ini.

Firman Allah SWT:

‘Maka,oleh itu, ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu) supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu mengkufuri (nikmatku).’                                    [al-Baqarah:152]

Firman Allah SWT:

‘Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang ‘Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah(dengan doa-doa dan tasbih) ditempat Masyaril-haram’ (di Muzdalifah) dan ingatlah kepada Allah dengan menyebutNya sebagaimana dia telah memberi petunjuk hidayat kepada kamu dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah daripada golongan orang-orang yang salah jalan ibadatnya.’                                    [al-Baqarah:198]

Firman Allah SWT:

“Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan ibadat haji kamu maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingati Allah(dengan menbesarkanNya.) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut(memuji-muji) datuk nenek kamu bahkan ingatlah Allah dengan sebutan yang lebih  lagi. Dalam pada itu ada antara manusia yang (berdoa dengan) berkata, 'Wahai Tuhan kami, berikanlah kepada kami(kebaikan) didunia  dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat. Antara mereka ada pula yang (berdoa dengan) berkata, ’Wahai Tuhan kami, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka,’Mereka itulah yanag akan memperolehi bahagian yang baik daripada apa-apa yang telah mereka usahakan dan Allah amat cepat perhitunganNya.”[al-Baqarah:200-202]

Diriwayatkan dalam sebuah hadith bahawa terdapat tiga golongan manusia yang doa mereka tidak akan ditolak oleh Allah SWT(bahkan pasti doa mereka akan dikabulkan.)Pertama ialah mereka yang banyak berzikir kepada Allah SWT,Kedua ialah seorang yang dizalimi.Ketiga ialah seorang pemerintah yang tidak melakukan kezaliman.[Jami’us Saghir]

Sesungguhnya, untuk beramal dan untuk dijadikan contoh pengajaran satu ayat al-Quran dan satu hadith pun sudah memadai.Sebaliknya, bagi mereka yang memang tidak ingin beramal, jika dikemukakan kitab demi kitab pun tidak berguna juga.

Hadith 1

Daripada Abu Hurairah r.a katanya bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, “Allah SWT berfirman:

‘Sesungguhnya apa-apa yang akan Aku lakukan terhadap hambaKu adalah mengikut sangkaan hambaKu terhadapkKu dan Aku bersamanya apabila dia mengingatiKu. Jika dia mengingati Aku didalam hatinya,Maka Aku mengingati dia di dalam hatiKu dan jika dia mengingati Aku dalam perhimpunan maka Aku ingati dia dalam perhimpunan yang lebih baik.(iaitu dalam jemaah para malaikat yang maksum dan suci daripada segala dosa).Apabila hambaKu mendekatiKu sejengkal, maka aku dekati dia sehasta,Apabila dia mendekati Aku sehasta, maka aku dekati dia sedepa.Dan apabila dia datang mendekati Aku dengan berjalan, maka Aku dekati dia dengan berlari.’ [Hadith Riwayat Imam Ahmad,Bukhari,Muslim dan lain-lain.

Hadith 2

Diriwayatkan  daripada Abdullah bin Busr r.a bahawa sesungguhnya seorang lelaki bertanya, ‘Ya Rasulullah, pengetahuan hukum-hukum syariah Islam telah banyak bagiku, beritahulah kepadaku sesuatu yang dapat aku mengamalkannya secara berterusan sepanjang hidupku.’ Baginda s.a.w bersabda, ‘Hendaklah lidahmu senantiasa basah dengan zikirullah.’                    [Hadith Riwayat Ibnu Abi Syaibah,Ahmad dan lain-lain]

Dalam Hadith yang lain Muaz r.a berkata bahawa pembicaraan yang terakhir antara Baginda s.aw dengan aku ketika aku berpisah dengan Baginda s.a.w ialah aku bertanya, ‘Amalan manakah yang amat disukai oleh Allah swt? Baginda bersabda bahawa hendaklah kamu meninggal dunia dalam keadaan lidah kamu basah berzikir kepada Allah.

Jika seseorang dilamun percintaan maka seseorang itu akan merasai kemanisan dan kelazatan dengan menyebut nama orang yang dicintainya. Hakikat ini hanya diketahui dan dirasai oleh orang yang pernah mengalami percintaan. Oleh itu, maksudnya ialah hendaklah menyebut nama Allah Yang Maha Suci dengan penuh syahdu sehingga terasa kemanisannya.

Sesetengah ulama, ahli zikir apabila mereka berzikir secara jihir(dengan mengeraskan suara)maka kelazatan zikir itu turut dirasai oleh orang yang berada disamping mereka. Hingga kelazatan zikir itu dapat dirasai oleh semua orang. Tetapi hal ini hanya diperolehi apabila hati sudah mengecapi kelazatan dan lidah pula sudah biasa dengan memperbanyakkan zikir.

Wallahu A'lam. Hanya mengharapkan Cahaya Sakinah dan Rahmat dari Allah Ta'ala.

Technorati Tags: ,

1 comment:

Unknown said...

If you haven't traveled to Miami or spent much time in South Beach, then you might not be replica watches uk aware of the fact that it is a battle ground. Oh yes, there is a sincere fight replica watches uk between Audemars Piguet and rival Hublot, whose watches dot the wrists of so very many people replica watches uk you encounter along the way. While Rolex exists like a benevolent force that maintains order in the luxury watch replica watches sale world - keeping everything "OK" as they endlessly spend on marketing to keep wrist watch love high - the young and restless seek out more rolex replica uk contemporary luxury sport watches from other Swiss brands. And those brands happen to very often be Audemars Piguet and replica watches sale Hublot, as I have personally experienced, at least in replica watches sale this city. Is there a winner? Everyone is a winner when you have people wearing watches from both brands as rolex replica clearly both companies are selling product.

Post a Comment

Salam.. Chat.


ShoutMix chat widget

Followers

As-Syahid Izzuddin Al-Qassam (1871 - 20 Nov 1935)

Nama sebenar beliau adalah Muhammad Izzuddin Abdul Qadir Mustafa Al-Qassam. Lahir di daerah Al-Ladziqiyyah, Syria Selatan. Masuk ke Al-Azhar sekitar tahun 1906 pada usia 14 tahun. Sempat berguru dengan Sheikh Muhammad Abduh dan berteman dengan Sheikh Rasyid Redho. Ketika penjajahan kuffar di Libya pada 1911, beliau turut memobilisasi senjata dan para mujahid untuk turun ke Libya. Setiap operasi jihad yang dipimpin oleh beliau di Palestin membuahkan kejayaan besar yang menakutkan Inggeris yang menjajah Palestin saat itu. Beliau syahid dalam satu pertempuran dahsyat di Kota Jenin, bersama 10 orang mujahid yang digempur dengan ratusan pasukan Inggeris yang menggunakan helikopter. Kini, nama beliau disematkan kepada sayap ketenteraan Hamas iaitu Brigade As-Syahid Izzuddin Al-Qassam yang sering dikenal dengan aksi-aksi pelancaran roket Al-Qassam dan operasi Amaliyyah Al-Istisyhadiyyah. 


My News

islamiconlineuniversity.com

Learn How to give Dawah

Alafasy Quran TV - Syeikh Misyari Rasyid Al-Afasy

Radio Rodja - Menebar Cahaya Sunnah - Kuliah Hadist

Iklan Nuff