IN MY HEAD: ?

Thursday, July 16, 2009

Zuhud

Ustaz Kazim Elias

Kitab: Ihfazillah Yahfazka -Tempat: Surau AU4, Keramat

Sumber: manchuping

Konsep Zuhud Dalam Islam: Suatu Renungan di Alaf Baru

Oleh: Professor Madya Dr. Abdul Halim Muhammady

Zuhud adalah satu dari sifat kesempurnaan peribadi Muslim. la merupakan tanda kemantapan iman dalam hubungan manusia dengan Allah s.w.t. Memandangkan zuhud ini penting dalam kehidupan Muslim maka tulisan yang ringkas ini Cuba memberi huraian terhadap perkara-perkara berikut; definisi zuhud, asas-asas idea serta tingkatan-tingkatan zuhud, petanda-petanda dan kepentingannya dalam kehidupan Muslim.

DEFINISI ZUHUD

Perkataan "zuhud' adalah dari perkataan Arab. Ia berasal dari kata dasar "zahida" yang bermaksud mengelak dan meninggalkan sesuatu kerana kehinaannya atau kerana kekurangannya. Perkataan ini ada juga digunakan dalam al-Qur'an dengan ungkapan "al-Zahidin" maksudnya 'orang yang tidak suka'. Demikian juga penggunaannya di dalam hadith-hadith dengan ungkapan yang berbeza-beza tetapi mempunyai pengertian yang tidak jauh berbeza.

Perkataan Zuhud dalam penggunaan biasa memberi erti sebagaimana di atas. Tetapi pengertian zuhud yang lebih khusus, seperti yang dimaksudkan dalam tulisan ini ialah kebencian hati terhadap perkara-perkara keduniaan dan mengelak diri daripadanya kerana mentaati Allah s.w.t. sedangkan dia mempunyai keupayaan untuk mendapatkannya, tapi ia mengelakkan diri dari kegemaran itu dan meninggalkannya.

ASAS IDEA

Analisa tentang zuhud ini adalah berasaskan kepada al-Qur'an dan al-Sunnah. Antara ayat-ayat yang berkaitan dengannya adalah sebagai berikut:

Terjemahan: Lalu mereka menjualnya dengan harga yang murah iaitu beberapa dirham yang dihitung kerana mereka adalah orang yang tidak suka kepadanya.3
Firman-Nya lagi,

Terjemahan: Telah diperhiaskan manusia cinta kepada perkara perkara yang diingini iaitu perempuan-perempuan, anak-anak, emas dan perak yang berpikul-pikul, kuda yang baik, binatang-binatang ternakan dan sawah ladang, yang demikian itu perhiasan hidup di dunia sedangkan dirinya di sisi Allah tempat kembali yang baik.

RasuluLlah s.a.w. juga pernah bersabda tentang zuhud antaranya ialah;

Tcrjemahan: Zahid lah kamu di dunia nescaya Allah mencintai kamu, dan zahid lah kamu apa yang ada pada tangan manusia, nescaya kamu dicintai oleh manusia.

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi:

Terjemahan: Apabila Allah menghendaki seseorang itu baik maka dizahidkannya hidup di dunia dan mengemarkannya kepada akhirat dan memperlihatkan kekurangan dirinya.

ULASAN TERHADAP DEFINISI DAN NAS

Difahami darn definisi dan nas-nas di atas jelas mcnunjukkan hahawa apa yang dikehendaki dengan zuhud itu ialah mengelak dan menyisihkan diri dari perkara-perkara keduniaan kerana mentaati Allah dan mematuhi hukum-Nya.

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan perkara-perkara keduniaan itu'? Kita t1dak akan dapat memahami hakikat hidup zuhud, tanpa memahami terlehih dahulu maksud perkara-perkara keduniaan iii. Apa yang dimaksudkan dengan perkara-perkara keduniaan itu ialah seperti apa yang dijelaskan oleh al-Our'an. Allah s.w.t berfirman:

Terjemahan: Telah diperhiaskan manusia cinta kepada perkara-perkara yang diingini iaitu perempuan-perempuan, anak-cucu, emas dan perak yang berpikul-pikul, kuda-kuda yang baik, binatang-binatang ternakan dan sawah ladang, yang demikian itu perhiasan hidup di dunia, sedangkan di sisi Allah tempat kembali yang baik.

Dalam ayat yang lain pula Allah berfirman,

Terjemahan: Ketahui olehmu bahawa sesungguhnya hidup di dunia itu adalah mainan, leka, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu, membanyakkan harta dan anak-pinak…tidaklah kehidupan dunia itu kecuali kepuasan yang tertipu.
Allah s.w t. berfirman lagi,

Terjemahan: adalah mainan dan leka.

