IN MY HEAD: ?

Saturday, July 18, 2009

Israk Dan Mikraj

Pada setiap tanggal 27 Rejab, kita akan selalu teringat suatu peristiwa yang sangat luarbiasa , yang terjadi sejak 15 abad yang silam, iaitu peristiwa perjalanan Nabi Muhammad s.a.w, di waktu malam dengan  menaiki buraq dari Masjid al-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Palestin, terus naik ke langit ke tujuh sampai ke Sidratul Muntaha. Peristiwa ini lebih dikenali dalam masyarakat kita hari ini iaitu ‘ Peristiwa Israk dan Mikraj”
Yang menjadi agenda utama sempena peristiwa ini adalah perintah wajib sembahyang lima waktu sehari semalam, baik untuk peribadi Nabi s.a.w. mahupun untuk kita umatnya dengan waktu yang telah ditetapkan.
Jadikan pengajaran dan iktibar dari peristiwa Israk dan Mikraj sebagai langkah untuk membersihkan serta membentuk sahsiah diri kita dengan kembali ke jalan Allah dan meninggalkan perbuatan keji yang sia-sia.
Ust. Aziz - Ceramah Israk Mikraj
Ust. Aziz, Ceramah Israk Mikraj, Masjid Kg Alor Durian, Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan pada 7 Ogos 2007.*Harap maaf audio kurang memuaskan.
Forum Israk Mikraj Dan Penghayatan Solat.

Forum (1) Israk Mikraj, Masjid An-Nur 5hb Julai 2008 bersama ahli panel  Ust Muhamad Mustafa, Ust Saibon dan Ust Zainudin Che Ismail.
Nabi Muhammad SAW diangkat ke langit dalam masa satu malam sahaja. Betapa pentingnya peristiwa ini hingga satu surah dari al-Quran Kalamullah diberi nama surah Al-Israk.
ISRAK DAN MIKRAJ DARI KACAMATA AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ
Maknanya: Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari masjid haram ke masjid aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran Kami, sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (Surah israk, ayat:1)
Terdapat dalil yang jelas daripada al-quran dan hadis yang sahih tentang mukjizat al-Israk, maka wajib kita beriman bahawa Allah Taala memperjalankan Nabi Muhammad pada waktu sepertiga malam dari Makkah ke Palestin.
Al-Mikraj adalah sebuah perjalanan yang dimulakan dari Masjid Al-Aqsa hingga ke langit yang ke-tujuh dengan menaiki tangga yang diperbuat daripada emas dan perak.
BERAPA PERKARA ANEH YANG DISAKSIKAN OLEH RASULULLAH KETIKA ISRAK:
1-Dunia dalam bentuk seorang wanita tua.
2-Iblis laknatullahialaihi.
3-Mashitah tukang sikat rambut anak perempuan firaun.
4-Para Mujahid di jalan Allah.
5-Penyebar fitnah.
6-Orang yang meninggalkan solat.
BEBERAPA KEAJAIBAN YANG DILIHAT OLEH BAGINDA KETIKA AL MIKRAJ:
1-Penjaga neraka.
2-Albaitul Makmur.
3-Sidratulmuntaha
4-Syurga.
5-Al -Arasy.
Berkaitan dengan Arasy, saidina Ali telah berkata:
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah mencipta arasy demi menzahirkan kekuasaanNya dan bukan menjadikannya sebagai tempat untuk zatNya” (diriwayatkan oleh Abu Mansur Al-Baghdad). Maka telah kafir orang yang beriktiqad bahawa Allah duduk atau bersemayam di atas Arasy kerana Maha Suci Allah yang tidak menyerupai sesuatu pun bahkan kewujudanNya tanpa memerlukan tempat.
Alangkah buruknya tohmahan yang dilemparkan oleh Wahhabiah yang mendakwa Allah Ta’ala duduk atau bersemayam di atas arasy tetapi duduk atau bersemayamNya bukan seperti kita. Dimanakah letaknya akal mereka?Bagaimanakah Allah Ta’ala duduk di atas sesuatu yang telah diciptakanNya?Bukankah sifat ‘duduk’ atau ‘bersemayam’ adalah salah satu daripada sifat makhluk,dan semestinya yang duduk berhajat kepada tempat untuk didudukinya.Kesimpulannya di sini mustahil bagi Allah Ta’ala menyerupai makhluknya.
Firman Allah Ta’ala:
‘Tidak ada sesuatupun yang menyerupainya’.Telah berkata Imam Tohawi ‘sesiapa yang menyifatkan Allah dengan salah satu sifat daripada sifat-sifat manusia maka dia telah kufur (kafir).
Perkara yang paling mashur dalam peristiwa Israk dan Mikraj ialah difardhukan solat lima waktu.Dalam peristiwa ini, menjadi dalil bagi Ahli Sunnah Wal Jamaah bahawa para nabi dan wali boleh berinteraksi dan memberi syafaat selepas kewafatan mereka.
Nabi Musa alaihissalam sudah lama wafat sebelum kelahiran Nabi Muhammad, tetapi Nabi Musa boleh berinteraksi dengan orang yang masih hidup walaupun dia sudah wafat sekian lama. Hal ini menunjukkan bahawa orang yang telah mati di dalam agama Islam boleh memberi manfaat kepada orang yang masih hidup.Bukankah Nabi Musa telah memberi manfaat kepada umat Muhammad? Oleh sebab inilah ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah telah berpendapat bahawa harus dan tidak syirik orang yang bertawassul samaada bertawassul dengan orang yang telah hidup ataupun orang yang telah mati.Bukankah nabi kita sendiri yang telah mengajar sahabatnya agar bertawassul sepertimana yang telah dinyatakan oleh Imam Al-Thobarani dalam dua kitabnya: Al-Mukjam Al-Kabir dan Al-Mukjam Al-Soghir. Alangkah jahilnya mereka contohnya seperti golongan Wahhabi yang bertopengkan dengan nama Salafi mengatakan bahawa Tawassul itu adalah diantara sebesar-besar unsur syirik dan dengan secara tidak langsung mengikut pandangan mereka (wahhabi) yang melarang perbuatan Tawassul bahawa Nabi telah mengajar satu amalan syirik kepada sahabat baginda wal iyazubillah min zalik.Memadailah dengan kita berhujah dengan amalan imam kita yang paling masyhur iaitu Imam Syafie yang pernah bertawassul dengan Imam Abu Hanafiah selepas kewafatan beliau untuk menyangkal pandangan Wahhabi, sepertimana yang disebut oleh Imam Al-Khatib Al-Baghdadi dalam kitabnya Tatikh Baghdad.
Peristiwa Al-Israk dan Al-Mikraj adalah salah satu mukjizat yang dianugerahkan kepada Nabi Muhammad oleh Allah Ta’ala.Dalam peristiwa Al-Israk Dan Al-Mikraj solat lima waktu difardhukan ketika mana baginda bertemu dengan Nabi Musa dan baginda menyuruh Nabi Muhammad agar meminta kepada Allah Ta’ala supaya dikurangkan solat yang asalnya difardhukan 50 solat kepada lima solat. Hasilnya ialah setiap solat itu mendapat 10 ganjaran. Maka solat lima waktu itu samalah dengan solat yang 50 itu dari segi ganjarannya.
Sumber: Disediakan oleh Ahmad Faidzurrahim Al-Hajj Muhammad ‘Alawy.  
Wallahu A'lam. Hanya mengharapkan Cahaya Sakinah dan Rahmat dari Allah Ta'ala.
Technorati Tags: ,,

3 comments:

Unknown said...

2015-6-1 zhengjx
kate spade uk
christian louboutin outlet
coach outlet online
burberry scarf
gucci uk
true religion jeans
air max 95
kate spade bags
chanel handbags
chanel outlet
abercrombie outlet
true religion
prada outlet
caoch outlet
christian louboutin sale
oakley sunglasses
cheap oakley sunglasses
michael kors handbags
jordan shoes
tory burch outlet
true religion outlet
rolex watches
ray ban sunglass
kate spade outlet online
michael kors outlet online
cheap oakleys
michael kors bags
cheap jerseys
ray ban glasses
michael kors bag
toms outlet
coach factory outlet
ray ban sunglasses
michael kors outlet online
ray bans
true religion sale
ray ban sunglasses
burberry handbags
michael kors outlet
true religion outlet

Unknown said...

201578dongdong
christian louboutin sale
prada outlet
true religion sale
football shoes
louis vuitton outlet
juicy couture
jordan 13
coach factory outlet
michael kors outlet
coach outlet
air max uk
michael kors outlet online
michael kors uk
christian louboutin sale
michael kors outlet
cheap louis vuitton handbags
kevin durant shoes
pandora jewelry
michael kors outlet
oakley sunglasses outlet
tory burch outlet
jordan 11 concord
michael kors outlet
beats by dr dre
ray ban sunglass
christian louboutin outlet
christian louboutin shoes
ray ban sunglasses outlet
coach outlet
michael kors handbags
louis vuitton handbags
coach outlet
air jordan pas cher
ghd hair straighteners
longchamp bags
michael kors outlet online
lebron james shoes 2015
longchamp handbags
tory burch sale
abercrombie

salwar catalogue said...

Yang menjadi agenda utama sempena peristiwa ini adalah perintah wajib sembahyang lima waktu sehari semalam, baik untuk peribadi Nabi s.a.w. mahupun untuk kita umatnya dengan waktu yang telah ditetapkan. black salwar suit , black shalwar kameez ,

Post a Comment

Salam.. Chat.


ShoutMix chat widget

Followers

As-Syahid Izzuddin Al-Qassam (1871 - 20 Nov 1935)

Nama sebenar beliau adalah Muhammad Izzuddin Abdul Qadir Mustafa Al-Qassam. Lahir di daerah Al-Ladziqiyyah, Syria Selatan. Masuk ke Al-Azhar sekitar tahun 1906 pada usia 14 tahun. Sempat berguru dengan Sheikh Muhammad Abduh dan berteman dengan Sheikh Rasyid Redho. Ketika penjajahan kuffar di Libya pada 1911, beliau turut memobilisasi senjata dan para mujahid untuk turun ke Libya. Setiap operasi jihad yang dipimpin oleh beliau di Palestin membuahkan kejayaan besar yang menakutkan Inggeris yang menjajah Palestin saat itu. Beliau syahid dalam satu pertempuran dahsyat di Kota Jenin, bersama 10 orang mujahid yang digempur dengan ratusan pasukan Inggeris yang menggunakan helikopter. Kini, nama beliau disematkan kepada sayap ketenteraan Hamas iaitu Brigade As-Syahid Izzuddin Al-Qassam yang sering dikenal dengan aksi-aksi pelancaran roket Al-Qassam dan operasi Amaliyyah Al-Istisyhadiyyah. 


My News

islamiconlineuniversity.com

Learn How to give Dawah

Alafasy Quran TV - Syeikh Misyari Rasyid Al-Afasy

Radio Rodja - Menebar Cahaya Sunnah - Kuliah Hadist

Iklan Nuff