Kesimpulan dari nas di atas mengenai kehidupan dunia itu ialah kecenderungan manusia dan tumpuannya dalam usaha mencari kepuasan yang hanya mementingkan kebendaan semata-mata tanpa mengambil kira batasan hukum dan adab syara'. Ini termasuklah mencari kepuasan nafsu dengan perempuan, berbangga dengan anak dan keturunan, tamak dan mengumpul harta berpikul-pikul, dalam bentuk emas, perak, binatang-binatang ternakan, kebun-kebun dan sawah ladang. Mereka bukan sahaja berusaha untuk mengumpul harta malah mereka juga turut merasa bangga dengan pencapaian itu. Allah s.w.t. meletakkan orang yang menumpukan perhatian kepada perkara-perkara itu sebagai mereka yang hidup dalam main-main dan kelekaan semata-mata. Kepuasan yang mereka rasai itu sebenarnya kepuasan yang tertipu, bersifat sementara, merugikan dan melalaikan manusia dari menumpukan kepada hakikat yang lebih bernilai dan lebih tinggi.

Sungguhpun perkara ini dianggap sebagai perkara-perkara keduniaan tetapi keperluannya kepada manusia tidak dapat dinafikan. Justeru itu, manusia mengambil manfaat sekadar keperluannya sahaja, dan itu tidak dikira sebagai keduniaan tetapi sebagai memenuhi keperluan (hajat), dan keperluan ini adalah sebagai ketentuan yang mesti dipenuhi (darurat). Maka untuk menentukan pengambilan dan penggunaan perkara-perkara itu secara baik, sifat zuhud ini amat diperlukan untuk membendung diri dari kegelojohan nafsu manusia itu; nafsu syahawat dan nafsu membina rasa, melalui rasa keindahan dalam berbagai bentuknya.

Termasuk dalam perkara keduniaan juga ialah cinta hidup lama dan takut kepada mati. Allah berfirman:

Terjemahan: Dan mereka berkata, Tuhan kami, kenapakah Kamu mewajibkan ke atas kami berperang, mengapakah Kamu tidak membiarkan kami hingga ajal yang hampir.

Cita-cita ingin hidup lama dan takut kepada mati adalah dikira sebagai perkara keduniaan. Ini kerana dengan cita-cita itu kita seolah-olah ingin memanjangkan masa untuk memuaskan kecenderungan nafsu yang buas. Kita juga ingin memenuhkan masa dengan keseronokan yang bersifat sementara, yang mempunyai kemahuan tanpa batasan.

PERKARA KEDUNIAAN DAN KEPERLUAN

Melalui tujuh perkara yang disebut dalam ayat di atas, terdapat di dalamnya dua penilaian hukum, iaitu keduniaan dan keakhiratan. Jika penggunaan perkara-perkara yang disebutkan adalah sekadar keperluannya sahaja maka itu tidaklah dikira sebagai keduniaan tetapi sebagai darurat dan sebagai hajat yang mesti dipenuhi." Bagi mereka yang zuhud , perkara yang halal itu digunakan tidak lebih dari keperluan asasinya kerana mereka takut terlibat dengan persoalan yang lebih lama dan perkiraan yang lebih panjang di akhirat.

Dalam kita menilai keperluan yang wajib diambil kira sebagai penggunaan dan pengambilan yang tidak dapat dielakkan, maka keperluan itu hanya dilihat dari berbagai aspek. Ini kerana keperluan itu adalah berbagai; ada keperluan yang wujud dalam hubungan individu, keluarga, masyarakat dan ada dalam hubungan negara.

Jadi, supaya penyaluran dan penggunaan perkara-perkara di atas tidak membazir dan tidak melampaui batas-batas hukum, maka zuhud dapat memainkan peranan supaya penyaluran dan penggunaannya berlaku dengan sebaik-baiknya. Dengan itu penggunaan perkara-perkara itu bukan lagi bersifat keduniaan tetapi adalah untuk kepentingan akhirat dan keredaan Allah.

TINGKATAN-TINGKATAN ZUHUD

Dipandang kepada pencapaian manusia didapati zuhud itu ada beberapa peringkat;

1. Zuhud yang paling rendah ialah zuhud dari perkara-perkara keduniaan, iaitu walaupun pembawaan dan kecenderungan kepada keduniaan itu masih ada dalam dirinya, tetapi ia berjihad untuk cuba menjauhkan dirinya dan cuba mengelak darinya. Orang yang berada dalam tingkatan ini masih berada dalam bahaya iaitu sekiranya dia dikuasai maka dia akan terjerumus ke dalam lubuk keduniaan itu.

2. Zuhud yang pertengahan ialah apabila seseorang itu meninggalkan perkara-perkara keduniaan secara taat kepada hukum Allah s.w.t. Ini adalah untuk mengelakkan kehinaan dari perkara itu di samping kecenderungannya mencari ketaatan dan untuk mendapat keuntungan yang lebih dari Allah.

3. Zuhud yang paling tinggi ialah zuhud yang semata-mata taat kepada Allah dengan tidak ada sebarang pertimbangan yang lain. Baginya perkara dunia itu tidak ada nilai langsung. Ada atau tidaknya sama sahaja. Jika dibandingkan dengan nikmat di akhirat, dan dengan meninggalkan perkara itu dia tidak akan merasai apa-apa kesan pun. Zuhud dalam peringkat ini akan menyebabkan ia merasa aman di dalam dirinya kerana kesempurnaan ma'rifatnya dan tidak ada sebarang lintasan dalam dirinya terhadap perkara-perkara keduniaan itu.

TANDA-TANDA ZUHUD

Untuk mengetahui zuhud di dalam diri seseorang maka terdapat tiga petanda yang digariskan oleh Imam Ghazali iaitu:

1. Tidak merasa gembira dengan apa yang dapat dicapai dan tidak merasa dukacita dengan apa yang hilang, iaitu berdasarkan kepada firman ALlah s.w.t.;

Ini adalah tanda zuhud pada harta.

2. Sikapnya sama sahaja sama ada dipuji atau dicela. Ini adalah tanda zuhud pada pangkat dan kedudukan.

3. Sentiasa mendampingi diri dengan ALlah s.w.t. Hatinya sentiasa dipenuhi oleh kemanisan ketaatannya kepada Allah kerana sifat hati sememangnya tidak boleh kosong dari kemanisan dan kecintaan sama ada kepada Allah atau kepada yang lain.

ASAS ZUHUD

Tanda permulaan zuhud itu ialah memasukkan dalam hati ingatan yang patuh kepada akhirat, kemudian timbul kemesraan perhubungan dengan Allah s.w.t. Ingatan hati secara penuh kepada akhirat tidak boleh berlaku kecuali apabila seseorang itu hilang ingatan hati kepada keduniaan. Kemesraan perhubungan dengan Allah pula tidak boleh berlaku kecuali hilang kecenderungan hawa nafsu. Orang yang bertaubat dari dosa sedangkan ia tidak merasa kemanisan taat maka dirinya tidak akan terjamin aman dari mengulangi kembali, perbuatan dosanya dan orang yang meninggalkan perkara dunia sedangkan ia tidak merasa kemanisan zuhud maka ia akan kembali pula kepada keduniaan.16

KEPENTINGAN ZUHUD DALAM KEHIDUPAN MUSLIM

Zuhud sebagaimana yang dijelaskan, adalah menimbulkan kecenderungan untuk mengelak dan menyisihkan diri dari perkara-perkara keduniaan kerana taat kepada ALlah, iaitu mengelak diri dari perkara-perkara keduniaan yang menghalang dirinya dari sampai kepada tahap untuk menuju ke arah keredhaan Allah s.w.t.

Zuhud dapat menimbulkan kecenderungan hubungan yang tinggi di antara manusia dengan Allah s.w.t, iaitu hubungan yang diasaskan kepada rasa cinta dari ma'rifat Allah yang penuh melalui basirah. Di samping itu kesan yang baik dan menyeluruh berlaku dalam tindak-tanduk seseorang. Ini termasuklah mengambil segala perkara yang ada di hadapannya sekadar keperluan dan yang lebihan disalurkan untuk kepentingan kebajikan masyarakat.

Sumber: Minda Madani.

Wallahu A'lam. Hanya mengharapkan Cahaya Sakinah dan Rahmat dari Allah Ta'ala.

Technorati Tags:

No comments:

Post a Comment

Salam.. Chat.


ShoutMix chat widget

Followers

As-Syahid Izzuddin Al-Qassam (1871 - 20 Nov 1935)

Nama sebenar beliau adalah Muhammad Izzuddin Abdul Qadir Mustafa Al-Qassam. Lahir di daerah Al-Ladziqiyyah, Syria Selatan. Masuk ke Al-Azhar sekitar tahun 1906 pada usia 14 tahun. Sempat berguru dengan Sheikh Muhammad Abduh dan berteman dengan Sheikh Rasyid Redho. Ketika penjajahan kuffar di Libya pada 1911, beliau turut memobilisasi senjata dan para mujahid untuk turun ke Libya. Setiap operasi jihad yang dipimpin oleh beliau di Palestin membuahkan kejayaan besar yang menakutkan Inggeris yang menjajah Palestin saat itu. Beliau syahid dalam satu pertempuran dahsyat di Kota Jenin, bersama 10 orang mujahid yang digempur dengan ratusan pasukan Inggeris yang menggunakan helikopter. Kini, nama beliau disematkan kepada sayap ketenteraan Hamas iaitu Brigade As-Syahid Izzuddin Al-Qassam yang sering dikenal dengan aksi-aksi pelancaran roket Al-Qassam dan operasi Amaliyyah Al-Istisyhadiyyah. 


My News

islamiconlineuniversity.com

Learn How to give Dawah

Alafasy Quran TV - Syeikh Misyari Rasyid Al-Afasy

Radio Rodja - Menebar Cahaya Sunnah - Kuliah Hadist

Iklan Nuff